CT425. CABARAN HAJI (27): SEPINYA TANDAS DI MUZDALIFAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

BIMBANG

“Saya tidak dapat membayangkan suasana yang bakal saya lalui apabila tiba masanya mabit di lokasi ini nanti. Hati dapat merasai debarannya sambil mata memandang sayu dan sepi ruang kosong yang bakal menjadi hotel bertaraf  SEJUTA BINTANG.”

*

BEGITULAH…. ungkapan perasaan saya, saat pertama kali melihat lapangan Muzdalifah yang sepi dan luas. Catatan di atas saya kutip dari posting CT307. ZIARAH MAKKAH (3): MUZDALIFAH YANG SEPI. Perasaan itu lahir kerana rasa teruja untuk menghadapi pengalaman yang bakal dilalui dalam beberapa hari lagi. 

Muzdalifah adalah sebuah padang luas yang bakal didiami dalam beberapa jam (lebih baik) atau hanya sekadar melaluinya beberapa detik (jika tiada kesempatan bermalam) sebagai tanda mabit (bermalam) di Muzdalifah pada malam ke 10 Zulhijjah.

Tidak ada kehidupan rancak di sana, Hanya tempat untuk beristirehat sebentar sehingga melepasi tengah malam sebelum menuju Mina. Disunat tidur sekejap dan mengutip batu-batu kecil untuk dibuat lontaran jamrah di Mina.

*

zmakkah3fatima10lapanganmuzdalifah

*

KEMUDAHAN TANDAS

Memang sukar membayangkan keadaan mabit (bermalam) di Muzdalifah terutama kemudahan tandasnya yang tidak banyak untuk digunakan oleh  beratus ribu para hujjaj.

Jika dilihat melalui pengalaman ziarah di siang hari, jarak antara satu tandas dengan tandas yang lain sangat jauh. Apa yang saya ingat, lokasi tempat kami bermabit (jemaah Malaysia -KT33  Sarawak), hanya ada dua tandas sahaja untuk lelaki dan wanita.

Mungkin kerana para hujjaj yang menapak di Muzdalifah datangnya silih berganti dan tidak kekal lama hanya sekejap, maka rumah tandas tidak dibina terlalu banyak. Cukup untuk mereka yang mempunyai keperluan hajat dan tidak mendesak. Namun begitu, jika kedudukan yang kita pilih itu jauh, terasa juga perjalanan untuk ke tandas.

Saya berdoa jika ada keperluan hajat semasa di Muzdalifah, Allah memudahkannya untuk saya dan SPH. Saya pula tidak suka menahan hajat kecil kalau memang terasa hendak membuangnya. Dari segi kesihatan sangat bahaya kalau kita suka menahan untuk membuang air kencing dalam tempoh yang lama.  Sila baca sendiri bahaya menahan air kencing ya. 😀

*

zmakkah3fatima9muzdalifahsepi

Lokasi tandas yang jauh di Muzdalifah. Foto ini saya ambil semasa program Ziarah Makkah seminggu sebelum Wukuf di Arafah.

*

MABIT

Bas yang membawa kami dari Padang Arafah  mula berhenti di bumi Muzdalifah lebih kurang jam 9.00 malam.Di sini kami berhenti, mengutip batu kerikil dan tidur sebentar. Masa yang diambil selama di Muzdalifah hanya sekitar 5 jam.

Dalam tempoh tersebut saya dan SPH, menggunakan tandas sekali sahaja. Alhamdulillah, lokasi tandas sangat dekat dari tempat saya dan SPH duduk beristirehat. Maka, tidak perlu berjalan jauh. Orang kata hanya “sepelaung” jaraknya.

*

Kumpulan kami (saya, Kak Senah dan Kak Kasma), baru sahaja sampai di bumi Muzdalifah dan sedang beristirehat.

*

Alhamdulillah, lokasi istirehat kami sangat dekat dengan tandas. Hanya “sepelaung.”

*

TIDAK SEPERTI YANG DISANGKA

Allah, Allah, Allah. Sungguh saya tidak menyangka begini keadaan tandas di bumi Muzdalifah  pada malam kami bermabit. Saya tidak perlu menunggu lama untuk memasuki tandas. Tidak perlu berebut-rebut menunggu giliran. Alhamdulillah. Ternyata Allah memudahkan urusan tandas di Muzdalifah. Tidak ada yang perlu dibimbangkan apabila Allah mengizinkannya untuk kita.

Walaupun tandasnya sedikit, tidak ramai yang menggunakannya. Mungkin masing-masing sibuk dengan mencari batu kerikil, tidur dan bersiap untuk berangkat ke Mina. Malah ramai para hujjaj yang berangkat ke Mina lebih dahulu. Kami pula berangkat ke Mina lebih kurang jam 2.00 pagi.

*

Para hujjaj sibuk dengan mengambil batu, istirehat dan tidur. Agaknya, sebab itu tandas sangat sepi tanpa penghuni.

*

pesanfatimaku

*

KEPADA JEMAAH HAJI

Berlapang dada semasa di Muzdalifah. Tidak perlu risau tentang penggunaan tandas. Berdoa kepada Allah agar urusan di tandas dimudahkan selama berada di Masya’ir haji. Walau bagaimanapun, pengalaman saya menggunakan tandas di Muzdalifah semasa mabit mungkin tidak sama dengan pengalaman yang bakal anda lalui.

Apa yang perlu dilakukan adalah persediaan mental yang baik dan sikap redha yang tinggi kerana pekerjaan haji tidak semudah yang disangka. Kita hendaklah banyak bersabar dan tetapkan hati.  Senyum juga. 🙂

Sikap berdikari sangat penting kerana kita tidak boleh memanjakan diri. Semuanya harus dihadapi semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah taala. Cuma pastikan anda tidak tersesat jalan kerana dalam keadaan ramai, tentu kita akan keliru di mana kita berada.

Kepada yang menemani ibu bapa atau saudara mara yang tua, jangan biarkan mereka pergi sendirian ke mana-mana. Mereka perlukan teman dan pertolongan. Kerana di dapati terdapat jemaah haji yang sesat semasa di Muzdalifah kerana leka mencari batu.

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima8 Mac 2017 (Rabu)/ 9 Jamadil Akhir 1438H/ 1.00 petang, Bintangor, Sarikei, Sarawak

AKU…. mengutip sejuta kenangan dalam mencari erti kehidupan. Wahai Tuhanku, aku redha dengan setiap ujian yang dihadirkan kerana ku tahu takdir itu bukan sekadar ketentuan buatku, malah ujian kecintaan untuk belajar sabar dalam mendekati kasih sayang-MU.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

 DEDIKASIKU UNTUKMU….  Biar masa berlalu, menukil sebanyak cerita tentang kasih kita yang tak terhitung aksara tintanya. Ku ukir senyum pada langit untuk kau lihat padanya tentang aku di sini yang selalu rindu padamu. Doaku kau dirahmati oleh-NYA. Aamiin.   Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

16 thoughts on “CT425. CABARAN HAJI (27): SEPINYA TANDAS DI MUZDALIFAH

  1. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh, Mbak Fatimah.

    Untunglah masalah tandas di padang Muzdalifah dimudahkan-Nya. Itu pasti tidak lepas dari doa2 yang dipanjatkan untuk segala kemudahan selama beribadah di tanah suci. Proses ibadah yang tak ringan tapi juga tidak berat karena semua dilalui dengan iman 🙂

    • Wa’alaikum salaam warahmatullahi wabarakatuuh, mbak Evi….

      Begitulah yang seharusnya kita lakukan, mbak. Di mana kita berada, doa hendaklah selalu dipanjatkan kepada Allah SWT yang selalu menanti dengan tangan terbuka kepada hamba yang memohon pada-NYA.

      Maka, jika datang pertolongan dari-NYA, kita dapat merasai nikmat keindahan pertolongan tersebut sehingga menambah kuat iman kita kepada-NYA. Alhamdulillah, begitulah yang selalu saya rasai, mbak.

      Terima kasih sudah berkunjung, mbak Evi dan salam manis selalu. 🙂

  2. Assalamu alaikum kak,
    akan berangkat umroh lagikah?
    insha Allah dimudahkan kak, apalagi sudah pernah ke Tanah Suci sebelumnya, hati dan pikiran sudah lebih siap ya kak

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Monda….

      Insya Allah, jika diizinkan Allah akan ke sana untuk umrah bersama keluarga. Doakan semuanya dimudahkan Allah. Aamiin.

      Benar, mbak… apabila sudah ada pengalaman haji maka pekerjaan umrahnya nanti akan lebih mudah. Lagi pun kita juga menghadiri kursus umrah.

      Terima kasih mbak atas kunjungan dan salam mesra. 🙂

  3. Assalamualaikum wr.wb bu Hajjah Fatimah. Pengalaman saya umroh hanya lewat muzdalifah saja. Semoga bila diberi Allah umur, rezeki, dan kesempatan berhaji bisa mendapatkan kemudahan seperti bu Hajjah Fatimah alami. Aamiin ya robbal alamin.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany….

      Insya Allah, aamiin ya Rabb. Saya doakan mbak nanti akan sampai seruan hajinya. Berdoalah, pasti Allah mengkabulkan doa hamba yang berniat baik.

      Salam manis dan terima kasih sudah berkunjung. 🙂

  4. Assalamu’alaikum wr.wb.
    Persiapan mental yang baik dan sikap ridha yang tinggi tentu sangat penting ya, Mbak Fatimah. Alhamdulillaah…, berbagi pengalaman yang penting ini, Mbak.

    Salam dari Jogja,
    @muhaiminazzet

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Ammazet….

      Persiapan fizikal dan mental sangat perlu untuk memantapkan pekerjaan haji di semua masya’irnya. Semua persiapan ini akan menambah baik penyempurnaan ibadah haji kerana kita sudah sedia awal. Semoga mas Amazzet juga akan dipanggil ke sana lagi.

      Salam sejahtera dan terima kasih sudah berkunjung.

  5. Assalamu’alaikum wr wb puan Fatimah,

    Pengalaman saya waktu mabit memang tidak banyak yang membutuhkan tandas, jadi tandas relatif kosong. Pada waktu itu sih saya dan termasuk teman rombongan hampir tidak menggunakan tandas.

    Salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb,….

      Betul, ini disebabkan mabit di Muzdalifah tidak lama, maka keperluan penggunaan tandas amat minima kecuali mereka yang berhajat sahaja. Namun terdapat rakan-rakan saya yang mengalami sebaliknya. Setiap orang pasti mempunyai pengalaman berbeza yang sudah tentu mempunyai hikmah disebalik segala kejadian.

      Terima kasih mas, sudah berkongsi pengalaman yang bermanfaat di sini. Semoga sihat selalu dalam rahmat Allah SWT. Aamiin.

      Salam takzim.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.