CT328. SJK…. SEVILLA KE MASJIDIL HARAM (4): DI LUAR HOTEL SEVILLA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

LSevillaFatima1HotelSevilla*

AKTIVITI LUAR SEVILLA

Setiap kali melangkah keluar dari pintu utama Hotel Sevilla Barakat sama ada dengan tujuan untuk ke Masjdidil Haram atau membeli belah, pasti kaki saya akan melekap dalam beberapa jenak memerhati keadaan persekitaran di kanan dan kiri saya terlebih dahulu.

Tampak jelas hutan batu yang lebih banyak dari rimba hijau yang menyegarkan mata. Tidak ada yang menarik untuk dipandang selain memerhati pelbagai ragam manusia dan berjenis kenderaaan yang lalu lalang di hadapan saya. Jika ada yang aneh di mata, pasti akan saya lapor kepada SPH untuk dibincangkan.

Peluang keluar dari hotel Sevilla memang selalu saya tunggu. Saya merasa bosan berada di dalam hotel terutama apabila “tetamu bulanan – haid” menyapa masanya. Pelbagai aktiviti mula merasuk minda saya untuk aktif berada di luar Hotel Sevilla. Tidak ingin terperuk lama di dalam hotel.

Apabila kedatangan haid, saya mengambil peluang untuk mengikut SPH ke Masjidil Haram sambil melakukan aktiviti “window shopping” di pusat beli belah atau jalan-jalan cari makan.

Ia aktiviti yang menyeronokkan terutama melihat pakaian jubah yang cantik-cantik menyilau dengan labuci yang bersulam indah. Mata saya selalu terbeliak dengan mulut tak henti-henti mengucap “masya Allah, mahalnya” saat melihat harga yang “melampau tinggi” sehingga ada yang mencecah RS700. “Membazir”, begitu kata hati saya.

Kalau saya, lebih menyukai pakaian jubah hitam yang kosong dan langsung tidak ada manik-manik sulam. Paling murah saya beli setelah ditawar adalah sekitar RS35 hingga RS50. Kainnya juga bagus dan selesa dipakai terutama ketika bekerja. Walaupun begitu, ada juga saya membeli jubah dengan sedikit sulaman  tetapi hanya dipakai di dalam rumah sahaja.

Apabila rindu untuk melihat Kaabah, saya mengajak SPH mengintip dari Pintu Utama (bangunan lama) no. 45 iaitu Pintu Al-Fatah. Melalui Pintu Al Fatah kita dapat melihat bangunan Kaabah dengan jelas dan dekat berbanding pintu-pintu lain. Dari luar saya melepaskan rindu sambil menadah tangan berdoa ke hadrat Ilahi. Kini Pintu Al-Fatah juga sudah jadi debu.

Apabila SPH bersolat di Masjidil Haram (biasanya siang), saya akan duduk di salah satu bangku tempat makan terbuka di tingkat 4 di Abraj AlBait Shopping Centre, menunggu sambil membaca buku. Di sini, saya dapati ramai juga para hajjah yang menunggu sama ada bersendirian seperti saya atau bersama keluarga.

*

15tahunfatima5abrajalbaitmall

Abraj Al-Bait Mall, setinggi 5 tingkat berada di dalam kompleks bangunan Abraj Al-Bait Tower. Restoran makan terletak di tingkat 4 dan 5 dengan pelbagai juadah yang menggugah selera.

 *

BAKAL ROBOH

Pemandangan hutan batu di luar hotel Sevilla tidak akan kekal kerana ia juga termasuk kawasan yang bakal diroboh untuk projek pembesaran dan pembangunan Masjidil Haram yang baru.

Saya sangat menghargai setiap foto yang diambil di luar bangunan Sevilla kerana momen ini sudah tidak wujud lagi sejak 15 Disember 2011. Keadaannya sama seperti CT326 SJK(2): HOTEL SEVILLA DITELAN BUMI yang kini hanya tinggal kenangan dan hanya mampu dibayang dalam layar minda.

Jika ada luang masa yang panjang terutama sebelum Zohor, saya dan SPH mengambil kesempatan untuk menyusuri lorong-lorong niaga sejauh 1 km dari Hotel Sevilla. Tujuannya untuk melihat aktiviti niaga tanpa membeli apa-apa. Sekadar untuk berjalan dan mengambil kenangan.

*

LSevillaFatima2HotelKanan1

Di sebelah kanan hotel Sevilla terdapat satu jalan pintas dan tidak berbukit untuk sampai ke Masjidil Haram. Ia merupakan jalan tanah yang penuh debu bagi kenderaan projek pembangunan. Ramai jemaah mengambil jalan ini terutama jemaah yang berumur.

*

LSevillaFatima3HotelKiri1

Di hadapan Hotel Sevilla, saya pernah beberapa kali melihat kereta buatan Malaysia – Proton Gen2 berwarna jingga “parking” di hadapan jalan seberang sana dengan flat Arab Saudi. Kadang kala kereta itu “parking” di tepi hotel Sevilla. Ada rasa bangga tersemat di hati. Tiba-tiba rasa rindu dengan Tanah Air mengocak hati.

 

*

ProtonGen2Malaysia

Sumber Googles: Proton Gen2, kereta buatan Malaysia sepenuhnya yang dilancarkan pada 8 Febuari 2004.

*

LSevillaFatima4KedaiRuncit1

Melalui jalan ini, belok lagi sebelah kiri sesudah kedai runcit, kita akan bertemu dengan jalan besar utama yang menuju terus ke Masjidil Haram. Nama jalan tersebut adalah IBRAHIM AL KHALIL ROAD. Jalan ini berbukit bukau.

*

LSevillaFatima5JalamMasuk

*

LSevillaFatima6KedaiRuncit2

Tempat berbelanja yang murah dan boleh ditawar. Banyak lagi kedai seperti ini di sekitar Hotel Sevilla. Terserah kepada kita untuk memilih.

*

LSevillaFatima7Aktivitiroboh

*

LSevillaFatima8LoriTelekomZain

Tepat di hadapan lori telekom itu adalah Restoran Attaullah – Indian Pakistani.  Di restoran ini kami akan membeli roti canai dengan harga RS2.00 atau ayam panggang penuh dengan harga RS14.00. Ayam panggangnya sangat lazat, isinya lembut dan rempahnya menyeluruh. Pedas. Alamak, saya jadi rindu pula nak makan ayam panggang Arab ini.

*

LSevillaFatima10AyamPanggangArab

Inilah foto Ayam panggang Arab. Ayamnya kecil sahaja tetapi mengenyangkan untuk dimakan berdua pada waktu tengah hari dan malam. Memang menakjubkan makanan di Makkah ini. Kita cepat rasa kenyang. Alhamdulillah. Saya peminat ayam panggang nombor satu. Setiap minggu di Makkah, akan ada menu ini diperut saya… 😀

*

LSevillaFatima9KedaiRuncit3

*

SEBUAH KENANGAN

Rindu pada bumi Makkah dan Madinah tidak pernah surut dari hati. Mudahan suatu masa nanti saya dan SPH bersama anak-anak akan kembali menerima seruan Ilahi untuk menjejak bumi yang pernah dihuni 3 tahun lalu. Aamiin Allahumma Aamiin.

Hati ini bagai diragut oleh kenangan yang sentiasa berbekas, tidak pernah hilang walau masa sudah mengubah wajah. Wahai bumi yang indah, penuh barakah dan rahmat…. ku sebut namamu, namun ada rindu yang lebih dari itu.

*

****************

SUATU WAKTU DAHULU AKU PERNAH BERDIRI DI SINI

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima20 Mei 2015 (Rabu)/ 2 Syaaban 1436H/ 9.38 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….  tidak perlu menangisi masa lalu yang sudah pergi. Benar ia penuh dengan suka dan duka, derita dan bahagia, gagal dan jaya. Masa lalu harus dihargai dan disyukuri kerana kisahku bersemadi di dalamnya sehingga aku mampu meraih masa kini setelah pengalaman mengajar aku menjadi manusia yang berbakti.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…  Jarak tidak pernah memisahkan kerana kita berada di bawah payung langit yang sama dan kita melihat matahari yang serupa. Semoga sentiasa berjaya dan bahagia di mana sahaja. Aamiin. Wassalam. 🙂

*

RinduFatima1DiHatiku

*

WALAUPUN JAUH… TETAP KU TERKENANG

*

16 thoughts on “CT328. SJK…. SEVILLA KE MASJIDIL HARAM (4): DI LUAR HOTEL SEVILLA

  1. wa ‘alaikum salam warahmatullah. apa kabar, Kak?

    postingan Mekkah, selalu membuatku iri.

    Mudahan suatu saat bisa menjejakkan kaki ke negeri Mekkah.

    • Alhamdulillah, saya sihat, mbak…
      Didoakan mbak juga sihat wa’afiat di sana. Sudah punya blog baru ya. Senang melihat dan mengetahui perkembangan Ummu kini. Mudahan bermanfaat dan aktif selalu.

      Akak doakan mbak dan keluarga akan sampai juga ke Tanah Suci. Berdoa dan berusaha merupakan jalan untuk dimakbulkan Allah segala hajat.

      Terima kasih sudah hadir berkunjung, mbak.
      Salam manis selalu. 🙂

  2. Assalamualaikum wrwb, menyesal sekali bunda saya tdk mencoba ayam panggang arab ini padahal saya tiap hari lewat kedai penjual ayam panggang ini. Selalu kutunggu serial TH-nya bunda, raga ini di tanah air tp hati rasanya tertinggal di tanah suci. Salam sejahtera bunda.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, akhi Hafid…

      Ayam panggang Arab memang lazat dan perlu dicuba lain kali jika ada kesempatan lagi ke sana. Selain di Ataullah Restoran, kami juga membeli ayam panggang bersama Nasi Mandi di sebuah restoran yang terletak berhadapan dengan pintu 79, Masjidil Haram. Harganya RS23.

      Terima kasih Hafid sudah berkunjung dan mengikuti penulisan TH ini. Mudahan ada manfaat yang dapat dijadikan teladan dan sempadan.

      Salam sejahtera kembali. 🙂

  3. Assalamualaikum bunda. Kalau baca postingan bunda di Mekah aku sedih, karena belum pernah kesana. Semoga segera bisa kesana ya bun, doakan

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya…

      Insya Allah, mbak. Suatu hari nanti akan terubat sedihnya. Saya berdoa mbak Lidya akan dipanggil untuk ke sana. Aamiin.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam manis selalu. 🙂

  4. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillaah…, bisa berkunjung kemari. Wah, betul, Mbak, harga pakaian jubah termasuk mahal ya. Kalo saya seperti ingin yang ayam panggang dengan bumbu yang kaya rempah itu, hmmm….

    Salam hormat dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Jubah murah-murah juga banyak terutama yang dijual dijalanan. Harganya sekitar RS10 hingga RS20 sahaja. Memang terpaksa berebut-rebut untuk memilihnya kerana terlalu ramai yang membeli.

      Kemungkinan yang dijual itu adalah pakaian “reject” dari kilang. Saya juga membelinya dan didapati hanya terdapat sedikit kesilapan jahitan yang tidak ketara. Namun masih cantik dan menarik.

      Iya, kalau ke Tanah Suci nanti, jangan lupa menikmati rasa ayam panggang Arab ini. Sangat lazat terutama makan ketika masih panas.

      Terima kasih mas Amazzet atas kunjungan dan salam hormat kembali. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.