CT132. 10 ZULHIJJAH: MINA, MAKKAH SAKSI 15 TAHUN

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

10 ZULHIJJAH 1418H BERSAMAAN 

26 APRIL 1996 (AHAD), 4.30 PETANG

Tika takbir Eidul Adha masih berkumandang bergema menggegarkan sarwa jagat ini. Saat bersatunya himpunan jutaan insan seluruh dunia yang mencintai Rabbnya di langit ‘Arafah, bumi Makkah menjadi saksi sahnya ibadah haji mereka dalam syukur yang tidak terhingga. 

Berlaku dalam waktu yang sama di belahan bumi yang lain (Sarawak, Malaysia), termetri sebuah ikatan yang menggetarkan hati dan mendebarkan jiwa buat kesatuan hidup yang bakal ditempuh dengan hati yang saling redha meredhai di rumah No.1, Kampung Hilir, Sri Aman, Sarawak.

Lalu dalam sore damai saat takbir membesarkan Allah swt di Eidul Adha yang mulia masih berkumandang pada 10 Zulhijjah 1418 H (Ahad), selepas solat Asar, jam 4.30 petang – satu akad keramat penuh rona debaran pun melabuh tirai kebahagiaannya dalam majlis yang sangat sederhana. Sangat sederhana mengikut sunnah Rasulullah saw seperti yang aku inginkan. Alhamdulillah.

Detik ucap akadnya Sang Putera Hati (SPH)…. AKU TERIMA NIKAHNYA, lalu kasih dan cinta terpendamku selama 13 tahun dalam doa kudus mengharap adanya cintaku dikirimkan Allah swt ke relung hatinya yang terdalam…MENJADI REALITI.. dan aku tidak bermimpi lagi.

Subhanallah..Itulah hebatnya KUASA DOA dan KUASA KASIH SAYANG. Alhamdulillah, Allah memakbulkan doaku lantas berputik cinta tanpa sangsi menerima hadirku dalam hidupnya kerana Allah taala.

Padamu aku bersujud YA RAHMAN YA RAHIM kerana penyatuan dua hati yang dulunya tidak pernah mengenali, tidak pernah berbicara dan tidak pernah bertemu kerana kedua-duanya pemalu walaupun berada di kelas yang sama dan di sekolah yang sama. Dekat tapi jauh.

MENGAPA 10 ZULHIJJAH ?

Saya memilih tarikh 10 Zulhijjah sebagai hari pernikahan kerana saya berhajat apabila di kemudian hari, kedatangan 10 Zulhijjah setiap tahun bersamaan itu juga lantunan SUARA TAKBIR bergema menyerata alam seolah-olah turut mendoakan kebahagiaan kami. Allahu Akbar wa lillahi hamd.

Disamping itu, sahutan panggilan yang menggegar bumi ‘Arafah, Makkah al-Mukarramah dengan laungan LABBAIKALLAHUMA LABBAIK…, juga akan serentak mengalu-alukan ulang tahun perkahwinan kami. Subhanallah, itulah yang saya inginkan agar kehidupan ini selalu dalam payung rahmat Allah swt.

Pastinya lebih manis  dan indah jika suatu ketika nanti, kami menyambut ulang tahun perkahwinan di TANAH SUCI MAKKAH saat jasad kami dijemput sebagai tetamu Allah. Begitu saya memaklumi pemuda berketurunan Melanau-Cina tersebut, apabila SPH meminta saya memilih sendiri tarikh kesukaan untuk disatukan.

15 TAHUN, MINA JADI SAKSI

Alhamdulillah, harapan saya tertunai setelah 15 TAHUN kemudiannya. Bumi Mina, Makkah al-Mukarramah menjadi saksi 15 tahun itu.  2011 kami menjadi Duyuf ar-Rahman. Allah Maha Besar. Sungguh mengharukan.

Kami sampai ke Mina setelah mabit di Muzdalifah pada jam 2.40 pagi. Perjalanan 6 km menaiki bas yang sangat memenatkan dan mengambil masa 30 minit untuk mendarat tepat di hadapan perkampungan Maktab 95. Subhanallah, hari ini 6 November 2011 (Ahad) bersamaan 10 Zulhijjah 1433H adalah sambutan Ulang Tahun Perkahwinan saya dan SPH ke 15 tahun.

Rasa terharu dan syukur yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dapat menyambut ULTAH kami dalam keadaan yang sihat dan penuh riang bahagia di bumi barakah penuh rahmat Allah. Saya sudah memaklumkan kepada SPH semasa Hari Wukuf semalam. SPH kemudiannya mendoakan kebahagiaan dan kepanjangan perkahwinan kami, dunia dan akhirat di langit Arafah. Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

Bersama teman sebilik di Hotel Sevilla Barakat dan sekhemah di Arafah dan Mina (Khemah 36P), Kak Halimah Hj Shafiee dan Mastika Dahiri juga teman-teman dari Sarawak yang lain. Kami berfoto kenangan setelah saya menerima ucapan Ulang Tahun Perkahwinan ke-15 semasa waktu Asar, selepas makan petang.

Hati menjadi sayu dan terbit air mata kesyahduan saat mendengar kumandang takbir raya bergema seolah-olah menggetarkan setiap dinding konkrit Terowong Muassim sejauh hampir 1 kilometer dilafazkan oleh jemaah haji dari pelbagai negara menuju ke Jamarat pada hari raya kedua, 11 Zulhijjah 1432H.

Kami sedang menuju ke Jamarat untuk melontar pada hari raya kedua.  Gema talbiah berselang seli dengan takbir berkumandang di angkasa raya bumi Mina dengan meriahnya. Saling sahut menyahut dengan pelbagai rentak lagu yang dilaungkan oleh pelbagai bangsa mengikut irama masing-masing. Talbiah  jemaah haji Malaysia menjadi perhatian kerana temponya bersemangat mengambil nada lagu dari kumpulan Raihan “HAJI MENUJU ALLAH”

****************

MERAIKAN 15 TAHUN

Selama 4 hari di Mina, tidak ada sambutan istimewa bagi meraikan ULTAH 15 tahun kami. SPH hanya membeli aiskrim kerana saya ingin makan aiskrim. Itupun sudah memadai buat saya kerana bimbang dilanda batuk lagi.

Saya bercadang untuk meraikannya di Makkah nanti. Menu-menu makanan “mewah” di restoran-restoran di dalam Abraj al Bait Mall, Makkah terpampang jelas dalam skrin ingatan saya. Saya memaklumkan kepada SPH dan bersetuju.

Alhamdulillah, pada hari ketiga berada di Makkah setelah kembali dari Mina, saya dan SPH mengunjungi Abraj al Bait Mall selepas solat Isya bagi maksud meraikan sambutan ULTAH ke-15 kami.

Pintu masuk Utama menuju ke Abraj al Bait Mall yang berjarak 20 meter dari Masjidil Haram. Saya dan SPH meraikan Ulang Tahun Perkahwinan ke-15 di sebuah restoran di Tingkat 4.

Abraj Al-Bait Mall, setinggi 5 tingkat berada di dalam kompleks bangunan Abraj Al-Bait Tower. Restoran makan terletak di tingkat 4 dan 5 dengan pelbagai juadah yang menggugah selera.

Tanpa kawalan diri, berat badan pasti naik mendadak dan wang akan surut cepat kerana harga makanan yang mahal. Seeloknya jangan kerap makan di sini, makanan di luar mall lebih murah dan berpatutan. Sekali sekala, tidak apa yang penting wang mesti ada. 😀

Restoran pilihan untuk membeli makan malam sebagai menyambut ULTAH, berada di sebelah kanan. Harga makanan di sini  bermula dari SR15 hingga RS40 dengan pelbagai pilihan. Banyaknya restoran memberi peluang kepada jemaah haji untuk memilih mengikut selera masing-masing.

Saya jadi pening kepala mencari restoran yang memenuhi selera. Maklum sudah lama lidah ini tidak merasa makanan Malaysia. SPH dengan baik hatinya, penuh sayang dan perihatin hanya mengikut pilihan saya dan akhirnya…..

…… pilih punya pilih saya  berkenan untuk menikmati NASI BRIYANI AYAM sebagai makanan sambutan ULTAH ke-15 kami di bumi Makkah.  Alhamdulillah, pilihan ini dibuat setelah saya menimbangkan gambaran menu itu  sama dengan Nasi Briyani Ayam di Tanah Air. Mungkin kerana restoran pilihan saya adalah restoran makanan India, tentu rasa masakannya tidak jauh beza.

Hasilnya, tekstur  nasi yang sangat lembut, kental dan lazat. Kami membeli satu hidangan sahaja. itupun sangat banyak untuk dimakan berdua. Ayamnya besar dan empuk dengan rasa kari yang pekat. Cuma kuah colekan sangat masam, seakan yogat sehingga “menelan selera”, tetapi harus dimakan juga jika tidak membazir. Alhamdulillah. Sederhana tetapi mengasyikkan saat makan berduaan. Cuma tiada acara suapan. 😀

Ketika melewati Restoran Mr. Sate ini, keinginan makan sate timbul pula di benak hati. Mulanya saya fikir tentu rasa sate Arab tidak sama dengan sate di Malaysia. Setelah membaca dengan jelas catatan di dalam Restoran Mr. Sate, rupanya restoran ini milik warga Indonesia.

Sayang sekali, tiada ada pekerja kelihatan di dalamnya. Mungkin mereka tidak berjualan malam. Restoran ini sepi tanpa pelanggan. Restoran itu terdedah tanpa sesiapa menjaganya. Ini mungkin disebabkan tiada pencuri yang berani menceroboh kawasan Masjidil Haram ini, maka ia selamat ditinggalkan begitu sahaja.

***************

KINI 16 TAHUN

10 ZULHIJJAH 1433H BERSAMAAN 26 NOVEMBER 2012 (JUMMAT)

….. dengan izin Allah swt yang masih mengekalkan talian hayat perkahwinan ini, bersama keriangan dan kebahagiaan bagi kali ke 16 tahun. Diiringi seruan takbir bergema ke seluruh alam dan laungan talbiah yang menggegarkan bumi Arafah dan Mina. Subhanallah, Indahnya tarikh keramat itu dan akan terus bersemadi dalam sejarah kemanusiaanku di dunia ini. 

Semoga ada lagi sambutan yang sama di bumi Makkah di kemudian hari. DOAKANLAH. Aamiin.

WAHAI SANG PUTERA HATI… AKU HULURKAN DALAM WARNA KACA ALAM INI, JARI SEPULUH  KEPADAMU. DIIRINGI UCAPAN SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA, MAAF ZAHIR DAN BATHIN. REDHAILAH SETIAP LANGKAH KU UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT.

****************

SELAMAT HARI RAYA IEDUL ADHA. MAAF ZAHIR DAN BATHIN

BUAT SAHABAT SEKALIAN, dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan…

SEMOGA KITA SEMUANYA DIRAHMATI ALLAH SWT

****************

21 Oktober 2012 (Ahad)/ 5 Zulhijjah 1433H/ 10.35 malam – Sarikei,  Sarawak

AKU… bersyukur di setiap kesempatan hidup yang dilalui. Padanya ada badai yang menduka, ada ombak yang melara, ada sendu yang bertahta dan ada cerita yang menggugah jiwa. Padanya Allah mengurniakan nikmat tabah yang mengeras jiwa, nikmat sabar yang memujuk rasa dan nikmat iman yang menahan derita. Terima kasih Ya Allah… melabuhkan cinta-MU, Kasih-MU dan Sayang-MU dalam titisan redha di nubariku. Semua itu adalah YANG TERINDAH DALAM HIDUPKU.

– SITI FATIMAH AHMAD –

****************

TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKANMU WALAU SEDETIK DARI INGATAN DAN HATIKU.

57 thoughts on “CT132. 10 ZULHIJJAH: MINA, MAKKAH SAKSI 15 TAHUN

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb….

    SELAMAT HARI RAYA IEDUL ADHA BUAT SEMUA SAHABAT MUSLIM DI SELURUH DUNIA. MAAF ZAHIR DAN BATHIN. SAAT TAKBIR BERGEMA MENERAWANG KE SELURUH ALAM, MOHON ALLAH AMPUNI SEGALA DOSA DAN SILAP KITA. AAMIIN.

    *******

    KETULUSAN HATI nyanyian ANUAR ZAIN… mencerminkan tulusnya hati ini yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, dibisik dengan suara dan dicerita dalam kanvas berwarna. Hanya untukmu yang selalu ada di hatiku. Allah Maha Besar.

    DEDIKASIKU UNTUKMU… keindahan hidup ini selalu kita rasai adanya cubaan dan ujian yang melanda samada bahagia atau derita. Semua itu, Allah swt hadirkan agar kita menjadi semakin bijaksana, waras dan mencurah segala ilmu yang ada untuk meredah segalanya bagi mencari sekelumit penyelesaian yang berbalas syurga. Selalu ada doa untukmu dalam setiap saat ingatanku agar kau cemerlang dunia dan akhirat.

    Mohon maaf zahir dan bathin.
    Wassalaam. 😀

  2. subhanallah, terharu saya membaca dan mengetahui apa latar pemilihan tanggal 10 zulhijjah sebagai hari pernikahan, sungguh benar yang ukhti sampaikan…ketika suara takbir menggetarkan hati..itulah adalah moment terindah untuk mengenang kembali masa pernikahan yang membahagiakan…
    selamat menyambut perayaan hari jadi pernikahan-nya ya..semoga mejadi keluarga yang senantiasa bahagia, sehat dan selalu dalam lindungan ALLAH,
    selamat hari raya Idhul Qurban..mohon maaf lahir batin…
    salam hangat dari Makassar-Indonesia

    • Aamiin… Ya Rabbal’alamiin.
      Alhamdulillah, terima kasih mas Hariyanto atas ucap selamat dan doa yang dilampirkan. Didoakan sama untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

      Setiap tarikh yang berlaku dalam hidup ini, semuanya ada sejarah tersendiri yang harus dikenang sebagai sempadan dan teladan generasi akan datang. Saya sangat suka menyimpan tarikh2 seperti itu. Bagi saya semuanya punyai nilai sentimental yang mengasyikkan.

      Selamat Hari Raya Qurban dan maaf zahir dan bathin.
      Salam hangat kembali. 😀

    • mewakili si blue yang sedang sibuk…………..aku datang bunda
      apa kabarnya?
      aku dan blue selalu menyukai setiap postingan dari bunda
      maafkan aku dan blue y jika selalu ada kata perkata yang tak mengenakan hati bunda
      semoga bunda sekeluarga sihat selalu dan bisa merayakan Idhul Qurban y disana
      salam hangat dari blue
      dan salam dari aku….hehehheh
      blue nitip doa untuk bunda sekeluarga
      dia kangen bunda

      • Hai Kezedot…

        Terima kasih hadir menyapa dan sampaikan salam bunda kepada nanda Blue. Semoga kalian sihat dan diberkahi Allah dengan kebaikan di dunia dan akhirat.

        Alhamdulillah, bunda di sini sihat wal’afiat. Mudahan kita menjadi hamba Allah yang selalu bersyukur atas segala nikmat hidup dan agama yang dianut.

        Senang menerima kunjungan Kezedot dan harap nanda Blue juga akan hadir di masa depan agar hilang kangennya. maaf bunda kerana lama tidak bermain di blog nanda Blue. Insya Allah akan menyusul. 😀

        Salam hangat juga buat nanda Blue dan Kezedot. 😀

    • Aamiin… Ya Ra’uf Ya Rahiim

      Alhamdulillah, Terima kasih Pak Guru Sawali atas doa yang dikirim. Didoakan limpahan rezeki dan ilmu menyaluti kehidupan Pak Sawali dan keluarga di sana. Semoga menjadi insan yang selalu berbakti untuk ummah.

      Maaf Zahir dan Bathin
      Salam hormat takzim. 😀

  3. Ass…….
    Sebuah pengetahuan baru untuk saya Bunda. Dan saya temukan dalam artikel ini. Seiring salam dan doa untuk bunda sekeluarga dalam sebuah keberkahan dan ridho Illahi di kehidupan dunia akhirat. Amiiiin……

    Sukses selalu.
    Salam Wisata,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra Kesuma…

      Alhamdulillah, mudahan mendapat banyak kebaikan dari apa yang dikongsikan.

      Aamiin… Ya Syakirun ‘Aliim. Terima kasih atas doa yang dipanjatkan untuk kebaikan saya sekeluarga.

      Mudahan mas Indra dan keluarga juga demikian sama mendapat keredhaan Allah dan dimudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Aamiin.

      Salam hormat dan sejahtera selalu. 😀

  4. Betul sekali, di daerah tempat saya pun tak sedikit yang menggelar hajatan pernikahan. Kata orang Jawa, bulan besar atau bulan zulhijjah ini adalah bulan yang baik untuk menyelenggarakan hajatan pernikahan.

    Semoga Allah memberkahi ibu sekeluarga di peringatan hari jadi pernikahan pada bulan zulhijjah ini.

    • Aamiin.. Ya Rahmaan Ya Rahiim.
      Alhamdulillah, semoga doa yang dikirimkan mendapat perkenan Allah swt di setiap tahun hadirnya 10 Zulhijjah. Didoakan mas Muhammad juga mendapat rahmat dan barakah dalam rumahtangganya. Aamiin.

      Terima kasih hadir menyapa di hari mulia ini.
      Salam mesra. 😀

  5. Barakallah hu lakuma wa baraka alaikuma
    Wa jamaah baina kuma fii khair.

    Assalamualaikum Fatimah,
    Selamat menyambut Aidil Adha dan selamat menyambut hari bahagia, hari yg penuh bersejarah dalam hidup. Semoga bahagia berkekalan hingga ke akhirat bersama cahaya mata buah hati tercinta.

    Saya menumpang gembira dari jauh dan dapat merasakan hadiah paling besar apabila Fatimah menyambutnya di tanah suci tahun lalu.

    Oh ya, saya ingin jelaskan pada awak akan pandangan saya tentang apa yg berlaku di kota Mekkah supaya awak tidak salah faham di dalam post saya kelmarin.
    Saya mendapat sumber sejarah Mekkah bukan dari kitab-kitab dan pandangan dari di mana-mana pihak yang sekarang ini menjadi salah faham dalam fakta sejarah.
    Tetapi sumber yang saya dapat ini langsung dari keluarga saya yg pernah bertugas di sana mengurus hajji dan umrah dan buku itu ada persamaan dgn cerita beliau.

    Salam mesra semoga berhubung di lain waktu,
    Selamat Hari Raya Idul Adha – maaf zahir batin.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb sahabatku yang baik, Bintang Zohra…

      Aamiin.. Ya Tawwab Ya Rahiim.
      Alhamdulillah dan terima kasih atas doa yang mengetar hati buat sahabatmu ini.

      Senang menerima kunjungan dari Zohra yang sudah lama tidak aktif anjung sana anjung sini. Didoakan Zohra juga bahagia dan dalam rahmat Allah swt.

      Tidak apa kawan… saya faham apa yang dimaksudkan dan saya juga sudah membaca banyak bahan tentang itu serta mempunyai maklumat dari buku-buku yang dimiliki. Mudahan apa yang terjadi baik yang tersurat atau tersirat memberi pengajatan dan iktibar kepada umat Islam seluruhnya.

      Maaf zahir dan bathin. Salam keindahan bulan Zuhijjah yang mulia buat Zohra di Singapura. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Andi…

      Selamat Hari Raya Iedul Adha. Maaf zahir dan bathin.

      Iya, memang sangat enak dan ingin merasainya lagi terutama tekstur nasinya yang panjang dan lembut.

      .. saya fikir nasi Briyani juga bisa dibeli di Indonesia. 😀

      Terima kasih Andi.
      Salam ceria.

    • Aamiin.. Ya Samii’un Ya ‘Aliim…

      Haji Mabrur adalah cita-cita semua jemaah haji. Semoga doa Belajar Cinta dimakbuli Allah swt.

      Saya mendoakan agar anda menemui cinta yang membawa kepada cinta Allah dan cinta Rasul kerana menemui cinta sebegini, indahnya tidak terhingga dan selalu mendapat rahmat Allah swt di dunia dan di akhirat. Aamiin.

      Salam kenal dan terima kasih sudi singgah di sini. Mudahan beroleh manfaatnya. 😀

  6. Membaca tulisan mbak semakin terasa kerinduan untuk menunaikan ibadah haji ke Mekkah dan berziarah ke makam Rasulullah di Madinah. Semoga ada kelapangan dan kemudahan ke sana. Kepada mbak Fatimah, SELAMAT HARI RAYA IEDUL ADHA 1433H, mohon maaf lahir dan batin.
    Salam dari Banjarmasin

    • Mudahan kerinduan untuk menapak diri ke bumi Makkah dan Madinah akan direstui Allah swt. Aamiin.

      Terima kasih mas Wajidi atas kunjungan di hari mulia. Didoakan sihat dan selalu dalam rahmat Allah swt.

      Salam sejahtera. 😀

  7. Bunda… tiada foto berdua dengan SPH? hihi..
    kenapa tidak ada acara suap-suapannya? kan itu yang penting, hehe..
    subhanallah…. bahkan pencuripun tidak ada, makkah almukarromah benar-benar terjaga oleh Allah subhanahu wa Ta’ala… #jadi merinding

    • Hehehe… tidak ada yang menolong untuk berfoto berdua, Ari.

      Begitu juga, dengan majlis meraikan 15 tahun itu, kerana berada di khalayak ramai, acara suapan dibatalkan. 😀

      Sekarang jarang berlaku kecurian di tanah haram. Saya merasa aman dan tidak takut. Yakin dengan perlidungan Allah swt pasti membawa keselamatan buat kita di mana jua berada.

      Terima kasih Ari.
      Salam ceria di penghujung pekan. 😀

  8. Assalamualaikum.Wr.Wb
    kunjungan sore bunda siti…
    Selamat hari raya ied adha ya bund..
    maaf lahir bathin juga…( motong hewan qurban apa nich??)hhehe..
    ditempat saya juga banyak yang menikah dihari ied adha bund…
    hari baik…
    berarti ini 10 dzulhijah milad pernikahan juga ya bund?

    salam buat putri kecilnya ya bund dari dida….(sahabat ais dari indonesia)…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ahmad Fauzi…

      Terima kasih untuk kunjungan di lebaran Iedul Adha yang mulia.
      Maaf zahir bathin juga.

      Didoakan Akhmad, Dida dan bundanya dalam kondisi sihat dalam rahmat Allah swt. Semoga bahagia dan gembira selalu.

      Alhamdulillah, setiap 10 Zulhijjah di setiap tahun, itulah ultahnya. 😀 Memang kita digalakkan melalui hadis Rasulullah saw untuk memilih bulan baik dalam Islam terutama bulan-bulan haji untuk hari pernikahan.

      Salam ceria di hujung minggu. 😀

  9. Assalamualaikum mb Siti. Ijinlan saya menghaturkan selamat hari raya kurban. Semoga tauladan Nabi Ibrahim terus menginspirasi kehidupan kita. amin. salaam mesra Mbak 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Mbak Evi…

      Aamiin… Ya Zaljalaali wal ikram.
      Insya Allah mbak, jika kita bisa menekuni syariat yang dibawa Nabi Ibrahin dan diperkukuhkan dalam syariat islam, pasti banyak kebaikan kita perolehi untuk menjadi muslim sejati.

      Terima kasih atas doa dan kunjungan dari mbak Evi.

      Selamat Hari Raya Qurban dan Maaf Zahir Bathin.
      Salam manis selalu, mbak. 😀

  10. assalamu’alaikum Bunda..

    selamat hari raya idul adha,, mohon maaf lahir bathin..

    selamat ulang tahun pernikahan yang ke 16, semoga langgeng sampai kakek nenek, bahagia, sehat selalu, dan selalu dalam lindungan Allah SWT.. amin..

    Bunda sangat romantis, bahkan hari pernikahanpun dipikirkan sangat matang,, heheheh

    salam sayang selalu buat bunda.. salam rindu dari Jakarta..
    fitr4y

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Fitray…

      Aamiin… Ya Aziiz Ya Hakiim.
      Senang menerima doa yang dilampirkan buat kemenjadian hidup bunda di masa depan. Didoakan Fitray juga demikian sama dan selalu mendapat petunjuk Allah swt dalam melayari kehidupan ini.

      Membuat suatu rencana yang hebat untuk kenangan masa depan dan ada cabarannya sangat bunda sukai. Tentu sekali banyak kesannya di kemudian hari. 😀

      Terima kasih atas ucapan selamat dan kunjungan Fitray di hari mulia ini. maaf zahir dan bathin juga dari bunda yang jauh.

      Salam sayang dan rindu dari bunda buat Fitray. 😀

  11. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
    Alhamdulillah kita masih diberi ALLAH SWT , nikmat umur buat menyambut Idul Adha tahun ini,
    semoga rahmat dan karunia ALLAH SWT selalu menyertai kita semua,
    selamat merayakan Hari Raya Idul Adha,
    bila ada salah dan khilaf dalam kata serta sikap selama ini, mohon di maafkan lahir dan batin.
    Wassalam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb wa ridhwaanuh, mas Hariyanto…

      Alhamdulillah wa syurulillah atas semua nikmat yang kita perolehi selama ini. Maka balasannya hendaklah mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan-NYA.

      Aamiin.. Ya Hayyu Ya Qaiyuum…
      Mudahan kita selalu dalam keselamatan Allah di mana-mana jua.

      Selamat hari raya dan maaf zahir bathin.
      Terima kasih untuk kunjungan dan ucap selamat.

      Salam hormat selalu. 😀

  12. Salam alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, Mbak Fatimah yang disayang Allah Swt..
    pasti indah melebihi indahnya romantika di mana pun ya.. ketika kita memenuhi panggilan Allah bersama-sama kekasih hati pendamping hidup.. subhanallah.. *makin ngiri :_O

    Mohon maaf jika sobat nakal ini baru muncul lagi ya, Mbak.. hehehh

    Di hari perayaan para haji ini, saya dan keluarga menyampaikan Selamat Berhari Raya Idul Adha, semoga Mbak dan keluarga di Sarikei, Serawak semua senantiasa berada dalam liputan Rahmaan dan Rahiim-Nya dan senantiasa berkah dalam setiap langkah bagi diri, keluarga, dan umat semuanya. Aamiiin. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb wa ridhwaanuh, akhi Muxlimo…

      Alhamdulilah, demikianlah keinginan hati saya ketika mencari tarikh terbaik untuk disatukan. Oleh itu, menunaikan haji tahun 2011 adalah hadiah paling indah dan hebat untuk ultah ke 15. malah saya mengganggap ia adalah Hadiah Dari Langit.

      jangan iri mas Muxlimo, saya jadi bimbang kalau ada yang iri sama saya. Insya Allah, mas Muxlimo juga akan bisa meraikannya di sana bersama isteri yang selalu mencintai. 😀

      Saya doakan kemenjadian harinya di kemudian hari dalam perhatian Allah Yang maha pengasih buat hamba-NYA yang selalu berusaha mendekati dan membela agama-NYA.

      Terima kasih sudi mengunjungi blog ini di hari mulia, Iedul Adha yang menjadi saksi kebahagiaan umat Islam di tanah Haramain.dan seluruh dunia.

      Juga kiriman doa yang dilampirkan bersama. Semoga mas Muxlimo sentiasa bahagia dan dirahmati Allah hendaknya bersama keluarga di sana.

      Salam hormat dan mesra selalu. 😀

  13. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Indahnya kebersamaan dalam memahami makna “berkorban” adalah salah satu hal yang barangkali pantas kita jadikan pijakan dalam memperingati Hari Iedul Adha. Sungguh bahagia saat melihat orang lain bahagia. Kegotongroyongan dan kebersamaan dalam melaksanakan pemyembelihan hewan kurban dan pembagian daging kepada sesama adalah pemandangan yang lazim terjadi di tiap sudut tanah air. Semoga Allah Swt meridai niat baik setiap insan dalam memperingati hari mulia ini.

    Hanya ucapan SELAMAT IEDUL ADHA 1433 H dan permohonan MAAF LAHIR DAN BATIN yang pantas saya persembahkan pada Mbak Fatimah, di samping selamat merayakan hari jadi pernikahan ke-16. Semoga Allah Swt memberikan kebahagiaan kepada Mbak dalam mengarungi samudra keluarga.

    Salam Iedul Adha untuk Mbak dan keluarga di Sarikei, Serawak…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden…

      Aamiin… Ya Waasi’uun Ya ‘Aliimun
      Demikialan Allah hendak memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja untuk dijadikan teladan atau sempadan.

      Sirah para Nabi menunjukkan keimanan dan ketakwaan mereka dalam memperjuangan agama Allah untuk dijadikan ikutan umat kemudian dalam memahami maksud diutuskan mereka kepada manusia sejak Adam a.s hingga Muhammad Saw.

      Apa yang berlaku dalam hidup kita seharian juga memberi impak pengorbanan supaya kita sedar bahawa hanya Allah swt tujuan hidup kita.

      Terima kasih atas kunjungan dan ucap selamat yang dilampirkan bersama kemeriahan bulan Zulhijjah yang mulia ini. Didoakan mas Raden juga demikian sama diberi kebahagiaan dan berkah Allah swt.

      Salam hormat dan ceria selalu. 😀

  14. sungguh bergetar hati bila memandang pemandangan tamu Allah yang dianugerahi berziarah di tempat mulia tersebut,
    Ya Alloh perkenankan hamba yang doif dan pendosa ini termasuk pada barisan tamu-tamu mulia-Mu di rumah-Mu…..

    • Alhamdulillah, mudahan getaran itu menguatkan semangat untuk menuju ke sana. Insya Allah. 😀

      Aamiin Ya Rahmaan Ya Rahiim.
      Perkenankan doa hamba-MU yang memohon kebaikan bagi dirinya.
      Engkau adalah Tuhan Yang Menerima segala doa.

      Terima kasih Nedi.
      Salam sejahtera selalu. 😀

  15. Pertama, idah ucapkan selamat idul adha untuk Bunda dan keluarga.
    ke dua, idah ucapkan selamatt. Selamat untuk penikahannya yang sudah berumur 16 tahun. Semoga selalu diberi kemudahan dan kemurahan olehNya. 🙂

    Salam Senyuum untuk Bunda dan keluarga. ^_*

    • Alhamdulillah dan terima kasih atas ucap-ucap selamat dari Idah manis.
      Juga doa yang dikirimkan.

      Semoga Idah juga diberi kurniaan yang banyak dari Allah swt dan rahmat-NYA. Aamiin.

      Salam senyum di penghujung pekan buat Idah. 😀

  16. Assalamu’alaikum Wr. Wb.

    Selamat Hari Raya Iedhul Adha 1433 H, sekaligus selamat atas terjalinnya ikatan perkawinan bunda dengan sang pujaan hati, 16 tahun sudah bunda bersama dalam suka dan duka itulah bumbu dalam kehidupan rumah tangga, semoga ….. kami atas nama keluarga, berharap bunda dan keluarga selalu mendapat Rahmat dan Inayah-Nya, terus lah berkarya buat kemaslahatan kehidupan di dunia yang fana ini, sebagai bekal buat kehidupan yang abadi nanti. Amin..

    Oh ya bunda….kebetulan kami beserta istri tahun depan mendapat porsi/jatah untuk tunaikan ibadah haji, kami mohon doanya bunda, semoga diberikan kesehatan, dan kemantapan hati serta mendapat Ridlo dari Alloh swt, untuk memenuhi panggilan-Nya.

    Walaupun tahun 2012 ini kami baru saja melaksanakan ibadah Umroh beserta istri dan orang tua kami, kami mengharap sudilah bunda untuk menuliskan rentetan acara ibadah Haji, dari mulai niat haji sampai selesai.
    Kami berharap bunda tidak merasa bosan untuk memberikan ilmu dan pengalaman ibadah bunda beserta suami 16 tahun silam.

    Mohon maaf atas segalanya.

    Wassalamu’alaikum Wr. Wb.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb mas Aziz…

      Aamiin Ya ‘Aliiyul ‘Adhziim Ya Allah…
      Alhamdulillah dan terima kasih untuk ucapan selamat dan buat doa yang baik-baik untuk kami. Didoakan mas Aziz dan keluarga juga dilimpahi kurnia Allah yang melimpah dan mendapat rahmat-NYA.

      Subhanallah, bertuahnya mas Aziz dan isteri dapat menunaikan umrah tahun ini dan dianugerahi pula haji tahun depan. Saya mendoakan semuanya berjalan lancar dn selamat untuk semua urusan sehingga hari keberangkatan tahun depan. Banykkan berdoa.

      Jika sudah mengetahui keberangkatannya, maka persediaan hendaklah bermula sekarang supaya banyak ilmu yang bisa diperoelhi kerana kerja haji ibarat kerja profesional yang bukan dikerjakan secara semberono sahaja. Selamat dari saya. Alhamdulillah.

      Insya Allah, mudahan sepanjang pengalaman yang ada semasa di sana akan cuba saya tulis di sini buat panduan. yang baik dan buruknya dapat diambil untuk dijadikan sempadan dan teladan. Cuma pengalaman seseorang itu berbeza antara satu sama lain.

      Terima kasih atas kunjungan dan maaf zahir bathin.
      Salam hormat takzim. 😀

  17. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Mohon maaf Bunda, kami baru sempat berkunjung kembali. Dalam kunjungan ini kami di Galeri Siswa mengucap pula SELAMAT IEDUL ADHA 1433 H, MOHON MAAF LAHIR DAN BATIN. Semoga Allah Swt mengampuni segala dosa serta menerima amal dan ibadah kita.

    Selamat pula atas hari jadi pernikahan Bunda yang ke-16, semoga Allah Swt senantiasa melimpahkan rahmat dan hidayah-Nya kepada Bunda sekeluarga dalam membina rumah tangga.

    Salam Iedul Adha dari Galeri Siswa untuk Bunda tersayang…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb nanda Galeri Siswa…

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Semoga Allah menerima segala doa-doa kita untuk membersihkan kita dari segala doa yang dilakukan dlam sedar atau tersembunyi. Hanya Dia yang Maha pengampun dan menerima taubat.

      Terima kasih hadir berkunjung dan lampiran ucap selamat yang disertakan. Mudahan banyak kebaikan yang bakal ditempuh di kemudian hari. Aamiin.

      Salam ceria dan sukses semuanya di sana. 😀

  18. Assalamu alaikum wr. wb.

    umiiiiiiiiiii aku datang, aku rindu dengan menorehkan untaian kata yang ada dalam hati ananda, kangeeeeeeeeeeeeeeennnnnnnnnnnnnnnnnnn banget,……..

    waaahhhhh, kayaknya neni harus bilang wwwoooooooooooouuuuuuuuuuuuuuuuuuuwwwwwww pada umi,
    kisah yang begitu indah, .
    neni sich semasa sekolah mulai SD hingga mendekati akhir kuliah tak pernah betul-betul suka pada seorang, santai menjalani hidup tak pernah memikirkan yang namanya lawan jenis, nanti akhir kuliah menjelang selelsai baru mulai memikirkan yang namanya makhluk adam, hingga saat ini, tapi Allah selalu memiliki rencana yang indah buat makhluknya. aku tunggu surprice dari Allah, .. 🙂 🙂

    neni kangen ummi selalu ..muaaccchhhhhh

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni yang Umi rindui…

      Terima kasih menyempat diri hadir menyapa Umi yang selalu mengingati Neni dan menunggu kedatangan Neni di sisi Umi.

      Umi juga rindu setelah berkuruuuun lamanya tidak bersapa. Semoga silaturahminya masih sekerap dulu dan Umi selalu menyambt dengan hati terbuka dan bahagia. 😀

      Subhanallah… umi mengharapkan kejayaan mendahulu kehidupan Neni sebelum berumah tangga jika tidak mampu melakukan dua dalam satu. Tidak semua yang bisa berbuat demikian saat sedang belajar kerana banyak cabaran akan di tempuh jika tidak sabar dan bijak sana mengaturkan schdule kehidupan.

      Insya Allah, jika jodoh pertemuan itu ada, tidak ada siapa yang mampu menggelak dari dipertemukan. Banyakkan berdoa mendapat jodoh yang baik dan mencintai Allah dan rasul-NYA.

      Salam sayang dan rindu selalu dari umi untuk Neni yang disayangi.
      Miss you always. 😀 😀

      • insyaAllah ummi,
        neni akan selalu membuat rencana dan point2 dalam setiap langkah yang ingin ditempuh, alhamdulillah point yang baik dan berguna buat neni Allah selalu mengabulkannya,tidak memerlukan waktu yang lama untuk menjawab setiap do’a dan harapan neni,kecuali masalah jodoh 😉 karena Allah tahu itu belum baik buat hidup neni sekarang.. saatnya untuk fokus belajar dan terus memperbaiki diri 😉 do’akan aku juga yah ummi,
        SALAM SAYANG DAN RINDU SELALU BUAT UMMI 🙂 😉 :0

        • Iya Neni, umi selalu mendoakan kesejahteraan dan kejayaan hidup Neni. Apapun yang terjadi ambillah iktibar darinya. Jangan mudah putus asa dan kecewa kerana saat kita kecewa, kita memberi peluang kepada syaitan untuk mempermainkan kita.

          teguhkan hati dan berpegang ke[ada janji Allah bahawa Allah selalu bersama dengan orang yang sabar. Jangan bimbang pasal jodoh. Jika sudah ada ketentuan Allah sejak azali tidak ada yang bisa menghalanginya.

          Jika sampai saat ini Allah masih mengizinkan ia berlaku, maka pertemuan pasti ada dan perpisahan belum menemui titik akhirnya sehingga Allah menentukan masanya.

          Serahkan diri kepada takdir Allah dan berimanlah kepada Qadak dan Qadar-NYA.

          Umi selalu berharap Neni akan sentiasa ingat pesan Umi. Jadikan diri wanita muslimah yang merindui syurga dan meletakkan diri dalam posisi yang seharusnya menjadi wanita solehah. Aamiin.

          hehhe… seperti memberi tazkirah aja nih.

          Salam sayang dan rindu kembali buat Neni yang Umi kasihi. 😀

    • Alhamdulillah, semua itu kurnia Allah dalam kesempatan yang diizinkan.
      Semoga beroleh manfaat dari setiap pengalaman yang dilalui.

      Bunda mendoakan Achoey juga akan berkesempatan ke sana nanti. aamiin. Berdoa dan berusahalah. peluang itu pasti hadir juga. Insya Allah.

      Salam hangat kembali. 😀

  19. Pingback: CT404. 10 ZULHIJJAH 1437H (2016) : ULANG TAHUN PERNIKAHAN KE 20 | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.