CT368. RAJUK

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

RajukFatima1Padaku

*

MENGERTILAH….

Saat kau berpaling tidak menyapa, seluruh jiwaku tidak bermaya

Saat kau menjauh tanpa bicara, seluruh rinduku berat melanda

Saat kau menyepi hilang cerita, seluruh hatiku menjerut raga

Ku renung hujan rintik yang menerjah bumi

Ku lihat bayangmu menghuni dalam samar

Rajukmu menyelimuti cinta yang menguris duka

Hingga aksara tinta tidak lagi bernota bahasa

Lalu aku diam membisu menelan haus asmara

*

DUHAI KEKASIH….

Kala rinduku bersuara, angin pun tidak mampu menepisnya.

Buangkan segala rajukmu agar bahagia kembali menjelma

Tidak perlu kau menukil lara, hatiku setia memujuk rasa

Walau pedih membalut jiwa, akan ku rawat dengan senyum setia

kasih padamu tersemat hingga ke hujung nyawa.

PERCAYALAH…

*

siti fatimah ahmad, 10 januari 2016/ 29 Rabiulawal 1437H (Ahad), 4.48 petang, sarikei, sarawak

*

i-love-you-002

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima11 Januari 2016 (Isnin)/ 1 Rabiulakhir 1437H/ 3.10 petang, Sarikei, Sarawak

AKU…. menyebut namamu tanpa jemu dalam seluruh tasbih cintaku. Menumpah rasa padamu tanpa lesu dalam seru tahajjud kasihku. Mengukir senyum untukmu saat rinduku mengalir indah di seluruh nadiku.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Wahai Yang Menyentuh Hati…. di setiap nafas ini menghela di lautan molekul yang bergelora, maafi aku jika pernah meluka rasa, menghiris  jiwa dan mengores duka pada hatimu yang indah tercipta. Doa untukmu ku iring dengan sejuta cinta. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

*

Untukmu….ZAPIN (RAJUK) RINDU MERINDU oleh Fauziah Idris

*

RajukFatima2RinduPadamu

*

*

8 thoughts on “CT368. RAJUK

    • Alhamdulillah, saya baik dan sihat. Didoakan anda juga sihat dan dirahmati Allah. Insya Allah, saya masih ingat menerusi tulisan yang dipaparkan di blog MA.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sukses.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.