CT488. 18O NEGARA : PASPORT MALAYSIA DALAM SENARAI TOP 10 PALING BERKUASA DI DUNIA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

CERITA PASPORT

“Mama, kawan Kak Izzah kata rakyat Malaysia kalau hendak ke Jepun mesti guna visa juga selain pasport, betulkah ? tanya Izzah semasa kami bersama meneliti beberapa pakej pelancungan ke Jepun untuk membuat perbandingan harga.

“Tak betul tu, pasport Malaysia antara pasport paling berkuasa di dunia. Rakyat Malaysia tidak perlu menggunakan visa (@ bebas visa) untuk melawat ke negara-negara tertentu.  Ia setanding dengan pasport negara maju seperti Amerika Syarikat dan Kanada”, balas saya membetulkan maklumat tersebut.

“Jadi macam mana nak tahu pasport Malaysia ada kuasa hebat, Ma. Kenapa boleh jadi berkuasa ? Apa sebabnya ?” tanya Izzah bertubi-tubi dengan perasaan ingin tahu.

“Hmmmm, senang sahaja. Jom kita cari melalui Google. Sebenarnya Mama pun baharu tahu maklumat ini…… hehehe. Best juga ya nak, kita boleh melancung banyak negara di seluruh dunia tanpa perlu menggunakan Visa.

Dialog ini berlaku sesudah saya dan suami memberi keizinan untuk Izzah, puteri kedua melancung ke Jepun bersama 5 orang temannya pada Febuari 2019 nanti.

*

(Gambar di atas), Kandungan yang ditulis pada awal muka surat pasport Malaysia untuk makluman pihak berkenaan dan pemegang pasport.

*

“Bahawasanya atas nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, diminta semua yang berkaitan supaya membenarkan pembawa pasport ini melalui negara berkenaan dengan bebas tanpa halangan atau sekatan dan memberi sebarang pertolongan dan perlindungan yang perlu kepadanya.”

“Pasport ini sah digunakan untuk semua negara KECUALI Israel”

*

PALING BERKUASA

1. HARIAN METRO ONLINE, (Jumaat, 16 Mac 2018 @ 5:13 pm)

Menurut laporan Harian Metro Online , Indeks Pasport 2018 yang mengiktiraf PASPORT ANTARABANGSA MALAYSIA SEBAGAI YANG KE-5 PALING BERKUASA DI DUNIA. Ini membuktikan pengiktirafan negara asing terhadap kemampuan kerajaan mentadbir urus dokumen perjalanan rakyat negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Seri Mustafar Ali berkata, menerusi ranking yang dikeluarkan oleh Arton Capital pada Rabu lalu, kedudukan pasport antarabangsa Malaysia itu telah meningkat satu tangga selepas berada di ranking ke-6 (157 negara tanpa visa) sebelum ini.

Beliau berkata, pencapaian itu adalah sesuatu yang membanggakan kerana ranking Malaysia kini berada lebih baik (ke-5) berbanding negara negara lain seperti Greece yang berada di kedudukan ke-6, Australia (7) New Zealand (8) dan Hungary (9).

“Pengiktirafan ini menunjukkan keyakinan negara-negara lain terhadap kecekapan Kerajaan Malaysia dalam soal mentadbir urus dokumen perjalanan warganya, tanpa memerlukan visa,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Setia Berjasa Peringkat Zon Utara di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Kangar hari ini.

*

Foto: Faihan Ghani, The Star

Rekaan pasport Malaysia versi baharu di atas berkonsepkan lima rukun negara, tradisi, flora dan fauna. Masing-masing mempamerkan kedamaian dan kesejahteraan negara Malaysia.

*

2. FREE MALAYSIA TODAY NEWS (Isnin,

Laporan Free Malaysia Today News 

Malaysia pula masih berada dalam senarai “Top 10” pasport paling berkuasa iaitu di kedudukan ke-9 bersama-sama Slovenia dan Hungary.

Malaysia menerima skor 180 mata yang bermaksud 180 destinasi lawatan tanpa visa.

*

The Star – Setiap muka surat pasport mempunyai rekaan batik dan bermotifkan flora dan fauna.

*

PASPORT PERTAMA DI DUNIA DILENGKAPI CIRI KESELAMATAN BIOMETRIK

3. UTUSAN ONLINE (Sabtu, 24 Febuari 2018 3.00 am)

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali melalui laporan Utusan Online  berkata,“pengiktirafan ini adalah sesuatu yang dijangka memandangkan Pasport Malaysia memenuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam  (ICAO).

“Sejarah menunjukkan pasport Malaysia merupakan pasport pertama di dunia dilengkapi ciri keselamatan biometrik menggunakan cip mulai 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, ciri-ciri pasport Malaysia terus ditambah baik dengan ciri ke­selamatan tambahan bagi menepati piawaian Dokumen 9303 ICAO pada 2013 dan lokasi cip dimasukkan ke dalam halaman muka surat biodata pada 2016.

Mustafar memberitahu, pasport terkini versi baharu ditambah baik dengan 50 ciri keselamatan tambahan, reka bentuk lebih unik, paparan mercu tanda negara, flora dan fauna tempatan serta menerapkan falsafah lima prinsip Rukun Negara.

“Ciri-ciri keselamatan tambahan ini meningkatkan kebolehpercayaan rakyat dan pihak berkuasa luar bagi mengukuhkan penggunaannya di luar negara,” katanya.

Selain ciri-ciri keselamatan tersebut, ujar beliau, permohonan pembaharuan pasport boleh dibuat SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) dan perkhidmatan pasport juga bertaraf dunia di mana pasport disiapkan dalam tempoh sejam selepas bayaran, mendahului negara-negara maju di dunia.

*

180 NEGARA YANG BOLEH RAKYAT MALAYSIA LAWATI TANPA VISA

Sungguh amat membanggakan apabila mengetahui kekuatan pasport Malaysia adalah dalam senarai top 10 paling berkuasa di dunia. Ini memberi semangat untuk melangkah jauh mengelilingi dunia kerana banyaknya lokasi negara yang boleh dilawati tanpa visa.

Perkembangan terkini sehingga Oktober 2018 menunjukkan rakyat Malaysia boleh akses kepada 180 negara dan wilayah di dunia tanpa visa atau visa ketibaan (Visa On Arivval -VOA). VOA bermaksud memerlukan visa setiba berada di negara berkenaan.

Mengikut Henley Passport Index, kini Malaysia berada dalam kedudukan ke 10 passport paling berkuasa di dunia (diikat dengan pasport Hungary dan Slovenia), kedudukan tertinggi dalam kalangan negara membangun dan negara-negara majoriti Islam.

Pasport Malaysia juga merupakan ke-2 paling berkuasa di Asia Tenggara selepas Singapura dan ke-4 paling berkuasa di Asia.

Di bawah ini adalah 180 buah negara (Mulai Oktober 2018) yang boleh dilawati oleh rakyat Malaysia melalui Henley Passport Index. Sumber ini dikemaskini untuk paparan di LMGS G2 dan diambil dari SINI.

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

TAHUKAH ANDA APA ITU INDEKS PASPORT ?

Untuk memudahkan kita mengetahui bagaimana pasport sesebuah negara diberi kedudukannya, mari kita  fahami tentang Indeks Pasport. Indeks Pasport adalah rujukan dunia mengenai semua pasport.

Dibangunkan oleh Arton Capital, Indeks Pasport telah menjadi alat interaktif dalam talian paling popular untuk memaparkan, menyusun dan menaraf pasport dunia.

Indeks Pasport menyenaraikan pasport sesebuah negara berdasarkan akses rentas sempadan dan ia memberikan markah berdasarkan jumlah negara yang boleh dikunjungi oleh seseorang pemegang pasport tanpa visa atau memerlukannya setiba di negara berkenaan.

Kedudukan pasport sesebuah negara boleh berubah apabila akses rentas sempadan berlaku.

*

BERSYUKUR

Rakyat Malaysia mesti bersyukur dan merasai kebertuahan ini kerana pasport Malaysia di antara pasport paling berkuasa di dunia.

Maka, menabunglah untuk dapat menjejaki sebanyak mana negara di dunia ini selagi hayat masih dikandung badan.

“Bestnya Ma, nanti lepas Kak Izzah melawat Jepun, Kak Izzah nak melawat Australia pula”, ujar puteriku dengan girang.

“Insya Allah nak, kumpullah duit agar segala impian menjadi nyata.” balasku dengan ceria sambil membayangkan negara yang bakal aku dan SPH lawati dalam cuti yang panjang di bulan Disember nanti. Itu pun kalau tidak ada kursus dalam cuti. Harap-haraplah dapat bercuti panjang tahun ini. 😀

*

***************

SalamFatima3SalamFatima24 Oktober 2018 (Rabu)/ 15 Safar 1440H/ 2.38 petang/ Kuching, Sarawak –  SITI FATIMAH AHMAD

 

 

 

 

8 thoughts on “CT488. 18O NEGARA : PASPORT MALAYSIA DALAM SENARAI TOP 10 PALING BERKUASA DI DUNIA

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Frany Fatmaningrum….

      Alhamdulillah, dengan demikian sangat mudah untuk rakyat sesebuah negara merantau dan melawat negara lain apabila pasportnya mempunyai keizinan yang luas oleh negara lain. Insya Allah, semangat untuk melancong semakin berkobar-kobar.

      Apa yang saya faham, rakyat Indonesia tidak perlu visa memasuki Malaysia dalam tempoh 30 hari begitu juga dengan negara ASEAN yang lain. Jom mbak, Visit Malaysia 2019 nanti.

      Terima kasih mbak Frany atas kunjungan dan salam manis selalu. 🙂

      • Waalaikumsalam wr.wb Ibu Hajjah Fatimah

        Betul, ibu. Untuk negara ASEAN dan negara-negara yang tidak memerlukan VISA bisa bebas masuk. Termasuk Malaysia. Insya lah bila ada kesempatan dan rezeki bisa visit Malaysia 🙂

        Salam hangat selalu dari Jakarta Pusat.

        • Mudahan kesempatan itu akan tiba jua ya. Dengan melihat tempat dan negara orang lain, ilmu akan bertambah dan pengalaman tentu lebih luas lagi.

          Salam hangat kembali dan terima kasih, mbak Frany. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Adam Muiz…..

      Alhamdulillah, hanya sekadar karya pendek untuk dikongsikan bersama buat melepas lelah dalam tulisan tulisan biasa seharian. Kalau hendak disebut pensi masih terlalu jauh.

      Terima kasih Adam kerana masih sudi berkunjung lagi. Semoga sihat dalam berkat Allah SWt.
      Salam sejahtera.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.