CT487. KEHIDUPAN BARU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

KETIKA SUBUH MENJELANG

Dingin menyapa dalam awal pagi menjelma membalut resah hatiku yang bakal diterjah setiap lima hari bekerja. Kelam malam masih belum sirna membuka gerbang siang sambil menghulur lambaian damai sebuah perjalanan yang baru bermula di tempat yang belum diketahui khabar kehidupannya.

Lampu-lampu jalanan di tiang yang kukuh binaan, berbaris teguh memberi cahaya sepanjang jalan menuju destinasi masa depan yang berbaki sembilan atau mungkin kurang. Ajal maut tiada siapa ketahuan. Manusia hanya merancang tetapi Tuhan sudah merencana.

Tiga puluh minit bukan tempoh yang singkat kerana di depan beratus-ratus roda mengitar jalan tar membelah subuh setia menyusun diri penuh hemat dan tertib agar semuanya selamat sampai ke garis penamat. Tiada siapa dinobat menjadi pemenang paling hebat.

Demikian pula berpusing pulang, bukan ratusan malah ribuan roda memutar tidak sabar untuk sampai ke sarang malam, membungkus lelah merehat tubuh yang penat setelah berkhidmat dengan pasrah demi negara tumpah darah. Berhati-hati di jalan raya agar tidak menemui mala petaka.

Dalam ingatan, telah ku hafal lapan bulatan, semuanya besar tiada yang kecil. Mata melirik ada tempat membeli sayur dan buah jika ada kesempatan untuk singgah; Summer Mall, Giant dan Viva City.Β 

Ahhhh…. pasti duitku nanti terbang ke sana sini. Sedangkan dulu, hanya hutan hijau tebal merimbun teduh perjalananku tanpa bimbang duit melayang. πŸ˜€

Kota metropolitan ini bukan sebarang tempat dan lokasi. Ibu negeri yang indah penuh teruji. Ku berada di tengah-tengah pusat kota yang penuh dengan kesibukan nyawa danΒ  benda. Semuanya perlu berhati-hati dan menjaga diri. Jika lalai dan lupa diri nanti memakan hati.

Kehidupan baru di kota besi dan batu, kiri kanan ku lihat hutannya tidak berdaun dan berbunga rindu, hanya debu dan asap menderu-deru menutupi langit biru awan kelabu. Ada sedikit rumpun hijau namun tidak cukup memukau lihat mataku. Ohhhh, di manakah hijau damai hatiku ? Jauh…. sangat jauh. Ku tinggal jauh beratus batu.

*

RAJANG…. KAU SENTIASA MEKAR DI HATIKU

tiada jalan pulang lagi…. bunga-bunga cinta layu di pusara

*

Rajang tetap di hati walau jauh ku tinggal pergi. Kini, Batu Lintang cuba membuka seri, membelai jiwa agar betah berlama-lama di sini. KepadaMu Ya Allah, di mana-mana sahaja Engkau tempati aku di muka bumi ini, aku pasrah. Semuanya Demi Engkau juga demi Ibu Pertiwi, aku berserah diri.

*

SELAMAT BERBAKTI DI BANDARAYA KUCHING

*

*

 

*

***************

SalamFatima3SalamFatima17 Oktober 2018 (Rabu)/ 8 Safar 1440H/ 12.35 petang/ Kuching, Sarawak –Β  SITI FATIMAH AHMAD

Β 

 

 

 

8 thoughts on “CT487. KEHIDUPAN BARU

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Cikgu Etuza….

      Alhamdulillah, amat menyenangkan apabila negeri kita dikunjungi. Mudahan banyak kenangan yang baik-baik dari lawatan ke Sarawak ini.

      Terima kasih Cikgu sudah berkunjung.
      Salam sejahhtera.

    • Waalaikum salaam wr.wb, mas Alris…

      Alhamdulillah. Mudahan kehidupan baru ini akan lebih baik kerana setiap hijrah itu ada kebaikan disebaliknya.

      Terima kasih mas Alris sudah berkunjung dan salam takzim.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.