CT60. MUFTI SARAWAK DAN ‘SENIOR DIRECTOR’ YANG KALAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh



Setiap manusia mempunyai impian untuk mencapai cita-cita dan keinginan. Siapa yang berani menghadapi segala rintangan, dia pasti maju ke depan. Jika takut dirempuh badai, jangan belayar di lautan bergelora. Tidak ada jalan mudah untuk memperolehi sesuatu yang menjadi idaman. Kejayaan hanya dimiliki oleh mereka yang berhati teguh dan berdaya usaha.

Usaha adalah tangga kejayaan. Melalui usaha, banyak jalan ditemui untuk menyelesaikan segala permasalahan. Usaha merupakan ikhtiar untuk mencapai sesuatu yang diingini. Ia disusuli dengan azam, semangat inisiatif,  kreatif dan inovatif berlandaskan petunjuk Allah swt. Kemudian disertai dengan doa dan tawakal.

Firman Allah swt dalam surah Aali Imran, ayat 159 yang bermaksud:

“Maka apabila kamu telah berazam, bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”

Tanpa usaha teguh dan kemahuan kuat, pekerjaan yang dilakukan tentu berakhir dengan kegagalan. Kita dituntut untuk berusaha dengan tekun, tabah hati dan berani mencuba sesuatu. Mencuba sesuatu yang baru dianggap pekerjaan hebat dan menyeronokkan. Kita tidak akan tahu hasilnya jika tidak berani mencuba. Gagal atau berjaya bergantung kepada kemahuan diri sendiri. Jika gagal yang ditemui, jangan pernah rasa putus asa. Cuba dan usaha lagi.

Kejayaan yang saya capai hari ini merupakan langkah yang terhasil dari kekuatan azam untuk meletakkan diri sebaris dengan mereka yang telah berjaya lebih dahulu. Cemburu dengan prestasi hebat orang lain, mendorong saya membina azam dan menyakini, jika “tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Saya percaya, impian kita sama. Perbezaan hanya pada usaha dan jalan yang ditempuh. Tentu ada peristiwa dan cerita menarik disebalik semua kejayaan itu.

Saya dan 3 sahabat – Kipli (Mufti Sarawak), Iskandar (Senior Director) dan Normizan (Ketua Jabatan di sebuah IPG). 

Saya bukan pelajar pintar semasa di sekolah. Allah telah mentakdirkan saya belajar dalam kelas yang terdapat ramai pelajar pintar dan hebat dalam akademik.  Saya lebih tergolong dalam pelajar berprestasi sederhana. Ini dapat dilihat melalui keputusan peperiksaan setiap penggal. Kalau rajin belajar, prestasi meningkat. Jika sebaliknya, prestasi menurun. Kedudukannya seperti Bursa Saham Kuala Lumpur yang sentiasa ada saingan dan turun naik pretsasi semasanya. Demikianlah prestasi saya. 😀

Tidak dinafikan wujud rasa gementar untuk bersaing dengan pelajar yang dikenali hebat dalam akademik. Namun begitu, saya bersyukur dan berbangga dapat dipilih belajar bersama pelajar-pelajar pintar ini. Sebagai pelajar yang sedar diri kerana tidak pintar, saya mempunyai kelebihan lain untuk mengatasi rasa “rendah diri” dalam persaingan dengan mereka di dalam kelas. Kelebihan saya adalah kekuatan azam dan semangat tinggi untuk meraih kejayaan dengan bersungguh-sungguh.

Prinsip saya, “Jika mereka boleh berjaya, saya juga boleh.” Sikap tidak mahu menyerah kalah banyak mengubah cara fikir dan gaya hidup saya. Hasilnya, saya mendapat nombor terbaik dalam urutan 10 dan selalu juga menjajar nombor 11 hingga 20. Malah pernah menyasar ke nombor 23.  😀 Prestasi yang turun naik tidak pernah menghalang saya untuk terus optimis kepada kejayaan.

Apabila mengetahui prestasi menurun, semangat untuk mendapat nombor yang lebih baik semakin membuak-buak.  Hakikatnya, saya bersaing dengan diri sendiri. Persaingan mendapat kedudukan terbaik dalam kelas  menjadikan saya sukakan cabaran dan terus berusaha mencapai impian. Dunia belajar menjadi lebih meriah untuk diterokai.  Sikap itu terbawa-bawa sehingga kini. 😀

Saya akui bukan mudah untuk berada dalam kelas yang sama dengan pelajar pintar. Saya harus berusaha lebih dari biasa. Jika mereka mengulangkaji sekitar 2 jam, saya harus dua kali ganda (4 jam) untuk menyeimbangkan kecerdasan diri. Saya banyak bertanya dan merujuk kepada guru juga teman-teman pintar yang tidak pernah lokek dengan ilmu. Mereka banyak membantu saya dan tidak sombong walaupun genius.

Foto (kanan-baju maroon dan foto kecil) Sohibbussamahah Ustaz Haji Kipli Haji Yassin, Mufti Negeri Sarawak sedang menerima cenderahati  di Forum Ehwal Islam Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak pada 18 Februari 2011.


**********

Saya pernah menanam azam untuk mengalahkan dua rakan sekelas, Kipli Haji Yassin (kini, Sohibus Samahah Mufti Negeri Sarawak) dan Iskandar Mohd. Nuli (kini, Senior Director, Licensing & Legal Division, Labuan FSA – Financial Services Authority). Mereka merupakan antara pelajar pintar dan terbaik akademik di Sekolah Menengah Kerajaan Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Matang Kuching, Sarawak.  Mereka selalu mendapat tempat pertama atau kedua di dalam kelas. Tidak ada sesiapa yang menandingi kedudukan mereka selama 5 tahun di sekolah menengah.

Selain mereka berdua, Normizan juga antara pelajar terbaik di dalam kelas. Tetapi persaingan saya tidak kepada Normizan. Beliau  hanya sekelas dengan saya semasa di Tingkatan 5. Sedangkan Kipli dan Iskandar sekelas sejak Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.  Maka,  azam untuk mengatasi kedudukan kedua-dua sahabat ini sudah tertanam lama. Ia bagai satu dendam yang harus dilunasi. Asal berani bermimpi segalanya mungkin.

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya memecah kedudukan Kipli dan Iskandar semasa di Tingkatan 5A1. Saya mendapat tempat pertama dalam kelas. Kipli kedua, Iskandar ketiga dan Normizan keempat. Satu kejutan buat saya apabila Cikgu Tan Too Kim, guru kelas memaklumkan keputusan peperiksaan awal pertengahan penggal pertama. Saya berpuas hati dapat mengalah mereka walau hanya sekali dalam seumur hidup. Alhamdulillah, impian saya dimakbulkan Allah.

Saya meraikan kejayaan itu dengan rasa syukur. Senyum di wajah meleret-leret sepanjang minggu. Rakan-rakan sekelas juga terkejut mengetahui saya mampu mengalahkan Kipli, Iskandar dan Normizan. Ternyata saya boleh melakukan sesuatu yang difikirkan mustahil oleh orang lain. Semuanya kerana azam dan usaha, doa dan tawakal kepada Allah. Allah memberi peluang jika kita mahu berusaha bersungguh-sungguh.

Setelah tamat Tingkatan 5, saya, Kipli dan Normizan melanjutkan pelajaran ke Nilam Puri, Kelantan.  Seterusnya, saya dan Kipli berkuliah  sama di Fakulti Usuluddin, manakala Normizan  pula di Fakulti Syariah,. Kami belajar di bawah bumbung Akademi Islam, Universiti Malaya selama 4 tahun. Kepintaran Kipli memang tidak dapat saya tandingi apabila beliau berjaya memperolehi Ijazah Kelas Pertama (First Class Honour) dan mendapat ANUGERAH DIRAJA dari pihak Universiti Malaya. Manakala saya masih tetap mengekori Haji Kipli di belakangnya dengan Ijazah Kelas Kedua Tinggi (Second Class Upper).

Apabila mengetahui Haji Kipli melanjutkan pelajaran di peringkat Master dalam bidang Pengajian Aqidah dan Pemikiran Islam, Fakulti Usuluddin di Universiti Malaya, saya jadi resah. Sahabat inspirasi saya sudah maju setapak lagi dalam pelajaran sedangkan saya masih ditakuk lama. Maka, saya mulai menanam azam untuk mengikuti jejak Haji Kipli dan memohon biasiswa untuk kemasukan ijazah kedua.

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya memperolehi Ijazah Kedua (Master) dalam bidang Pendidikan Islam, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu tiga tahun selepas Kipli. Walau tidak sehebat kedudukan yang disandang beliau sekarang, saya bersyukur kerana memiliki ijazah kedua, seiring dengan beliau.

Dalam perbualan telefon (18 Mei 2011 – Rabu) dengan beliau atas urusan memaklumi posting  ini,  Kipli sambil ketawa berkata, “sekali sahajakan awak dapat mengalahkan saya ?” Jawab saya, “alhamdulillah, sekali seumur hidup pun sudah memberi kebanggaan dan kenangan manis buat saya”. Kemudian beliau bertanya:  “Timah,  awak bila lagi hendak sambung Phd.” “Saya menunggu awak menyambung dahulu, Kip.” ujar saya. Beliau hanya ketawa mendengar jawaban saya. Insya Allah, mudahan akan terlaksana impian terakhir dalam pencarian ilmu paling tinggi secara formal ini.

Saya masih menghubungi Haji Kipli samada melalui telefon atau sms, jika ada permasalahan tentang hukum hakam atau berbual biasa berhubung masalah ummah. Beliau tetap mesra dan selalu senyum kalau berbicara. Orangnya ‘cool’ tetapi tegas. Bila menelefon dalam apa situasi, beliau tetap meluangkan masa  untuk berbual. Beliau sangat menghargai persahabatan. Terima kasih, Kip.  😀

Foto  dan biodata dikutip dari Laporan Tahunan FSA seperti yang disarankan oleh Iskandar. Terima kasih Is kerana memberi kerjasama yang sangat baik. Saya menghargainya.  😀 

Mencari foto Haji Kipli di internet, tidak sesukar foto Iskandar kerana Haji Kipli selalu menjadi perhatian umum di Malaysia sebagai salah seorang Mufti muda yang aktif berceramah di televisyen, radio atau majlis-majlis rasmi. Oleh itu, saya tidak perlu meminta foto dari beliau.  Pencarian di googles sungguh bermanfaat.  Maaf ya Kip. Harap diredhai. 😀


Persahabatan dengan Iskandar yang juga rakan sekelas semasa di sekolah rendah terus terputus  selepas Tingkatan 5.  Tambahan kami berlainan universiti. Beliau belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam pengajian Undang-undang. Ini bermakna 27 tahun saya ‘lost contact’ dengan beliau. Hanya sekali sekala mendengar khabar lisan dari teman-teman yang pernah bertemu dengannya.

Ketika menulis posting ini, saya harus menghubungi beliau  dan Kipli bagi  memaklumi hasrat saya. Memandangkan kedua-duanya adalah orang penting dalam kerjaya dan dikenali ramai, tentu kurang wajar kalau mereka tidak tahu apa yang sedang ditulis oleh  saya tentang mereka.  Penulisan ini merupakan satu penghormatan dan penghargaan kepada  kedua sahabat baik saya ini.

Berdasar maklumat Haji Kipli (18 Mei 2011 – Rabu), saya terus  ke googles  dan menaip nama Iskandar Mohd. Nuli. Alhamdulillah, saya menjumpai laman web rasmi Labuan FSA dan mencari Management  Team. Senyum mulai mekar apabila menyusur sekumpulan nama dan tertera nama Iskandar sebagai Senior Director, Licensing & Legal Division, Labuan FSA.

Lantas saya menelefon Office Administrator beliau, Jovita.  Saya perkenalkan diri. Rasa kecewa bersarang di hati apabila dimaklumkan bahawa Iskandar berada di Kuala Lumpur.  Jovita meminta agar saya meninggalkan nombor telefon untuk dimaklumkan kepada Iskandar. Dengan senang hati saya memberi nombor telefon sambil berdoa agar Iskandar segera menghubungi.

Alhamdulillah, tidak disangka keesokannya (19 Mei 2011 – Khamis) saya menerima dua panggilan dari Iskandar.  Sekali di waktu pagi, tapi tidak dijawab kerana ada urusan. Kali kedua di waktu petang sekitar jam 15.13. Melihat kepada nombor yang tidak dikenali dan sama dengan pangilan pagi tadi, saya menelefon semula nombor tersebut.  Setelah bertanya, kedengaran suara seorang lelaki yang ceria memberi salam di hujung sana dan memperkenalkan dirinya.

Saya mengucapkan terima kasih kerana menghubungi dan memaklumkan sebab saya mencari beliau.  Iskandar terus  ketawa sambil berkata, “Iya, awak dapat mengalahkan saya pada peperiksaan awal semester (ketika itu disebut, awal pertengahan penggal pertama).” Lalu  saya bertanya, Ingat juga awak Is ? “Iya, ingat lagi,” kata Iskandar.  Saya tersenyum mengingatkan kenangan itu.

Ketika mendengar suara Iskandar, saya dapat membayangkan wajah beliau yang selalu ceria seperti  zaman sekolah dulu. Bila bercakap, bunyi ketawa dan senyumannya selalu seiring.  Percakapannya sangat laju sehingga harus meminta dia memperlahankan kelajuannya. Beliau selalu kelihatan gembira. Sangat bersahabat dan mesra kepada sesiapa.  Bagi saya, Iskandar selalu baik dan peramah sehingga  kini. Terima kasih Is,  kerana menghubungi saya dalam kadar segera. Mudahan persahabatan yang terputus selama 27 tahun akan kembali terjalin dengan muhibbah.

Penghargaan tidak terhingga kepada Haji Kipli Haji Yassin dan Iskandar Mohd. Nuli kerana banyak membantu saya ketika belajar di sekolah menengah dan di universiti. Saya berbangga dengan pencapaian  kalian berdua sehingga kini.  Alhamdulillah, kami semua bahagia dengan keluarga masing-masing. Mudah-mudahan kami akan dapat bertemu lagi di suatu hari, bukan terbatas kepada perbualan di telefon atau sms sahaja.

Foto saya dengan teman se ESQ semasa undangan makan tengah hari bersama Tuan Ary Ginanjar Agustian, pengasas ESQ

Normizan – 13 tahun  kemudian menjadi SPH kepadaku.


Allah Maha Adil, mengurniakan kita dengan bakat dan potensi yang sama. Usaha menggali kurniaan yang diberi untuk diserlahkan adalah tertakluk kepada keinginan dan keazaman kita sendiri. Tahu dan sedar diri mampu menggerakkan semangat untuk mencapai cita-cita. Tidak ada yang mustahil untuk menggapai bintang di langit tinggi jika tahu bagaimana untuk menuju kepadanya.

Orang yang berazam dan berdaya usaha sentiasa rajin, tekun, gigih dan sabar menghadapi segala rintangan. Mereka tidak pernah jemu dan mengenal putus asa. Sikap optimis boleh mengubah sikap kita terhadap apa yang sedang kita miliki kini. Malah mampu mengubah dunia kehidupan kita keseluruhannya. Berjuanglah untuk menjadi hebat. Kehebatan kita kerana adanya kurnia akal dan ilmu dari Allah swt sebagai bekal menghuni di bumi yang banyak cabaran dan persaingan sesama manusia.


21 Mei 2011 (Sabtu)/ 14 Jamadil Akhir 1432H/ 9.44 malam- SARIKEI, SARAWAK


Aku… yang selalu optimis dengan apa yang dihadirkan Allah swt dalam hidupku. Apa yang tersurat untukku, itulah yang terindah untukmu. Jika memikirkan diri kita bodoh, maka bodoh itulah yang menjadi jalan kesengsaraan buat kita. Jika memikirkan diri kita pintar, maka kepintaran itulah yang menuntun kita menuju kejayaan. Kita menjadi siapa yang kita fikirkan.

– SITI FATIMAH AHMAD –

TERIMA KASIH SAHABAT, SEMOGA DIREDHAI ALLAH SELALU

59 thoughts on “CT60. MUFTI SARAWAK DAN ‘SENIOR DIRECTOR’ YANG KALAH

    • Kamal Hayat…

      Sesuatu yang baik untuk dikongsikan bersama sebagai memberi semangat kepada yang lain untuk berusaha sama dan merasai kejayaan yang tentunya membahagiakan.

      Terima kasih dan mudahan beroleh manfaat. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

      Salam mesra.

    • Hai Mamah Aline…

      Alhamdulillah, Allah mengurniakan sahabat yang baik, selalu menghargai persahabatan dan sentiasa saling ingat mengingati dalam kasih sayang Allah swt.

      Mudahan persahabatan tersebut kekal selamanya dalam redha Allah.

      Salam sayang buat Mamah. 😀

  1. Selamat malam mbak Siti,

    Membaca artikel ini mengingatkan perjalanan hidup saya saat muda s/d sekarang. Saya lihat mbak Siti dengan teman2 seangkatan yang disebutkan semua sudah meraih kedudukan yang bagus. Itu adalah berkat ketekunan kerja keras tidak mengenal menyerah!

    Masing2 terpacu untuk saling mjengungguli itu adalah kompetisi yang positif dan tentu saja sportif. Saya tersenyum ketika membaca pengakuan mbak Siti yang merasa emiliki otak yang pas2an. Namun dengan kerja kerasnya bisa mensejajarkan dan bahkan mengungguli teman2 yang pandai2. Memang tidak ada keberhasilan/kesuksesan yang tidak diikuti kerja keras.

    Saya sendiri sejak SD, SMP, SMA selalu menduduki bintang kelas. Di Perguruan Tinggi sulit mengukurnya. Malah saya merasa kurang lancar jalannya. Setelah kerja menunjukkan “tangan dingin” apa yang saya kerjakan berhasil. Saya mampu menunjukkan prestasi yang gemilang. Semua itu saya merasa hasil kerja keras saya, ketekunan saya, keulatan saya. Saya lupa bahwa itu sebenarnya adalah karunia Tuhan. Maka pada waktu itu saya jarang berdoa untuk keberhasilan saya. Termasuk tentu saja jarang atau tidak bisa mensyukuri karena saya merasa itu adalah hasil perjuangan saya. Itu namanya saya sombong kepada Tuhan.

    Sampai pada waktu 8 bulan menjelang pensiun Tuhan mengingatkan saya dengan cara yang indah…….. Sekarang saya merasa menjadi orang yang tidak mampu berbuat apa2 dari seseorang yang dulu serba bisa (all round). Pekerjaan kecil yang orang lain menganggap sepele saya selalu mulai dengan doa mohon pertolongan Allah dan selalu bersyukur…….

    Janganlah ada orang yang bwrsikap seperti itu. Selalulah berusaha, berjuang dan berdoa. Kalaulah kita sudah merasa berusaha berdoa sepanjang perjalanan tetapi belum tercapai yang kita inginkan, itulah Tuhan memberi terbaik untuk kita yang kita kadang2 kurang memahaminya,

    Selamat berjuang semoga sukses semuanya

    • Selamat Siang Eyangkung yang dihormati…
      Didoakan sihat dan tetap bersemangat meraih setiap kebaikan yang sedang ditemnpuh dalam kehidupan buat bekal ke sana nanti.

      Hidup adalah satu perjuangan. Kita ibarat pahlawan dan prajurit yang harus berjuang, bertarung untuk mencapai kemenangan dalam satu pertempuran. Oleh itu, semangat kental harus menjadi teman untuk mengalahkan lawan yang bersifat putus asa, malas,sombong dan banyak lagi sehingga kita jadi kalah dan gagal meraih kesempatan untuk menang.

      Saya kagum dan salut dengan keperibadian yang dimiliki Eyang juga. Alhamdulillah, melalui maya, saya bisa menemui sosok peribadi yang tentunya bukan alang kepalang di dunia nyata. Melalui setiap coretan Eyang sama ada di blog sendiri atau komentar di sini, banyak inspirasi saya perolehi hasil kongsian pengalaman hebat yang dilalui. Patah-patah kata yang dinukilkan membari gambaran Eyang seorang yang mahir dalam bidang penulisan, pencurahan ide2 bernas yang sangat berbobot, seorang kritikus yang sangat kritis dan kreatif dalam penglahiran kata melalui sudut pandang pro dan kontranya.

      Kebijakan menghasilkan ide2 sedemikian bukan dihasilkan melalui rasa tetapi menerusi akal fikir, ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang dilalui. Hasil 3 perkara ini, saya bisa menebak kekuatan Eyang dalam mnenulis karya2 hebat dan berbobot. Saya menyenangi cara fikir dan gaya tulisan Eyang. Banyak manfaat saya perolehi dan menerima apa sahaja komentar yang bisa membangun jiwa dan semangat menulis terus.

      Ternyata hidup ini harus ditempuh dengan kekuatan jiwa, minda dan dibaluti dengan pakaian iman agar terpelihara dari onar yang membabi buta. Bagi saya, kehidupan kita bukan hal yang main-main dan dianggap sepele hingga merugikan masa yang diperuntukkan Allah cuma sekejap ini dengan hal2 yang merugikan.

      Setiap orang diberi peluang oleh Allah untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup. Maka, mengapa harus menangguh, berundur dan gagal meraihnya ? sehingga ada yang sanggup menyalahkan Tuhan atas kemiskinan yang dilalui, kegagalan yang dihadapi, kebodohan yang dimiliki dan kesukaran yang ditemui ? sanggup manusia meratapi dan menyombong diri dengan segala kurnia Tuhan kepadanya selama ini.

      Terima kasih Eyang, pengalaman Eyang tentu bisa membuka mata dan hati mereka yang tidak mensyukuri kurnia Tuhan atas dirinya. Rezeki apapun tidak akan datang bergolek kepada kita begitu sahaja. Yang pipih juga tidak datang melayang tanpa dilayangkan arah dan hentiannya. Pengalaman Eyang mengajar kita erti mensyukuri nikmat Allah. Mudahan semua itu membawa manfaat buat kehidupan Eyang sekarang.

      Terima kasih atas kunjungan, semangat dan doa yang dilampirkan. Semoga Allah merahmati kita semua untuk menjadi hamba yang bertakwa dan bersyukur.

      Salam mesra dan takzim selalu dari saya. 😀

  2. Sederhana dan memilki makna yang menjadi semangat utnuk hidup selalu lebih optimis ya Bun.

    Senang dapat mengabil pembelajaran dari seorang motifator seperti Bunda, semoga hal ini bermanfaat untuk kita semua.

    Sukses selalalu dan salam untuk keluarga ya Bun

    Salam

    Ejawantah’s Blog

    • Salam takzim mas Indra…

      Optimis terhadap sesuatu walau sangat payah ditempuh, bisa menyemarak semangat untuk mengatasinya. Tidak ada sesuatu yang sukar dicapai jika ada usaha dan keinginan untuk memilikinya.

      Hehehe… ada-ada aja. Saya hanya berkongsi pengalaman aja mas. Mudahan beroleh manfaat untuk kebaikan bersama.

      Terima kasih atas kunjungan yang dialu-alaukan, juga komentarnya. Salam hormat selalu. 😀

    • Hai mas Cenya95…

      Iya… kita semua adalah Sang Pemimpi.
      Saya selalu mengharapkan setiap apa yang saya impikan menjadi kenyataan dan selalu ingin memilikinya.

      Doa adalah antara senjata untuk merealisasikan impian di samping usaha dan tawakal.

      Terima kasih atas kunjungannya.
      Salam ceria selalu.

  3. Assalamualaikum Bunda yang dihormati.

    Termotivasi, teruja dan terkesima atas semangat memburu impian bunda. Tidak sangka sekental itu hati bunda. Memburu yang luar biasa pada pandangan orang biasa. Akhirnya berhasil memintas ‘Mufti Sarawak’ dan ‘Senor Director ‘.

    Wah, semangat yang sama masih bugar walau sudah 27 tahun berlalu ya bunda…. Tajuk artikel di atas saja sudah dapat menebak yang tersirat….ehem!

    Bagusnya seni bunda mengekal silaturrahim dengan rakan sekelas. Hampir tiga dekad masih utuh. Lebih mengesankan lagi bila rakan akrab itu sudah menjadi “orang” yang dibanggakan. Tiba-tiba saja motivasi boleh melangit mahu memburu yang luar biasa buat kesekian kalinya.

    Barangkali satu hari nanti bunda juga akan menjadi seseorang yang pencapaiannya luar biasa. Sungguh bila saat itu tiba tentunya ananda menjadi orang yang paling berbangga mengaku mengenali bunda.

    Jika Mufti dan Senior Director sudah bunda “kalahkan”. Apakah lagi yang menghalang impian bunda itu kan….ehem!

    Salam ceria & inspirasi

    Pemburu Impian

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Fathuri…

      Hehehe… ada-ada sahaja yang terlintas di fikiran Fathuri. Bunda anggap hanya sekadar sendaan dan tentunya tidak punya apa-apa yang tersirat.

      Bunda sungguh beruntung dikurniakan Allah dengan rakan sekelas yang baik dan menghargai persahabatan. Apa yang penting cara kita menghargai persahabatan dan menghormati sahabat kita. Bukan mudah untuk mengekalkan ikatan sebuah persahabatan jika tiada rasa kesefahaman, kasih sayang kerana Allah dan saling mengerti apa yang diperlukan oleh sahabatnya.

      Kenangan yang bunda lalui dalam setiap detik kehidupan bunda merupakan perjalanan hidup yang sangat bermakna untuk dikongsikan bersama khalayak bagi menyemarakan semangat untuk berani menghadapi apa jua cabaran. Semuanya harus dengan keberanian, kepercayaan dan keyakinan kepada diri sendiri. Semua kita mampu melakukan sesuatu namun hanya sedikit orang yang menyedarinya.

      Alangkah ruginya jika tidak mahu menjadi hebat sedangkan kehebatan itulah yang Allah anugerahkan kepada manusia sesuai dengan gelaran KHALIFATULLAHU FIL ARDH.

      Mudahan mimpi-mimpi yang masih kita buru akan menjadi nyata bagi menyempurnakan semua mozaik kehidupan kita sebelum ajal menjemput.

      Terima kasih Fathuri kerana menyapa lagi. Bunda senang membaca tulisan Fathuri yang penuh dengan semangat juang sebagai pemburu impian.

      Salam mesra selalu. 😀

  4. ini benar-benar pengalaman yang hebat. persaingan siswa dalam soal prestasi memang selalu menimbulkan decak kagum.

    sayangnya, perjalanan sekolahku tak seindah pengalaman Bunda. terlalu banyak kenangan pahit yang kuterima semasa sekolah. bukan sekali-dua aku diusir dari kelas hanya karena peralatan menulisku tak lengkap. pernah juga sekolah melarangku ikut ujian oleh karena belum lunas biaya SPP. semuanya akibat dari seretnya ekonomi keluargaku.

    menyenangkan sekali punya sahabat sebaik Pak H. Kipli dan Pak Is, ya, bun?

    • Ayahnya Ranggasetya…

      Terharu membaca pengalaman yang saudara tulis di atas. Tentu sahaja perjalanan hidup seseorang tidak sama, malah tempat, situasi dan corak pendidikannya berbeza. Sangat tidak beruntung berada pada zaman yang dilalui oleh saudara.

      Tambah mengharukan apabila sanggup gurunya mengusir dari kelas semata-mata kerana materi belajar dan tidak dibenar memasuk ujian atas sebab tidak melunasi biaya SPP.

      Mudahan semua itu menjadi pengajaran buat kita dalam menyediakan kemudahan buat anak2 kita agar tidak berulang dengan apa yang pernah kita lalui.

      Iya, Pak H. Kipli dan Pak Is, memang sahabat yang baik dan banyak membantu. Allah mengurniakan sahabat yang baik kepada saya sejak dulu hingga kini. 😀

      Terima kasih untuk kongsian dan kunjungannya.
      Salam mesra.

    • Alhamdulillah, dengan ilmu yang diperolehi dan dipelajari walau sekedar lulusan madrasah Tsanawiyyah, tidak menjadi penghalang kepada kejayaan seterusnya.

      Selagi ruang kehidupan yang luas ini bisa diceduk segala isi kekayaannya melalui cara yang diredhai Allah, maka raihlah dengan semangat yang nantinya kita sendiri mengkagumi usaha kita.

      Kita seperti apa yang kita fikirkan.
      Selamat berusaha dan berjaya.

  5. “Semuanya kerana azam dan usaha, doa dan tawakal kepada Allah. Allah memberi peluang jika kita mahu berusaha bersungguh-sungguh”.
    saya suka quote di atas bun, saya jadi ikut termotivasi baca ini..makasih ya bun. 🙂

    • Hai Amisya Syahidah…

      Alhamdulillah, silakan selusuri kehidupan ini dengan membangunkan kehebatan diri yang masih tidur. Bunda yakin, Amisha bisa melakukan yang lebih baik dari bunda. 😀

      Terima kasih untuk kunjungannya.
      Salam manis selalu. 😀

  6. selamat pagi bunda siti,
    maaf baru berkunjung lagi ini setelah sekian lama hilang 😀

    wah ternyata bunda Siti orang yang hebat dan dikelilingi orang-orang yang hebat pula.
    ingin meniru semangat dan optimisme yang ada dalam diri bunda.
    mudah-mudahan, semoga…

    salam hangat dari Amboina 😀

    • Selamat Siang Muhammad…

      Iya.. inda apa kok. hadirlah saat waktu bersahabat.
      Hehehe… Muhammad hilang ke mana ?

      Alhamdulillah, semua ini kurnia Allah. Tapi bunda orang biasa-biasa aja. Sahabat-sahabat bunda memang ternyata sangat hebat dalam kerjaya mereka. 😀

      Semoga Muhammad semakin bersemangat untuk lebih berjaya. Tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. tetapi apabila sudah berjaya, manis dan harumnya melekat sepanjang kehidupan kita hingga ke akhir hayat.

      Semoga sukses dan berhasil dalam pelajaran juga tugasan.

      Terima kasih atas kunjungan Muhammad. Senang dapat kembali bergabung.

      Salam hangat kembali. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Argun…

      Alhamdulillah, saya sehat dan baik2 sahaja.
      Senang mendapat kunjungan dari Argun lagi setelah sekian lama menyepi diri. Kemana aja ya ?

      maaf, kalau belum sempat berkunjung balas ke blog Argun sejak akhir2 ini lantaran sibuk. Kini sedang berusaha bw kembali secara berdikit2. Tidak melupakan teman2 baik di maya ini, mudahan akan sampai ke blog Argun nanti.

      Ceria dong, Argun. 😀
      Salam mesra selalu.

  7. Luar biasa, Bunda. saya salut atas prestasi bunda. Semoga ke depan tambah sukses, diberi kesehatan sehingga tetap bisa berbagi informasi, berbagi wawasan, berbagi pengalaman, dan berbagai segala hal yang bermanfaat bagi kemaslahatan hidup.
    selalu lagi, sukses Bunda.
    Salam persahabatan selalu dari Pekalongan.

    • Hai mas Teguh…

      Alhamdulillah, terima kasih mas atas apresiasi dan doa baik yang dilampirkan bersama. Mudahan kita bisa semakin cergas, cerdas untuk berbagi sesama untuk bersemangat meraih kejayaan. Hanya kongsian biasa yang tentu pernah dilalui oleh semua orang, cuma dengan jalan berbeza.

      Salam persahabatan buat Kang Guru yang dihormati. 😀

  8. setuju sekali dengan uraian ibu siti, tidak hanya kita diwajibkan untuk selalu berusaha tapi juga untuk terus menerus meningkatkan kualitas usaha kita. Prinsipnya hari ini harus lebih baik dari hari kemarin. Kalau hari ini sama dengan hari kemarin, kita sudah termasuk orang yang merugi.
    Unduk menduga, ibu Siti pasti mempunyai orang tua yang suportif. Unduk teringat ketika unduk dulu diterima belajar di salah satu sekolah paling favorit di kota jogja. Di semester pertama, unduk mendapatkan rangking 38 dari 44 murid dikelas (* tergolong 10 murid dengan prestasi terburuk dikelas *).
    Ajaib orang tua unduk tidak marah dengan hasil ini, beliau hanya mengatakan, “insya Allah semester depan hasilnya akan lebih baik” (* sambil mengelus-elus kepala unduk *)
    Beliau benar, semester berikutnya unduk naik peringkat jadi rangking 36 (* gubrakkkk!, masih 10 murid berprestasi terburuk! *)
    Sampai sekarang unduk tidak pernah melupakan sikap suportif tersebut. Karena sikap tersebut, unduk bisa menamatkan sekolah dan masuk ke salah satu perguruan tinggi negeri peringkat atas di Indonesia. (* unduk lulus dengan rangking 23 – lumayan, meski masih jauh sekali di banding peringkat terbaik rangking 1 *)
    Betul kata ibu Siti, selama kita mau berusaha, walaupun kita mungkin tidak menjadi yang terbaik, setidaknya kita bisa menjadi lebih baik. Karena meraka yang hari ini lebih baik dari kemarin, adalah orang-orang yang beruntung 🙂

    • Hai Unduk…

      Subhanallah,… senang sekali dapat menerima sapaan dari Unduk kembali. lama rasanya tidak bersilaturahmi antara kita. kemana aja ya. Maafkan saya kerna tidak ke blog Unduk juga. Mudahan coretan Unduk bisa menyambung kembali silaturahmi ini.

      Alhamdulillah, ternyata Unduk juga seorang yang bersemangat tinggi dalam meraih impian dan cita-cita. Benar, orang tua saya tidak pernah marah kalau saya dapat nombor yang kurang membanggakan. Malah menasihat agar bersungguh-sungguh untuk belajar kerana yang merasai kejayaan adalah anak-anaknya bukan mereka.

      Merasa itu sebagai harapan tinggi mereka, apatah lagi hanya saya yang bersekolah jauh dari kampung dalam adik beradik. Malah tidak ramai anak kampung yang dapat belajar di luar kampung, ia bagaikan satu tanggungjawab untuk membanggakan orang tua dan orang kampung.

      Kesedaran itu ada pada diri kita di samping semangat yang disembur dari luar oleh orang lain yang merasakan bahawa kita boleh berjaya dengan berusaha bersungguh-sungguh.

      Hehehe… kenangan Unduk membuat saya tersenyum kerana masih banyak lagi yang sama pengalaman dan semangat seperti kita. Tempat, jalan dan usaha sahaja yang berlainan. keberuntungannya adalah tertakluk kepada rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya dalam masa yang tepat dia hidup di dalamnya.

      Salut juga buat Unduk. Semoga semakin sukses di masa depan. Terima kasih ya untuk mampir kemari lagi.

      Salam mesra selalu. 😀

  9. Assalamu’alaikum cikgu ct..

    Memang benar usaha itu tangga kejayaan… tanpa berusaha kita tidak akan berjaya.. tapi jika setelah berusaha tidak juga mencapai impian maka terimalah seadanya dan bersyukurlah.. mungkin ada hikmah di sebaliknya..

    Nak komen gambar cikgu masa tingkatan 5 tu.. nampak tembam… hehe maaf gurau je..

    Salam mesra…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Tiara….

      Hehehe… memang fizikal saya sehat ketika itu. Hanya sekarang berusaha menyusutnya kembali agar tetap sihat dan cergas. 😀

      Benar Tiara, jangan berputus asa kalau masih menemui kegagalan walau telah berusaha. Gagal bukan bermaksud gagal selamanya. Gagal hanya jalan yang lain untuk mengorak kepada kejayaan yang lebih gemilang.

      Terima kasih atas kunjungannya.
      Salam mesra kembali. 😀

  10. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillah, saya ikut gembira dan terbagi semangat dari Bunda dan kawan2 ketika membaca tulisan Bunda Fatimah Ahmad. Sungguh, menulis kembali cerita dan semangat di masa lalu, tidak berguna bagi teman-teman seiring yang disebutkan, namun pembaca tulisan—salah satunya seperti saya—merasa ikut memetik buah dari cita-cita yang kuat, amal yang istiqamah, dan doa kepada Allah Swt. untuk memperoleh keberhasilan. Sekali lagi, makasih banyak ya, Bunda, telah berbagi hal yang sangat bagus ini.

    Salam hangat selalu dari Jogja,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Alhamdulillah, kisah ini sebuah nostalgia indah dan manis buat saya yang pernah melalui kejayaan bersama sahabat2 baik saya. Benar, kisah kejayaan seperti ini sebenarnya bisa menyuntik semangat orang lain yang membacanya.

      Malahan, saya selalu mendapat semangat luar biasa dari kejayaan yang dilalui oleh mereka yang pernah berjaya dalam hidup. Bila kita telah melaluinya sendiri, subhanallah ternyata, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba yang telah berusaha.

      Semoga kita beroleh banyak manfaat dari pengalaman orang lain dalam hal ini. Terima kasih mas untuk kongsian semangatnya. Mudahan mas juga terus sukses dalam menerbit buku-buku berkualitas tinggi dan bisa menjadi penulis yang bergelar dengan buku yang “best seller”.

      Salam hangat kembali. 😀

  11. Assalamualaikum Bunda,
    Persahabatan yang indah,:D
    persaingan yang sehat,
    kesuksesan yang tetap terjalin dalam nama persahabatan,
    sungguh sangat luar biasa.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

      Alhamdulillah, mudahan kehidupan kita sentiasa dilingkungi persahabatan yang luar biasa walau hanya sekedar mengenali di maya tapi rasanya sampai ke hati.

      Salam manis selalu. 😀

  12. Persahabatan yang abadi salalu menjadi dambaan semua orang,apalagi persahabatan yang bisa memberikan support untuk mencapai kesuksesan…

    • Hai Aan…

      Alhamdulillah, tentu sekali persahabatan yang dilandasi kasih sayang kerana Allah dan selalu saling bantu membantu dalam urusan mencapai kejayaan.

      Terima kasih Aan kerana hadir menyapa.
      Salam persahabatan. 😀

  13. Assalamu’alaikum Wr Wb..
    Bunda… senengnya hati ini membaca kisah perjalan bunda waktu sekolah,,,
    saya jadi terharu melihat perjuangan bunda dan pra sahabat, semuanya hebat-hebat, saling berpacu dalam meraih prestasi, persaingan yang sangat positif namun tetep menjaga nilai-nilai persahabatan.
    Alhamdulillah saya juga pernah mengalami hal semacam ini, dan sungguh itu adalah karunia yang sangat luar biasa dariNya.

    Semoga persahabatan bunda dg teman2 bunda selalu diridhoi Allah SWT… aamiin..

    salaam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Mabruri…

      Aamiin… Ya Rahmaan Ya Rahiim.
      Alhamdulillah, mudahan semuanya bisa menjadi kebaikan dan manfaat kepada yang lain dalam menilai pentingnya hubungan persahabatan yang sehat dalam memacu kejayaan hidup.

      Ternyata Mabruri juga mempunyai kenangan dan nostalgia yang indah bersama sahabat2nya. Saya berharap dapat membaca keindahan persdahabatan itu di blog Mabruri nanti. 😀

      Salam ceria hendaknya.

  14. Assalamu’alaikum Bund..

    selamat ya Bund, walaupun hanya satu kali mengalahkan orang-orang hebat itu,, tetap saja itu pencapaian yg sangat luar biasa ..
    🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Fitr4y…

      Iya Fit, malah sampai jadi kebanggaan dan kenangan manis yang tersendiri di hati sendiri. Walau hanya sekali, tetapi membuktikan jika kita mahu berusaha keras tentu peluang terbuka luas buat kita. Namun ramai yang mengabaikan semangat hebat dalam dirinya.

      Salam sayang buat Fitray. 😀

    • Aamiin… Ya Aziiz Ya Kariim.
      Terima kasih atas doanya Fit.
      Kok makin semangat ajah nih. 😀

      Semoga sukses selalu dalam kerjaya dan bahagia hendaknya.
      Salam sayang dan rindu selalu. 😀

  15. Pasti bahagia luar biasa karena bisa mengalahkan 3 rekan ibu tersebut meski hanya sekali saja. Tentu hal-hal semacam ini menimbulkan kepercayaan diri bahwa kitapun bisa apabila kita bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Memang tidak mudah. Harus banyak usaha dan kerja keras untuk benar2 meraih hasil gemilang tersebut. Dan saya sebenarnya salut dengan sikap ibu yang selalu optimis dalam memandang hidup. Beda sekali dengan saya yang mungkin lebih banyak pesimisnya sehingga hari ini saya masih jalan ditempat dan tidak berkembang seperti orang lain. Entahlah, apakah sikap pemalu dan sedikit keterampilan yang saya punyai telah menghalang saya untuk mencapai kejayaan sebagaimana yang orang kecapi

    • Hai Ifan Jayadi…

      Hehehe… iya Ifan, bahagia yang luar biasa dan tidak terhingga. Sampai tidur pulas lho.

      Benar dan setuju, kejayaan yang diraih sedemikian bisa menambah kepercayaan diri untuk lebih bersungguh-sungguh mencapai impian. Yang penting selalu optimis dan yakin diri boleh melakukannya.

      Saya yakin, Ifan juga mampu melakukannya. Semua manusia diberi secara saksama oleh Allah dengan kepandaian dan kepintaran. hanya kita sahaja yang tidak mahu mengendalikan kurnia itu dengan sebab-sebab yang selalu menjadi alasan kelemahan kita. Akhirnya kita membiarkan sahaja peluang kejayaan berlalu.

      Ifan harus keluar dari sifat pesimis yang merugikan. Sikap pemalu tidak menghalang untuk berjaya. Jujurnya, saya juga seorang pemalu tetapi keliatan ramah bila menulis. Berani, yakin dan percaya diri selalu melonjak kebijakan sikap menjadi lebih maju. Berusahalah. Manisnya akan terasa akhirnya.

      Selamat berjaya dan sukses selalu.
      Salam mesra selalu. 😀

  16. ASM…
    Senang baca artikel kitak. Teringat perjalanan hidup ini masa muda…sampei kienk tok. Tapi sukar utk meluahkan dgn tulisan.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Tuan Haji Faisal…

      Senang mendapat kunjungan dari kitak agik.
      Iyalah… zaman muda nang selalu indah untuk dikenang. Tambah lagi banyak hal2 yang menarik berlaku dalam perjalanan kehidupan masa mudak dolok.

      Sebenarnya sik susah nulis tok. Yang penting curahkan ajak apa yang hendak ditulis, sik boh fikir2. dah siap semua, baca agik, edit mana nak sik sesuai. Yang penting maok dan ada usaha.

      Semoga berjaya menulis.
      Salam ceria selalu. 😀

  17. Kakak.. saya senang dapat melihat ‘perjalanan’ kakak dan teman-teman sampai yang menjadi SPH kakak.

    Menyebabkan saya kembali mengenal lebih dekat lagi terhadap kepribadian kakak yang selama ini sudah saya kenal.

    Terima Kasih…

    • Hai Azzahra…

      Semoga Azzahra juga akan sukses menggapai impian menuju kejayaan dalam hidup ini. Tiada kejayaan yang dicapai kecuali dengan keinginan dan hasrat yang berkobar-kobar untuk memilikinya.

      Senang mengetahui Azzahra dapat mengenali saya dengan sejauh ini. Semoga beroleh manfaat dan kebaikan dari pengalaman yang telah dilalui.

      Terima kasih sudah sudi untuk singgah dan menyempat waktu.
      Semoga bahagia dan salam manis selalu. 😀

  18. Assalamu’alaikum w.b.t

    Puan fatimah..

    Saya, Ummu Raqida Afira bt Mohd Khair pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan. Saya ditugaskan untuk mengemaskini data Fatwa Management System (FMS) berkenaan perkara yang berkaitan dengan fatwa. Oleh itu, saya ingin mengetahui biografi Mufti Negeri Sarawak, Sahibus Samahah YBhg Ustaz Haji Kipli bin Haji Yassin.

    Antara maklumat-maklumat yang diperlukan ialah:

    Nama
    Latar belakang keluarga, pendidikan dan kerjaya
    Lain-lain yang berkaitan dengan beliau

    Maklumat tersebut diperlukan untuk tujuan pengumpulan maklumat mufti-mufti seluruh Malaysia dan antarabangsa. Maklumat tersebut akan dimuatkan dalam sistem kami iaitu, FMS dibawah Institut Pengurusan Fatwa Sedunia (INFAD) yang bertempat di USIM. Pengemaskinian ini bertujuan menambah baik sistem.

    Segala kerjasama dari pihak puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

    Maklumat lanjut sila hubungi:

    INSTITUT PENGURUSAN FATWA SEDUNIA
    Aras 1, Bangunan Fakulti Syariah Dan Undang-undang,
    Universiti Sains Islam Malaysia. Bandar Baru Nilai,
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    http://www.e-infad.my
    only_raqida@yahoo.com

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ummu Raqida Afira…

      Terima kasih atas maklumat di atas.
      Silakan rujuk pada masukan email Ummu dalam kadar segera.
      Saya sudah berhubung dengan Mufti Sarawak, ada maklum balas di sana.

      Salam mesra.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.