CT178. SATU RINGGIT SATU HARI PUASA

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

SatuRinggitFatima1SatuHariPuasa

Bentuk wang kertas SATU RINGGIT MALAYSIA keluaran tahun 1967 yang Emak hadiahkan kepada kami apabila berpuasa penuh satu hari. Wang ringgit Malaysia sudah banyak kali berubah sehingga yang terkini.

*

SEMANGAT EMAK

KEMBALI KE ZAMAN KANAK-KANAK. Saya yakin ramai yang mempunyai kenangan tentang peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan ketika zaman kanak-kanak. Begitu juga saya. Apa pun peristiwanya akan dikenang hingga akhir nyawa untuk dijadikan contoh teladan dan sempadan kepada anak cucu di kemudian hari.

Bulan Ramadhan tiba dengan sambutan yang amat meriah dan mengujakan bagi semua umat Islam. Tidak terlepas rasa teruja itu di hati Emak dan keluarga saya. Emak adalah orang paling sibuk menyusun agenda tersendiri untuk kami enam beradik supaya dapat menjalani ibadah puasa dalam usia masih muda.

Seusia enam tahun lagi, Emak menggalakkan kami berpuasa mengikut kadar kemampuan masing-masing. Emak kata, anak-anak kecil mesti belajar berpuasa walau hanya beberapa jam supaya apabila besar nanti akan mudah mengerjakan puasa dengan sendirinya. Yang penting mesti belajar berpuasa dan buat kerana Allah SWT.

Walaupun ada yang tidak suka kerana rasa terpaksa, kami tetap juga berpuasa seperti yang Emak suruh. Untuk memeriahkan lagi keinginan berpuasa kami, Emak mengambil inisiatif memberi ganjaran untuk setiap puasa yang penuh satu hari.

Hmmm, tentulah kami sangat gembira dan suka kerana dapat memgumpul wang yang banyak untuk tabungan. πŸ˜€ Sifat prihatin Emak kepada anak-anaknya terbawa hingga kepada cucu-cucunya. Ganjaran yang Emak sediakan adalah:

SATU RINGGIT SATU HARI

Memang dimaklumkan bahawa berpuasa Ramadhan adalah wajib bagi menunaikan Rukun Islam Keempat. Tetapi, namanya sahaja anak-anak, tentu puasa itu tetap menjadi kesukaran untuk melakukannya. Pelbagai karenah akan kita dapati apabila menyuruh anak-anak berpuasa.

*

JADUAL PUASA

Oleh kerana itu, untuk memastikan semua anak-anaknya berpuasa, Emak dengan bijaknya telah menyediakan jadual untuk ditanda. Amalan menanda jadual puasa anak-anak, Emak mulai sejak kami di sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.

Demi merealisasikan kami adik beradik melaksanakan puasa dengan baik, Emak bertungkus lumus menulis jadual berpuasa seperti di bawah ini;

SatuRinggitFatima2JadualPuasaAnakEmak

Begini contoh jadual bertulis tangan Emak yang menghiasi dinding ruang tengah rumah lama di kampung dahulu untuk ditandai apabila anak-anak berpuasa atau tidak. Tulisan tangan Emak sangat cantik. Sehingga kini dalam usia Emak 71 tahun, tulisan Emak masih tidak berubah. Tetap cantik seperti dahulu sejak saya kecil dan mengenal tulisan Emak.

*

SEMANGAT SITI FATIMAH

Alhamdulillah, Semangat Emak telah banyak menyalur ke dalam diri saya. Banyak cara Emak mengatur hidup kami adik beradik menjadi ikutan saya, walaupun komitmen saya tidak sehebat emak. Sifat “garang” Emak juga menjadi cara saya dalam mendidik anak-anak tetapi saya lebih toleransi dari Emak, malah saya sangat “manja” dengan anak-anak saya. πŸ˜‰

Anak-anak saya di peringkat usia enam hingga 10 tahun, saya sajikan dengan ganjaran SATU RINGGIT SATU HARI PUASA dan saya juga sediakan jadual berpuasa untuk mereka. Mereka sangat gembira dan suka sekali dengan ganjaran tersebut.

Tetapi apabila sudah meningkat usia 11 tahun dan ke atas, mereka kurang senang kalau puasanya dianggap hendakkan wang semata-mata KECUALI IEEYSAH. πŸ˜€ Syukurlah, kalau anak-anak saya sudah faham bahawa berpuasa adalah SEMATA-MATA KERANA ALLAH swt.

SatuRinggitFatima3UntukAnak2ku

Dua bentuk wang kertas Ringgit Malaysia yang saya berikan kepada anak-anak sebagai ganjaran apabila mereka berpuasa penuh seharian.

*

BAGAIMANAKAH IBU ANDA, MENGGALAKKAN ANDA BERPUASA SEMASA KECIL?

**************

14 Julai 2013 (Ahad)/ 5 Ramadhan 1434H/10.45 malam Sarikei, Sarawak

AKU…. dan hari kematian semakin hampir. Kematianku adalah Sunnatullah yang telah ditakdirkan tanpa kompromi. Ia tidak dapat dijual beli. Andainya kematian dapat dijual sudah pasti ramai manusia yang ingin membelinya. Tanpa mereka sedari, dengan membeli kematian bermakna mereka tidak ingin bertemu dengan Allah SWT dan menikmati Syurga-NYA. Alangkah ruginya mereka sedangkan aku lebih mencintai akhirat dari dunia fana ini. Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

RinduFatima4Padamu

*

DEDIKASIKU UNTUKMU….. Terima kasih atas rasa penerimaan yang tulus darimu untuk semua yang pernah aku berikan padamu. Hati ingin mengucap pasti, terima kasihku untuk semua waktumu yang kau berikan untukku. Ku jadi tersanjung bila berada didekatmu. Terima kasih untuk kasih sayangmu yang kau tanam seutuhnya padaku dan pasti ku jaga semua ketulusanmu.Β  Selalu ada doa buatmu. Tidak pernah ku noktahkan rasa terima kasih ini di sini…. DI HATIKU. Wassalaam. πŸ˜€

SELAMAT BERPUASA

*

21 thoughts on “CT178. SATU RINGGIT SATU HARI PUASA

  1. Assalamualaikum Mbak Fatimah,
    Waktu kanak-kanak senang banget ya puasa kita diberi hadiah orang tua. Kalau sekarang senang banget memikirkan bahwa puasa kita juga akan dibayar oleh Allah SWT. Selamat menjalan ibadah puasa, Mbak. Masak apa hari ini? πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi….

      Iya mbak. Anak-anak memang sukakan hadiah dan mahu kerja mereka dihargai. Itu hanya sekadar motivasi dan memberi semangat sahaja. nanti setelah mereka tahu, pasti tidak senang jika amal ibadah diberi upah.

      Alhamdulillah, Allah juga kan memberi kita ganjaran yang sama, mbak. Tapi bukan berbentuk material, malah lebih hebat lagi iaitu syurga dan melihat wajah-NYA. aamiin.

      Insya Allah, hari ini, menunya sudah difikir dan dirancangkan iaitu… “AYAM PANGGANG BEREMPAH”. mbak. Hmmm… buat perut saya mulai lapar ni. πŸ˜€

      Terima kasih mbak Evi untuk kunjungan pertama.
      Salam manis dan selamat menjalani ibadah puasa. πŸ˜€

    • Alhamdulillah, orang tua memang suka memberi hadiah kepada anak-anaknya sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka.

      Terima kasih Iwan, masih ingat untuk menyapa kemari.
      Salam Ramadhan dan semoga diredhai Allah SWT. πŸ˜€

  2. Assalamu’alaikum Wr.Wb., Ibunda Siti Fatimah Ahmad,

    Di kesempatan ini izinkan saya mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1434 H kepada Ibunda dan Keluarga. Semoga segala Berkah, Rahmat dan Maghfirah yang Allah Ta’ala janjikan di bulan mulia ini selalu tercurah atas Ibunda dan keluarga serta seluruh kaum muslimin yang menjalankan ibadah puasa dengan keikhlasan semata-mata hanya karena Allah Ta’ala.

    ^_^ Apa yang Emak Ibunda SFA lakukan, persis sama dengan yang Ayah saya lakukan untuk mendidik saya berpuasa sejak usia 5 atau 6 tahun dulu. Saya ingat betul ketika mulai hari pertama, hanya sanggup 1/2 hari saja berpuasa. Besoknya diminta menambah 1 jam lebih lama dan seterusnya sampai akhirnya bisa penuh puasanya.

    Untuk puasa yang tidak penuh, saya dijanjikan uang Rp. 500,- per hari dan Rp. 1000,- untuk puasa satu hari penuh (di tahun itu, nilai tukar Rupiah terhadap Dollar masih sekitar Rp. 2.000,an lah, jadi masih cukup besarlah untuk anak usia 5-6 tahun hihi.. ^_^)

    Metode ini terus digunakan Ayah hingga usia 8 tahun.

    Hmm… alhamdulillah ya Ibunda, Allah Ta’ala masih memberikan kesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. Semoga ramadhan ini selalu lebih baik dibanding sebelumnya Ibunda.

    Salam Ramadhan dari Negeri Serumpun Sebalai…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb wa ridwaanuh, Rizal.

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Mudahan segala amal ibadah kita diredhai Allah SWT. Banyakkan bersabar dengan segala ujian dan godaan sepanjang menjalani ibadah puasa ini.

      Bagus sekali kaedah yang diajar oleh ayah Rizal. Penuh toleransi dan berhemah tinggi. Pasti Rizal sangat gembira dengan ganjaran yang diberikan. πŸ˜€

      Saya yakin, anak-anak yang dididik dengan cara beransur-ansur mengerjakan ibadah yang tidak biasa baginya, tentu akan rasa selesa dan tidak tertekan.

      Saya juga menggunakan cara yang sama dan pastinya memberi pulangan yang baik kepada ibadah anak-anak. Yang penting, kita menghargai usaha dan susah payah mereka untuk memulainya.

      Apakah nanti, Rizal juga menggunakan kaedah yang sama untuk anak-anak Rizal di kemudian hari ?

      Alhamdulillah, apabila Allah SWT mengizinkan kita untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini, maka jangan disia-siakan umur yang dipanjangkan dengan amalan yang banyak untuk bekal akhirat.

      Terima kasih atas kunjungan Rizal dan sudi berkongsi pengalaman masa kecil di bulan Ramadhan yang tentunya menjadi nostagia.

      Salam Ramadhan dan ceria selalu. πŸ˜€

  3. Ingat masa kecil dulu..orang tua sy pun selalu mengimingi hadiah di saat hari raya tiba.buat tujuannya yg mereka lakukan itu :)…sy mengetahuinya..di saat sy mempunyai seorang anak skrng…

    Nice

    • Orang tua memang ada yang suka buat kejutan untuk anak-anaknya. pasti Purnomo sangat gembira apabila diberi hadiah. Semoga anak Purnomo juga akan melalui saat yang sama apabila tiba masanya belajar berpuasa nanti.

      Terima kasih dan salam Ramadhan. πŸ˜€

  4. asalamu’alaikum wr wb.

    cara yang nyaris sama dengan yg di terapkan ibu saya dulu, iming iming hadiah.

    beda dikit, ibu dulu mengiming imingi baju baru buat lebaran gak ngasih uang tiap hari..

    tapi untuk saya dan istri tidak pake cara seperti itu, lebih ke penekanan tentang wajibnya puasa ini. bagi si bungsu di tekankan semampunya bagi kaka kakanya harus berpuasa, tak menerima alasan untuk tidak berpuasa.

    ibunda mbak Siti sudah 71 tahun,. subhanallah…. semoga beliau selalu sehat walafiat….

    salam dan selamat menjalankan ibadah puasa..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, KangYan…

      Memang ibu bapa sangat suka menghadiahi anak-anak apabila mereka memperlihatkan usaha yang baik dari kesungguhan anak-anak. Menurut saya, memberi hadiah itu mempunyai nilai tersendiri di hati ibu bapa iaitu kebahagiaan bersama.

      Iya, tidak mengapa kalau tidak diberi hadiah. Hadiah dari Allah SWT berupa ganjaran dan syurga, itu adalah yang paling tertinggi. Mudahan anak-anak memahami bahawa mentaati perintah Allah SWT adalah satu kewajiban.

      Salut dengan usaha KangYan dan isteri. Semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Aamiin.

      Alhamdulillah, emak saya masih sihat dan kuat berjalan. malah masih suka shopping lagi… :D. Terima kasih untuk doa buat ibu saya. Didoakan orang tua KangYan juga sihat dan dirahmati Allah SWT.

      Terima kasih kunjungan dan kongsian hikmah dari pengalaman yang dilalui. Selamat menjalani ibadah puasa buat KangYan dan keluarga.

      Salam sejahtera. πŸ˜€

  5. Ini saya baru memacu anak anak untuk berpuasa penuh, jika sebulan mereka bisa penuh tidak ada bolong akan saya berikan hadiah,, heheheee..
    Semoga saja belajar puasa mereka barokah..
    Selamat berpuasa ya bu hajah,,, semoga barokah.. Aamiin

    • Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Insya Allah, jika sudah berniat untuk melakukan yang baik di bulan Ramadhan, pasti amalan itu diterima di sisi Allah SWT.

      Ganjaran atau hadiah hanya sekadar alat untuk memotivasi berpuasa. Nanti setelah faham, pasti hadiah bukan lagi menjadi buruannya.

      Terima kasih JatiJowo atas kunjungan dan komentarnya.
      Salam ceria di bulan Ramadhan yang mulia. πŸ˜€

  6. Benar2 mengingatkan masa kecil saya, Bund. . .

    Istilah mamah saya tuh “puasa iming2”. Mksudnya puasa dengan harapan akan mendapat hadiah kelak kalau lebaran nanti. Hihihi

    Niat dari awal tentang hadiah sih memang terkesan kurang baik, tapi inilah yang disebut pemebelajaran, bukan? πŸ™‚

    • Iya Idah, memberi hadiah untuk usaha berpuasa kepada anak-anak kecil, sebenarnya untuk menyemangati mereka di samping belajar menahan lapar dan nafsu.

      Bunda yakin, Idah akan berbuat yang sama seperti mamah Idah apabila Idah mempunyai anak di kemudian hari nanti. aamiin.
      Mudahan sentiasa diberkati Allah SWT.

      Salam Ramadhan. πŸ˜€

  7. Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh

    ummiku sayang yang selalu di ridhoi Allah SWT, insyaAllah

    kangen juga baru berkunjung ke rumah ummi, afwan yah ummi, ada sedikit kesibukan, hehe…

    apa kabar ummi disana ? semoga puasanya lancar dan diterima di sisi Allah azza wa jalla

    neni, sewaktu kecil, dikasi hadiah apa yah ? (Sambil mikir… ), kek.nya ngak ada hadiah dari emmak, hanya saja puasanya setengah hari.. πŸ˜€

    salam rindu buat ummi

    • Wa’alaikum salaam wr.wb wa ridhwaanuuh, anakku Neni….

      Aamiin Ya Haliim Ya Rahmaan.
      Alhamdulillah Umi sihat dan puasanya sudah “demam” beberapa hari. πŸ˜‰
      Umi juga mendoakan agar kita semua disayangi dan diredhai Allah SWT atas semua amalan yang menuju ketaatan kepada-NYA.

      Senang menerima kunjungan dari anak Umi yang sibuk ini. Semoga kesibukan itu tidak menjadi penghalang untuk Neni menyapa Umi. πŸ˜€

      Umi yakin, emak Neni ada memberi hadiah. Cuma Neni sahaja tidak ingat. Kalau bukan hadiah secara material, tentu hadiahnya adalah senyuman, kebanggaan atau ciuman terhebat. πŸ˜€

      Terima kasih sudah melawat Umi lagi.
      Umi juga sibuk. πŸ˜‰

      Salam rindu dan sayang dari Umi. πŸ˜€

    • Alhamdulillah, itu namanya rezeki dari Allah SWT yang ditumpahkan ke hati saudara-saudara mas Indra. Pasti banyak ya. πŸ˜€

      Terima kasih mas Indra kerana berbagi pengalaman.
      Salam hormat. πŸ˜€

    • Alhamdulillah, demikianlah kasih sayang orang tua kepada anak-anaknya walau harus memberi hadiah sebagai tanda menghargai usaha anak-anak. Memang semasa kecil kita selalu berbuat bukan kerana niat asal berpuasa tetapi untuk mendapat sesuatu hasil dari usaha tersebut.

      Namun, lambat laun setelah semakin berakal dan berilmu, ia menjadi kebiasaan dan tidak meminta lagi melainkan semuanya kerana Allah SWT.

      Terima kasih atas kunjungan dan kongsiannya.
      Salam sejahtera. πŸ˜€

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.