CT412. CABARAN HAJI (24): TIPS DAN LOKASI TANDAS DI MASJIDIL HARAM

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

wcharamfatima1lokasitandas

*

PERLU TAHU…

Informasi lokasi tandas SANGAT PENTING kerana ia asing bagi kita yang baru pertama kali menjejak kaki ke Masjidil Haram. Lokasinya juga terlindung kerana berada di bawah tanah atau di sebalik bangunan. Tidak seperti lokasi wudhuk dan air zam-zam yang terbuka di dataran di hadapan masjid dan ke bangunan Saie.

APA YANG PERLU KITA TAHU…. bahawa di dalam kawasan Masjdil Haram (baca: Al-Haram), tidak mempunyai tandas. Kita mesti keluar dari bangunan Al-Haram untuk mencarinya. Oleh itu, kita hendaklah tahu lokasi-lokasi tandas terlebih dahulu agar mudah mencarinya apabila diperlukan terutama dalam keadaan terdesak.

Semasa saya berkursus haji dahulu, pengetahuan tentang lokasi tandas di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram tidak banyak dijelaskan oleh pihak pengurusan Tabung Haji atau penceramah. Kebanyakan cerita dan gambaran tandas bertumpu kepada tandas di Padang Arafah dan Mina.

*

pintufatima6pintuutamaalharam

Lokasi pintu-pintu masuk utama ke Masjidil Haram (2011) boleh dibaca di CT299. TETAMU BULANAN MAKKAH (3): MENGHITUNG PINTU MASJIDIL HARAM. Pintu no. 45 Al-Fatah dan no.62 (Al-Umrah) telah dirobohkan untuk pembesaran Al-Haram.

*

PENTING TAHU

Pentingnya mengetahui lokasi tandas di Masjidil Haram akan memudahkan kita merancang jarak untuk sampai ke sana apabila berlaku desakan ingin membuang hajat kecil atau besar. Apatah lagi ketika kita sedang berada di dalam Al-Haram dengan pintu yang banyak untuk diingati.

Insya Allah, setelah menjelaskan tentang lokasi tandas di Masjidil Haram saya akan berkongsi TIPS untuk mencapai jarak antara kita dan lokasi tandas paling dekat supaya kita bersedia bila-bila masa agar dapat keluar dari Masjidil Haram yang luas dan besar dengan segera.

Sebelum mengetahui di mana lokasi tandas yang sebenar sama ada di sekitar Al-Haram atau bangunan kedai dan mall, kita perlu mempunyai maklumat tentangnya melalui pelbagai sumber.

Kita boleh mendapat maklumat melalui saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan yang pernah pergi dahulu. ATAU…. melalui bacaan dari pengalaman para hujjaj dan umrah yang ditulis di dalam buku, makalah atau di media-media sosial.

*

LOKASI UTAMA

Jika kita amati terdapat EMPAT LOKASI UTAMA tandas di luar sekitar Masjidil Haram (tahun 2011).  Lokasi itu diketahui kerana saya menggunakannya atau melihat semasa berjalan-jalan mengelilingi bangunan Al-Haram.

Lokasi lain saya kurang pasti. Mungkin anda boleh menambah jika ada lagi lokasi yang lain terutama apabila Al-Haram sudah dibesarkan.

*

LOKASI TANDAS TAHUN 2011

wcharamfatima2di4lokasitahun2011

*

Lokasi tandas pada tahun 2011  (seperti tanda bulat putih di atas) berada di kawasan- kawasan berikut:

(1). Pintu Utama No. 79, Al-Malik Fahd Abdul Aziz

pintufatima7maingate79siang

*

pintufatima5dataranalharam

*

wcharamfatima6pintuno-79

*

(2). Pintu Utama No. 1, Al-Malik Abdul Aziz

pintufatima9gateno-1almalikab-aziz

*

wcharamfatima4depanpintuno-1

*

tandasalharam

Sumber Google: Beginilah tangga eskelator menuju ke tandas bawah tanah di Masjidil Haram. Terdapat juga tangga biasa.

*

wcharamfatima5pintuno-1

Pernah sekali menggunakan tandas wanita (bawah tanah) selepas solat Subuh. Alhamdulillah, tidak ramai yang menggunakannya. Mungkin kerana ramai para hujjaj sudah kembali ke tanah air (selepas musim haji).

*

wcharamfatima7pintuno-1

*

(3) Sebelah Kanan Bukit Marwah 

wcharamfatima8sebelahkananmarwah

Tidak menyangka foto saya :D,  di Dataran Bangunan Saie berlatar belakang tandas di sebelah kanan Bukit Marwah.

*

toiletmarwah

Lokasi tandas di sekitar kawasan Marwah, Masjidil Haram (Rachmadin Ismail/detikcom)

*

(4) Sebelah Kiri Bukit Marwah

wcharamfatima9sebelahkirimarwah

Tandas ini berada di atas tanah bukan di bawah tanah. Tepat di pintu keluar Bukit Marwah. Pernah dua kali menggunakan tandas ini semasa jalan-jalan santai dan aktiviti menghitung pintu Masjidil Haram. Tandasnya sangat bersih. Jika anda melakukan ibadah Saie, tandas ini paling dekat berbanding tandas di sebelah kanan.

*

LOKASI TANDAS 2014

wcharamfatima3di3lokasi2014

Setelah berakhir tahun 2011, pembongkaran besar-besaran telah dilakukan ke atas bangunan di sebelah bahagian pintu utama al Umrah (no.62) dan al-Fatah (no. 45) bagi tujuan pembesaran Masjidil Haram.

*

wcharamfatima10imejsatelit

Titik-titik lokasi tandas di sekitar Masjidil Haram yang diberi lingkaran hitam (Rachmadin Ismail/detikcom)

*

PERLU TAHU KINI

Kini, apa yang perlu anda tahu tentang tandas di sekitar Masjidil Haram ialah;

Pertama: Tandas di Bukit Marwah sebelah kiri sekarang telah dirobohkan kerana pembesaran Masjidil Haram.

Kedua: Kebanyakan tandas berada di Tingkat Bawah Tanah (dua lantai). Anda boleh menggunakan tangga biasa atau tangga eskalator.

Ketiga: Semua lokasi tandas ditanda dengan gambar dan tulisan yang jelas. Anda boleh mencarinya dengan mudah. Jika difotokan, lagi baik untuk anda dapat mengenal kedudukannya.

Keempat: Jika ada masa luang, berkelilinglah di luar Masjidil Haram untuk mencari lokasi tandas paling hampir semasa sedang beribadah di Al-Haram sebagai pengetahuan untuk mudah mencarinya.

Kelima: Bangunan hotel dan mall di hadapan Masjidil Haram juga menyediakan tandas awam. TETAPI PERLU INGAT. Tandas ini akan dikunci dan dibuka mengikut masa yang ditetapkan pleh pihak berkenaan. Ia bukan kegunaan 24 jam.

*

TIPS MENCARI TANDAS TERDEKAT

Memang tidak semua jemaah haji dan umrah mengenali lokasi tandas paling dekat di Masjidil Haram jika tidak mencari maklumat dan mengetahuinya sendiri. Bagi jemaah haji tua, tentu lebih sukar berbanding jemaah haji muda apabila keinginan hajat sangat mendesak untuk segera di lunaskan agar tidak mengganggu fokus ibadah.

Beberapa tips berikut diharap dapat membantu kerana saya sudah merancang jika berlakunya hajat yang tidak dapat dihindari.

Pertama: Tandas paling dekat ketika sedang melakukan tawaf adalah di Pintu No. 1, Al Malik Abdul Aziz.

Kedua: Tandas paling dekat ketika sedang bersaie adalah di sebelah kanan Bukit Marwah.

Ketiga: Sebaiknya membuang hajat di hotel terlebih dahulu agar tidak terdesak mencari tandas setelah berada di Masjidil Haram.

Keempat: Perlu tahu waktu di mana pengguna tandas tidak ramai. Waktu puncak paling ramai menggunakan tandas adalah menjelang solat Maghrib dan solat Jumaat.

Kelima: Paling lama anda menunggu giliran masuk tandas sekitar 5- 10 minit (jika bernasib baik). Maka, jangan menunggu dah nak terkucil (terkeluar) baharu hendak bergegas ke tandas. Dibimbangi anda akan tercicir najis di perjalanan. MALU.

Keenam: Jarak perjalanan dari kedudukan anda ke tandas juga perlu diambil kira. Ia bergantung dengan jumlah ramai jemaah yang perlu anda lalui. Masjidil Haram sangat besar dan luas. Tentukan masa anda untuk sampai ke tandas dan masa menunggu untuk masuk ke dalamnya pula. Mungkin 30 minit ?

Ketujuh: Risiko yang akan anda hadapi setelah keluar dari Masjidil Haram untuk ke tandas pada waktu menjelang solat, anda mungkin tidak dapat masuk ke Al-Haram kembali dan hanya bersolat di Dataran Luar Masjid sahaja.

*

harapan-hatikufatima

Mudahan maklumat yang dkongsikan melalui pengalaman saya dan SPH juga melalui pembacaan di atas, dapat membantu dan memudahkan anda yang belum ke Masjidil Haram untuk mengetahui lokasi tandas yang diperlukan.

Jika tidak tahu, kemungkinan besar tersesat jalan akan berlaku. Nasihat saya, BERTANYA adalah tindakan paling efektif ketika itu. Jangan malu bertanya. Kata pepatah:

MALU BERTANYA SESAT JALAN

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima16 November 2016 (Rabu)/ 16 Safar 1438H/ 8.05 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. menemukan damai hati, saat kasihku bertumpu padamu dalam seluruh jiwa berpadu. Menemukan tenang rasa, saat sayangku berbalas getar dalam lirih kata yang tidak berupa. Walau jauh tidak berbicara, rindu padamu tidak pernah pudar ketika cintaku bertasbih.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

 DEDIKASIKU UNTUKMU…. Setiap hari ada rindu… Doaku untukmu selalu mengiringi tiap hela nafasmu selagi nyawa dikandung badan dalam seluruh hidupku. Kau selalu ada di sini…. DIHATIKU.  Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

*

 

8 thoughts on “CT412. CABARAN HAJI (24): TIPS DAN LOKASI TANDAS DI MASJIDIL HARAM

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Franny….

      Sifat suka memerhati dan mengingati tanda arah yang kita pilih sangat penting ya mbak. Ini memudahkan kita mencari jalan keluar dan tidak panik. Sekarang ini sudah ada telefon pintar maka, hanya klik sahaja untuk mencari jalannya. 🙂

      Terima kasih mbak sudah berkunjung.
      Salam manis di hari Jumaat. 🙂

  1. Masa kakak haji 2008 kakak selalu masuk ikut pintu 62 yg dah tapi kakak suka duduk di kawasan pintu antara pintu 51-52 kat situ belakang sikit (dlm masjid tau) ada juga bilik air tapi kena Q sikitlah maklum umat manusia tak usah katalah… Tapi masa umrah pulak kakak banyak pergi banyak tempat. Terakhir kakak dgn anak-anak 2013 selalu keluar-masuk ikut pintu no. 1 memang senang dan mudahlah apa lagi dgn anak-anak. Hotel kakak duduk juga lurus dgn pintu 1.

    Biasa kakak masuk ikut pintu mana yg terdekat dgn hotel duduk itu yg tiap kali pergi memang pergi toilet yg tak sama.

    • Jika kita tahu pintu mana keluar dan masuk akan memudahkan kita dengan segera mengenali jarak keluar dari Masjidil Haram. Pergi ke banyak toilet akan memberi pilihan kepada kita di kemudian hari.

      Kalau saya, ada beberapa pilihan tandas di bangunan Hotel Hilton dan Mall Abraj al-Bait tetapi perlu bersabar untuk menunggu kerana ramai juga yang ke sana.

      Terima kasih kak sudah berkunjung dan didoakan adik cepat sembuh. Aamiin. Salam manis selalu. 🙂

  2. Assalam ct fatimah..moga dlm rahmat n perlindungan Allah sekeluarga..tksh catatan info..mmg perlu ambil tahu ni tika ke sana utk ibadah haji atau umrah agar xtimbul masalah nk qada hajat.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah….

      Aamiin Allahumma Aamiin. Terima kasih atas doanya kak. Pengetahuan awal tentang lokasi tandas amat penting agar kita tidak tercari-cari saat terdesak. Insya Allah, mencarinya mudah cuma lokasinya berjauhan antara satu dengan yang lain.

      Salam mesra kak. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.