CT173. RONALDINHO vs FATIMA

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

DinhoFatima1PilihanFatima

Posting ini ditulis di dalam CT172. TANDA KENAL HUJAJ yang lalu. Tetapi dikeluarkan kemudiannya apabila memikirkan buat masa ini saya masih sibuk dengan semakan ujian pelajar. Itu bermaksud “malas” mahu memikirkan sesuatu yang baharu untuk dituliskan. Jalan mudah…. tulisan sedia ada diberi tajuk baru dalam versi tersendiri. Silakan membaca jika masih belum membaca lagi. πŸ˜€

*

PILIHAN TRIO

DinhoFatima2Temanku

Rasa kagum dan terpesona melihat bermacam tanda kenal yang dipakai oleh para hujjaj dari pelbagai negara semasa di Kota Madinah, telah mengundang rasa teruja kami (saya, Kak Kasma dan Kak Senah) untuk mempunyai tanda kenal kumpulan trio kami.

Saban hari, di Tingkat 9Β  bilik bernombor 0909, Hotel Moltaqa al-‘Alam, Madinah menjadi saksi atas suara riuh rendah kami memberi cadangan untuk mencari satu identiti yang menggambarkan hanya kami bertiga sahaja yang memakai identiti tersebut dicelah jutaan manusia di Makkah nanti.

Kak Kasma menyarankan kami bertiga memakai skaf kepala kerana mudah dipakai dan senang dilihat. Saya dan Kak Senah bersetuju tanpa sebarang bantahan. Selanjutnya perbincangan semakin hangat untuk memilih warna yang dikehendaki.

Banyak warna yang kami cadangkan seperti kuning, jingga, putih, hitam dan biru. Jadi haru biru suasana bilik oleh ketawa santai kami bertiga dengan berbagai ragam cerita yang direka apabila kami memakai skaf itu di Makkah nanti.

Setelah berbincang lama, kami bersetuju untuk memilih skaf kepala berwarna hitam bagi membalut seluruh kepala kami yang bertelekung agar mudah dikenali oleh suami masing-masing walaupun dari jarak yang jauh. Tanda kenal ini bagi memudahkan mereka mencari, sekiranya berlaku “kehilangan” dikeramaian manusia yang sedang bertawaf.

Itulah harapan kami agar tidak “tersesat” di kemudian hari. Kami sepakat selepas solat Subuh esoknya untuk mencari skaf hitam di deretan kedai menjual pakaian dalam perjalanan balik dari Masjid Nabawi.

DinhaFatima4TemankuAkrab

*

RONALDINHO HAIR STYLE

Selesai solat Subuh, kami bertiga terus menapak keluar dari Masjid Nabawi untuk mencari dan membeli skaf hitam dalam perjalanan pulang ke hotel sebelum mengambil sarapan pagi.

Rasa teruja mengingatkan “tanda kenal Trio” tersebut, membangkitkan semangat untuk segera meredah ribuan manusia. Riuh rendah suara kami berbicara tentang tanda kenal hujjaj yang lalu di depan kami.

Dalam keriangaKenalFatima18RonaldinhoHairStylen hati, tiba-tiba saya terdengar suara Kak Senah memberitahu sesuatu kepada Kak Kasma. “Kak, kalau ada dijual skaf berambut macam itu, lagi bagus untuk kita bertiga. Lain dari orang lain. Suami kita tentu sangat kenal.”Β  jelas Kak Senah sambil memuncungkan mulutnya ke arah sesuatu.

“Issyyyh… tak mahu akak, macam rupa apa kita nanti. Tak pelik ke ? Jangan oooo, nanti pengsan Pak Den (suami Kak Kasma) dan Pak Bakar (suami Kak Senah) melihat kita seperti itu” balas Kak Kasma sambil memerhati ke arah yang dimuncungkan oleh Kak Senah. Ada ketawa kecil yang terdengar di telinga saya apabila mereka berdua merenung “objek” yang dimaksudkan.

Saya berada di sebelah kiri Kak Kasma cuba mencari “objek” yang dimaksudkan oleh Kak Senah tetapi tidak nampak. Saya tidak berminat untuk mengetahui “objek” yang dibicarakan oleh dua teman akrab saya itu. Perhatian saya terus ke depan dengan fikiran menerawang kepada skaf hitam yang bakal dibeli di kedai yang akan disinggahi nanti.

Mungkin tidak puas hati melihat sambutan dingin dari Kak Kasma yang berada ditengah kami berdua, Kak Senah mencuit tangan saya sambil senyuman manis bertata indah di bibirnya seraya berkata,:

“Timah, cuba engkau lihat lelaki yang di depan sana tu. Lihat fesyen rambutnya yang bergulung-gulung halus dan panjang. Mahukah kalau kita beli skaf kepala yang macam rambut itu untuk identiti kita bertiga ?” serentak Kak Senah menunjukkan “objek” yang dimaksudkannya.

“Astaghfirullah al’Azdhim”, kata saya bertalu-talu tanpa perlu berlama-lama mencari “objek” yang sudah berada hampir di depan mata. Seorang lelaki negro bertubuh tinggi, memakai jubah putih dengan rambut ala Ronaldinho – Brazilian Footballer (foto di atas). Tanpa semena-mena, saya berhenti mendadak dan terus ketawa kuat sambil terbongkok-bongkok badan dibuatnya.

Reaksi spontan itu turut berjangkit kepada Kak Senah dan Kak Kasma yang tadinya hanya ketawa kecil, sekarang turut terbongkok-bongkok sama kerana menahan rasa lucu yang keterlaluan.Β 

Masya Allah, saya fikir itulah ketawa paling besar, lama dan menyenakkan perut sepanjang berada di bumi Madinah. Air mata mulai merembes keluar. Lelaki negro sudah hilang dari pandangan tetapi ketawa saya masih berlarutan sehingga Kak Senah dan Kak Kasma tidak mampu untuk menoktahnya.

“Sudahlah tu, kalau tidak mahu skaf rambut macam itu, janganlah ketawa teruk sangat seperti ini.”tegur Kak Senah dengan ketawa yang masih bersisa sambil mengelap air matanya. Kak Kasma masih menutup mulutnya dengan kain telekung sedang wajahnya merona merah menahan ketawa. “Allahu Akbar”, lirih suara saya cuba mengurangkan ketawa yang masih mengelitik hati saya.

Sampai bila-bila pun saat terkenangkan “rambut Ronaldinho” tersebut, saya akan ketawa “membayang”Β  kelucuan rupa kami, jika benar-benar idea kreatif Kak Senah itu ditunaikan.

DinhaFatima4TemankuAkrab

*

PILIHAN FATIMA

KenalFatima20DwiWarnaSetelah reda ketawa, kami tiba di kedai pertama yang dikunjung sejauh 50 meter dari Masjid Nabawi. Tanpa membuang masa, kami bertiga mencari skaf hitam di antara banyak skaf yang bergantung. Ketika membelek celah-celah skaf tersebut, mata saya terpandang skaf yang ringkas berwarna dua iaitu warna jingga dan ungu (indigo).

Lantas hati saya tertarik dan “jatuh cinta”. Skaf hitam terus hilang dari ingatan. Saya maklumi Kak Senah dan Kak Kasma bahawa skaf dua warna ini lebih “menyerlah” identiti kami bertiga sebagai tanda kenal trio dari Sarikei, Sarawak. Saya yakin hanya kami bertiga sahaja yang akan memakainya di Makkah nanti.

Alhamdulillah, tanpa banyak bicara Kak Kasma dan Kak Senah bersetuju dengan pilihan saya. Kami membeli sehelai setiap seorang dengan harga RS5.00. Skaf itu sangat selesa dipakai di atas kepala kerana nampak kemas dan “cantik”.

Sepanjang di kota Makkah dan Mina saya menyarungkan kepala saya dengan skaf dwi warna ini. Ternyata rupanya, hanya saya seorang yang setia memakai skaf tersebut sedangkan Kak Kasma dan Kak Senah malu untuk memakainya.

SELESA

Alhamdulillah, saya memang selesa memakai skaf dwi warna ini khususnya sepanjang melakukan tawaf dan melontar jamrah di Mina. Skaf kepala menjadi tanda kenal kepada SPH apabila ada kemungkinan berlaku kami terpisah dalam kesesakan ribuan manusia.

Jangan mudah panik. Insya Allah, setelah berada lama di Kota Madinah (8 hari) dan Kota Makkah (40 hari), pasti kita sudah kenal jalan dan lorong yang ada di sekeliling kita. Berdoalah kepada Allah agar dimudahkan segala urusan dan selalu bersangka baik dalam setiap ujian yang hadir sepanjang kehidupan di sana. Semuanya menjadi kunci untuk meraih HAJI MABRUR. Aamiin.

Gunakan ilmu dan akal yang menjadi bekal selain bual yang membuah amal.

Β DinhaFatima4TemankuAkrab

**************

19 Jun 2013 (Rabu)/ 10 Syaaban 1434H/13.38 petang Bintangor, Sarawak

AKU…  amat menghargai sebuah persahabatan yang dipupuk dengan kejujuran. Tanpa disedari rasa sayang dan kasih akan tumbuh menjalar mekar dalam kemesraan yang disirami buah kata dan bunga tingkah. Persahabatan adalah cinta tanpa sayap yang harus disemai benih keakraban untuk melahirkan sayap keindahannya. Cinta yang lahir dari persahabatan tidak akan pernah mati jiwanya.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

UNTUKMU…

FRIEND4EVER

*

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu. Kan ku bawa ke seluruh hatiku memujuk resah saat berjauhan. Izinkan ku mencuri khayalan senyumanmu. Untuk ku simpan di ruang memoriku saat membuang lelah yang bertamu. Senyumlah, ada hati yang akan bahagia iaitu AKU, yang selalu menyayangimu. wassalam. πŸ˜€

*

*

29 thoughts on “CT173. RONALDINHO vs FATIMA

  1. Apa jadinya kalau seorang wanita memakai tanda di kepala dengan model tatanan rambut gaya Ronaldinho, tentu menjadi sorotan obyek banyak orang.
    Sama halnya saya pernah mendengar ada model jilbab yang sedemikian rupa dibentuk seperti tatanan rambut. Jadi apa bedanya berhijab dengan tidak, menurut saya malah jadi lucu

    • Apakah benar ada model berjilbab yang didandan dengan hiasan rambut sebegitu. Memang sangat pelik (aneh) jika wanita berjilbab memakai rambut hiasan di luar jilbabnya.

      Malah lucu sekali rupanya. Sama sahaja tidak menutup aurat.Hal seperti ini pasti akan menimbulkan fitnah walaupun sekadar fesyen.

      Terima kasih Pakies untuk kongsiannya.
      Salam sejahtera. πŸ˜€

      • meski itu hanya sebagai wacana dan kreasi, tetapi menurut saya sudah sangat keterlaluan jika diwujudkan. Sebab sudah sangat jelas perintah berjilbab itu diulurkan untuk menutup tubuh dan dada sehingga menghindari fitnah dari pandangan orang lain yang bukan mahramnya

        • Iya memang keterlaluan kerana menghasilkan wacana juga fesyen seperti itu seakan membelakangkan agama yang sudah menuntun wanita muslimah dengan jalan yang terhormat dan sopan.

          Sedihnya, ramai remaja perempuan Islam masa kini yang terjebak atau terpengaruh tanpa mahu memikirkan risiko yang dilakukannya kerana inginkan perhatian atau menurut nafsu yang menggoda.

          Semoga Allah SWT melindungi kita semua dan meninggikan syiar Islam dalam kehidupan kita ini. Aamiin.

          Terima kasih Pakies atas kongsian yang berbobot dan mencerahkan.

          Salam hormat takzim. πŸ˜€

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Asmie…

      Alhamdulillah wa syukrulillah kerana kita dilahirkan muslim dan dapat menikmati keindahan perintah Allah SWT yang memelihara kehormatan muslimahnya.

      Terima kasih atas kunjungan dan sapaan yang indah.
      Salam manis buat mbak juga. πŸ˜€

    • iya benar, tetapi memang ada fesyen skaf berambut sedemikian.
      Kerana itu, jika wanita berjilbab memakai skaf berambut di atas jilbabnya pasti nampak lucu. Tanpa sedar, ini dapat menimbulkan fitnah ke atas muslimah solehah.

      Tidak dapat dibayang betapa lucunya, kalau di Tanah Suci ada hajjah yang memakai skaf berambut di atas kepala telekungnya. πŸ˜€

      Terima kasih Wahyu.
      Salam sejahtera. πŸ˜€

  2. Assalaamu’alaikum. . .
    Hai, Bunda Cantik. . . Sehatkah di Sarawak?

    Ketika membaca judul, saya kira Bunda baru bertemu dengan pesepak bola itu. Hihihii
    Untuk tanda pengenal (semacam jilbab), pilihan Bunda sangat tepat. Tidak neko2 tapi mudah dikenal oleh teman dekat dan suami. Itu yang terpenting, kan?

    Dan saya tidak bisa membayangkan, ketika Trio Cantik jadi memakai style ronald itu. πŸ™‚ Apa kata suami nanti? πŸ˜‰

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Idah manis…

      Alhamdulillah, bunda sihat dan didoakan Idah juga demikian sama di sana.

      Hehehe… kalau dapat bertemu wajah asli Ronaldinho dan melihat rambutnya sejarak dekat, bagus juga bukan sekadar melihat foto aja. πŸ˜€

      Bunda yakin, tidak ada sesiapa yang akan setuju kalau Trio itu benar-benar memakai skaf berambut Ronaldinho di atas.Bunda sangat yakin, polis wanita Arab Saudi akan merampasnya. πŸ˜€

      Terima kasih Idah untuk warna warni senyumannya.
      Salam mesra selalu. πŸ˜€

  3. asalamu,alaikum wr wb…

    saya sangat setuju dengan pilihan mbak Siti, kelihatanya lebih simpel dan pungsional. selain ke pungsi utamanya juga bisa mudah di kenali.

    kalau ala ronaldinho kelihatanya ribet dan mengkaburkan dari tujuan utamanya, dengan adanya rambut2 palsu yg berjuntai malah saya sendiri jadi bertanya tanya itu jilbab atau wigkah/rambut palsu ?

    salam damai dari kota hujan

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, KangYan…

      Pemilihan skaf dwi warna itu memang tepat kerana mudah dipakai dan cantik dipandang. Yang memakainya pula merasa yakin dalam penutupan aurat yang kemas. Alhamdulillah. πŸ˜€

      Saya setuju bahawa rambut ala Ronaldinho ini sangat menyusahkan dan kelam kabut.

      Iya, fenomena rambut Ronaldinho ini pernah melanda di Malaysia dengan wig palsu yang menjadi hiasan pada kepala wanita. Tentu aneh kalau yang berjilbab juga memakainya. masya Allah. Umat Islam zaman ini suka sangat meniru gaya orang bukan Islam dalam berfesyen.

      Terima kasih KangYan atas pencerahannya.
      Salam sejahtera. πŸ˜€

  4. Assalamu’alaikum, Mbak, semoga kabar baik ya…

    Ini ceritanya sedang membeli skaf ya, Mbak Fatimah, hehe…. membacanya saja saya tersenyum-senyum dari Jogja, hehe… πŸ™‚

    Salam hangat dari Jogja Istimewa.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Iya benar, membali skaf buat kumpulan trio untuk keselamatan diri di Makkah nanti. Rupanya ada yang berminat dengan skaf berambut ala Ronaldinho. πŸ˜€

      Terima kasih atas kunjungan mas Amazzet.
      Salam hormat.

  5. eh saya fikir bunda mau main ama ronaldinho heeeee ……
    ternyata model hijab yang beda … hijab yang sunnah warna gelap (hitam) menutup sampai perut, gmn di malaysia, banyak yang pakai bu?
    salam dari lumajang

    • Iya, hanya sekadar model yang menyerupai rambut pemain Brazil itu.
      Buat suasana Madinah jadi ceria dengan keinginan Kak Senah yang tiba-tiba. Alhamdulillah, tidak dituruti. πŸ˜€

      Di Malaysia, ramai yang sudah berjilbab, tetapi banyaknya mengikuti fesyen terkini bukan seperti yang disyariatkan. Semoga kesedaran tentang apa yang disyariatkan benar-benar dituruti.

      Terima kasih mas Bchree atas kunjungan.
      Salam sejahtera. πŸ˜€

  6. wa ‘alaikum salam warahmatullah wabarakatuh..
    senyum-senyum lihat judulnya…

    pilihan yang bagus kak..
    biasanya kalau kemana-mana saya makai yang baju dan jilbab hitam,,, jika sekiranya Allah hantar kesana, mudahan saja kebiasaan ini tidak mempersulit dalam mengenali..

    terimakasih Kak khazanah ilmunya..

    salam hangat dari Banjarmasin..

    • Senang mengetahui adanya senyuman Ummu di sana. Hati saya jadi ceria. Terima kasih mbak bertandang lagi. Sudah lama saya tidak bersapa dengan mbak.

      Alhamdulillah, Saya doakan mbak Ummu dilindungi Allah SWT dalam apa jua ujian di sana nanti. Iya mbak, kalau warna hitam sangat mudah dikenali. Tapi ramai yang berwarna hitam di sana, sampai ada yang keliru.

      Apa-apa pun, semua perkara itu dimulai dengan niat. Jika baik, akan baiklah kejadiannya. Tapi berusaha untuk lebih baik dan lebih bagus di hadapan Allah SWT itu adalah satu yang dicintai Allah SWT.

      Terima kasih mbak Ummu atas pencerahan dan kunjungannya. Saya senanng sekali.

      Salam manis dan indah buat mbak. πŸ˜€

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.