CT334. KENTANG GORENG TELUR + CHEESE = ANAK SUKA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

KentangFatima1TelurCheese

 *

IBU YANG PALING PANDAI MEMASAK DI DUNIA

HARI PERTAMA PUASA: 18 JUN 2015 – KHAMIS

Ieesyah (10 tahun) menemani saya memasak Sambal Sotong sambil duduk di atas para meja bersebelahan dapur memasak. Entah kenapa hari ini suka sangat menemani saya di dapur. Banyak perbualan berlaku antara kami hingga ke dialog yang membuat hati saya berbunga-bunga (seronok) menerima sanjungan Ieesyah.

*

Ieesyah: “Kenapa Mama pandai memasak ?”

Mama: “….kerana mama sudah belajar memasak sejak umur 10 tahun seperti Ieesyah. Mama anak perempuan sulung kena pandai memasak untuk Atuk (nenek lelaki), Nek Atuk (nenek perempuan), abang-abang dan adik-adik Mama. Pak Nek dan Mak Nek pula kerja jauh dari rumah. Jadi Mama mesti pandai memasak membantu Nek Atuk.”

Ieesyah: “ooooo…. sebab itulah Mama adalah ibu yang paling pandai memasak di dunia”

(anak-anak suka meletak nilai “bertaraf dunia” kepada saya sehingga membuat saya ketawa dan terharu – perasan. :D)

Mama: (rasa bahagia kerana disanjung. membuat saya semakin bersemangat untuk memasak), “Alhamdulillah, betul ni. Bukan Mak Nek ?”

Ieesyah: “Bukan Mak Nek, sebab Mak Nek masak tidak sedap seperti Mama masak. Nombor satu paling pandai memasak adalah Mama. Nombor dua, Mak Nek dan nombor tiga, Abah.”

Mama: (… berbunga hati kerana menduduki tempat pertama). “Hehehe.. kenapa pula Mama nombor satu ? Terima kasih sayang, memang patutlah Mama dapat gelaran Chef Two. kan.”

Ieesyah:  Sebab masakan Mama semuanya sedap. Makanan macam-macam jenis. Bila Ieesyah minta Mama masak itu, masak ini. Semua Mama boleh masak. Sebab itulah Mama, ibu yang paling pandai memasak di dunia.”

Mama: “Alhamdulillah, itu tandanya Mama sayang Ieesyah. Ok. Hari ini, Ieesyah hendak Mama masak apa untuk buka puasa hari pertama, special untuk Ieesyah sebab sudah memberi nombor satu untuk Mama.”

Ieesyah: “Hmmm…. Ieesyah nak makan kentang goreng campur telur, boleh tak Mama. Macam yang Mama selalu masak tu. sedaplah.”

Mama: “No problem. Mama lihat bahan-bahan dulu, ya. Kalau ada, Mama akan masak selepas Sambal Sotong ini siap”

(membuat pemeriksaan semua bahan – set. Semua cukup. Alhamdulillah, sedih kalau Ieesyah hampa.)

Mama: “Ok, Ieesyah. Semua bahan cukup. Ieesyah tolong Mama kupas kulit kentang, boleh ?”

Ieesyah: Alhamdulillah, boleh Mama. Terima kasih Mama, Ieesyah sayaaaang, Mama.

(sambil memeluk dan mencium kedua-dua pipi Mamanya.)

*

Hasil dari dialog ini, saya ingin berkongsi dengan anda resepi kesukaan anak-anak saya untuk anak-anak anda teman pembaca LMGS G2 sebagai tanda terima kasih sudi menjadi pembaca setia.

*

thankyoufatima*

RESEPI ASAL

Resepi asal Kentang Campuran Telur ini diberi oleh Kak Nor, pengasuh kepada Iffah (2 tahun) dan Izzah (1 tahun) yang tinggal di tingkat 3  rumah flat kediaman kerajaan yang sama kami sewa di tempat kerja saya. 

Sebelum berangkat kerja, saya akan menitip Iffah dan Izzah ke rumah Kak Nor. Kak Nor selalu memasak resepi ini untuk anak-anak saya. Mereka akan berebut untuk menghabiskan makanan tersebut.  Dek kerana lazatnya, saya meminta resepi dari Kak Nor. TERIMA KASIH KAK NOR. 🙂

Saya ingat susah menyediakannya, Rupanya SANGAT MUDAH. Ia dimasak secepat 10 minit (tidak termasuk masa menggoreng kentang).

*

PotraitFatima1IffahIzzah1999

Kini Iffah berusia 18 tahun dan Izzah berusia 17 tahun. Kedua-duanya masih meminati Resepi Kentang Goreng Telur (ditambah Cheese) dan selalu berebut-rebut dengan Muhammad (13 tahun) dan Ieesyah (10 tahun). Alhamdulillah, masaklah apa yang anak kita suka makan. Pasti tidak ada sisa yang tertinggal. Itu namanya berkat kasih sayang.

*

PotraitFatima3Anak2ku

*

PotraitFatima4Anak2kuBrunei

Apabila anak-anak semakin besar, semakin dekat kita kepada perpisahan dengannya kerana ilmu untuk bekal akal bagi membina jiwa yang kental bersama iman dan takwa sebagai pelurus jalan kehidupan mereka.

*

UBAH SUAI UNTUK LEBIH LAZAT

Sejak itu, saya kerap memenuhi permintaan anak-anak untuk memasak resepi ini. Jangan hairan ya, apabila sesuatu resepi di tangan seorang CHEF seperti saya (Chef Tw0), pasti kena godam…hehe.

Maksudnya, saya akan mengUbah suai bahan-bahan resepi agar lebih lazat, mengikut selera. Yang pasti MESTI ADA CHEESE. 😀 Bahan Cheese HANYA PERLU dimasuk atas permintaan sahaja. Namun, ia lebih lazat lagi dengan Cheese. PERCAYALAH. Walau bagaimana pun, ITU terserah kepada kesukaan anda.

*

JOM… KITA MULA MEMASAK

KentangFatima2BahanAsasKentang

Pastikan kentangnya segar. Empat biji kentang besar sudah cukup dan sangat banyak.

*

KentangFatima3BahanAsasBuatResepi

Selain itu, anda juga boleh menambah bahan lain seperti jagung, kacang pis, lobak dan sebagainya. Ikut kesukaan. Jangan campur sosej kerana akan hilang rasa kentangnya.

*

KentangFatima4CaraMemasak

Ikuti semua cara memasak. Insya Allah semuanya menjadi. Hanya 10 minit sahaja masa untuk memasak. Angkat dan makan panas-panas. Jika hendak menabur Cheese. tabur ketika sedang panas dan gaul perlahan kerana Cheese bersifat likat dan boleh merosak tekstur kentang jika digaul kasar.

*

SIAP. BOLEH MAKAN BEGITU SAHAJA

KentangFatima5SiapMakanBegitusahaja

Insya Allah, anak-anak akan menyukai masakan ini jika anda melakukannya dengan penuh kasih sayang. Sambil memasak itu, berdoalah agar sesiapa yang memakannya akan disatu hati dan lembut akhlaknya. Aamiin.

*

ATAU DITABUR CHEESE = LAGI LAZAT

KentangFatima6GorengTelurCheese

Sudah 17 tahun saya memasak resepi ini. Anak-anak tidak pernah jemu menikmatinya. Malah orang dewasa juga sangat menyukainya kerana teksturnya yang lembut dan aroma yang lemak lazat. Jika anda tidak makan nasi, elok mengambil kentang sebagai dietnya.

*

HIDANGAN HARI PERTAMA PUASA 2015

Alhamdulillah, inilah hidangan HARI PERTAMA PUASA 2015 yang sempat saya masak untuk seisi keluarga.

Saya nasihatkan kepada para Ibu sebaiknya masaklah sendiri seperti hari biasa kerana masakan ibu lebih barakah dan penuh dengan kasih sayang. Para ibu juga dapat menjaga kesihatan keluarga dengan memastikan makanan itu penuh khasiat dan terjamin bersih. 🙂

*

KentangFatima8NasiGorengKampung

*

KentangFatima7HidanganPuasaPertama

*

Alhamdulillah, nikmat Tuhanku yang mana lagi hendak ku dustakan jika hidangan begini diizinkan untuk dimakan dengan hati penuh bahagia dan gembira saat berbuka. Allahu Akbar. Bersyukurlah !

*

KHUSUS DAN ISTIMEWA

Bulan puasa memberi kesan yang besar kepada keinginan anak-anak terhadap makanan yang bakal dimakan saat berbuka. pelbagai jenis juadah yang dihidang pasti menaikkan selera sehingga ada yang membawa mudarat jika tidak dikawal secara baik.

Posting ini KHUSUS UNTUK PARA IBU yang setia menyajikan juadah berbuka kepada ahli keluarga. Namun tidak menafikan HAK UNTUK PARA BAPA mengikutinya sebagai penyampai berita kepada sang isteri yang tidak sempat menemui resepi mudah dan lazat ini.

Ia SANGAT ISTIMEWA UNTUK ANAK-ANAK yang suka makan kentang, telur dan cheese (jika perlu).  Sekiranya anak-anak menemui resepi ini, sila maklumi kepada ibu untuk mencubanya. Pasti tidak mengecewakan kecuali sang Ibu ter”hangus” memasak kentangnya. Ahhh… tak ingin nak makan. 😀

*

 SELAMAT MENCUBA dan SALAM RAMADHAN

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima20 Jun 2015 (Sabtu)/ 3 Ramadhan 1436H/ 10.58 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….  bersyukur kerana setiap nikmat yang diperolehi memberi kesedaran kepadaku bahawa Tuhanku sangat sayang padaku. Maka, aku perlu membalas dengan menurut segala perintah dan larangan-NYA agar aku tidak kufur nikmat atas setiap pemberian-NYA. Wahai Tuhan Pemberi Rezeki, nikmat-MU yang mana lagi hendak ku dustakan setelah banyaknya aku kecapi selama ini. Terima kasih Ya Allah. Allahu Akbar.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU… Ramadhan yang indah pasti menyantuni kita ke atas sesama makhluk kerana kita sama sahaja di sisi Tuhan. Buang rasa sebal di hati agar kesucian Ramadhan dapat menjernihkan jiwa kita yang gersang dari keindahan bathin. Ku doakan kesejahteraan buatmu dengan seluruh jiwaku di tangan-NYA agar kau dirahmati-NYA . Wassalaam. 🙂

*

KasihFatima1Padamu

*

*

SAAT KU ZIKIR NAMAMU, HATIKU GEMENTAR

*

16 thoughts on “CT334. KENTANG GORENG TELUR + CHEESE = ANAK SUKA

    • Setuju. Masakan ibu adalah nombor satu di dunia. seperti Ieesyah, saya juga menyanjungi masakan Emak saya yang tiada bandingannya dengan yang lain.

      Terima kasih Abdul Muhajir dan salam Ramadhan. 🙂

  1. Assalamualaikum Mbak Fatimah,

    Waduh dipuji putri tersayang rasanya di awang-awang ya Mbak. Dan Leesya memang beruntung punha mama pintar memasak dan sayang sekali pada anak-anak nya 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi….

      hehehe…. iya mbak. Pipi jadi pink dan terlihat bunga-bunga sedang mekar di sekeliling. Alhamdulillah, masakan ibu itu terlihat hebat pada anak-anak pada hal kalau dibanding dengan chef profesional sangat jauh kalahnya. Semua itu terhasil dari kasih sayang kita kepada anak-anak.

      Terima kasih mbak dan salam ramadhan. 🙂

  2. assalam…bahagianya seorang ibu pabila anak2 menghargai dirinya …apa saja yg dilakukan utk anak2nya adalah demi kasih sayangnya yg terlalu…walau pada kita masakan kita mudah saja tapi bagi anak2 air tangan ibu mrk teramatlah sedapnya…tahniah kerna memperoleh anak2 soleh solehah yg membhgiakan fatimah…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak…

      Alhamdulillah, itulah kebahagiaan buat seorang ibu apabila selalu dikasihi, disayangi dan dicintai anak-anak. Sebanyak mana pun halangan untuk membahagiakan anak-anak pasti akan ditempuh walau nyawa jadi galang gantinya.

      Anak-anak adalah segalanya bagi ibu.
      Terima kasih Kak paridah sudah berkunjung dan salam semanis Ramadhan. 🙂

  3. Aah….nampak sedaaap…. Ingin segera mencobanya… 🙂 Terima kasih sdh berbagi resep kesukaan kelg ini, Kak Siti… Salam Ramadan dari Kota Batik Pekalongan…

  4. assalamualaikum kak

    wah, menu spesial untuk berbuka nih kak Fat, terlebih saat memakannya masakan masih hangat, tentu bakal tambah sedapppp 🙂

  5. assalamu ‘alaikum umiku sayang

    selamat atas predikat no.1 dihati eesyah..
    pandai merayu adik akak tuh, hehe..

    selamat berpuasa umiku sayang, bolehlah dikongsi resep2 lezat umi ke nanda..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, anakku sayang….

      Alhamdulillah, anak-anak Umi semuanya panda merayu sehingga membuat hati Umi cair lebur terutama dalam rayuan memasak makanan yang Umi juga suka…hehehe.

      Silakan Neni kutip semua resepi2 Umi yang pernah dipostingkan di sini. Percuma dan dapat dimasak mudah jika mahu mengikut panduannya.

      Selamat berpuasa dan salam rindu selalu. 🙂

  6. terima kasih sudah berbagi resep nya 😉 akan saya coba dirumah. saya sangat suka kentang dan telur tapi tidak pernah tahu bisa dimasaka seperti ini 😉 looks so delicious 😉

    • Alhamdulillah, silakan Dinlas.
      Semoga bermanfaat dan sihat.
      Iya, jika kita kreatif banyak menu/resepi dapat kita masak dengan pelbagai cara.

      terima kasih sudah berkunjung.
      salam kenal. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.