Archive | October 2010

CT20. TULISAN JAWI SEMAKIN TERANCAM

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SAHABATKU YANG DIHORMATI…. Bicaraku kali ini sangat panjang. Ia satu perluahan hati yang bimbang akan kemerosotan penguasaan bacaan dan ejaan tulisan Jawi dalam kalangan kita. Jika sahabatku sudi mendengar kata hatiku melalui tulisan ini, silakan baca dengan tenang, perhatian yang khusus dan kemudian memikirkan apakah yang bakal terjadi kepada tulisan Jawi suatu ketika nanti jika kita tidak punya kepedulian terhadapnya. Continue reading

CT19. SESAT DI KOTA BATU…. PUTRAJAYA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Menulis pengalaman merupakan satu daripada perkara yang memberi idea untuk kita menulis. Menulis pengalaman sangat mudah dilakukan. Ia memerlukan kemahiran mengingat dan kemahiran berfikir selain dari tulisan yang kita catat semasa mengalami pengalaman tersebut sebagai membantu mengekalkan daya ingatan kita terutama pengalaman yang sudah dirancang awal. Untuk itu, pengalaman sesat di hutan batu Putrajaya bukanlah pengalaman yang direncana akan berlaku. Ia sudah di dalam perencanaan Allah. Akulah pelaku yang diujinya. Alhamdulillah. Continue reading

CT18. BUATMU YANG MENGERTI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

“Siapakah yang berani mengkhabarkan hujan akan turun, menjadikan taman hati ini lautan penuh rahsia ?

BUAT SEORANG KEKASIH YANG SEPI – melihat sesuatu yang indah dan mencabar dalam dirimu, kau seakan menggigit hatiku dan menangguhkan kesakitan di hujung nafasku. Continue reading

CT17. TULISLAH…. KALAU RASA TIDAK TENANG

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Lama juga tidak menulis tentang MENULIS. Rasa terbuku di hati ini, untuk menulis sesuatu yang berhubung dengan tulisan. Pada hal itulah sebenarnya yang menjadi matlamat membina blog Laman Menulis Gaya Sendiri. Dengan menulis, saya dapat merasai ketenangannya. Alhamdulillah. Semua itu kurniaan Allah untuk kita mencari jalan bagaimana menghilangkan kerungsingan, kebimbangan atau ketegangan. Kepada Allah kesyukuran itu dipanjatkan. Continue reading

CT16. MENGAPA GURU TIDAK CEMERLANG ?

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Pencapaian pelajar banyak bergantung kepada inisiatif guru dalam menyampaikan sesuatu ilmu dan pengetahuan. Namun tidak dinafikan faktor-faktor lain seperti ibu bapa, persekitaran, media masa   dan media pendidikan juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar. Continue reading

CT.15 YANG KEDUA…. DARIMU DARIKU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Posting ini khas saya nukilkan sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga nilainya kepada sebuah persahabatan maya yang cukup unik persembahannya. Buatmu sahabat-sahabatku sekalian yang selalu sudi menyirami nur kasih dalam setiap komentar di Laman Menulis Gaya Sendiri sebuah nukilan mutiara kata yang dicipta khas :

“PERSAHABATAN IBARAT SEBIJI BENIH yang ditanam, disiram dan dijaga rapi agar mengalir melalui kekuatan akarnya. TUNAS yang kian berputik subur. Membesar menumbuhkan pohon. Berkembang menyerata ranting. Merimbun hijau dedaunan yang tak terhitung, mewangi bunga-bungaan penuh aroma keharuman dan menghasilkan buah ranum yang segar dan menyihatkan. “

– SITI FATIMAH AHMAD – Continue reading

CT14. MUNSYI DEWAN YANG MENDEBARKAN (1)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


“Pihak urusetia telah mencalonkan pegawai tuan iaitu SITI FATIMAH BINTI AHMAD sebagai MUNSYI DEWAN (JAWI). Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama tuan memberikan pelepasan kepada pegawai tuan untuk menghadiri KURSUS INDUKSI MUNSYI DEWAN (JAWI) pada 1-3 Oktober 2010 (Jumaat-Ahad) bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.”

(Demikianlah bunyi surat yang ditujukan kepada Pengarah IPG Kampus Rajang dan ditandatangani oleh Ketua Bahagian Bakat dan Kepakaran, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Apa lagi yang mahu ku ucapkan ke hadrat Ilahi Rabul Jalil selain ucapan “ALHAMDULILLAH”. Kalimat hebat penuh keajaiban yang berbentuk mengangkat segala puji dan puja hanya untuk Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang bakal dilakukan-Nya kepada masa depan hamba-hamba-Nya yang terpilih. Continue reading