CT426. CABARAN HAJI (28): CERITA SERIBU SATU KISAH DI TANDAS MINA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

SUNGGUH MANUSIA MEMANG BEGITU. Apa yang dia mahu pasti akan diperolehi dengan macam-macam cara. Walaupun cara yang ditempuhnya sukar dan mungkin melukai hati orang lain. Tetap tidak dipedulikannya. Yang penting kemahuan itu tercapai dan dapat memuaskan hati sendiri.

Sifat timbang rasa dan belas kasihan yang diajar oleh Rasulullah SAW sebagai contoh teladan yang unggul, sudah tidak menjadi amalan. Lebih lagi apabila melihat dari usia yang disandang, sudah tentu kita malu untuk memandang kerana akhlak mereka tidak terbilang.

*

KISAH TANDAS DI MINA

Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah CERITA SERIBU SATU KISAH DI TANDAS MINA. Walaupun mabit di Mina hanya 4 malam (bermula malam ke- 10 Zulhijjah), namun kisah di tandas banyak yang boleh dijadikan teladan dan sempadan.

Bumi Mina yang luas dengan tandas yang terhad dan dikongsikan secara “antarabangsa” rupanya menyimpan seribu satu kisah yang menyentuh hati. Suka dan duka silih berganti. Hanya mereka yang bertakwa dan ikhlas, mampu melalui setiap cabaran dengan redha, simpati dan empati.

Pihak Tabung Haji di Khemah Maktab 95, awal-awal memaklumkan kepada jemaah haji bahawa tandas yang kami guna sepanjang berada di Mina adalah tandas “antarabangsa”, maksudnya boleh digunakan oleh mana-mana jemaah haji lain dari luar khemah kami. Namun ada yang tidak mengambil endah dan bersikap menyalahi akhlak terpuji.

Jika dilihat dari tingkah yang menongkah kemuliaan ibadah haji, tidak sepatutnya sikap seorang yang baru mencapai kemuncak haji dan kini digelar haji atau hajjah (sebuah nama yang “dinamakan” untuk memuliakan seseorang yang sudah menunaikan haji), sedangkan gelaran itu tidak wajib pun.  Kita jadi malu dan terkedu. Allah, Allah, Allah.

Marilah memohon ampun dan bertaubat kepada Allah SWT yang telah mengurniakan kita rezeki dan menjemput kita ke Tanah Suci. Bukankah jemputan ini untuk meninggikan darjat kita di sisi-NYA dengan kesabaran yang ditunjukkan setelah diuji.

Tetapi, mengapa kita memilih akhlak yang keji ? Jika kemuliaan akhlak itu menjadi pakaian diri, pasti Allah akan menambah nikmat yang tidak terperi dari mana-mana jalan yang tidak kita sedari arah pemberian-NYA.

Ini merupakan jaminan Allah SWT kepada kita, jika mahu mengerti dan memahami melalui surah Hud, ayat 3 yang bermaksud:

” Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepada-NYA supaya DIA memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…”

*

TIPIS DAN NIPIS

Saya antara manusia yang menjadi saksi hilangnya nilai akal budi apabila manusia yang bergelar haji dan hajah kurang sabar dan angkuh hanya kerana SEBUAH TANDAS tempat membuang kotoran dan membersihkan badan.

Kita selalu lupa atau sengaja lupa bahawa setiap yang kita jalani dalam kehidupan ini merupakan ujian. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi kesukaran hidup yang selama ini sangat selesa kita lalui. Rupanya rasa syukur kita sangat tipis. Iman lagilah nipis Sedangkan Allah memberi jaminan;

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. (maksud Surah Ibrahim: ayat 7)

*

SUKAR DITEMUI

Sungguh, dalam banyaknya kedangkalan akal manusia bila berhadapan dengan tandas, sedikit yang saya temui berbudi pekerti tinggi, sabar, murah senyuman dan ramah tamah. Sungguh, ia sukar ditemui. Tetapi Allah memberi saya pengalaman bersama mereka. Mereka terdiri dari pelbagai bangsa dan negara di tandas “antarabangsa” di khemah Maktab 95.

Saya kagum dengan akhlak yang ditatang tentu mereka buka sebarang orang. Mereka sudah mendidik diri untuk bersabar, pastinya kerana menginginkan sedikit nikmat untuk membawa pulang haji mabrur.

Saya berusaha menjadi salah seorang dari mereka kerana bukan mudah untuk mencapai nikmat dan manisnya iman jika ujian tandas ini tidak dapat dilalui. Saya melihat dengan mata hati, memerhati dalam diam dan belajar menyedar diri, sungguh manusia ramai yang tidak sedar diri.

Allah, Allah, Allah. Jika kita faham, Allah tidak akan mengazabkan kita dengan musibah dan ujian yang didatangkan dalam pelbagai cara. Allah ingin mengajar kita untuk menghambat rasa takut dan cemas terhadap kehidupan yang tidak pernah kita lalui. Untuk kita belajar bersabar. Malah untuk menghapuskan dosa dan menambah pahala.

*

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa).” Hadis Riwayat Muslim.

*

Lalu kita mulai insaf, ada insan yang lebih susah hidupnya dan kita mengambil iktibar dari setiap kejadian yang muncul di depan mata, bukan menunjuk angkuh dan sombong dengan darjat dan pangkat yang jauh di tinggalkan di tanah air sendiri. Ini bumi Allah yang didiami seketika oleh mereka yang tidak berdarjat kecuali takwa dan ikhlas yang membezakannya.

*

INI KISAHKU

Dalam beberapa siri akan datang, saya ingin berkongsi pengalaman suka dan duka di tandas Mina. Walaupun hanya sebuah tandas berkongsi bilik air, banyak kisah teladan dan sempadan yang Allah tunjukkan. Tandas yang dapat menyimpan cerita seribu satu kisah kehidupan manusia yang belajar jadi manusia.

Jika kita ada perasaan, rasa itu akan mengajar kita erti kemanusiaan dan mendidik kita untuk berbelas kasihan. Jika sebaliknya, nampaklah di ruang mata siapa kita sebenarnya dalam kehidupan yang belum mahu mengubah sempadan iman.

Ya Allah, setiap yang baik itu adalah dari-Mu dan yang buruk itu adalah khilaf dan alpaku. Ampunilah aku dan umat Islam seluruhnya.

*

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima20 Mac 2017 (Isnin)/ 21  Jamadil Akhir 1438H/ 8.00 pagi, Sarikei, Sarawak

AKU…. belajar menerima takdir yang buka takdirku. Hidup ini memiliki segala kemungkinan. Tidak semua yang menjadi pilihan kita akan menjadi milik kita. Ketentuan Allah mengatasi segala keinginan kita agar kita sedar dan tahu diri, kita hanyalah seorang Hamba yang diajar untuk mensyukuri. Jika kita redha dan ikhlas melepaskannya pasti rahmat Allah akan mengiringi perjalanan hidup kita di dunia dan akhirat. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

 DEDIKASIKU UNTUKMU….  Setiap hari adalah RINDU. Padamu…. RINDUKU setiap hari. Semoga bahagia dan dilindungi Allah. Aamiin.   Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

12 thoughts on “CT426. CABARAN HAJI (28): CERITA SERIBU SATU KISAH DI TANDAS MINA

  1. Assalam dik ct fatimah moga sht sjhtera sekeluarga..perkongsian yg amat menarik untuk diketahui walau hanya kisah sebuah tandas..ia adalah keperluan pnting seharian mntelah di rantau org.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb Kak Paridah Ishak….

      Alhamdulillah, Aamiin Allahumma Aamiin.
      Betul kak, jika memahami kepentingan tandas dalam keperluan hidup kita, maka perlulah bertolak ansur ketika menggunakannya. Hidup akan aman dan sejahtera tanpa rasa yang menggugah jiwa. Kehidupan di Mina, banyak cabarannya apabila berhadapan dengan isu penggunaan tandas ini bagi jemaah haji muassasah.

      Terima kasih kak sudah berkunjung dan salam manis selalu. 🙂

  2. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Mbak Fatimah,

    Sikap kita di dalam tandas atau dalam merawat kebersihannya adalah sikap diri kita yang sesungguhnya ya mbak Fatimah. Amat disayangkan dalam melaksanakan ibadah haji tindakan tak terpuji pun bermunculan dari para jemaah. Semoga mereka diberi petunjuk

    • Wa’alaikum salaam warahmatullahi wabarakatuh Mbak Evi….

      Saya setuju, mbak Evi. Semuanya bermula dari kita di rumah. Amalan yang sudah menjadi kebiasaan pasti akan nampak apabila sesuatu kejadian menimpa kita. Banyakkan bersabar menjadi inti kebahagiaan hidup. Apa yang berlaku di tandas Mina banyak menjadi pengajaran yang kita perolehi jika memikirkannya di sisi yang baik.

      Terima kasih mbak Evi sudah berkunjung dan salam mesra. 🙂

  3. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

    Alhamdulillaah…, ini posting yang sangat bermanfaat, Mbak Fatimah, memberi pelajaran kepada kita semua bagaimana pentingnya untuk tetap menjaga akhlak yang baik, di mana pun berada, termasuk dalam keadaan bersama orang banyak, mengantre untuk kebutuhan yang sangat pribadi, dan tetap menjaga kepentingan bersama. Terima kasih banyak ya, Mbak.

    Salam dari Jogja,
    @muhaiminazzet

    • Wa’alaikum salaam warahmatullahi wabarakatuh, mas Amazzet…

      Alhamdulillah, mudahan manfaatnya dapat dijadikan pengalaman apabila melalui situasi ini saat mengerjakan haji di kemudian hari. Apabila hati sudah ikhlas, apa pun tantangan yang kita hadapi kita akan tetap meredhainya. Allah selalu menguji hamba-NYA dengan perkara buruk dan baik. Mudahan kita mensyukurinya.

      Terima kasih kembali mas Amazzet dan salam takzim.

  4. Assalamu’alaikum wr wb puan Fatimah,

    tandas jadi kebutuhan publik bersama, tapi masih ada aja yang tidak peduli dan tidak menjaga kebersihan. Memang butuh kesabaran dan habit kita untuk selalu menjaga kebersihan. Tapi kalau sudah mendesak banget dan mesti antri .. hehehe jadi masalah berat 🙂

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb…..

      Melalui pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain yang berkongsi cerita di tandas Mina, memang ramai yang tidak menjaga kebersihan dan silaturahmi semasa di tandas. Hal ini kadang kala mengundang perbalahan kecil kerana tidak mahu bertolak ansur dan tidak sabar. Apabila melihat kejadian begini saya jadi malu pula kerana kita baharu sahaja menyelesaikan wukuf dan dosa-dosa telah diampunkan Allah, tetapi kita sudah mulai membuat dosa baharu. Allah, Allah. Memang manusia ini suka mendesak, tidak sabar dan lupa.

      Terima kasih mas sudah berbagi pengetahuan. Mudahan banyak manfaatnya kepada pembaca yang belum menunaikan haji.

      Salam hormat.

  5. Pingback: CT430. PERKARA PENTING HARUS DIBUAT APABILA BLOG ANDA HILANG | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  6. Pingback: CT444. CABARAN HAJI (29): TANDAS MINA (1) – TIPS MENUNGGU GILIRAN | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.