CT327. SJK…. SEVILLA KE MASJIDIL HARAM (3): BANGUNAN HITAM

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

 HitamFatima1BangunanHitam

Bangunan hitam yang pertama dilihat dari arah Masjidil Haram atau menjadi bangunan hitam ke dua  dari arah Hotel Sevilla Barakat.

*

AKRONIM SJK

Sepanjang Jalan Kenangan disingkat kepada SJK agar tidak panjang ditulis dalam tajuk. Akronim SJK difikir lebih sesuai untuk memudah sebutan dan memendekkan tulisan.

Sepanjang Jalan Kenangan mengusahakan saya memerah ingatan bagi mengembali segala peristiwa yang pernah berlaku ketika melalui Jalan Al-Haram (AL-HARAM ROAD) dari Hotel Sevilla Barakat menuju ke Masjidil Haram.

*HitamFatima4AlHaramRoad

*

Kepada sesiapa yang pernah melalui jalan ini (Al-Haram Road – foto di atas), mungkin boleh membayangkan keadaannya yang berbukit. Di laluan jalan inilah berdirinya BANGUNAN HITAM. Saya yakin, sekarang BANGUNAN HITAM  tidak lagi hitam. Pasti sudah berubah wajah kepada warna lain.

Tentu sahaja masa yang menelan waktu telah mengubah fizikal BANGUNAN HITAM. Dahulu, bentuknya hanya sebuah kerangka. Kini, pasti ia sudah menjadi bangunan hotel yang sempurna dan indah.

Sepanjang Jalan Kenangan siri 3, mengisahkan tentang BANGUNAN HITAM. Kenapa BANGUNAN HITAM termasuk di dalam pelan penulisan saya ?

Apakah yang menarik dengan BANGUNAN HITAM yang bakal saya ceritakan dalam perjalanan rohani dari Hotel Sevilla ke Masjidil Haram dan sebaliknya. ?

Persoalannya mengapa BANGUNAN HITAM sangat penting ?

*

HitamFatima2BangunanHitam2

Bangunan hitam ini tidak diberatkan dalam peta jalan yang diberi oleh pihak Tabung Haji di Hotel Sevilla. Hanya saya menjadikannya petunjuk tambahan sesudah bangunan hitam yang dipilih. Bangunan ini tidak hitam tetapi dilitupi “netting” hitam hingga kelihatan hitam apabila dilihat dari jarak jauh.

*

ORANG YANG DIBERI PETUNJUK

Sangat beruntung mereka yang diberi dan mendapat petunjuk dari Allah SWT. Malang bagi sesiapa yang disesatkan-NYA kerana mereka tidak akan menemu jalan pulang kecuali Allah menghendaki sebaliknya. Allah berfirman di dalam surah al-Kahfi, ayat 17 yang bermaksud:

“Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapat seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.”

*

Hidup ini berpandukan petunjuk yang telah diberikan Allah SWT dengan mengutus para Nabi dan Rasul untuk membimbing manusia ke jalan tauhid. Perutusan ini memudahkan manusia mengetahui yang benar atau batil. Namun ramai yang ingkar dan kufur kepada Allah disebabkan rasa takbur dan sombong yang bersarang di hati.

Selain para utusan, Allah juga menurunkan kita-kitab-NYA sebagai panduan yang tercatat berita gembira dan amaran duka untuk menyedarkan manusia yang cuba menjauhkan diri dari Yang Maha Berkuasa. Maka, sesungguhnya apa juga petunjuk yang diberikan Allah agar sampai kepada manusia bertujuan untuk mengelak manusia dari hidup dalam kesesatan dan kegelapan.

Mereka yang mengikut petunjuk dari awal pasti merasai kebahagiaan dan ketenangan. Sesudah itu, tidak lagi merasa syak kerana petunjuk yang dicari sudah menjadi cahaya untuk mereka menerangi dan melalui jalan yang lurus.

Tidak perlu bimbang akan tersesat di kemudian hari kerana mereka tentunya berusaha untuk kembali ke pangkal jalan. Mereka tidak pernah meragui petunjuk walau pun sekali sekala tersasar arah dengan alasan untuk mencari kelainan dalam memudahkan urusan.

Sedangkan yang mengingkari dan menyakini dirinya benar dan tidak perlu kepada petunjuk akan terumbang ambing mencari jalan yang perlu diikuti. Akhirnya sesat dan kebingungan sedangkan petunjuk sudah ada di depan mata.  Rasa ragu dan bimbang sering menjadi musuh kepada diri manusia.

BERDOALAH, Semoga kita sentiasa diberi petunjuk oleh Allah SWT

*

PERASAAN BIMBANG

Sebaik kami memasuki Hotel Sevilla Barakat lebih kurang 11.30 malam (malam pertama sampai ke Makkah), perasaan bimbang dan celaru mula hadir mengetuk hati saya sehingga menerbit satu debaran yang tidak diundang.

Perkara pertama yang saya fikirkan adalah jalan menuju ke Masjidil Haram. Kami sudah dimaklumkan oleh petugas TH di Madinah jauh Hotel Sevilla lebih kurang 1 kilo meter. Keadaan jalannya belum lagi diketahui. Rasanya jarak tu sangat jauh berbanding jarak Hotel Moltaqa al-Alam ke Masjid Nabawi

“Allahu Akbar… pasrah sahajalah. Apa pun jalan dan bentuknya, akan dilalui dengan tabah dan redha”, putus hati saya kerana malas mahu memikirnya lagi.

Ketika kami berada di dalam lif untuk naik ke Tingkat 9, seorang lelaki separuh umur dengan pakaian ihram memasuki lif di Tingkat 4. Beliau hendak ke bawah tetapi malas hendak menunggu lama, beliau menggunakan lif yang kami naiki.

“Pak Cik hendak ke mana tengah-tengah malam ni.” tanya SPH. Saya melihat jam tangan yang menunjukkan pukul 1205 pagi.

“Pak Cik hendak ke Masjid Haram untuk tawaf. Waktu begini tidak ramai yang tawaf berbanding selepas Subuh dan siang nanti. Lagi pun tawaf masa ini cuacanya sejuk dan selesa,” panjang lebar Pak Cik tersebut menjelaskan kedudukannya.

“Pak Cik, dekat tak Masjidil Haram dari hotel ini. bagaimana hendak jalan ke sana,” tiba-tiba saya mencelah apabila terfikir untuk bertanya soalan yang menjadi tanda saya sejak datang tadi.

“Tidak jauh mana pun. Lebih kurang 10 atau 15 minit berjalan kaki. Jalannya lurus sahaja. keluar dari hotel ini, belok ke kiri. naik bukit sedikit kemudian turun dan jalan terus hingga ke Masjidil Haram.” Pak Cik menjelaskan dengan penuh semangat.

Kami hanya mengangguk dan mengucapkan terima kasih apabila pintu lif Tingkat 9 mula terbuka. Saya langsung tidak dapat membayang “peta maya” yang digambarkan oleh Pak Cik tersebut.  

Sepanjang berada di Makkah, tidak pernah kami melakukan tawaf di tengah malam atau awal pagi. Biasanya kami bertawaf sunnat selepas solat Subuh. Mungkin rasa penat membuatkan kami tidak bercadang melakukan tawaf di waktu tengah malam.

Sebelum tidur saya berharap dalam doa agar ada petunjuk yang boleh dijadikan panduan untuk saya dan SPH dapat mengecam jalan ke Masjidil Haram dan kembali balik ke hotel. Harap jangan sampai tersesat jalan.

Saya terlelap dengan harapan esok ada petunjuk yang menerangi jalan pulang.

*

BANGUNAN HITAM ADALAH PETUNJUK

Jam 7.30 pagi, rombongan haji Sarawak KT33 berkumpul di lobi Hotel Sevilla untuk menuju Masjidil Haram dengan tujuan menunaikan Tawaf dan Saie bagi Umrah Wajib (Umrah pertama saya dan SPH).

Dalam asyik menunggu arahan dari pihak petugas Tabung Haji, saya dan SPH dihulurkan sekeping kertas fotostat kecil. Gambar yang melatari atas kertas kelihatan kusam dan kurang jelas. Gambar tersebut masih boleh ditebak kerana terdapat beberapa ayat yang disusun dengan “bullets” menjadi panduan kepada gambar-gambar tersebut.

Paling jelas di mata saya adalah sebuah BANGUNAN HITAM yang menjadi petunjuk utama. Sayang sekali kertas panduan arah dari Hotel Sevilla Barakat ke Masjidil Haram telah hilang dari simpanan. Dengan itu, saya harus mengembalikan ingatan kepada catatan yang pernah dilihat di atas kertas tersebut.

*

PANDUAN ARAH 

1. Jarak antara Hotel Sevilla ke Masjidil Haram adalah 750 meter

2. Anda hanya perlu menggunakan jalan sebelah kiri sahaja hingga sampai ke Masjidil Haram

3. Anda akan menaiki dan menuruni bukit kecil sebelum sampai ke kawasan lapang di Masjidil Haram

4. Terdapat sebuah kedai makan di sebelah kiri jalan yang sentiasa memasang alunan talbiah dengan suara yang kuat

5. Anda akan melihat sebuah BANGUNAN HITAM di kedudukan sebelah kanan (dari hotel) dan kedudukan sebelah kiri (dari arah Masjidil Haram).

6. Ikuti sahaja arah BANGUNAN HITAM ketika anda hendak kembali ke hotel. Anda tidak akan tersesat jalan.

Semoga semua Duyufur Rahman akan selamat. Aamiin.

*

HitamFatima3DariDataranAlHaram

Jarak Masjidil Haram (Dataran) dengan Hotel Sevilla adalah 750 meter

*

*

HitamFatima5DekatSevilla

Laluan pejalan kaki yang berbatu dan berpasir dengan lopak jalan yang rosak merupakan jalan sebelah kiri (dari Hotel Sevilla). Walaupun bukitnya kecil namun tetap melelahkan terutama setelah penat melakukan aktiviti  tawaf dan Saie.

*

HitamFatima6WaktuMalam

Pemandangan jemaah pulang ke hotel masing-masing selepas solat Isya.

*HitamFatima7MalamHari

 BANGUNAN HITAM tetap bercahaya di waktu malam. Tidak ada yang sesat jika mengikuti petunjuk ini.

*

Alhamdulillah, sejak itu, saya dan SPH tidak bimbang lagi untuk berulang alik dari Hotel Sevilla dan Masjidil Haram atau sebaliknya kerana petunjuk arah BANGUNAN HITAM tidak pernah hilang dari pandangan.

Kepada Allah SWT dipanjatkan segala kesyukuran kerana pihak Tabung Haji berusaha mengambil inisiatif membantu jemaah haji agar tidak tersesat jalan.

Berdoalah juga agar kita selalu berada di jalan yang lurus. Aamiin

****************

SUATU KETIKA DAHULU AKU PERNAH MELALUI JALAN INI

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima12 Mei 2015 (Selasa)/ 22 Rejab 1436H/ 9.38 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. merenung langit senja yang berwarna jingga. Di sana ada kedamaian yang menyirna segala duka. Tentang kita yang menyimpan seribu cerita, melakar kehidupan dalam garis usia yang terbatas. Masihkah kita berdolak dalih untuk mencari kebenaran yang sudah pasti ? Tentang kita yang kelmarin tidak ada apa-apa. Tanpa izin-NYA kita hanya sebutir debu yang tidak bermakna.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU… Kau takkan percaya, kau selalu di hati. Haruskah ku menangis untuk menyatakan yang sesungguhnya. Kaulah segalanya untukku. Kaulah curahan hati ini.  Tak mungkin ku melupakanmu. Selalu ada doa untukmu dari hatiku yang terdalam.  Aamiin. Wassalam. 🙂

*

RinduFatimaa3untukmu

*

16 thoughts on “CT327. SJK…. SEVILLA KE MASJIDIL HARAM (3): BANGUNAN HITAM

  1. Assalamualaikum bunda, apa kabar? setelah membaca postingan ini jadi tahu mengenai bangunan hitam tersebut.Dengan mengikuti petunjuk Insya Allah tidak tersesat ya bun.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya…

      Alhamdulillah, bunda sihat dan didoakan mbak juga demikian sama. Iya, mudahan setiap petunjuk Allah akan membawa kita ke jalan yang lurus dan diredhai-NYA.

      Salam manis selalu dan terima kasih atas kunjungan. Maaf baru sempat membalas kerana kesibukan yang menyita waktu. 🙂

  2. Cikgu Siti Fatimah? masihkah ingat saya? setahunan yang lalu kita ketemu hehe, wahhh cikgu infonya sangat bermanfaat, semoga bisa kesana, menatap gedung hitam itu sebagai penunjuk jalannya

    • iya, alhamdulillah, saya masih ingat mbak lagi. 🙂
      Saya fikir bangunan hitam sudah berubah wajah mbak. Mungkin bangunan itu sudah siap dibina berbanding semasa saya dahulu, ia masih berbentuk kerangka kosong sahaja, Didoakan mbak dapat ke sana suatu hari nanti. aamiin.

      Terima kasih sudah berkunjung ke sini.
      Salam mesra selalu. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah…

      Benar, maka kita harus selalu berdoa dan bermohon agar diberi petunjuk bagi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

      Terima kasih atas kunjungan akak dan salam manis selalu. 🙂

  3. Assalamu alaikum terimkasih ukhty sudah dedahkan disini pengalaman di Tanah Suci semoga menjadi petunjuk nanti agar tak sesat bila berada disana Amin, Semoga Allah SWT permudahkan kita untuk selalu punya kemampuan mengunjungi Baitullah

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, akhi Abdullah…

      Aamiin Allahumma Aamiin. Insya Allah mudahan hasrat yang diniatkan mendapat keredhaan Allah SWT.

      Terima kasih kembali dan salam sejahtera. 🙂

    • Apabila ada tanda arah yang boleh dijadi petunjuk akan memudahkan kita mencari jalan pulang. Jika tidak ada kita perlu mengusahakan sendiri dengan kebijakan yang dimiliki agar tidak tersesat jalan. Berfikir satu minit dapat mengelakkan dari sesat satu jam.

      Terima kasih Asmadi atas kongsian maklumatnya. 🙂

  4. Assalamualaikum kak Fatimah

    Setiap negara memang memiliki gedung atau bangunan unik yang mencirikan akan negaranya ya kak, termasuk gedung hitam yang berada di kota mekah ini. Meski malam hari tetap dapat terlihat keindahannya 🙂

    Salam manis dari keluarga di Jakarta 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi…

      Bangunan hitam yang diatas itu adalah belum siap dan dicat hitam. Itu merupakan satu petunjuk yang diberikan oleh pihak Tabung Haji untuk jemaah Malaysia yang tinggal di Hotel Sevilla, Barakat.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam manis juga ,mbak. 🙂

  5. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillaah…, apa kabar, Mbak Fatimah? Semoga sehat wal afiat.
    Benar sekali, menandai sebuah wilayah dengan sesuatu yang menurut kita menarik itu penting sekali apabila kita berada di suatu tempat yang kita masih asing. Sebagaimana di SJK tersebut, bangunan bercat hitam tentu menonjol untuk dijadikan patokan dari hotel menuju Masjidil Haram.

    Terima kasih banyak ya, Mbak, atas ilmu penandanya.
    Salam hormat dari Jogja,
    @muhaiminazzet

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….

      Alhamdulillah, saya sehat. Didoakan mas Amazzet dan keluarga juga sehat di sana.

      Kebijakan seseorang akan menyelamatkan dirinya dari kepayahan. Maka, apa sahaja penanda arah yang boleh membawa kita ke jalan yang lurus (destinasi tepat), pasti tidak menyesatkan kita walau di mana sahaja berada.

      Oleh itu, jemaah haji dipohon agar mencari penanda yang boleh dijadikan petunjuk selama berada di sana. Mudahan hati tidak cemas dan dapat melaksanakan ibadah dengan khusyuk dan tenang.

      Terima kasih kembali dan salam hormat. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.