CT365. SUKA MAKAN DURIAN ?

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

DurianFatima1SukaMakanDurian

*

RAJA BUAH DAN KETURUNANNYA

DURIAN alias RAJA BUAH. Berduri kulit luar, namun isi penuh nikmat. Namanya pun banyak. Di Malaysia nama durian sangat banyak. Nak kenal nama dan padankan dengan bentuk buahnya pun sukar. Yang saya tahu hanya nama Durian Kampung dan Durian Susu.

Durian Kampung biasanya dianggap “durian kawin”. Durian S.usu pula kerana isi buahnya berwarna putih susu dan lemak berkrim

Antara nama durian yang terkenal di Malaysia adalah D1, D13, D101, D24, Green Bamboo, Red Prawn, Sultan, Black Pearl, Pale Yellow, Golden Pheonix, Mao Shan (baca: Musang) Wang, Mao Shan King (dikatakan durian termahal di dunia) dan terbaru bakal dijenamakan ialah Mao Shan Queen.

*

nama durian malaysia

Sumber: Googles. Antara nama dan jenis durian yang terdapat di Malaysia

*

Rasanya bermacam perisa. Beragam bentuk dan berupa warna. Ada yang berwarna putih susu (paling saya suka rasanya), warna kuning langsat, warna merah udang masak, warna jingga (oren), kuning telur, putih kelabu dan banyak lagi. Semuanya terhasil dari banyak baka melalui kaedah pengklonan yang mengkagumkan. Allahu Akbar.

*

DurianFatima10Kembar

Isi durian warna kuning telur dan putih susu. Bijinya kecil, isinya tebal dan lemak berkrim

*

DurianFatima11Pelbagairasa

Isi durian warna kuning langsat, tebal isi, biji kecil dan lemak berkrim. Saya suka durian jenis ini untuk dimasak menjadi Bubur Durian campur sagu kecil.

*

SUKA MAKAN DURIAN ?

Saya pasti anda juga suka makan buah berduri ini. Namun tidak dinafikan masih ramai yang tidak menyukainya seperti bapa saudara saya, arwah Wa Man.

Beliau tidak menyukai bau durian yang kuat hingga boleh membuat beliau rasa loya dan hendak muntah. Lucunya, beliau suka makan TEMPOYAK (akan saya tulis posting tentang tempoyak selepas posting ini).

Berbeza dengan saya, sejak kecil hingga kini, saya suka makan buah durian. Malah ketika sedang hamil, saya juga makan dalam beberapa ulas sebagai “syarat” tidak kempunan dengan alasan anak dalam kandungan juga ingin merasa sama. Kesannya, semua anak saya menggemari buah durian. πŸ˜€

Namun begitu, saya sangat memilih ketika makan buah durian. Saya hanya menyukai isi buah durian yang masih segar dan baru dikupas kulitnya. Saya sangat suka makan ulas isi yang “single”.Β  Ia nampak comel, membuat kita geram dan menggoda rasa. Hehehe.

*

DurianFatima8UlasSingle

Saya suka makan ulas isi durian tunggal seperti ini. Kiut, montel dan menggoda rasa. Biasanya saya akan mengalah dengan Ieesyah kerana kami suka makan durian bentuk seulas ini.

*

DurianFatima9Kembar

Isi durian yang sempurna bentuk dan rasanya. Cukup matang dan masak untuk dimakan. Juga sesuai dibuat TEMPOYAK.

*

Jika isi buah durian sudah disimpan beku, saya tidak lagi berminat untuk makan dan menjamah. Rasanya sudah berbeza dengan isi yang segar.

*

DurianFatima13SejukBeku

*

DURIAN LISU – TIDAK SUKA

Terdapat satu jenis durian yang MEMANG TIDAK SAYA SUKAI rasa dan baunya. Nama durian ini ialah DURIAN LISU. Di Sarikei, Durian Lisu dari Daerah Pakan (warna oren/Jingga) sangat terkenal dan dianggap sangat sedap.

Durian Lisu sangat jauh bezanya dari durian biasa. Ada dua jenis Durian Lisu yang saya kenali. Satu durinya tajam memanjang, berbentuk bulat, berwarna hijau dan isinya berwarna kuning.

Sedangkan satu jenis lagi berbentuk bulat bujur, berwarna kuning oren (jingga) dan isinya berwarna oren terangΒ  (kemerahan).

Biasanya Durian Lisu Oren ini lebih disukai orang ramai kerana isinya padat berkrim namun jika dimakan melekat ke gigi. Bau isinya sangat kuat tetapi kulit luarnya tidak pula berbau.

*

Borneo-Wild-Durian-Isu-Pakan-Fruit-Sarawak-Malaysia

Durian Lisu (hijau) dan Durian Lisu Pakan (oren/jingga). Rupanya menawan tetapi saya tidak suka rasa dan baunya yang kuat melekat.

Foto pinjam dari blog Bombasticborneo.com. TQ

*

MUSIM DURIAN

Musim durian datang lagi di Bandar Sarikei seperti tahun-tahun yang lalu.Β  Harga di awal “kemunculannya” sangat tidak masuk akal. Sangat mahal hingga ada yang berharga RM30.00 sebiji.

Kerana persaingan di pertengahan musim jualannya yang banyak, harga buah durian semakin menurun kepada harga RM10.00 untuk lima biji. (buah sederhana besar). Apabila musimnya hampir ke penghujung, harnay naik kembali.

Foto di bawah menunjukkan harga durian yang saya beli dalam pasaran naik-turun-naik seperti yang saya jelaskan di atas. Maaf, nama-nama durian saya kurang arif.

*

DurianFatima2BeliPertama

Pembelian Pertama di awal musim buah durian di bawa oleh peniaga ke rumah.

*

DurianFatima3IsiSegar

Isi buahnya sangat bagus, segar dan puas hati walau harganya masih mahal

*

DurianFatima4BeliKedua

Pembelian kali ke-2. Buahnya juga bagus

*

DurianFatima5BeliKetiga

Pembelian kali ke-3. Isi buahnya semua baik dan enak

*

DurianFatima6BeliKeempat

Pembelian ke-4. Buahnya kecil-kecil. Isi buah kurang baik. Biji lebih besar dari isi durian. Rasanya juga kurang lazat. Ada yang masih mentah. Mungkin buahnya tidak bagus maka ia dijual banyak dan murah.

*

DurianFatima7BeliKelima

Pembelian ke-5 dan terakhir. Kini musim durian sudah di penghujung. Buahnya bagus dan puas hati dengan kelazatan yang dinikmati. Alhamdulillah.

*

TIDAK MERIAH

Setiap tahun kita dapat merasai kemeriahan musim buah-buahn yang dilalui. Saya dapat merasa, musim durian tahun ini (2015) tidak semeriah seperti tahun yang lalu (2014).

Jika ditelah, mungkin hujan dan panas yang tidak menentu menyebabkan buahnya kurang menjadi, banyak buruk sehingga hasilnya kurang berkualiti.

*

DurianFatima12Banyak2014

Durian berjumlah hampir 60 biji ini saya beli tahun lepas (20140 dengan harga hampir RM100.00. Semua isinya bagus. Sebahagian disimpan dalam frezzer dan selebihnya dibuat tempoyak dan disimpan beku untuk dimakan bila-bila masa dikehendaki.

*

BAGAIMANA DI TEMPAT ANDA, SUDAH MULA MUSIM DURIAN ?

*

*

bunga

*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima25 Disember 2015 (Jumaat)/ 13 Rabiulawal 1437H/ 1.06 petang, Sarikei, Sarawak

AKU…. merinduimu dalam jaga dan tidurku. Tidak pernah ku berpaling kerana kau ku cintai setulus hati tanpa syarat juga paksaan. Kepada-MU, aku berserah dalam rahmat yang diizinkan, walau sekelumit cuma sebuah pertemuan untuk bertatap wajah dan berbalas senyuman buatmu Yang Menyentuh Hatiku.Β  Wahai Kekasih… kau selalu ku rindui. Aamiin Ya Rabb.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Β *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Jika angin berderu sendu dan kau terdengar sayup seruannya… itulah rindu yang ku kirim tanpa pesan dan bicara aksara yang berbaur kata. Percayalah…. di situ ada hatiku yang selalu ada untukmu. Doaku sejahtera buatmu di bawah naungan Ilahi Rabbi. Aamiin. Wassalaam. πŸ™‚

*

WAHAI KEKASIH YANG MENYENTUH HATI… SELAWAT ATASMU DARIKU YANG SELALU MERINDU

*

SEDNA ELNABY by Hamada Helal

*

*

MuhdRasulFatimaku

*

TIDAK PERNAH JEMU MERINDUIMU

*

Β 

23 thoughts on “CT365. SUKA MAKAN DURIAN ?

  1. Saya penyuka durian. Kemaren makan 2 buah, makan bertiga sama teman. Di Ambon harga buah durian masih mahal.
    Saudara saya membawa biji D24 dari KL untuk ditanam di kampung.

    • Kalau masih mahal bermaksud di Ambon baru mulai musim durian, ya. Mudahan biji benih D24 itu akan tumbuh baik dan memberi manfaat di kemudian hari. Kalau di sana, apa pula nama jenis duriannya ? Mungkin sama dengan nama di Malaysia.

      Terima kasih mas Alris atas kunjungan dan salam takzim.

    • Jika terlalu banyak blog, memang sukar untuk mengendalikannya. Elok dikurangkan agar pengurusannya mudah dikendalikan. Sekadar saranan kepada mas ilyas.

      Semoga sukses dalam motivasi yang bermanfaat untuk semua.
      Salam takzim.

  2. alhamdulillah kak sesama penggemar durian
    durian yg buahnya single itu di sini disebut kucing tidur.., karena montok seperti kucing bergelung
    di sini varian durian yg terkenal antara lain durian petruk, durian situkung

    • Lucu benar nama isi buah yang single itu, mbak Monda. Saya juga boleh menggelarnya demikian kerana di sini tidak ada istilah tersebut. πŸ™‚

      Nama durian memang banyak dan sukar untuk dikenal pasti kecuali yang sudah biasa kita temui. Apa pun jenis durian, semuanya mempunyai rasa tersendiri.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam manis selalu.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Hafid….

      Alhamdulillah dan terima kasih atas kunjungan.
      Mereka yang suka durian pasti merasakan durian sentiasa sedap dan lazat kecuali isi yang sudah terlalu masak, lembut dan bergas bau juga rasanya.

      Salam sejahtera.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya….

      Alhamdulillah, saya sihat dan baik. Didoakan mbak juga demkinian sama. Akhir tahun ini sekadar berbudi kepada tanah sahaja mbak.

      Benar mbak, kalau makan durian jangan terlalu banyak nanti kepanasan.
      banyakkan minum air putih untuk menyeimbangkan panas sejuknya.

      Terima kasih mbak sudah berkunjung dan salam manis selalu, πŸ™‚

    • Saya doakan kaki akak cepat sembuh. Kenapa pulak harus pantang makan buah durian kak. Ada kolerasinya kah kaki patah dengan buah durian. baru tahu ni kak. πŸ˜€

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam manis selalu.

  3. Pingback: CT366. CARA BUAT TEMPOYAK (DURIAN) | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  4. Dulu waktu kecil suka makan durian, tapi pas gede kurang suka dengan durian karena nikmatnya sebentar tapi baunya yang agak lama. dan bentuknya yang kadang terlalu lembek menghilangkan jadi selera makan’ padahal rasanya enak.

    • Kalau nak pilih durian yang bagus isi, ada caranya. Jika kulit durian sudah terbuka, elok jangan dibeli kerana sudah lama dan isinya tidak enak lagi, masam. Pilih durian yang baru sehari atau dua hari jatuh. isinya masih bagus dan kental. Ternyata semakin kita dewasa semakin kurang keenakan durian. hanya mampj makan beberapa ulas sahaja berbanding masa kecil dulu boleh makan sehingga 2 atau 3 biji durian.

      Terima kasih Muiz atas kunjungan.
      Salam sejahtera.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.