CT382. RESEPI SAMBAL TEMPE GORENG RANGUP

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

TempeFatima1GorengRangup

*

MENU BERBUKA PUASA

Tak tahu apa yang hendak dimasak untuk berbuka puasa sunat Khamis (hari khamis) yang lalu membuat saya memerah ingatan apa lagi makanan mentah yang ada di dalam peti sejuk (refrigerator).

Tiba-tiba terlihat tempe mentah yang masih di dalam beg plastik berwarna pink sebanyak lima bungkus masih belum terusik. Seingat saya tempe ini saya beli pada hari Ahad di Pusat Pasar Basah Sarikei (Sarikei Central Market). 

Ini bermakna sudah lima hari  tempe itu terperap di dalam peti sejuk. Bimbang juga jika sudah didatangi kulat dan sudah tentu rugi membelinya. Alhamdulillah, setelah diperiksa saya dapati tempe masih elok untuk dimakan.

*

MENU PILIHAN HATI

Tanpa membuang masa, otak saya ligat ingin memasak menu pilihan yang menjadi kegemaran saya dan seisi keluarga. Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Masih ada lebih kurang satu jam 12 minit untuk saya menyelesaikan masakan sebelum masuk waktu Mahgrib (berbuka) pada pukul 6.42 petang).

Seperti biasa apabila Chef Fatima (saya) sudah berada di dapur tidak ada sesiapa yang boleh mengganggu kosentrasi bekerja saya. Menu pilihan hati saya adalah SAMBAL TEMPE GORENG RANGUP. Saya harus menyediakan semua bahan terlebih dahulu dengan kemas dan tersusun.

Di bawah ini, saya ingin berkongsi air tangan saya bersama teman pembaca. Untuk makluman, sambal yang menjadi keutamaan dalam menu ini saya ubah suai sendiri dengan melakukan banyak percubaan sehingga ia menjadi selazat ini. 😀

Saya yakin teman pembaca akan menyukainya. Cuma kemungkinan “GAGAL” mencapai kelazatan sambal saya ini akan berlaku jika tidak memahami apa yang saya jelaskan. Tidak apa, cuba dahulu pasti akan berhasil.

*

PENYEDIAAN BAHAN

Jika anda melihat foto yang sudah saya paparkan di bawah ini ternyata bahan-bahan yang digunakan untuk membuat resepi SAMBAL TEMPE GORENG RANGUP adalah sangat mudah dan tidak memakan kos perbelanjaan yang banyak.

SELAMAT MENCUBA

*

TempeFatima2Tempe

BAHAN UTAMA – Tempe yang sudah dihiris dan digoreng rangup.

*

TempeFatima3CilIboh

*

CARA MEMBUAT SAMBAL 

Masukan minyak masak 4 sudu besar ke dalam kuali. Panaskan minyak dan masukkan cili boh bersama bawang putih yang sudah ditumbuk halus. Goreng hingga nampak sedikit garing.

*

TempeFatima4Bawangputihtumbuk

*

TempeFatima5GulaGaram

(AMARAN: JANGAN MASUKKAN GARAM DAHULU.) Anda harus masukkan gula. Gaul rata sehingga gula larut. Anda akan nampak sambal yang sudah bergula itu menimbulkan sedikit buih. Ini menunjukkan gula sudah larut.

*

TempeFatima6KicapSos

Setelah gula larut barulah anda masukkan sos cili dan kicap manis bagi menambah rasa yang mencairkan sambal bergula. Selain itu untuk mencantikkan warna sambal agar sedikit gelap dan basah.

Jika anda tidak meletakkan sos dan kicap, sambal bergula tadi akan keras beku apabila sejuk. PERCAYALAH…. saya sudah mencubanya. Keras macam batu. 😀

Jika sambal tidak terasa masin, barulah anda boleh masukkan sedikit garam SAHAJA. Jangan banyak sangat, nanti sambal menjadi masin. Tetapi kalau anda tidak memasukkan pun TIDAK APA-APA. 

Kalau masih masin…. MASUKKAN SEDIKIT MADU LEBAH dan gaul rata.

*

LANGKAH AKHIR

Padamkan api. Sejukkan sambal yang panas. Biarkan beberapa minit. JANGAN SEKALI-KALI anda memasukkan tempe yang sudah digoreng rangup ke dalam sambal yang sedang panas kerana anda membuat tempe itu kembali lembek atau lemau atau semun (ISTILAH ORANG SARAWAK). 🙂

Hmmm… apa istilah yang sesuai ya. Maksudnya tempe itu TIDAK AKAN RANGUP LAGI.

*

TempeFatima8BilisGoreng

Setelah sambal sejuk, barulah masukkan tempe goreng rangup dan ikan bilis goreng. Gaul hingga sebati dan meresap bersama sambal yang lazat itu. Tempe dan ikan bilis akan sentiasa rangup dan sedap dimakan begitu sahaja atau dengan nasi.

Anak-anak saya semuanya sangat menyukai sambal tempe goreng rangup ini kerana bagi mereka masakan mama adalah yang terbaik di dunia dan tidak dirasai di mana-mana di dunia ini. Alhamdulillah.

*

TempeFatima7SiapMakan

*

Alhamdulillah. Inilah kemenjadian SAMBAL TEMPE GORENG RANGUP saya yang lazat.

*

Silakan mencubanya sendiri. Saya pasti anda akan menyukainya. Oh ya hampir terlupa….. anda juga boleh menggunakan bahan lain seperti kacang goreng, ubi kayu goreng, ubi keledek goreng, ubi keladi goreng, popia goreng atau seumpamanya lagi selain tempe goreng dengan SAMBAL yang lazat ini.

SEMOGA BERJAYA.

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima15 April 2016 (Jumaat)/ 7 Rejab 1437H/ 15.21 petang, Sarikei, Sarawak

AKU…. menelusuri masa yang sudah lama ditinggalkan. Setiap jejak yang berbekas ada tangis yang mengalir hingga kini, tak tahu bila kan berhenti. Saat kita mati, airmata tetap berlari tanpa pernah terputus hingga ke akhirat nanti. Aku menginsafi diri betapa aku menangisi diri sendiri. Ya Allah, Engkau Yang selalu menyentuh hati di setiap kalimah suci yang ku fahami makna isinya yang tersendiri. Allahu Akbar.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Tika hati kita merasa kasih dan kasihan, berlembutlah dalam bicara yang menyentuh jiwa. Kerana di situ menghuninya cinta yang tidak ingin merasa duka dan luka. Apabila kita melakukannya dengan sayang, pasti sayang juga yang kita terima. Untukmu selalu ada rindu yang tidak terhingga. Semoga Allah melindungimu di mana sahaja berada. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

24 thoughts on “CT382. RESEPI SAMBAL TEMPE GORENG RANGUP

  1. Assalamualaikum Mbak Fatimah,
    Sambal tempe goreng ranggupnya enak nian. Dan resepinya persis seperti yang biasa saya buat di Serpong – Tangerang. Cuma saya tidak menggunakan saus chili, hanya cabe giling saja. Di sini saya menyebutnya Tempe Orek hehehe…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi….

      Orek itu maksudnya goreng ya mbak. Memang enak mbak walau apa pun resepi yang kita masak. Namun kalau mbak campurkan dengan sos ia lebih enak dan wangi baunya.

      Terima kasih mbak Evi kerana sudah berkunjung. Maaf baru membalas kerana sedang sibuk dengan urusan kuliah.

      Salam manis selalu. 🙂

  2. Assalamualaikum wr wb kak Siti,
    Di Indonesia namanya tempe oreg. Kalau baru masak memang enak tempe oreg + ikan bilis dimakan dengan nasi yang masih panas.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris…

      Benar, kalau makan dengan nasi ketika masih panas memang lazat. Malah saya lebih suka makan begitu sahaja sambil baca buku atau menonton tv. Tempe goreng bersambal ini satu snack buatan sendiri yang sihat.

      Terima kasih mas Alris dan salam takzim.

  3. assalamu alaikum,
    membaca resep ini sambil coba menebak arti rangup, does it mean crispy?
    pantaslah lezat dan disukai anak2, resep ini telah diuji coba berulang2 sampai mendapat ramuan yang pas

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Monda….

      Tebakan mbak sangat tepat. 😀 Rangup maksudnya garing atau “crispy”, mbak.

      Iya mbak, mula-mula memasak sambal ini, ia jadi keras dan bercerai-cerai pula tempe atau kacangnya. Setelah berfikir dan mencuba banyak bahan, maka yang ini bahan terbaik dan sangat lazat. Alhamdulillah, akhirnya anak-anak memuji enak dan sukakannya.

      Terima kasih mbak dan salam manis.

  4. Kalau di Samarinda, makanan ini dinamakan sambal goreng tempe. Selain enak, pengolahannya pun simpel dan tidak terlalu banyak mengeluarkan biaya. Juga paling sedap disantap dengan nasi panas dan ikan kering alias ikan asin. Sungguh menyelerakan, apalagi nanti jika bulan ramadhan telah tiba.

    • Alhamdulillah, senang menerima kunjungan Ifan. Sebutan di Samarinda itu sama dengan di Malaysia. Mungkin di sana juga banyak menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan hariannya.

      Saya belum mencuba makan sambal tempe goreng dengan ikan masin. Nanti boleh dicuba lain kali. pasti enak ya.

      Benar, kalau bulan Ramadhan, sambal tempe goreng ini banyak dijual di Bazar Ramadhan di Malaysia berbanding jualan pada hari biasa.

      Terima kasih Ifan dan salam sejahtera.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Winnaz….

      Ini namanya makanan kegemaran keluarga yang sudah pasti makanan ini dapat mengumpulkan ahli keluarga. Tentu meriah makan bersama-sama.

      Terima kasih dan salam sejahtera.

    • Hai mbak Firsty…
      Tidak mbak. Jangan pakai bawang merah nanti bahan campuran akan lemau atau tidak rangup lagi. Jangan sekali-kali mencampuri sambal dengan air. Juga menyebabkan bahan campuran jadi tidak rangup.

      Terima kasih sudah berkunjung mbak. Lama sekali kita tidak bersilaturahmi.

      Salam manis. 🙂

    • Wa’alaikum salaam mas Bersapedahan…

      Silakan, memang sambal tempe goreng rangup sangat lazat apa lagi kalau ada kacang dan ikan bilis dicampur bersamanya.

      Terima kasih dan salam sejahtera.

  5. Assalamu’alaikum wr.wb. mba Fatimah…
    Kalo yang namanya tempe goreng, itu kesukaan saya mba. apalagi diolah kaya olahan mbak Fatimah ini, pasti lebih enak dan merangsang nafsu makan saya hehee.
    Salam takzim dari Dompu

    • Waalaikum salaam wr.wb, mas AR Syamsuddin…

      Memang ramai yang menyukai tempe goreng kerana khasiat kacang soya yang menjadi bahan utamanya. Banyak protein dan menyihatkan. Biasanya kalau tanpa sambal saya hanya menabur garam ke atas tempe goreng ini untuk dijadikan snack sambil menonton tv.

      Saya pasti di sana lagi banyak tempe dalam pelbagai bentuk dan rasa. Malah sekarang sudah ada tempe perasa coklat dan sebagainya.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam takzim.

  6. wahhh, jadi ngiler liatnya, saya besok mau cari istri yang pinter masak nih, soalnya dengan menu sederhana bisa menjadi sangat luar biasa…
    terima kasih dan salam kenal mba

    • Insya Allah, semoga bertemu dengan calon isteri yang pintar memasak. tapi jika yang belum pintar memasak, boleh diajar memasak kerana wanita mula pintar memasak makanan lazat setelah menjadi isteri dan ibu. Pengalaman mengajar seseorang menjadi lebih baik dari sebelumnya.

      Terima kasih Adam sudah berkunjung perdana dan salam kenal kembali.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.