CT311. KEBUN FATIMA (1): SEMANGAT BERKEBUN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Kebun1Fatima1SemangatBerkebun2015

*

AZAM BARU

Semangat berkebun bunga, kembali berbunga. Siapa yang tidak suka dengan bunga-bungaan. Halaman rumah akan berseri dengan pelbagai jenis pokok bunga. Suasana terlihat berwarna warni dengan seri bunga yang mekar dan berkembang di sana sini.

Malah, hati tuan bunga juga berbunga-bunga kerana hasil tanaman yang menjadi. Paling kita suka apabila, tetamu yang datang ke rumah turut mengkagumi bunga-bunga indah yang memikat hati. Hal ini boleh menjadi salah satu topik panas untuk dibicarakan.

Saya mengakhiri tahun 2014 dan mengawali tahun 2015 dengan azam baru. Apakah azam itu ? Pertanyaan yang sangat menarik. Saya suka bercerita tentangnya dari semasa ke semasa. Azam tersebut adalah hobi BERKEBUN BUNGA. 

Untuk mengekal hobi berkebun bunga tidak semudah yang kita sangka. Banyak kekangan yang bakal dihadapi sehingga mengendala atau menggagalkan usaha ini seperti rasa malas, sibuk, musim hujan melanda dan alasan lain. Apa yang pasti, berkebun bunga memerlukan kesabaran, ketekunan dan minat yang tinggi.

*

TINGGAL KENANGAN

Hampir 5 tahun saya tidak berkebun bunga. Di awal tahun 2004 ketika baru masuk ke rumah baru, saya sangat aktif menghiasi halaman dan beranda rumah dengan bunga-bungaan. Halaman rumah saya dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok bunga samada pokok berbunga atau yang berdaun. Dalam pasu, bergantung atau di atas tanah.

Malah bunga-bunga liar yang cantik juga menyumbangkan serinya tanpa diminta. Benih bunga-bunga liar mungkin dibawa oleh burung atau angin. Sayang sekali, saya tidak menghargai bunga-bunga liar yang cantik ini. Saya sering membuangnya apabila terlalu banyak tumbuh terutama pokok Setawar.

*

KebunFatima2BungaLiar

Bunga-bunga liar yang menghiasi halaman rumah saya dengan berleluasa. Menarik dan cantik tetapi sering saya buang kerana kelihatan menyemak pandangan. Kini, bunga Dwarf pink dan Setawar  sudah saya pindah ke dalam pasu supaya lebih terpelihara.

*

Saya sangat mencintai BUNGA MATAHARI. Ia sangat cantik dan indah. Saya pernah menanam bunga matahari dan ia berkembang subur. Seluruh halaman rumah saya menguning dan bercahaya dengan kembang Matahari yang besar-besar dan lebih tinggi dari saya.  

Selain itu saya juga menanam bunga Kembang Pukul Lapan Pagi, Kembang Pukul 10 pagi atau Ros Jepun, bunga Taik Ayam, bunga Ati-Ati, bunga Lily jingga, bunga Lily Merah, bunga Euphorbia (Delapan Dewa), bunga Sepit Udang, bunga Lantana, bunga Dwaft Ungu, pokok bunga Asam Batu (jenis gantung) dan banyak lagi. Tidak terhitung banyaknya.

Wah… bayangkan betapa banyaknya bunga-bunga yang saya tanam beberapa tahun lalu. Kini semuanya tinggal kenangan dan diabadikan di dalam foto-foto yang sempat saya paparkan. 

*

KebunFatima3BungaFatima

*

KebunFatima4BungaFatima2

*

Kebun1Fatima5LidahJinHiasan

*

SIBUK DAN MALAS

Setelah berlakunya rombakan jadual waktu kerja di pejabat (ofis) di mana waktu tamat kerja sejak dilaksanakan hingga kini adalah pukul 4.30 petang, Sebelum itu, waktu tamat kerja adalah tengah hari dan disesuaikan dnegan waktu pemgajaran. Maka, ruang di sebelah petang saya dapat berkebun bunga.

Sejak itu, rutin bertanam bunga semakin diabaikan. Saya sangat letih dengan kerja ofis dan ditambah lagi kerja-kerja di rumah.

Akhirnya pokok-pokok bunga saya, ibarat “hidup segan mati tak mahu”. Lama kelamaan semuanya mengakhiri hayat masing-masing. Dengan hati walang, saya meredhai kelesuan saya dalam berkebun bunga. Setelah itu, langsung tidak lagi berkeinginan untuk menanam dan berkebun bunga.

*

SUNTIKAN SEMANGAT

Ahamdulillah, sejak sebulan lalu bermula 18 Disember 2014, hobi yang lama ditinggalkan kini dipupuk dan disuntik semula. Saya turut senang apabila hobi ini mendapat sokongan SPH dan anak-anak terutama Ieesyahku yang mempunyai minat yang sama dengan saya.  Penat juga melayan karenah Ieesyah.

Semangat yang muncul itu bukan sekadar bertanam bunga tetapi juga bersemangat untuk mengecat semula rumah, “tile” lantai halaman, cat tembok dan pagar. SPH sudah bersetuju, tetapi perkara itu perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Bersama semangat yang membara dan tidak dapat ditangguh-tangguh saya memulaikan aktiviti dengan membuat persediaan awal iaitu membersih halaman rumah, menyediakan ruang untuk aktiviti bertanam dan mencuci pasu-pasu yang sudah lama terbengkalai.

*

Kebun1Fatima6BelumBersih1

Pasu-pasu besar yang terbiar dengan bunga kertas yang tidak terjaga perlu dirawat. Lantai halaman juga perlu dibuang lumut dan rumput2 liar yang menyemak pandangan.

*

Kebun1Fatima7Sebelum2

Sangat penat dengan aktiviti pembersihan awal ini. Tetapi sangat berpuas hati dengan hasilnya. Alhamdulillah. 😀

*

Kebun1Fatima8SudahBersih

Halaman rumah yang luas amat memenatkan dalam usaha pembersihan. Senangnya hati, halaman rumah sudah bersih dan lapang.

*

Kebun1Fatima9SebelumBersih

Pokok bunga Delapan Dewa Kuning (Euphorbia) akan dibuang dan ditanam semula.  Pembersihan di bahagian depan halaman rumah yang paling banyak ditumbuhi liar pokok Setawar  yang turut dibuang dan ditanam semula anak benihnya ke dalam pasu kecil.

*

Kebun1Fatima10SelepasBersih

Sesudah pembersihan. Izzah (anak kedua) sangat bersemangat membantu saya membersihkan halaman rumah ini. Terima kasih sayang. 🙂

*

Kebun1Fatima11BangkuPasu

Bangku pasu ini sangat berat. Bertahun-tahun terbiar sehingga berlumut dan ditumbuhi rumput.  Alhamdulillah, kembali bersih dan menyejukkan mata.

*

Kebun1Fatima12BelumBersih

Pasu dan lantai halaman yang belum dibersihkan

*

Kebun1Fatima13SudahBersih

Pasu dan lantai halaman yang sudah dibersihkan.

*

Kebun1Fatima14HasilAwal

Proses awal bunga yang saya tanam. Keratan bunga diberi oleh Hasnita, teman rapat dari Banting, Selangor. Keratan ini naik pesawat ke Sarawak.  Maaf, Has. Ada beberapa keratan tidak menjadi. Terima kasih Has. 🙂

*

MEMULAI OPERASI

Saya bersama SPH membeli peralatan berkebun, tanah bakar dalam kampit, baja-baja bunga dan pasu-pasu bunga baru. Saya juga membersih beranda hadapan rumah untuk dijadikan pusat operasi menanam bunga dan tapak semaian.

Selain itu, saya membeli benih-benih bunga, anak-anak pokok bunga yang dijual di pasar minggu. SPH banyak mebantu dalam mengurus pembelian bahan.

Rutin di cuti akhir tahun sangat dimanfaatkan. Saya sangat tekun dalam menanam bunga. Bunga-bunga yang saya tanam mulai menampakkan keseriannya. Hati jadi riang dan hilang segala tekanan yang melanda.

*

Kebun1Fatima15BersihBeranda

Beranda rumah yang saya bersih dan kemas untuk dijadikan ruang operasi menanam bunga. Saya sangat suka menghabiskan masa lapang di waktu petang di sini sambil menyiram pokok-pokok bunga yang lain.

*

Kebun1Fatima16RuangOperasi

Beranda yang sudah dibersih, saya jadikan ruang operasi untuk menanam pokok bunga. Semua peralatan dan kelengkapan bertanam disimpan di ruang ini untuk memudahkan saya bekerja.

*

Kebun1Fatima17TapakSemaian

Tapak semaian. Setelah anak bunga ditanam dalam plastik poly, saya simpan di ruang ini sehingga sesuai ditanam di dalam pasu atau atas tanah. Mengambil masa yang lama juga untuk menghidupkan akar benih yang sihat.

*

Kebun1Fatima18RuangOperasi

Tempat saya bekerja untuk menanam bunga dan benih bunga

*

Kebun1Fatima19TanamMatahari

Saya sedang melakukan kerja memindahkan anak bunga matahari di ruang operasi

*

HASIL PERTAMA

Untuk awal permulaan menanam bunga saya memberi fokus kepada menanam bunga Kembang Pukul 8 pagi dan bunga Kembang Pukul 10 pagi atau Ros Jepun. Saya sangat berpuas hati dengan usaha kerja saya di peringkat awal menanam bunga.

*

Kebun1Fatima20BungaPukul8dan10pagi

*

SEMOGA SEMANGAT INI AKAN BERTERUSAN.

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima20 Januari 2015 (Selasa)/ 29 Rabi’ul Awwal 1436H/ 8.20 malam, Sarikei, Sarawak

Kita perlu mengambil iktibar dalam setiap peristiwa hidup ini. Fahami dan yakini, mengapa Allah mendatangkan seribu cerita suka duka dalam hidup kita. Mengapa kita dipilih untuk memegang peranan dan sentiasa bertemu pancarobanya. Bersyukurlah, pilihan itu kerana Allah SWT sangat menyayangi dan mencintai kita. Hanya kita tidak peduli hikmah disebalik semua peristiwa.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…  layari hidup ini dengan semangat juang yang tinggi. Jangan pernah berputus asa kerana setiap liku ujian yang hadir akan mematangkan kita dalam berfikir dan bertindak. kita juga menjadi semakin sabar dan tabah. Ingatan selalu ada untukmu di hatiku. Aamiin. Wassalam. 🙂

*
RinduFatima1padadirimu
*

PERCAYALAH…. KAU PENYERI DUNIA HATIKU

*

20 thoughts on “CT311. KEBUN FATIMA (1): SEMANGAT BERKEBUN

  1. Assalamualaikum … bu SFA, oo jadi ‘Azam itu maknanya ‘hobby bertanam bunga ya … nice … 😉
    Alangkah indah dan aneka rupa bunga2 yg ibu tanam … semakin elok pemandangan di taman rumah ya … semoga ‘taman hati ibu dan keluarga demikian pula eloknya. Aminn …
    Salam dari Jakarta bagian timur …

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya…

      Aamiin Ya Rabb. Alhamdulillah, azam (hasrat) untuk melakukan hobi bertanam bunga dapat dilaksanakan dengan baik setakat ini. Mudahan akan beretrusan walau ada kekangan yang bakal ditempuh di kemudian hari.

      Terima kasih Soeman dan salam sejahtera. 🙂

  2. Salam alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, Mbak Fatimah yang dirahmati Allah..
    Subhanallah wal hamdulillah, Mbak dalam keadaan sehat wal afiat. Terima kasih masih ingat saya..sampai-sampai Mbak musti terpaksa sambang ke situs baru saya, hehehe mohon dimaafkan ya.

    Wah, lengkap ini.. jago masak, pandai berkebun pula.. *thumbs up

    Btw, sempat ngeri juga baca “Lidah Jin” di meja makan..rupanya nama tanaman ya, Mbak 😀

    Salam takzim selalu dari Indonesia, Mbak Fatimah.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, akhi Adam troy…

      Alhamdulillah, sihat dan didoakan mas Adam juga demikian sama.
      Berkebun dan memasak itu merupakan minat yang diwarisi kerana terdedah dengan aktiviti tersebut sejak kecil, Maka, ia menjadi hobi yang bermanfaat apabila melihat rumah ceria dan malar segar.

      Bukan sahaja ada tanaman bernama Lidah Jin, malah yang bermana Lidah Buaya juga amat menarik untuk ditanam,

      Terima kasih dan senang menerima kunjungan mas Adam dan salam takzim. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Yuni…

      Tidak ada mbak Yuni.
      Wah… bunga Melati memang harum semerbak baunya mbak. Boleh dibuat sebagai pewangi bilik. Saya juga suka.

      Terima kasih mbak atas kunjungan dan salam manis. 🙂

    • Tanah di rumah saya kurang sesuai untuk menanam buah-buahan. Selalunya kurang menjadi dan tidak mengeluarkan hasil yang baik. Lagipun saya senang dengan bunga-bungaan.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera. 🙂

  3. Pingback: CT421. KEBUN FATIMA (13): KRONOLOGI TAMAN MINI FATIMA | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  4. Pingback: CT450. KEBUN FATIMA (16): BUNGA PETUNIA MEKAR SEPANJANG TAHUN | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.