CT214. POPIA + PISANG GORENG + WITH CHEESE

13 Dec

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

PisangGorengFatima1WithCheese

Kembali ke Dapur Chef Fatima untuk mengikuti DUA RESEPI BARU dalam senarai hidangan peribadi terkini yang bakal dikongsikan kepada teman pembaca.

Bahan asas resepi ini mudah diperolehi di pasaran iaitu BUAH PISANG (hanya pisang pilihan yang sesuai untuk digoreng) seperti Pisang Kapok,  Pisang Tanduk atau Pisang-Pisang.

Kebiasaannya, kita makan pisang yang digoreng dengan tepung sahaja tanpa ada perisa tambahan yang mungkin lebih melazatkan rasa dan tekturnya. Selain itu, memberi penampilan hidangan yang menggugah hati dan lidah sehingga tidak sabar untuk menjamahnya.

PisangGorengFatima10GPisangGorengRangup

Biasanya saya hanya menggoreng dengan hasil begini sahaja dengan tepung khusus untuk meranggupkan gorengan.

*

TERIMA KASIH UNTUKMU

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada kedua-dua insan tersayang adik dan anak sulung yang berada di Kuching kerana bersusah payah menelefon bagi berkongsi kesedapan dan kelazatan resepi (1) POPIA PISANG GORENG WITH CHEESE dan (2) PISANG GORENG WITH CHEESE.

DUA RESEPI ini sangat sesuai sebagai halwa mulut yang ringkas tetapi lazat untuk dimakan ketika sarapan, minum petang atau hidangan bersama keluarga dan tetamu yang datang ke rumah. Saya yakin sesiapa sahaja akan menyukai dan ingin mencubanya.

Kedua-dua resepi ini telah saya cuba dan diberi sedikit “pengubahsuaian” untuk meningkatkan rasa dan perisanya. Hanya berdasarkan kenikmatan kata-kata dari Rose dan Iffah, saya menggambarkan apa yang perlu saya lakukan terhadap resepi yang dikirim melalui talian telefon berjarak 450 kilometer tersebut.

Alhamdulillah, sangat lazat.😀

*

(1) POPIA PISANG GORENG WITH CHEESE

Pagi yang damai dan tenang di bulan Oktober 2013 terganggu oleh deringan lagu “Masya Allah – Maher Zain” dari telefon BlackBerry Torch di dalam bilik bacaan.

Rupanya panggilan dari Rose, adik saya. Tujuannya semata-mata untuk memaklumkan resepi POPIA PISANG GORENG yang diperolehinya dari internet dan telah dicubanya.

“Sangat lazat. Kak Timah. Cubalah.”, saran Rose. “Ok, . Kalau tambah Cheese, sedap tak ?” balas saya dengan rasa yang tidak sabar mahu mencubanya. “Memanglah sedap.” ujar Ros. “Hmmm, kalau begitu, akak akan cuba.” jelas saya sambil berfikir untuk membeli segala bahan yang diperlukan.

*

LANGKAH – LANGKAH MENGOPERASI

PisangGorengFatima2Langkah1Sedia

Saya menggunakan Pisang Kapok kerana isinya keras, besar dan sangat  manis

*

PisangGorengFatima6BahanInti

Bahan inti asas yang diperlukan. Boleh tambah bahan lain seperti oat, nestum, coklat yang dianggap muat untuk diaburkan di atas kulit popia. Tertakluk kepada keinginan masing-masing.

*

PisangGorengFatima3Membuat

Langkah operasi: (1) Beli kulit popia saiz 8″ x 8″ (paling besar). (2) Hampar dan sapu dengan telur di atasnya. (3) Letak Cheese yang sudah dipotong dua. (4) Letak pisang. (5) Tabur gula perang (ikut rasa). (6) Tabur bijirin oat @ nestum @ coklat biji (jika suka).

PERINGATAN:  jika menabur coklat di dalam bahan inti akan menyebabkan popia kehitaman dan pecah isinya ketika dimasak.

(7) Lipat pisang dan bahan inti, sapu lagi telur atas lipatan popia untuk melekatkannya. (8) Gulung sehingga lipatan kemas dan hujung popia disapu telur lagi.  Mudahkan ! SIAP UNTUK DIGORENG.😀

*

PisangGorengFatima4Goreng

Tip menurunkan minyak agar makanan bergoreng kurang berminyak saat dimakan

*

PisangGorengFatima5SiapMakan

Semoga dapat merasai kelazatan hidangan di atas, walau hanya dengan mata.😀

*

(2) PISANG GORENG WITH CHEESE

Selang beberapa hari saya menerima panggilan telefon dari anak sulung saya, Cahaya Iffah dari sekolahnya semata-mata untuk memaklumkan kelazatan PISANG GORENG CHEESE BERSUSU yang dibeli dari kantin sekolahnya.

“Sedap Mama, Kak Iffah yakin Mama tentu suka sebab ada Cheese….hehehe” jelas Iffah dengan ceria di hujung sana. “Wah, kalau ada Cheese, pasti sedap ni, nanti Mama cuba sayang.” balas saya dengan hati yang berkobar-kobar.

*

PisangGorengFatima7CheesePotong3

Sediakan cheese (ikut jenis yang disukai) dan potong 3 atau hirisan kecil-kecil

*

PisangGorengFatima8PisangCheesePotong3

SANGAT MUDAH. Setelah pisang goreng panas diangkat, terus letak cheese di atasnya agar berlaku penyerapan haba yang mencairkan cheese tersebut. Jika mahu manis, sapukan susu pekat manis atau coklat di atasnya.

*

ATAU

*

PisangGorengFatima9PisangCheeseHirisan

Taburkan/susun cantik kepingan cheese yang dipotong kecil di atas pisang goreng panas.

*

SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA.😀

*

SalamFatima3SalamFatima12 Disember 2013 (Khamis)/ 9 Safar 1435H/ 10.46 malam – Sarikei, Sarawak

AKU…. merasakan kehidupan ini mempunyai keindahan tersendiri menurut kehendak Ilahi. Setiap ujian hidup adalah dekorasi yang harus dihargai dengan iman dan takwa. Lihatlah dengan mata hati, betapa Allah Maha Pengasih. Lalu, didatangkan ujian sebagai tanda sayang untuk mendekatkan diri kepada-NYA. Bersyukurlah, walau ujian itu payah untuk diterima atau pahit untuk ditelan. Namun, tetap manis untuk dikenang.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. walau berlalunya setiap musim, kehadiranmu selalu terasa di hati ini dengan senyum dan bayangan yang menceriakan. Wassalaam.😀

CintaFatimaku2a

*

DI HATIKU…. ADA CINTA DAN RINDU YANG SENTIASA BERSEMI UNTUKMU. IA TIDAK PERNAH MATI.

*

26 Responses to “CT214. POPIA + PISANG GORENG + WITH CHEESE”

  1. Pakies December 13, 2013 at 8:13 am #

    Duh musim hujan seperti ini, sepertinya sangat nikmat menyantap pisang goreng hangat ditemani teh tawar hangat dan senyum anak istri di beranda rumah. Apalagi pisang goreng ditambahkan taste lain. Sungguh nikmat

    • SITI FATIMAH AHMAD December 13, 2013 at 1:10 pm #

      Di sana sedang hujan ya, tentu menikmati makanan panas amat sesuai untuk menghangatkan badan dan suasana. Resepi di atas tentu lazat dinikmati dalam suasana tersebut.

      Silakan menikmati resepi lazat ini bersama keluarga jika mahu mencubanya, Pakies.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam sejahtera.😀

  2. BlogS oF Hariyanto December 13, 2013 at 8:32 am #

    waalaikumsalam,
    senang saya membaca artikel inilah, bolehlah saya mengcopy resepnya, agar bisa kucoba praktekkan memasak bersama istri di rumah,
    terimakasih sudah berbagi resep yang nikmat ini,
    salam hangat dari Makassar – Indonesia😉

    • SITI FATIMAH AHMAD December 13, 2013 at 1:13 pm #

      Alhamdulillah, silakan mas Hariyanto. Dialu-alukan.
      Tentu mbak Wieka senang kerana mendapat resepi baru untuk diuji rasa dan lazatnya.

      Harap dimaklumkan jika sudah mencuba dan merasai keenakannya.

      Terima kasih kembali dan salam hormat.😀

  3. Lembar Kehidupan Wieka December 13, 2013 at 8:36 am #

    Waalaikuksalam Warahmatullahi Wabarakaatuh,
    ternyata disini saya bisa mendapatkan resep-resep yang membangkitkan selera, tentunya resep pisang goreng dengan cheese ini akan sangat bermanfaat bagi saya, dan juga keluargaku…
    salam saya dari Kalimantan Selatan untuk keluarga besar ibu Fatimah

    • SITI FATIMAH AHMAD December 13, 2013 at 1:17 pm #

      Alhamdulillah, silakan dicuba mbak Wieka. Tentu mas Hariyanto tidak sabar-sabar untuk merasai “air tangan” yang barakah dari isterinya.

      Jangan lupa maklumi jika sudah mencubannya, mbak. Ditunggu khabarnya agar apa yang dikongsikan ini benar-benar memberi kepuasan pada rasa dan keenakannya.😉

      Salam mesra dan manis selalu.😀

  4. zainal December 13, 2013 at 2:23 pm #

    uuuhhhh.sedaapnye.. melihat fotonya pisang goreng dengan cheese ini sudah terbayang kelezatannya,
    saya belum pernah menjumpainya di sini, biasanya pisang goreng hanya dilapis tepung,..

    beragam sekali hasil karya kreatifitas manusia di bidang kuliner ya, mbak Siti..

    • SITI FATIMAH AHMAD December 13, 2013 at 3:23 pm #

      iya, itu namanya ilmu yang dimanfaatkan untuk mengubah sesuatu yang biasa kepada yang luar biasa.
      Tidak susah membuatnya mas Zainal, boleh mencubanya sendiri di rumah dan makan santai bersama isteri dan anak-anak.
      Pasti akan tergambar keceriaan saat menikmati kelazatan dan keenakan rasanya.

      Terima kasih dan salam hormat.😀

  5. abifasya December 13, 2013 at 7:51 pm #

    Assalamu Alaikum
    Lama tidak berkunjung, karena baru kali ini ngeblog lagi.
    Pisang Keju …. makanan kesukaan saya, kalau saat Ramadlan saya selalu berusaha untuk mendapatkan ta’jilan dengan pisang keju.
    Semua resep diatas sungguh sangat menggugah selera

    • SITI FATIMAH AHMAD December 20, 2013 at 4:42 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, AbiFasya….

      Keju selalu membuat semnua jenis makanan jadi lazat. Buktinya ramai yang suka walaupun harganya mahal.

      Terima kasih mas AbiFasya atas kunjungan yang sudah lama tidak kemari. Semoga diberkati Allah SWT.

      Salam hormat.😀

  6. mintarsih28 December 14, 2013 at 7:49 am #

    wah, ketinggalan resep mbak tadi malam sudah kuhabiskan pisang kepokku hasil panen sendiri.

    • SITI FATIMAH AHMAD December 20, 2013 at 4:45 pm #

      Boleh dicuba lain kali, mbak. Pasti rasa bahagia apabila dapat merasai pisang hasil tanaman sendiri. Sama seperti saya juga mbak, ada pisang kepok anaman sendiri.

      Terima kasih mbak Minarsih atas kunjungan.
      Salam manis di hujung pekan.😀

  7. IFAN JAYADI December 16, 2013 at 10:51 am #

    Wah, enak sekali hidangan yang ibu sajikan. Resipinya sepertinya mudah ya bu. Tapi, kadang kenapa ya suka malas membuatnya. Pengen yang praktis saja yaitu membelinya di toko/warung/mall/kedai/pasar terdekat. Kalau saya perhatikan, makanan2 yg ada foto diatas, Di Samarinda juga banyak yang membuatnya bu. Tinggal. uangnya saja lagi yang perlu dipersiapkan.

    • SITI FATIMAH AHMAD December 20, 2013 at 4:49 pm #

      Sekali sekala itu suruhlah isteri membuatnya untuk Ifan. Tentu isteri akan berbangga kerana dapat menggembirakan hati suaminya. Malah dapat makan bersama-sama sambil menikmati kopi panas.😀

      Selamat mencuba Ifan. Terima kasih atas kunjungan.
      Salam sejahtera.😀

  8. Idah Ceris December 16, 2013 at 11:40 am #

    Sedang musim Pisang di situ ya, Bund. Hehehe.
    Kak Rose dan Bunda kreatif sekali. Kalau saya mah tinggal aduk sama tepung saja. Tidak diselimuti. Kalau di sini, namanya pisang aroma. Pisang yang diselumuti seperti di atas.

    Pisang kpoknya manisss.

    • SITI FATIMAH AHMAD December 20, 2013 at 4:53 pm #

      Hai Idah. Pisang tidak bermusim Idah. Itu tanaman sepanjang tahun.😀.

      Wah, baru tahu nama panggilan bagi pisang goreng popia di sana. Iya, pisang kepok memang sanga manis. Sesuai untuk gorengan atau bubur.

      Terima kasih Idah atas kunjungan
      Salam manis selalu.😀

  9. Titik Asa December 17, 2013 at 10:56 pm #

    Ini dia pisang goreng yang sudah sekian lama saya tunggu. Pisang goreng racikan chef Fatima…

    Lihat pisang gorengnya, saya jadi ingin menikmatinya juga. Kalau isitr saya biasa bikin pisang goreng coklat aka piscok. Coba nanti saya kasih resep dari mba ini, minta dibuatkan juga…

    Salam persahabatan dari jauh Mba Fatima,

    • SITI FATIMAH AHMAD December 20, 2013 at 4:57 pm #

      Piscok juga tentu sangat lazat. Jadi bertambah manis dengan coklatnya. Iya, silakan dicuba. Pasti isteri mas Titik Asa juga ingin merasainya. Maklumkan kalau sudah merasai kelazatannya.

      Terima kasih atas kunjungan.
      Salam hormat.😀

  10. Indra Kusuma Sejati December 18, 2013 at 1:37 am #

    Assalamualaikum wr.wb……

    Melihat menu makanan popia pisang goreng seperti ini, jadi ingat pada saat saya berkunjung di daerah Kajang Malaysia Bun. Saudara saya sering mebuatkan makanan seperti ini. jdi kangen dengan rasanya. Hm,,,,,, hmmmmm……….

    Salam,

    • SITI FATIMAH AHMAD December 20, 2013 at 5:01 pm #

      Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra….

      Di Malaysia memang banyak makanan goreng yang disalut dengan kulit popia. Ada yang berintikan sayuran, kari kentang ayam, pisang dan sebagainya. Memang lazat.

      Terima kasih mas Indra atas kunjungan.
      Salam hormat.😀

  11. dedekusn December 23, 2013 at 10:55 pm #

    Saya kurang suka pisang bun hehe… tapi Istri dan anak saya sangat menyukai pisang. Jika resep ini ia ketahui pastinya langsung dipraktekan. Syukron bunda.

    • SITI FATIMAH AHMAD December 24, 2013 at 12:23 pm #

      Silakan dicuba, nanda Dedekusn agar hati isteri dan anak akan gembira dan bahagia. Pembuatannya sangat mudah dan bunda pasti Dede akan menyukainya setelah merasai kelazatan resepi di atas.😀

      Salam sejahtera dan terima kasih atas kunjungan nanda Dedekusn.

  12. Trainer NLP 0821.4150.2649 October 28, 2015 at 3:04 pm #

    Enak tuh Bund

  13. Wooclip @Download free Movie March 8, 2016 at 10:16 am #

    This looks fabulous, So comforting, warm and filling… mmm. I want this in my life

    • SITI FATIMAH AHMAD March 8, 2016 at 8:37 pm #

      Alhamdulillah, silakan mencuba sendiri. Pasti puas memakan masakan sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: