CT358. KISAH DI MASJIDIL HARAM (3): DOA, AIRMATA DAN BUAH EPAL

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

AirmataFatima1DoaEpal

*

KESELAMATAN DIRI

Selesai Solat Zoh0r berjemaah, saya bergegas menunggu SPH di kaki tangga naik ke Tingkat 1, di ruang pintu masuk no. 76, King Fahd Gate.  Saya menelefon SPH memaklumkan di mana tempat saya berada agar mudah ditemui.

Komunikasi sangat penting. Pastikan bateri telefon bimbit anda sudah di”cas” penuh sebelum ke Masjidil Haram atau mana-mana destinasi untuk memudahkan perhubungan apabila berlaku suatu kecemasan yang tidak dijangka.

Saya pentingkan keselamatan diri. Selalu berwaspada dengan segala kemungkinan yang muncul. Saya tahu kelemahan sendiri. Cepat panik apabila berhadapan dengan situasi yang datang secara mengejut. Tetapi dapat mengawal diri apabila fikiran cepat mencerna apa yang berlaku. Saya bukan jenis penakut. Saya yakin Allah SWT sentiasa bersama saya. 

SPH selalu bimbang keselamatan saya tetapi SPH tahu saya boleh menjaga diri sendiri. Saya sudah menyediakan diri jika berlaku situasi yang tidak diduga terutama apabila menghadapinya seorang diri tanpa SPH di sisi.

Contoh, saya pernah sesat di dalam Masjidil Haram ketika hendak mencari jalan menuju pintu keluar Masjidil Haram untuk bertemu SPH. Saya berusaha menakluk diri agar tidak panik. Rasa keseorangan di tengah keramaian. Terasing. Namun masih boleh berfikir dengan rasional sambil beristighfar dan mencari penyelesaian segera.

*

TINGKAT 1, BANGUNAN BARU

Keadaan sangat sesak dengan ratusan manusia yang mahu keluar dari Al-Haram usai solat Zohor dengan pelbagai urusan terutama untuk makan tengah hari. Sebelum berangkat ke Masjdil Haram saya hanya menjamah sedikit roti dan minuman panas. Perut mula terasa lapar minta dipenuhi haknya.

Setelah lama menunggu, akhirnya SPH muncul jua. Alhamdulillah. “Jom kita naik atas, Abang nak bawa Mah melihat Kaabah dari atas.” ajak SPH. “Ye ke bang, bestnya.” jawab saya dengan teruja. Sudah 8 hari tidak melihat Kaabah dari dekat. Rindu tidak terkata. Saya ingin berdoa di hadapan Kaabah walau dari jarak jauh. Itu sudah cukup sebagai penawar rindu.

Ketika memasuki tingkat 1, bangunan baru tambahan Masjidil Haram ini terasa amat sejuk berbanding di tingkat bawah, tempat saya menunaikan solat Zohor walaupun di situ juga ada penghawa dingin. Ruangan sangat selesa dan ada tempat disediakan permaidani. Saya sudah mula menaruh harapan untuk menunaikan solat di sini pada waktu Asar nanti.

*

AlHaramFatima2TingkatBawahMharam.

*
AlHaramFatima9TKTBawahPengajianPakistan

Pemandangan dari Tingkat 1

*

Jarak perjalanan antara bangunan baru dan bangunan lama terasa jauh dan sedikit mengelirukan saya. Maklum, pertama kali menjejak kaki di tingkat 1. Ia nampak asing. Lantai dan dinding masjid dilapisi batu marmar berwarna putih.

Tiang-tiang masjid sangat besar dan tinggi. Warnanya juga serupa. Penghawa dinginnya dipasang mengelilingi bawah tiang. Sama seperti di Masjid Nabawi tetapi penghawa dingin di tiang lebih tinggi. 

*

AlHaramFatima3Tingkat1RuangDingin

*

AlHaramFatima12Tkt1MasjidilHaram

*

AlHaramFatima4Laluan menuju Bangunan Lama

*

AlHaramFatima10LampuNanindah

*

Saya dan SPH berhenti sebentar untuk mengalas perut dengan air zam-zam. Tong-tong air Zam-zam di letak berdekatan laluan jalan. Saya mengambil peluang memerhati siling bangunan baru Masjidil Haram. Siling atasnya bergantungan lampu indah gemerlapan. Pantulan cahaya lampu menukar warna putih menjadi hijau kekuningan.

Mata saya asyik dan leka dengan pemandangan indah yang menenang jiwa. Jemaah sudah tidak ramai. Ruang nampak kosong dan sangat luas. Terasa dingin menyelinap ke seluruh tubuh. Saya memakai stokin kasut untuk menggelakkan dingin pada tapak kaki.

*

TINGKAT 1, BANGUNAN LAMA

Setelah melintasi ruang bangunan baru, kami menuruni beberapa anak tangga yang memisahkan bangunan baru dengan bangunan lama Masjidil Haram. Sungguh tampak berbeza. Bangunan lama hanya disejuk oleh kipas angin di siling yang tinggi. Sangat banyak.

Tidak ada penghawa dingin di kawasan ini. Udara panas amat terasa sekali. Namun lebih ramai memilih bersantai di bangunan lama berbanding bangunan baru. Pandangan mata kita akan tembus ke alam bebas. Di hadapan, ramai jemaah sedang melakukan tawaf.

*

AlHaramFatima5PemisahBarulama

*

AlHaramFatima6SantaiRehat

*

AlHaramFatima7BertawafTingkat1

*

Jika hendak menuju anjung Masjid, kita harus melintasi jemaah bertawaf itu. Harus hati-hati kerana kita sedang melintang arus manusia yang berjalan cepat. SPH memimpin saya mencelah-celah di antara jemaah bertawaf menuju ke anjung bangunan untuk melihat Kaabah.

Ramai jemaah yang bersusun-susun di anjung. Kami mencari ruang yang selesa untuk memandang Kaabah. Menunggu jemaah yang selesai dan mengambil tempatnya.

*

AlHaramFatima11AnjungTingkat1MasjidilHaram

*

DOA DAN AIR MATA

Alhamdulillah, akhirnya saya dengan hati yang dipenuhi bunga bahagia dan senyuman yang tidak lekang di bibir mengucapkan syukur yang tinggi ke hadrat Ilahi. Kaabah jelas sepenuhnya di hadapan mata.

Saya memandang terus sambil tangan di angkat untuk berdoa bagi kesejahteraan saya dan SPH sepanjang di Tanah Suci agar dimudahkan segala urusan ibadah haji dan kehidupan kami. Saya juga mendoakan anak-anak dan semua yang disayangi yang selalu ada di hati saya.

Entah apa yang meruntun hati, tanpa sedar saya menangis teresak-esak. Saya mesyukuri segala nikmat yang Allah beri.  Saya memberitahu SPH untuk melakukan sujud syukur.

Kami undur beberapa langkah ke belakang, mencari tempat sesuai untuk duduk. Setelah rasa selesa, saya mengambil saf dan melakukan sujud syukur. SPH duduk di belakang sebelah kanan saya. Setelah selesai sujud syukur, saya berdoa kembali.

*

HIRISAN EPAL

Airmata mencurah-curah turun seperti hujan kucing dan anjing layaknya. Saya seakan tenggelam dalam dunia sendiri memohon keampunan dosa dan mengadu kepada Allah Rabbul’izzati.  Saya menadah tangan dalam doa yang khusyuk sambil memejam mata dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

Tidak disangka, sedang khusyuk berdoa, ada tangan yang kasar menyentuh telapak tangan saya dan meletakkan sesuatu atasnya. Saya yang sedang berdoa jadi tidak khusyuk lagi, lalu membuka mata. Saya terkejut melihat sehiris epal yang sudah dikupas kulitnya berada di atas dua telapak tangan saya.

Ketika saya hendak menoleh ke arah SPH dan bertanya apa yang berlaku, tiba-tiba saya terpandang seorang ibu yang sudah tua, duduk tidak jauh dari saya. Beliau menunjuk hirisan epal di tangan saya dan menyuruh makan. Di sisinya seorang lelaki yang sebaya umur. Mungkin suaminya. Beliau turut menyuruh saya memakan hirisan epal tersebut. Mereka berasal dari negara India.

Masya Allah, saya terus ketawa dengan apa yang berlaku. SPH juga begitu dan ditangannya ada sehiris epal. Kami disuruh makan. Airmata saya masih lagi mengalir di pipi. Saya mengesat kering dengan tuala kecil yang sering dibawa. Terharu dengan rezeki yang datang. Bersyukur dengan pemberian Allah SWT melalui jemaah haji suami isteri yang baik hati itu. .

“Syukran ummi, syukran. Barakallahulakuma. Haji mabrur.” ucap saya bertalu-talu sambil mengunyah epal yang diberi. Kedua suami isteri itu sangat ceria dan gembira melayan kami. Di tangan ibu tua itu ada sebilah pisau dan sebiji buah epal yang sedang dikupas. Di sisinya berbaki dua biji epal merah.

Ibu tua menghulur lagi hirisan buah epal kepada saya dan SPH. Mahu tidak mahu, kami menyambut dan mengucap terima kasih. Bimbang, buah epal itu habis diberi kepada kami, saya mengajak SPH segera berlalu agar Haji dan Hajjah tua itu dapat menikmati hidangan mereka.

Sepanjang jalan menuju keluar pintu Masjidil Haram, saya berkata: “Allah memang nak berikita rezeki makan buah epal melalui suami isteri yang baik itu, kan bang. “Iya. Alhamdulillah.” jawab SPH. “Kita tidak kenal mereka pun. Mudahan kedua orang tua tadi dipermudahkan urusan haji dan kehidupan mereka di Tanah Suci.” doa saya. “Aamiin, mudah-mudahan. ” jawab SPH.

“Mah rasa sangat lapar, jom kita cari makanan, bang. Mah nak makan nasi Mandy dengan ayam panggang.” jelas saya semasa langkah kami sudah melewati pintu no. 76. “Jom, abang pun lapar juga ?” jawab SPH  ringkas.

“Ya Allah, terima kasih kerana memberi kami rezeki buah epal. Sesungguhnya itu adalah rezeki yang Engkau berikan tanpa kami sangka hadirnya di sisi kami. Allahu Akbar walillahilhamd” gumam saya kepada Allah sambil menekun indahnya peristiwa tadi.

*

AirmataFatima2FirmanAllahAlThalaq 2.3

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima3 November 2015 (Selasa)/ 21 Muharram 1437H/ 10.48 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. bersyukur kerana banyak perkara yang didatangkan Allah dalam hidupku menjadikan aku semakin matang dan bijak berfikir. Aku tidak perlu larut dalam dukacita dan airmata kerana semalam yang gagal diraih. Apa yang harus aku buat adalah bangun dari jatuh  untuk terus berjaya. Terima kasih Wahai Kekasih, memilihku melalui jalan ini.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. ku puisikan namamu dalam rinduku. Biar tidak ada resah yang mengebu-gebu. ku zikirkan rinduku dalam kalimat syahdu. Biar kau tahu di situ ada dirimu yang mengisi ruang hatiku.  Doaku untukmu tidak pernah jemu. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

GurindamFatimaku

*

*

16 thoughts on “CT358. KISAH DI MASJIDIL HARAM (3): DOA, AIRMATA DAN BUAH EPAL

  1. assalamua’laikum Bunda, apa kabar? semoga Bunda dan Keluarga selalu ada dalam lindungan Allah SWT, aamiin. selalu senang baca tulisan Bunda, selalu mengenai Masjidil Haram dan perkembangan disana, sudah lama juga tidak mampir kesini, ini baru mulai lagi nulis dan mau mampir ke blog teman-teman yang lain,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ardiansyah….

      Alhamdulillah, bunda sekeluarga sihat dan baik. Didoakan Ardian juga demikian sama. Semoga beroleh manfaat dan terima kasih sudah datang berkunjung ke mari. Senang mengetahui Ardian kembali aktif ngeblog.

      Salam sejahtera.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya….

      Iya, mbak. itu sangat penting sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Lebih-lebih lagi kalau kita berada jauh di rantauan. Jika tidak pasti sukar untuk meminta bantuan.

      Terima kasih mbak Lidaya dan salam manis. 🙂

  2. Assalamu’alaikum wr. wb. Mbak Fatimah apa kabar?
    Suka sekali membaca posting Mbak yang ini. Foto-foto keadaan Masjidil Haram membuat kerinduan saya untuk berkunjung kesana tak tertahankan. Semogalah suatu waktu saya diberi kesempatan untuk mengunjunginya.

    Salam persahabatan dari saya di Sukabumi, West Java.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa….

      Alhamdulillah, saya sihat dan didoakan mas Titik juga demikian sama. Saya doakan mas Titik dan isteri tutur akan berkesempatan ke Tanah Suci untuk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti. Aamiin. Semoga kongsian yang dipaparkan bermanfaat.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam takzim.

  3. Assalamu’alaikum wr.wb.mbak Fatimah…

    Semoga kesehatan selalu Allah limpahkan untuk saya, hingga pada saatnya nanti saya juga bisa ke sana, seperti mbak Fatimah, walau hanya sekali seumur hidup. aamiin.

    Salam persahabatan

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas AR Syamsuddin….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Saya turut mendoakan apa yang dihajati akan diperkenankan Allah SWT. Kerana sesiapa yang sudah sampai di hatinya niat hendak ke Tanah Suci, Allah tidak akan menghampakannya. Mudahan kebaikan akan menyusuri di kemudian hari.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam takzim.

  4. Pingback: CT379. KISAH DI MASJIDIL HARAM (4): SEKADAR 24 JAM | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.