CT401. TRAVELOG HAJJAH 2011 (2): PERJALANAN YANG BELUM SELESAI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

PerjalananHajiFatima1BelumSelesai

*

BELUM TAMAT

BULAN HAJI TIBA LAGI. Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah adalah bulan-bulan haji yang selalu dinanti-nantikan oleh para tetamu Allah untuk berangkat ke Makkah dan Madinah. Lambaian Kaabah dan Ziarah Makam Rasulullah selalu ditunggu-tunggu oleh setiap hati yang merinduinya. Termasuk saya dan anda.

Rentetan itu, rindu menggamit hati untuk menulis lagi tentang pengalaman haji yang lalu. Terakhir tulisan Travelog Hajjah, saya muatkan adalah dalam posting CT381. KISAH DI MASJIDIL HARAM (6): MIEKE SOVIA AUSTIN DAN HADIAH DARI LANGIT.

Walaupun proses penulisan Travelog Hajjah (1): Kembara Jiwa dan Minda dan Travelog Hajjah (2): Mengintip Jalan Ke Syurga belum sampai ke penghujungnya, saya tidak akan tergesa-gesa untuk mengakhirinya. Begitu sentimental sekali ya. πŸ˜€

Kebiasaannya ramai yang menulis pengalaman haji mereka mengambil masa yang pendek untuk menceritakan pengalaman haji yang dilalui sehingga ada yang sudah menerbitkan buku masing-masing.

Berbeza dengan saya, sehingga penulisan ini dicatat perjalanan haji saya dan SPH tahun 2011 dahulu belum lagi selesai menuju penamat cerita. Bulan Oktober 2016 ini nanti sudah genap 5 tahun kami meninggalkan Tanah Suci. Insya Allah, pada 1 Muharram 1438H, kami akan berdaftar haji untuk kali kedua pula.

*

PerjalananHajiFatima2MasjidNabawiMadinah

Kenangan di Madinah saya nukilkan menerusi banyak siri antaranya CT121. ZIARAH MADINAH (1): KOTA MADINAH YANG DICINTAI RASULULLAH SAW sentiasa menggamit hati untuk menziarahi Rasulullah SAW.

*

91 TAJUK

Jika merujuk pada catatan di posting CT146. TRAVELOG HAJJAH 2011: BELUM ADA HENTIAN DAN NOKTAHNYA, terdapat 18 posting sudah ditulis sepanjang tempoh tersebut. Kemudiannya sesudah itu saya menambah lagi dengan 73 posting yang lain. Setakat hari ini, saya sudah menulis sebanyak 91 tajuk berkaitan pengalaman haji. TH (1) sebanyak 48 tajuk dan TH (2) sebanyak 43Β  tajuk.

Penulisan Travelog Hajjah ini tidak ditulis sambil lewa atau asal ada. Tetapi saya menulisnya dengan sepenuh jiwa dan hati. Setiap detik kehidupan seakan masih terbayang di ruang mata. Jelas dan tidak hilang. Bagaimana mungkin dapat dilupakan kehidupan selama 44 hari di bumi tumbuhnya iman dan sangat dicintai Allah SWT dan Rasulullah SWT itu.

*

PerjalananHajiFatima3MasjidilHaram2011

Penulisan bersiri yang bermula dari posting CT254. UMRAH WAJIB (1): RINDU KIAN MENGGAMIT merupakan jejak pertama kaki saya dan SPH menuju Masjidil Haram. Sungguh menggetar hati saat lambaian Kaabah kian mendekat jiwa dan raga.

*

PERKONGSIAN

Saya memulai penulisan Travelog Hajjah pada 5 Januari 2012. Bermaksud sehingga hari ini sudah 5 tahun pengalaman haji saya dan SPH dikongsikan bersama teman pembaca LMGSΒ  G2. Mudahan banyak manfaat yang boleh kami berikan kepada para pembaca, walaupun tidak berbentuk buku

Saya bersyukur, sebagai PENULIS TANPA BUKU tulisan saya diharap dapat dibaca oleh sesiapa sahaja pembaca maya yang sudi hadir berkunjung untuk menimba pengetahuan yang dilalui dalam setiap coretan aksara yang dilorekkan.

Bukan tidak mahu dibukukan, hasrat itu ada tapi ditangguhkan dahulu. Menurut saya penulisan di maya juga ada kelebihannya kerana ia terbuka tanpa sempadan dan lebih tersebar ke seluruh dunia.

Masih banyak lagi pengalaman haji yang akan saya tulis selepas ini dan berharap semua tulisan yang lalu dapat membantu menggambarkan persediaan awal yang perlu bakal jemaah haji lakukan. Lama atau baru pengalaman haji dan umrah yang kita baca, semuanya memberi pengajaran dan teladan yang baik kepada kita.

*

travelogfatimaku2

POSTING PERTAMA: CT80. TRAVELOG HAJJAH DI BUMI HARAMAIN yang diluncurkan pada 5 Januari 2012

*

TINGGAL KENANGAN

Sepanjang 5 tahun ini, terlalu banyak yang berubah di Kota Makkah dan Madinah. Lebih ketara, lokasi penginapan saya dan SPH juga jemaah haji KT33 Sarawak iaitu HOTEL SEVILLA BARAKAT sudah tidak wujud lagi di muka bumi ini ekoran pembangunan dan pembesaran Masjidil Haram. Banyak kenangan selama menginap di sini.

*

sevbarakatfatima1tingkat9bilik927

Tulisan di CT252. HOTEL SEVILLA BARAKAT, TINGKAT 9 BILIK 927 kini sudah ditelan bumi

*

sevillafatima1ditelanbumimakkah

Tulisan di posting CT326. SEPANJANG JALAN KENANGAN….SEVILLA KE MASJIDIL HARAM (2): SEVILLA DITELAN BUMI

*

DOA DAN HARAPAN

Saya selalu berdoa kepada Allah, agar ingatan tentang kehidupan pertama kali di Makkah dan Madinah terus segar dan tidak hilang dek nyanyuk atau masa. Jika ditanya kerinduan untuk kembali ke Tanah Suci, sudah pasti rindu itu selalu mencengkam jiwa.

Harapan diluahkan kepada Allah agar saya dan SPH diberi peluang lagi. Mudahan dapat bersama anak-anak pula. Menjalani ibadah umrah merupakan jalan terdekat untuk ke sana.

Namun, hajat itu masih belum kesampaian lagi kerana komitmen dengan tugas mengajar semasa cuti sekolahΒ  lebih diberi keutamaan selain tidak ada pengganti untuk mengajar kursus wajib Pendidikan Islam. Insya Allah, akan sampai waktunya nanti.

Saya doakan kepada teman pembaca LMGS G2 yang masih belum ke Tanah Suci, akan diberi peluang oleh Allah untuk ke sana pada hari yang sudah ditentukan Allah waktu dan masanya. Hanya perlu bersabar dan membuat persediaan.

Mudahan kita semua mendapat haji mabrur dan umrah makbul. Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

*

SELAMAT BERANGKAT KE TANAH HAJI BUAT SEMUA JEMAAH HAJI DI SELURUH DUNIA

*

harikufatima

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima15 Ogos 2016 (Ahad)/ 12 Zulkaedah 1437H/ 1030 pagi, Bintangor, Sarikei, Sarawak

AKU…. dalam seluruh jiwa ragaku, rindu padamuΒ  di setiap detik nafas yang ku hela. Jika di sana ada kasihmu yang tidak pernah berkurang, akulah yang terlebih sayang. Jika di sana ada sayangmu yang tidak pernah hilang, akulah yang beruntung kepalang. Di setiap ada dirimu, jantungku berdegup kencang, bimbang terusir dari kalimah tasbih cintamu yang tidak terbilang.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Β *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Tanpa sedar, larian masa ini tidak pernah berhenti di garis penamat yang kita kehendaki kerana Sang Pemiliknya belum mahu menyudahkan noktah ceritanya. Perbanyakkan amal buat bekal untuk pertemuan abadi yang sungguh menyula hati. Doa buatmu yang selalu ada di sini….. DI HATIKU. Aamiin. Wassalaam. πŸ™‚

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

19 thoughts on “CT401. TRAVELOG HAJJAH 2011 (2): PERJALANAN YANG BELUM SELESAI

  1. Assalamualaikum, bunda Fatimah,

    Saya juga termasuk yang masih bermimpi dan merindukan berkunjung ke Makkah,,
    Semoga rencana berkunjung bunda dan keluarga yang kedua segera terwujud.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Mudahan Allah memakbulkan hasrat tersebut. Didoakan juga mbak sekeluarga akan menjejak Tanah Suci suatu hari nanti. Aamiin.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam mesra. πŸ˜€

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Aiharun….

      Alhamdulillah, mudahan 5 tahun penantian kita untuk berdaftar lagi setelah berhaji dahulu akan diperkenankan Allah. Jadi Aiharun juga menunaikan haji tahun 2011 ya.

      Terima kasih berkunjung lagi dan salam manis. πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Frany Fatmaningrum…

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Bunda doakan Frany dan keluarga akan mendapat panggilan suci dari-NYA nanti.

      Terima kasih sudah berkunjung perdana kemari dan salam kenal Frany. πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hafid…

      Begitu lama menunggu untuk pendaftaran kedua di sana, ya. ni bermaksud mas Hafid belum boleh berdaftar lagi. Oleh kerana, rakyat Indonesia ramai maka tentu lama menunggu giliran tersebut.

      Di Malaysia sebelum tahun 2011, jemaah haji boleh berdaftar haji sebaik pulang dari haji, kemudian arahan dibuat lagi kepada 2 tahun selepas berhaji dan semasa tahun 2011 pula dinaikkan kepada 5 tahun.

      Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada rakyat yang belum pergi haji untuk menunaikan haji. Itupun berdasarkan giliran dan wang yang cukup. Jika giliran sampai tapi wang belum cukup, boleh menyebabkan giliran mereka tertunda.

      Terima kasih mas Hafid sudah berkunjung lagi dan salam sejahtera.

  2. Subhanalloh, aku selalu terharu bunda siti jika ingat gambar ka’bah, mudah”an saya salah satu orang yang di panggil alloh untuk bisa mengunjunginya. Amin

  3. Assalamu’alaikum wr.wb puan Fatimah
    Jadi kangen ingin kesana lagi
    mudah2-an di berikan rezeki, kesehatan dan waktu untuk bisa datang ke Rumah Allah swt di Mekkah dan Madinah … Aamiin

    • Wa’alaikum salaam wr.wb….

      Aamiin Ya Rabb. Semoga keinginan dari niat yang baik akan dikabulkan Allah suatu hari nanti. Begitulah harapan kita semua.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam takzim.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.