CT211. KEMUDAHAN MASJID NABAWI (2): “TOILET”, PARKIR & TEMPAT WUDUK

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

MudahNabawi2Fatima1ToiletParkirWudhuk

*

UJIAN DI TANAH SUCI

Di mana-mana sahaja, Allah SWT sentiasa menguji hamba-NYA. Ujian merupakan bukti ketaatan, kesabaran dan redha dengan apa yang didatangkan Allah dalam setiap pekerjaan hidupnya.

Di bumi Haramain, ujian itu sangat besar dan berat jika difahami dari sudut mencari keredhaan Allah SWT. Tetapi terasa ringan apabila Allah SWT menjadi sumber harapan dengan memohon bantuan dari-NYA.

Untuk meraih kunci jalan ke syurga bukan perkara mudah. Semua hujjaj akan melalui ranjau dan onak yang dicipta Allah SWT untuk layak dianugerahkan gelar HAJI MABRUR.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui hamba yang terpilih itu. Kita hendaklah berusaha tanpa putus asa sambil mengharap keredhaan-NYA atas segala ujian yang ditempuh. Berbaik sangkalah kepada Allah dalam semua urusan.

*

BAWAH TANAH

Masjid Nabawi dikellilingi dengan halaman terbuka di sebelah utara, selatan dan barat yang pagari dinding setinggi hampir 5 meter. Kawasan ini mengandungi pintu masuk ke tandas, tempat wudhuk dan parkir kereta yang disediakan dua tingkat aras bawah tanah. Kerana itu, kita jarang melihat kereta diparkirkan di atas jalan raya berdekatan Masjid Nabawi.

Setelah menulis perkongsian tentang CT210. KEMUDAHAN MASJID NABAWI (1): TEMPAT MINUM, tiga kemudahan berikut iaitu ‘toilet’ (baca tandas), parkir dan tempat wuduk turut berperanan mengurangkan keresahan di hati para jemaah hujjaj dan umrah sepanjang berada di Masjid Nabaw

Beberapa posting khas berkaitan TANDAS dalam slot CABARAN HAJI, telah saya tulis untuk menggambarkan betapa TANDAS menjadi salah satu dari banyak ujian “berat” Allah SWT sepanjang di Tanah Suci. Hanya mereka yang sabar, redha dan tidak berkeluh kesah, mampu berhadapan dengan situasi TANDAS ini.

*

MudahNabawi2Fatima2MensToiletNo6

Tandas dan parkir lelaki, pintu no. 6, berada di Dataran Masjid Nabawi yang berasingan dari kawasan solat wanita

*

MudahNabawi2Fatima3WomensTiolet7A

Tandas wanita, pintu no. 7A, di dalam kawasan solat wanita yang dipagarkan

*

BERASINGAN

“Toilet”, parkir dan tempat wuduk diasingkan antara lelaki dan wanita. “Toilet” wanita berada di dalam kawasan  yang berpagar, khusus di bahagian solat wanita.

Pembinan kemudahan ini tidak banyak berbanding yang disediakan untuk lelaki. Akibatnya, keadaan sangat sesak dan menimbulkan suasana yang kurang nyaman dari aspek kebersihannya.

MudahNabawi2Fatima12BahagianWanita

Foto di atas, petunjuk yang saya tanda berkaitan kawasan solat wanita yang telah dipagar. Tempat kemudahan juga dimasukkan di dalam kawasan ini agar tiada gangguan dari jemaah lelaki. Namun, terdapat juga jemaah lelaki (keluarga para hajjah) yang “tidak mengendahkan larangan lelaki masuk ke kawasan wanita”. Selalunya mereka akan dihalau oleh polis lelaki, penjaga pintu masuk kawasan wanita ini.

*

Manakala, “toilet” lelaki berada banyak di sekitar Dataran yang luas sepanjang Masjid Nabawi. Tidak sukar untuk mencari kemudahan tandas bagi para hujjaj lelaki. Keadaannya tidak sesak seperti yang berlaku kepada parah hajjah yang terpaksa menunggu panjang.

Keadaan ini menimbulkan banyak tekanan apabila terlihat ada hajjah yang marah, menjerit dan memukul pintu tandas apabila dirasakan terlalu lama menunggu. Selain itu, bau tandas yang kurang nyaman dan kotor amat menyesak hidung kerana hajjah yang tidak menjaga kebersihan tandas yang digunakannya.

Melihat situasi demikian, saya tidak pernah menggunakan tandas di kawasan wanita untuk menggelakkan perasaan marah timbul, bau yang menyakitkan hati dan boleh membuat kita berkelahi sesama sendiri.

Seingat saya, HANYA SEKALI  menggunakan tandas di Hotel Movenpick di antara waktu Maghrib dan Isyak. Walau perjalanannya mengambil sedikit masa tetapi hati saya senang dan tandasnya pula bersih. 

Tidak dinafikan ada ketika tandas itu kelihatan bersih kerana tidak ramai yang menggunakannya terutama pada akhir musim haji atau umrah. Maka, keadaan sesak jarang ditemui dan memberi keselesaan kepada para jemaah yang menggunakannya. tetapi bau busuk tidak dapat dielakkan kerana tidak cukup pekerja yang membersihkan tandas tersebut.

MudahNabawi2Fatima5ParkirWanitaNo9

Laluan ke tempat parkir bagi wanita sahaja, pintu no. 9

*

KEMUDAHAN BAGI LELAKI

Foto-foto di bawah menunjukkan kemudahan “toilet”, tempat wuduk dan parkir lelaki.

MudahNabawi2Fatima4MensToiletParkirNo8

Tandas dan parkir lelaki, pintu no. 8

*

MudahNabawi2Fatima6MensToiletParkirNo9

Tandas dan parkir lelaki, pintu no. 9

*

MudahNabawi2Fatima7MensToiletParkirNo10

Tandas dan parkir lelaki, pintu no. 10

*

MudahNabawi2Fatima8MensToiletParkirNo10

Tandas dan parkir lelaki, pintu no. 10

*

MudahNabawi2Fatima9MensToiletWudukNo10A

Tandas, tempat wuduk dan parkir lelaki bawah tanah, pintu no. 10 A.

*

MudahNabawi2Fatima10EkalatorMensToiletWudukNo10A

Tandas, tempat wuduk dan dan parkir lelaki bawah tanah, pintu no. 10 A.

*

MudahNabawi2Fatima11MensToiletWudukNo10A

Tandas tempat wuduk dan dan parkir lelaki bawah tanah, pintu no. 10 A.

*

PENGALAMAN DI TANDAS WANITA

Pengalaman memasuki salah satu tandas wanita di tingkat 1 bawah tanah memperlihatkan kepada saya situasi yang tidak terfikir tentangnya.

Sebaik menuruni tangga kedua, saya melihat ramainya wanita berjubah hitam dan berpurdah yang dikenali sebagai polis wanita Arab yang menjaga kawasan solat wanita sedang beristirehat di kawasan lapang sebelum memasuki kawasan tandas.

Saya fikir mereka ini hanya polis bantuan yang menjaga kawasan solat wanita. Di sini, para polis wanita itu membuka purdah yang dipakai. Saya dapat melihat pelbagai bangsa di kalangan mereka, mungkin berbangsa Afrika, Arab dan Asia.

Suasana di tandas wanita sangat bising dengan suara pekikan mereka yang tidak sabar menunggu selain bau busuk yang keras menerbang segala aromanya di kawasan tertutup bawah tanah itu. Saya tidak mengambil masa lama untuk berfikir agar cepat keluar dari kawasan ini kerana tidak tahan dengan suasana yang sesak.

Kerajaan Arab Saudi sepatutnya membina lebih banyak kemudahan tandas dan wudhuk untuk jemaah hajjah kerana jumlah mereka lebih ramai dari jemaah hujjaj lelaki.

*

DALAM KESUKARAN ADA KEMUDAHAN, BERSABARLAH SEMASA DI TANAH HARAM

*

**************

SalamFatima3SalamFatima27 November 2013 (Rabu)/ 23 Muharram 1435H/1035 malam Sarikei, Sarawak

AKU…. telah mengenal banyak sifat mulia yang bersumberkan dari nama-nama Allah yang indah. Melalui sifat-sifat tersebut aku berusaha membentuk pola pemikiran yang hebat untuk menjadi manusia yang terpuji akhlak. Aku ingin Allah tersenyum memandangku kerana menyukai sifat-sifat-NYA untuk menghiasi kehidupanku. Redhailah aku, Ya Allah. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. Percayalah, di sepanjang nafas ini berdengus dan jantung ini berdetak, namamu sentiasa menghiasi hatiku walau dunia ini sudah hilang bentuk dan warnanya. Wassalaam. 😀

RinduFatima5untukmu

*

KENANGAN BERSAMAMU, TIDAK AKAN PERNAH MATI

*

17 thoughts on “CT211. KEMUDAHAN MASJID NABAWI (2): “TOILET”, PARKIR & TEMPAT WUDUK

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Neni yang disayangi..

      Terima kasih, hadir menyapa Umi dan pertama di pagi indah ini.
      Umi senang dan mendoakan Neni sihat dan bahagia selalu.

      Salam rindu dari Umi buat Neni. 😀

      • ma’af ummi, baru sempat menyambung isi salam ananda yang sholehah 😉

        mmhh… parkir disini maksud ummi apa yah ? apakah parkir tempat kendaraan atau parkir tempat lelaki/wanita rehat.. hehe..

        terima kasih info yang telah ummi bagi kepada ananda dan para sahabat pembaca, semoga tulisan ummi, menjadi informasi yang bermanfa’at kelak, amin ya Robbal ‘alamin

        salam rindu
        salam kangen
        salam manja
        salam hangat
        salam manis semanis kurma
        salam segala-galanya…

        • Iya Neni, tidak apa. Umi faham. 😀

          Parkir di sini maksudnya tempat parkir kenderaan yang berada di tingkat bawah sekali. Parkir itu disewa secara tahunan oleh pelanggan dengan bayaran sebanyak RS1500, setahun. Malah ada juga parkir untuk bukan pelanggan (umum).

          Kebanyakan pelanggan berbayar adalah terdiri dari penduduk Kota Madinah sendiri bagi memudahkan mereka parkir ketika solat fardhu, Jumaat, musim haji dan umrah.

          Wah, banyaknya salam dari Neni buat Umi. Tentu rindunya sudah berbakul-bakul nih. 😉 Maaf, Umi masih sibuk, koneksi kurang baik dan selalu lelah kemudiannya. Mudahan tulisan Umi dapat mengubat rindu Neni. 😀

          Umi juga rindu semuanya untuk Neni.
          Salam semanis kurma ajwa. 😀

  1. Assalamu ‘alaikum Wr. Wb.

    Betul apa yang Bunda kemukakan kalau Masjid Nabawi merupakan suatu Masjid yang sangat istimewa, dari mulai ketertiban, kebersihan dan keteraturan dalam pengaturan jamaahnya, tapi juga fasilitas yang sangat memadai untuk menjamin kemudahan jamaahnya dalam menjalankan ibadahnya, mulai dari tempat wudlu, urinoir/WC yang jumlahnya sangat banyak juga tempat parkir buat jamaah yang menggunakan kendaraan pribadinya.

    Dan yang paling mengesankan adalah suasana saat berada di dalamnya, seakan enggan untuk pulang ke Maktab atau ke Tanah Air. Sungguh suasana yang selalu ingin berada di dalamnya dalam tempo yang lama. Itulah karunia Alloh SWT yang diberikan bagi Masjid Nabi. (insyaalloh)

    Maaf Bunda. Baru datang langsung ngelantur bicaranya, maaf baru kali ini berkunjung ke rumah Bunda ini.

    Salam Hormat dari Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia

    Wassalamu ‘alaikum Wr. Wb.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Aziz Purwanto….

      Alhamdulillah, mas Aziz dan isteri sudah kembali ke Tanah Air setelah menunaikan haji yang lalu. Didoskan mendapat haji mabrur atas segala ibadah yang telah dilaksanakan selama di sana bersama lanjutanya untuk kesinambungan kehidupan di hari seterusnya.

      Tidak ada yang dapat digambarkan keindahan dan keakraban hati juga jiwa kita selama bermukim di Tanah Haram untuk memenuhi tanggungjawab dalam berhaji. Kurnia dan nikmat Allah SWT yang sepatutnya tidak dilepaskan begitu sahaja kerana peluang haji mungkin hanya sekali dalam kehidupan kita.

      Senang mendapat kunjungan kembali dari mas Aziz, Terima kasih juga kerana memaklumi tentang kepergian haji melalui pengalaman yang ditulis. Mudahan saya dan pembaca semua mendapat manfaat darinya. Aamiin.

      Salam hormat kembali. 😀

  2. Assalamualaikum Wr Wb

    Indahnya Masjid Nabawi, pasti jauh lebih indah jika bisa sampai di sana untuk dengan khusyu beribadah.

    Semoga kekurangan-kekurangan yang ada dan tadi umi jelaskan bisa segera diperbaiki. Sudah selayaknya toilet dan sarana wudhu itu lebih bersih, lebih rapi, lebih wangi dan lebih tertib ya umi.

    Salam hormat dari ananda di Bogor 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Achoey….

      Mahu menggambarkan keindahan Masjid Nabawi dan persekitarannya melalui tulisan memang amat berbeda jika dibandingkan dengan melaluinya sendiri dan melihat dengan mata telanjang.

      Keakraban hati dengan semangat hidup yang dituangkan kekal dari roh/jiwa Rasulullah SAW dan para sahabatnya meresapi jiwa kita dengan menekuni segala jejak yang pernah dilalui oleh muslimin terawal yang dimuliakan Allah SWT ini.

      Insya Allah, pembesaran kawasan Masjid Nabawi yang mulai dilaksanakan tentu akan mengambil berat prasarana yang menjadi kebajikan tetamu Allah seluruhnya.

      Terima kasih nanda Achoey, didoakan seruan akan menyusul buat nanda untuk berumrah atau berhaji. Aamiin.

      Salam sejahtera dan sukses selalu. 😀

  3. Assalamualaikum kak…
    membaca tulisan tentang mesjid Nabawi ini menambah pengetahuan lia yang InsyaAllah bulan depan hendak kesana,… Aminnn.. doain ya kak…

    wassalamualaikum wr. wb

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Delia….

      Alhamdulillah, semoga selamat pergi dan selamat kembali dengan umrah mabrur. Mudahan pengalaman kakak bermanfaat buat Delia. 😀

      Wa’alaikum salaam wr.wb.
      Salam manis di hujung minggu. 😀

  4. Assalamu ‘alaikum Wr. Wb.
    Mbak Siti Fatimah
    Dari yang sudah sudah..para tamu Allah yang sudah sujud di masjid Nabawi..mempunyai arti dan kesan yang sangat membekas dan mendalam ya mbak…sampai sampai rasa kerinduan itu terus selalu hadir ingin kembali dan berada di sana

    Meski masih di temui sedikit hal kecil pada sarana penunjangnya..namun semoga hal ini dapat lekas di atasi oleh pihak terkait… 🙂

    Salam dari Jakarta.. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo….

      Iya, demikian apa yang dirasai oleh para tetamu Allah SWT walau hanya sekali ke sana. Hati dan jiwa sentiasa rasa dipanggil untuk ke sana lagi buat kesekian kalinya. Ingin dan ingin lagi tidak pernah luput dari hati, malah jika diizinkan Allah, mahu mengakhiri hidup dan dikuburkan di sana.

      Kita berharap semuanya akan baik dan prasana semakin banyak untuk kemudahan semua.

      Terima kasih Purnomo atas kunjungan dan salam sejahtera. 😀

  5. Pingback: CT212. KEMUDAHAN MASJID NABAWI (3): KHIDMAT PENGANGKUTAN | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  6. Tandas itu kalau di Bahasa Indonesia apa ya? hehe…
    PR buat kerajaan Arab Saudi semoga kedepannya tidak ada lagi bau busuk di tandas-tandas. Bau itu pastinya sangat mengganggu.
    Berharap suatu saat kesana. Aamiin. 🙂
    Salam hangat Bunda.

    • Tandas itu adalah WC atau “toilet”.
      Insya Allah, mudahan prasarana penting ini mendapat perhatian kerajaan Arab Saudi dengan bermulanya pembesaran dan pembinaan baru di Masjid Nabawi yang bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

      Aamiin Allahumma Aamiin.
      Bunda doakan Dedekusn dan isteri akan menjadi tetamu Allah di kemudian hari. Jangan lupa menyimpan wangnya. 😀

      Salam hangat kembali.

  7. Pingback: CT411. CABARAN HAJI (23): BELAJAR SABAR DI TANDAS MASJID NABAWI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.