CT383. TELUR PADI, TELUR KUDA ATAU TELUR BUAYA ?

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

TPadiFatima1KudaatauBuaya

*

SINOPSIS. Untuk mengetahui apa itu TELUR PADI, silakan KLIK DI SINI. Informasi ini tidak memerlukan saya berbicara panjang tentang sejarah telur Padi. πŸ˜€

*

TPadiFatima7TelurPadi

*

TIDAK SUKA

Telur padi yang hitam ini saya kenali awalnya dengan dua nama yang membingungkan iaitu TELUR KUDA dan TELUR BUAYA. Memang ada kisah di sebalik telur padi dalam hidup saya sehingga memberi impak kepada kehidupan saya di kemudian hari.

Saya mula mengenali telur itik yang disalut sekam padi ini semasa kecil. Keluarga saya sangat menyukai telur padi. SUKA SANGAT-SANGAT. Kami adik beradik dipaksa untuk makan telur padi.

Emak kata, kalau tidak makan telur padi sangat rugi. Apa yang rugi itu ? Saya akan beritahu kemudian. πŸ˜€

*

Antara saya dengan dua abang saya, Shaidi dan Hasbullah, hanya saya yang belum terpengaruh dengan “kelazatan” telur padi.

Malah saya memang tidak suka telur padi. TIDAK SUKA SANGAT-SANGAT.

Rupanya yang hitam menggelikan saya untuk makan. Baunya pula kurang enak di deria hidung saya. Setiap kali melihat telur padi dan omelan paksaan Emak, pasti mulut saya akan mencebik macam mulut itik sambil menggelengkan kepala.

Tanpa saya ketahui Emak mempunyai strategi sendiri bagaimana mempengaruhi saya untuk makan telur padi ini. Ternyata strategi seorang Emak berjaya dalam misinya.

Sejak hari itu hingga kini dan selamanya,Β  saya suka dan sangat menggemari TELUR PADI. πŸ˜€

*

TPadiFatima2HargaTelurPadi

*

SEJARAHNYA BERMULA BEGINI….

Ini semua berlaku kerana ada acara sukan yang menjadi kegemaran saya sedang berlangsung di sekolah. Ketika itu saya berumur 10 tahun di dalam Darjah 4, Sekolah Rendah Kerajaan Abang Aing, Simanggang (Kini namanya Bandar Sri Aman).

Kebetulan saya mengambil dua acara sukan iaitu BERENANG (wakil sekolah peringkat daerah) dan LUMBA LARI (wakil rumah sukan). Peluang ini benar-benar Emak manfaat dengan semaksimanya.

Ketika saya mengikuti acara lumba lari 200 meter esok, sehari sebelum itu Emak memberi saya Telur Padi untuk dimakan. Saya menolak tidak mahu.

*

TPadiFatima3SalutSekamPadi

*

TELUR PADI = TELUR KUDA

“Timah, mun kau makan tel0 hitam tok, kelak kau cepat berekot macam kuda. Telo tok namanya Telo Kuda.” pujuk Emak bersungguh-sungguh.

(terjemahan: “Timah, kalau engkau makan telur hitam ini, nanti engkau cepat berlari macam kuda. Telur ini namanya Telur Kuda”).

“Benarkah Mak, kelak kamek berekot laju macam kuda.” tanya saya dengan teruja. Emak menggangguk membenarkan katanya.

Apa lagi, saya pun terpengaruh dengan kata-kata Emak. Walaupun belum serasi dengan rasa Telur Padi, saya makan juga sebab nak kuat berlari macam kuda.

Hehehe…. saya dapat nombor tiga dalam pertandingan lumba lari tersebut. Besar betul pengaruh nama TELUR KUDA itu pada saya saat berlari seolah saya merasa seperti seekor kuda pulak. πŸ˜€Β 

Lama juga setelah memahami kehidupan haiwan kuda dalam mata pelajaran Sains, KUDA MANA PERNAH BERTELUR. hahaha. Kena tipu oleh Emak rupanya. Ahhh tak apalah, saya redha.

*

TPadiFatima4MakanTerus

*

TELUR PADI = TELUR BUAYA

Satu lagi acara sukan yang saya ikuti ketika di Darjah 4 ialah acara renang bebas. Saya mewakili sekolah untuk pertandingan peringkat Daerah Simanggang. Saya sudah pandai berenang ketika berusia 7 tahun.

Sekali lagi Emak memainkan taktik yang sama agar saya menyukai Telur Padi dengan sesungguhnya. Maklumlah kita masih kecil mana dapat hendak mencerna apa yang orang dewasa fikirkan. Semuanya terima sahaja.

“Timah, telo tok Telo Boyak, mun kau makan, kelak kau pandei berenang laju macam boyak.” ujar Emak bersungguh-sungguh.

(“Timah, telur ini Telur Buaya, kalau engkau makan, nanti engkau pandai berenang laju macam buaya.”

“Tapi kenak dolok kitak madah tok Telo Kuda ? Macam neyΒ  pandei jadi Telo Boyak.” saya bertanya balik penuh kehairanan dan ingin tahu.

(“Tapi, kenapa dulu Emak kata ini Telur Kuda ? Macama mana boleh bertukar menjadi Telur Buaya?”)

“Tok telo lain, marek Telo Kuda. Tapi nak tok nang Telo Boyak.” jelas Emak supaya saya makan telo itu.

(“Yang ini telur lain, kelmarin Telur Kuda. Tapi yang ini memang Telur Buaya.”

Saya menggangguk menerima apa sahaja jawaban Emak. Tanpa bertanya banyak, saya pun makan dengan berseleranya telur yang dikatakan Telur Buaya itu kerana saya hendak menang dalam acara yang paling saya sukai ini.

Alhamdulillah, dalam pertandingan lumba renang itu, saya mendapat tempat ketiga. Tapi tidak pula saya rasa seperti berenang macam buaya… hahaha, Emak, Emak… menipu lagi…

Ahhh, tak apalah itukan namanya Emak, suka memaksa. πŸ˜€

*

TPadiFatima5SeratTelur

*

SEKADAR PENGARUH

Apabila saya sudah matang dan tahu berfikir, semua yang emak katakan Telur Kuda dan Telur Buaya itu hanya sekadar untuk membuat saya makan Telur Padi.

Melalui acara sukan yang saya gemari membuat Emak terfikir bagaimana cara untuk mempengaruhi saya makan Telur Padi. Alhamdulillah. Terima kasih Emak.

Sekurang-kurangnya inilah kenangan saya dengan Emak semasa kecil yang bersungguh-sungguh mahu anak sulung perempuannya makan Telur Padi.

*

BOLEH MAKAN MENTAH ATAU DIREBUS

TPadiFatima6SiapMakan

Telur padi boleh dimakan terus setelah membuang kulitnya. Tetapi saya lebih suka merebus atau merendam dahulu dengan air panas mendidih agar telur dalaman (kuning telur) menjadi keras dan masak.

Jika dikupas dan terus dimakan, anda akan dapati telur dalamnya masih cair (foto di bawah) dan aroma baunya kurang menyelerakan. Saya tidak suka makan mentah. Sebenarnya saya lebih menitik beratkan kebersihan untuk tidak makan telur padi secara mentah.

*

telur padi2

Sumber Google: Sekadar menggambarkan. Begini rupa telur dalaman yang masih cair kerana tidak direbus terlebih dahulu.

*

TELUR MASIN DAN TELUR PADI SANGAT BERBEZA

TPadiFatima8BezaMasindanPadi

Telur padi dan telur masin antara menu yang selalu saya pilih setiap kali ada majlis rasmi di IPG Kampus Rajang. Sebagai Pengerusi Jamuan, saya akan menetapkan makanan yang menambah selera tempatan. πŸ˜€

*

FOTO DI ATAS UNTUK MENJAWAB pertanyaan Kak Paridah Ishak. πŸ˜€

Jika ada yang masih keliru antara TELUR MASIN dan TELUR PADI, foto di atas membuktikan perbezaannya. Walaupun kedua-duanya berasal dari TELUR ITIK. Proses pembuatannya berbeza dengan bahan yang berbeza juga.

*

AKU SEBAGAI EMAK

BabyFatima1PekanSematanKuching

KEMBARA SEMATAN: Anak-anak berfoto di tebing tanpa pantai Laut China Selatan di Pekan Sematan dalam Bahagian Kuching (daerah paling selatan @ hujung negeri Sarawak) pada cuti bulan Mac 2016 yang lalu.

*

Apabila giliran saya menjadi Emak, saya tidak pernah memaksa anak saya untuk makan Telur Padi. Saya tidak melihat di mana untung ruginya kalau anak-anak saya tidak memakan Telur ini. Mungkin begini ya cara berfikir ibu moden yang terpelajar. πŸ˜€

Biasanya saya kalau makan telur padi atau telur hitam saya hanya makan bersama nasi goreng atau nasi putih sahaja.Β  Kalau anda bagaimana pula ?

*

Apakah anda pernah makan TELUR PADI ?

Saya yakin TELUR KUDA dan TELUR BUAYA sudah tentu anda juga tidak pernah merasainya.

Β 

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima21 April 2016 (Khamis)/ 13 Rejab 1437H/ 11.20 pagi, Sarikei, Sarawak

AKU…. dalam seluruh nafas yang dihela tidak akan pernah mampu menghalang takdir Yang Maha Esa. Apa sahaja yang sudah menjadi suratanku, menjadi ujian dalam setiap liku kehidupan yang ditempuh. Hanya kecekalan hati dan keteguhan iman yang mampu mengajar aku erti kesabaran untuk meraih keredhaan-NYA.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Β *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu walau sejauh mana engkau berada di belahan bumi ini. Hanya sebuah rindu yang mampu menyatu dalam getar tamu darah yang beradu.Β  Hanya pada-NYA ku mohon agar engkau bahagia dan sejahtera dalam lindungan kasih rahmat-NYA.Β Aamiin. Wassalaam. πŸ™‚

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

22 thoughts on “CT383. TELUR PADI, TELUR KUDA ATAU TELUR BUAYA ?

    • Sekarang sudah tahu, kan. Ini informasi yang berguna tentang kewujudan telur padi atau telur kuda di dunia ini. Memang ramai yang masih tidak tahu.

      Terima kasih Rahman atas kunjungan dan salam sejahtera.

  1. Assalamualaikum bunda Fatimah,
    Saya tidak familiar dengan telur padi ini, biasanya telur asin, tapi putihnya tidak jadi hitam hanya kebiruan.
    Seorang ibu akan memberikan yang ternaik buat putri2nya, apapun dilakukannya, mengubah telur padi jadi telur kuda dan buaya pun jadilah. Tapi anaknya jadi berjaya di sukan πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Winnaz….

      Telur padi jarang diketahui orang kecuali di negeri Sarawak dan Sabah sahaja. Malah di Semenanjung Malaysia juga ramai yang tidak tahu tentang kewujudan telur padi walaupun satu negara.Malaysia.

      Iya setuju Winnaz. Ibu akan terus berusaha “memaksa” anaknya dengan pelbagai cara agar anaknya mahu makan apa yang sepatutnya dia makan seperti yang emaknya mahu. Ternyata anak-anak selalu jadi mangsa paksaan Emak ya…hehehe. Saya redha sahaja. Hasilnya saya jadi penggemar Telur Padi pula.

      Terima kasih dan salam harmoni.

        • Wa’alaikum salaam wr.wb, Datuk Dr. Norhisyam…

          Terima kasih Datuk atas penjelasan. Saya tertinggal maklumat tersebut bahawa di Semenanjung Malaysia telur padi disebut oleh masyarakat Cina sebagai Century Egg. Telur padi sangat sinonim dengan masyarakat Cina kerana asalnya dari negara China.

          Namun di Sabah dan Sarawak, telur padi dimakan oleh hampir semua golongan masyarakat kaumnya bukan sekadar orang Cina sahaja. Malah telur padi sudah dikenali dan dimakan oleh rakyat Sarawak sejak zaman sebelum saya lahir lagi.

          Begitu lamanya ia hingga sudah sebati dengan rakyat Sarawak dan telur padi boleh didapati dengan mudah hampir di semua kedai runcit di Sarawak.

          Terima kasih atas pembetulan Datuk Dr juga sudah berkunjung lagi.
          Salam takzim dan didoakan sihat sejahtera dalam rahmat Allah SWT. Aamiin.

  2. Assalamualaikum mbak Fatimah
    Telur padi telur kuda telur buaya namanya cukup asing di Indonesia. tapi saya yakin telur telur ini rasanya lezat. dan seorang ibu ketemu aja ya cara membujuk bagaimana agar anaknya mau makan makanan yang Iya buat. Kita beruntung ya Mbak Fatimah mempunyai ibu yang baik. Alhamdulillah

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi….

      Alhamdulillah, mbak. Sangat beruntung sekali mempunyai ibu yang sangat perihatin dengan pemakanan dan kesihatan anak-anaknya. Malah insya Allah, anak-anak kita juga beruntung mempunyai ibu seperti kita pula. πŸ˜€

      Terima kasih mbak Evi dan salam manis selalu. πŸ™‚

    • Telur bercabang serat itu asalnya berwarna putih. Ia telah melalui proses selama berbulan-bulan menyebabkan telur putih bertukar warna dan menimbulkan corak serat yang begitu estetika dan menarik. kadang kala sayang hendak memakannya kerana corak yang cantik.

      Terima kasih mas Amazzet dan salam sejahtera.

    • Telur ini sudah lama wujud. malah saya yakin di Indonesia juga ada kerana telur ini adalah makanan orang Cina turun temurun. Mungkin kurang di kormesialkan di sana. Di Sabah dan Sarawak telur padi sudah lama dimakan oleh pelbagai kaum di sana dan dengan mudah dibeli di pasar runcit.

      Terima kasih mas Alris dan salam sejahtera.

  3. ASSALAM SUKA BACA N3 SITI NI…TELUR PADI KAT SEMENANJUNG MUNGKIN TELOR MASIN YG DISALUT ABU SEKAM HITAM KOT…MMG BNYK DIJUAL DI SINI…JADI KEGEMARAN DLM BULAN PUASA….TAPI TELUR PADI NAMPAK UNIK DIBUNGKUS DGN SEKAM PADI.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb Kak Paridah Ishak…

      Telur masin itu bukan telur padi kak walaupun keduanya dari telur itik. pembuatannya berbeza dan menghasilkan rasa dan rupa yang jauh berbeza.

      Sila akak lihat foto yang saya tambahkan di atas tentang perbezaan telur masin dan telur padi kak. Sangat jauh bezanya. rasanya juga berbeza.

      Mudahan akak sudah jelas gambaran kedua telur itu dengan nyata. kalau akak mahu nanti saya kirimkan akak telur padi dan cuba rasanya sendiri. Akak beri alamat kepada saya melalui email. OK.

      Salam manis dari Sarikei, Sarawak. πŸ™‚

  4. Terima kasih banyak penjelasannya dik siti fatimah…baru kak tahu orang kitapun sgt kreatif dlm cara pengawetan makanan…teringin juga nk rasa telur padi ni nanti2lh kak beritahu ya…susahkan siti saja.

    • Sama-sama kembali kak Paridah. Begitulah bijaknya manusia dalam memastikan kesinambungan hidup mereka di zaman lampau. Kita pula mendapat manfaat darinya.

      Tidak menyusahkan saya pun kak. Malah sangat senang sekali mengirimnya kepada akan di sana. Beritahu sahaja kak ya, nanti saya kirimkan bila-bila masa.

      Salam mesra selalu. πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya…

      Telur ini bukan telur masin mbak. Telur masin itu berwarna putih dengan isinya merah jingga.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam manis, mbak. πŸ™‚

  5. Assalaamu’alaikum wr.wb ouan fatimah
    saya baru tahu ada telur seperti ini .. telur padi
    mungkin kalau di jual di indonesia bisa laku, biasanya konsumen suka ingin mencoba makanan makanan baru

    salam sehat bahagia

    • Wa’alaikum salaam wr.wb,…

      Memang ada, mungkin di Indonesia sudah wujud telur ini tetapi hanya dikenali di kalangan kaum tertentu seperti kaum Cina. Ia telur yang sudah lama dimakan oleh orang Cina dan sejarah pembuatannya juga berasal dari negara Cina.

      Terima kasih dan salam sejahtera.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.