CT291. KISWAH @ KELAMBU KAABAH 1435H/ 2014

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

KiswahFatima1KiswahKaabah2014

*

Posting ini sepatutnya diterbitkan pada 3 Oktober yang lalu. Tetapi bersamaan tarikh tersebut, saya menerbitkan dahulu posting CT287. HARI WUKUF 1435H = HAJI AKBAR ?

Akibatnya, posting ini terbengkalai kerana belum mempunyai waktu untuk mengeditkan foto-foto yang telah diambil. Alhamdulillah, hari ini dapat diluncurkan.

Posting kali ini hanya sekadar berkongsi foto dan kegembiraan yang sedang dialami. Mudahan menghadirkan kerinduan untuk ke sana.

*

HARI WUKUF

Hari ini, 3 Oktober 2014 bersamaan 8 Zulhijjah 1435H, waktu Malaysia. Manakala di Makkah bersamaan 9 Zulhijjah.

Ketika mengetik beberapa foto melalui siaran langsung dari Makkah menerusi siaran TV AL-HIJRAH, waktu di Makkah adalah jam 10.00 pagi (waktu Dhuha) sedangkan di Malaysia adalah 3.00 petang. Belum masuk 9 Zulhijjah.

Beberapa jam lagi, WAKTU WUKUF akan menyapa bersamaan masuknya waktu Zohor di Makkah. Di kaca tv, kelihatan para hujjaj yang kemungkinannya adalah penduduk tempatan sedang melaksanakan tawaf.

Hati jadi sayu melihat Kaabah begitu dekat walau hanya di kaca tv. Namun, perasaan itu tidak terasa hebat seperti melihatnya di depan mata kepala sendiri. Semua kenangan saat berada di hadapan Kaabah ketika menunaikan haji pada tahun 2011 kembali mengimbau dan membuat tubir mata ini bergenangan.

Puas hati ini dapat melihat para pekerja sedang menukar KELAMBU KAABAH (Kiswah Kaabah) dengan dekat. Ketika berada di sana dahulu, saya tidak berkesempatan melihat suasana ini kerana pada Hari Tarwiyah (hari persediaan), 8 Zulhijjah selepas asar,  rombongan kami sudah berangkat ke Padang Arafah.

Saya hanya berkesempatan melihat aktiviti membuka kelambu Kaabah sambil sibuk mengemas barang yang hendak di bawa ke Padang Arafah melalui skrin tv di dalam bilik hotel. Pemasangan Kiswah Kaabah yang baru dijalankan setiap setahun sekali pada 9 Zulhijjah iaitu Hari Wukuf.

Alhamdulillah, semenjak balik dari menunaikan haji tahun 2011  kini saya dapat melihat dengan jelas di depan kaca TV acara membuka dan memasang Kelambu Kaabah.

Beberapa foto di bawah saya kutip melalui siaran langsung hari ini.

 KiswahFatima2MakamIbrahim

Pukul 10.20 pagi (Waktu Makkah), 3.20 petang waktu Malaysia: Kesibukan para hujjaj yang masih bertawaf  berhampiran Makam Ibrahim sebelum berangkat ke Padang Arafah

*

KiswahFatima3MakamIbrahim

Pukul 10.21 pagi : Kelihatan dari sudut kaabah, dua pekerja sedang mengemas ketat kain Kaabah yang siap dipasang

*

KiswahFatima4KaabahAlMusyariffah

Pukul 10.23 pagi: Pekerja Kiswah Kaabah sedang merapikan kiswah di setiap penjuru

*

KiswahFatima5PancurEmas

Pukul 10.24 pagi: Seorang pekerja mengikat tali kiswah berhampiran Pancur Emas

*

KiswahFatima6HijrIsmail

Pukul 10.26 pagi: Hijr Ismail dikosong dari para hujjaj yang bertawaf. Hanya dibenarkan kepada sesiapa yang berkenaan sahaja. Hijr Ismail adalah sebahagian dari dalam Kaabah.  Rasulullah SAW mempunyai satu tempat khusus untuk berehat di dalam Hijr Ismail. 

Saya dan SPH mempunyai pengalaman menarik ketika memasuki Hijr Ismail pada hari terakhir kami berada di Masjidil Haram. Insya Allah akan ditulis nanti.

*

KiswahFatima8MultazamPintuHijr

Pukul 10. 29 pagi: Kiswah Kaabah yang sudah hampir siap dan masih dirapikan untuk kerja-kerja akhir

*

KiswahFatima9PekerjaKaabah

Pukul 10.29 pagi: Dua pekerja sedang tekun mengikat tali Kaabah di salah satu sudut bagi memastikan kekemasannya

*

KiswahFatima10PekerjaKaabah

Pukul 10.30 pagi: Dua pekerja di atas di ambil dari jarak jauh sedang mengemas Kiswah Kaabah

*

KiswahFatima11Kaabah

Pukul 10.31 pagi: Kaabah masih dalam proses akhir pemasangan Kiswah

*

KiswahFatima13Kaabah2014

Pukul 10.35 pagi (waktu Makkah), 3.35 petang waktu Malaysia: Saya mengakhiri pengambilan foto dengan pemandangan pemasangan Kiswah Kaabah yang masih berjalan lancar dan para hujjaj yang masih ramai melaksanakan tawaf.

*

SEDIKIT INFO KISWAH KAABAH

Kiswah Kaabah disiapkan selama hampir 8 bulan sebelum dipasang baru ke bangunan Kaabah setiap tahun pada 9 Zulhijjah (Hari Wukuf). Bermula tahun 1931, Kiswah Kaabah dihasilkan di sebuah kilang di pinggir kota Mekkah, Arab Saudi.
*
Menurut catatan sejarah, asal kiswah Kaabah tidak berwarna hitam pekat seperti yang kita lihat pada hari ini. Kiswah pertama dibuat dari kain tenun dari Yaman berwarna merah dan berlajur-lajur.
*
Pada zaman Khalifah Ma’mun ar-Rasyid, kiswah dibuat dengan warna dasar putih. Kiswah pernah dibuat dengan kain berwarna hijau atas perintah Khalifah An-Nasir dari Bani Abbasiyah dan pernah dibuat dengan kain berwarna kuning berdasarkan perintah Muhammad ibnu Sabaktakin.
*
Sebelum kiswah dihasilkan di Makkah, Arab Saudi, kiswah di datangkan dari Mesir dengan segala pembiayaannya oleh Kerajaan Mesir dan penghantarannya melalui jalan darat.
*
Apabila meletusnya Perang Dunia Pertama, jalan darat didapati tidak aman dan penghantaran kiswah sering terlewat sampai ke Makkah, maka Raja Ibnu Saud (pengasas Kerajaan Arab Saudi) mengambil keputusan untuk segera membuat kiswah sendiri di Arab Saudi.
*
Keadaan tidak aman ini terus berlanjutan walaupun Perang Dunia Pertama telah berakhir. Raja Abdul Aziz Bin Saud, pemerintah Kerajaan Arab Saudi ketika itu memutuskan untuk membuat pabrik kiswah sendiri mulai tahun 1931 di Makkah hingga saat ini.
*
*

KILANG KISWAH KAABAH

Proses Pembuatan Kiswah
*
Proses Pembuatan Kiswah 3
*
PEMBUATAN KISWA
*
proses pembuatan kiswa 4
 *
Kilang ini dilengkapi dengan peralatan mesin tenun moden dengan keluasan 10 hektar. Mempunyai pekerja pembuat kiswah seramai 240 orang.
*
Proses pembuatan kiswah dibuat secara menyeluruh bermula dari perancangan, pembuatan gambar prototype kaligrafi, pencucian benang sutera, perajutan kain dasar, pembuatan benang dari berkilo-kilo emas murni dan perak hingga kepada pemintalan kaligrafi dan penjahitan akhir.
*
*
Ayat-ayat berkaitan haji, Kaabah dan Asma Allah al-Husna digunakan untuk menghias kaligrafi kiswah. Hiasan kaligrafi dibuat dari emas dan perak agar kelihatan berkilau apabila terkena cahaya matahari.
*
Setiap tahun, Jawatan Wakaf Kerajaan Arab Saudi menyediakan dana sebanyak AS$6 juta (RM20 juta) untuk pembuatan kiswah. Perbelanjaan mahal ini dikeluarkan kerana penggunaan bahan baku yang sangat berharga seperti sutera, emas dan perak.
*

 Sumber maklumat diperolehi dari SINI. Terima kasih semoga dirahmati Allah SWT. Aamiin

*

*

*

*

*

KISWAH KAABAH SEBELUM DAN SELEPAS HARI WUKUF 2011

Dua foto di bawah adalah foto Kaabah yang diambil oleh SPH sebelum dan selepas berwukuf. Foto pertama diambil ketika saya dan SPH baru sahaja mendiami bumi Makkah selama 3 hari.  Manakala foto kedua diambil selepas 10 hari pulang dari Mina.

Inilah antara koleksi foto Kiswah Kaabah yang dapat dijadikan kenangan sehingga hari ini dan bertuahnya dapat dikongsikan bersama teman pembaca. Alhamdulillah.

*

KiswahFatima14SebelumWukuf2011

Foto Kaabah ini diambil pada  21 Oktober 2011/23 Zulkaedah 1432H, jam 5. 12 petang waktu Makkah (10.12 malam waktu Malaysia). Kiswah Kaabah masih belum diganti. Kain putih jelas kelihatan membuka di badan Kaabah.

*

KiswahFatima15SelepasWukuf2011

Foto Kaabah ini diambil pada 20 November 2011/24 Zulhijjah 1432H, jam 12. 46 petang waktu Makkah (5.46 petang waktu Malaysia). Kiswah Kaabah sudah diganti. Kain putih belum lagi dibuka, masih bergulung di badan Kaabah.

 

*

ALHAMDULILLAH… musim haji sudah berakhir. Didoakan para hujjaj yang sudah kembali ke Tanah Air dan masih lagi berada di Tanah Suci mendapat haji mabrur. Aamiin

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima

16 Oktober 2014 (Khamis)/  21 Zulhijjah 1435H/ 9.45 malam.  Sarikei, Sarawak

AKU….. yang tadinya memiliki banyak hal yang ku anggap semuanya milikku, kini telah lenyap dengan sekelip mata tanpa mampu aku pertahankan. Mengapa aku harus menangisi sesuatu yang telah pergi, yang telah ditamatkan haknya atasku kerana pinjaman itu bukan untuk selamanya. Aku perlu mensyukuri apa yang kini aku miliki seadanya. Aku merenung di kemudian hari, bersediakah  aku memberi alasan untuk semua ini ?

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu… aku tidak pernah mendustaimu tentang rindu yang selalu hadir menyeri taman hatiku. Walau sejauh mana jarak kita, rindu itu mendekatkan aku padamu. Percayalah. Semoga bahagia dan sihat sentiasa dalam kasih sayang-NYA. Aamin.  Wassalaam. 🙂

*

CintaFatima1padamu

*

*

KERANA HATI TIDAK PERNAH BERDUSTA… RINDUPUN JATUH DI ATASNYA

*

26 thoughts on “CT291. KISWAH @ KELAMBU KAABAH 1435H/ 2014

    • Alhamdulillah, apabila sudah ke Tanah Suci mengerjakan haji dan umrah, rasa rindu semakin mendekat untuk selalu mengetahui semua perkembangan di sana. Mudahan dengan cara itu dapat menjadi satu bekalan bertemu Allah SWT. Aamiin.

      Didoakan Jimmy juga akan mendapat panggilan sebagai Duyufur Rahman (tetamu Allah) di kemudia hari. Aamiin.

      Salam sejahtera dan terima kasih sudah berkunjung. 🙂

  1. Assalamualaikum WrWb

    Wah saya baru tahu kalo ternyata kiswah kabah dulu nggak berwarna hitam seperti sekarang. Oya kenapa pintu kabah selalu ditutup ya? Apakah tidak boleh dimasuki?

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Ditya…

      Alhamdulillah, sekurangnya pengetahuan Ditya sudah bertambah tentang kiswah kaabah. 🙂

      Pintu Kaabah memang selalu ditutup. Hanya mereka yang berkenaan sahaja yang boleh memasukinya dengan izin kerana Kaabah ada waris pemegang kuncinya sejak zaman berzaman.

      Mahu masuk ke dalam Kaabah ? Boleh, masuklah ke dalam Hijr Ismail kerana Hijr Ismail itu termasuk di dalam Kaabah yang telah dikeluarkan kerana tidak cukup dana untuk menyambung bangunannya. Alhamdulillah, saya sudah memasukinya.

      Terima kasih Ditya dan salam sejahtera. 🙂

    • Benar, buatan kainnya sangat baik, segala bahan sumbernya juga sangat baik. Kerana itu harga kiswah sangat mahal. Sesuai dengan kesucian yang terpelihara sebagai simbol kesatuan ummah.

      Terima kasih Mila sudah hadir menyapa bunda.
      Salam manis selalu dan sukses hendaknya. 🙂

  2. Saya pernah bermimpi datang ke tempat ini, saya pengen sekali menaikkan haji untuk ke dua orang tua saya agar bisa kesana…, semoga mimpi saya bisa tercapai
    postingan mbak keren sangat bermanfaat buat sata

    • Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Saya doakan mas Priangga dapat menunaikan hasrat menghantar orang tua ke Tanah Suci. Niat anak yang baik, insya Allah akan diperkenankan Allah apabila sampai waktunya. Yang penting perlu menabung dana dan berdaftar kerana itu merupakan antara syarat kemampuan untuk berhaji.

      Terima masih sudah berkunjung.
      Salam sejahtera. 🙂

  3. Assalamualaikum wr wb
    Kak fatimah

    Dapat lagi info dan wawasan dari kak fatimah nih, seputar pelaksanaan ibadah di kota mekah, sampai dua ratusan lebih pula jumlah pekerja pembuat kiswah ka’bah
    Terima kasih ya kak sdh berbagi kisah ke kita2.. 🙂

    Salam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi…

      Ahamdulillah, mudahan bermanfaat dan menambah informasi sedia ada. Memang banyak pekerja pembuat kiswa Kaabah ini mbak kerana mereka harus siapkan dalam masa 8 bulan sebelum 9 Zuhijjah tahun berikutnya menjelang. Kerjanya sangat rumit dan perlu memohon serta diberi latihan intensif untuk mahir menyulam dan menjahit benang.

      Terima kasih sudah hadir mbak.
      Salam manis selalu. 🙂

  4. Assalamualaikum Wr Wb … bu SFA … menyimak postingan ini kembali melahirkan rasa rindu untuk dapat kembali sujud di depan Ka’bah … Subhanallah … alangkah mulia dan suci tugas para pembuat / pengganti / perancang / pelaksana pergantian Kiswah … 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb Soeman Jaya…

      Iya, siapa pun yang pernah menjejak kaki ke Tanah Suci pasti akan ingin kembali lagi untuk ke sana. Jika tidak dapat ke sana, merinduinya dengan melihat melalui tv atau apa pun media massa sudah cukup untuk menawar rindu di hati.

      Sungguh beruntung bagi mereka yang ditugaskan untuk berbakti kepada Kaabah al-Musyarafah dan jemaah haji seluruhnya walau hanya sekadar pembuat kiswah Kaabah.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam sejahtera. 🙂

  5. Assalamualaikum Mbak Fatimah. Wow saya tak menyangka begitu rumitproses pembuatan Kiswah. Begitu teliti dan penuh rasa seni dan religi. Menambah satu lagi pengetahuan saya. Terima kasih ya Mbak 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Memang rumit dan harus hati-hati mbak. Menjadi pekerja pembuat Kiswah memerlukan kemahiran yang tinggi dan tidak sebarangan orang. Mereka harus melalui temuduga dan diberi latihan khusus untuk menjdi mahir.

      Terima kasih kembali mbak Evi.
      Salam semanis gula aren. 🙂

  6. Assalamu’alaikum Bunda
    Teringat kembali dengan ayah dan ibu yang baru satu tahun kemarin baru pulang dari menunaikan ibadah haji 🙂
    kadang saya juga berpikir kapan ya bisa pergi menunaikan ibadah yang luar biasa ini? dan saya selalu berdoa kelak bisa berkunjung ke sana..ke rumah Allah dan ziarah ke maqam Nabi Muhammad SAW tercinta..

    salam rindu bunda, lama tak berkunjung selama Arief disibukkan dengan aktifitas kuliah (study)

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Arief…

      Alhamdulillah, semoga ayah bonda Arif mendapat haji mabrur. Aamiin. Insya Allah, dengan berfikir untuk dapat ke sana maka tentu sahaja dengan sedaya upaya mengusahakan simpanan wang dan berdaftar.

      Jangan hanya menyebut dan bercita-cita tetapi tindakan ke arah itu belum diambil, sudah pasti akan lama lagi untuk ke sana. Selain itu, doa mengharapkan panggilan Ilahi sampai kepada kita juga.

      Bunda doakan Arief sukses dalam pengajian dan bersungguh-sungguh dalam setiap aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

      Terima kasih sudah datang berkunjung lagi dalam kesibukan yang dilalui. Salam ceria selalu. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.