CT402. CABARAN HAJI (20): BEG PLASTIK DAN ALAS KAKI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

BegPlastikFatima1dan AlasKaki

*

PERSEDIAAN DIRI

Apabila kita sudah berniat untuk menunaikan ibadah haji, banyak perkara yang perlu kita fikir dengan semasak-masaknya. Dalam posting CT318. CABARAN HAJI (19): NIAT YANG TEPAT KE TANAH SUCI, mesti kita fahami dengan jelas.

Dengan niat yang baik dan suci murni, pasti kita akan berusaha bersungguh untuk melaksanakan ibadah haji. Ibadah haji bukan sebarang ibadah. Haji adalah IBADAH PROFESIONAL. Untuk memahami mengapa saya menulis demikian, sila baca di posting CT286. IBADAH HAJI : IBADAH PROFESIONAL.

Persediaan untuk menghadapi segala bentuk cabaran yang berupa ujian mental dan fizikal selama lebih dari 40 hari di bumi Haramain perlu disiapkan dengan sebaiknya. Banyak cabaran yang bakal menunggu kita di sana. Bukan kita seorang tetapi semua jemaah haji tidak terkecuali. Mungkin berbeza bentuk dan cara penerimaannya.

*

BegPlastikFatima2MasjidilHaram2011

*

BegPlastikFatima3DataranLuarAlHaram

*

CABARAN SUKAR

Bagi menyambung siri CABARAN HAJI di Tanah Suci, ingin saya jelaskan bahawa cabaran BEG PLASTIK dan ALAS KAKI (kasut, selipar, sandal dan seumpamnya) merupakan salah satu dari cabaran yang  sukar bagi kebanyakan jemaah haji untuk melaksanakannya. Hal ini benar-benar mengesankan saya kerana ia melibatkan KEBERSIHAN dalam beribadah.

Di MASJIIDL HARAM (selepas ini ditulis AL-HARAM sahaja) telah disediakan lebih banyak rak meletak alas kaki  berbanding di Masjid Nabawi, Madinah. Jumlah jemaah haji dan umrah yang sangat ramai memungkinkan pihak Kerajaan Arab Saudi menyediakan rak alas kaki yang banyak dan mudah ditemui di mana-mana sama ada di dalam atau di luar al-Haram.

*

BegPlastikFatima8RakAlHaram1

*

BegPlastikFatima9RakAlHaram2

*BegPlastikFatima10RakAlHaram3

*

BegPlastikFatima11RakAlHaram4

*

BERSIH SEBAHAGIAN DARI IMAN

Kisah kali ini merujuk dengan pengalaman saya dan SPH yang sangat memandang berat tentang sikap yang sepatutnya menjadi perhatian jemaah haji berkaitan dengan alas kaki dalam menjaga kebersihan Masjidil Haram sebagai tempat ibadah umum selama 24 jam tanpa henti. Sudah pasti amalan kebersihan paling diutamakan oleh setiap para hujaj.

Saya pernah menyentuh hal ini dalam tulisan CT213. KEMUDAHAN DI MASJID NABAWI (4): RAK ALAS KAKI. Menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kebersihan masjid daripada dikotori najis yang dibawa agar ibadah kita dan ibadah jemaah lain menjadi sah dan tidak sia-sia. Jika tidak, sedar atau tidak sedar kita melakukan dosa apabila beribadah dalam keadaan bernajis.

Memahami tuntutan sabda Rasulullah SAW bahawa KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN perlu kita semat di dalam hati kerana menjaga kebersihan di mana sahaja akan menjadi ibadah dan tanda keimanan.

Sungguh memalukan apabila kita tidak mengamal apa yang disarankan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Disiplin kebersihan sepatutnya sudah kita ketahui sebagai amalan harian dalam hidup dan mudah untuk dibawa ke mana-mana apabila ia sudah menjadi rutin kehidupan.

Oleh kerana, amalan kebersihan tidak diajar sejak kecil dan menjadi kebiasaan sehingga dewasa, maka kita akan melihat banyak manusia yang mengambil mudah amalan kebersihan walau pun berada di Masjid. Rumah Allah dan persekitarannya, patut dipelihara bersih dari segala kotoran untuk menjaminkan kesahan ibadah yang dilakukan.

*

BegPlastikFatima4SampahDiluarAbrajAlBait

*

BAWA PLASTIK SENDIRI

Apabila mendapat gambaran tentang menjaga kebersihan kasut atau selipar yang akan dibawa  di dalam Masjidil Haram atau Masjid Nabawi oleh penceramah Tabung Haji semasa Kursus Asas Haji, saya dan SPH sepakat untuk membeli bungkusan plastik hitam sebanyak sekilogram untuk dibawa ke Tanah Suci.

Kami membawanya bukan untuk diri kami sahaja tetapi boleh disedekahkan kepada jemaah haji lain yang mungkin memerlukannya. Sebolehnya, kami menyediakan keperluan yang memudahkan urusan kehidupan kami di Tanah Suci dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Hidup kita tenang, ibadah pun senang.

Jika anda amati, terdapat di beberapa pintu masuk utama ke Al-Haram, ada disediakan roll plastik  berwarna putih untuk memudahkan jemaah haji membungkus alas kaki mereka untuk di bawa masuk ke Al-Haram. Saya tidak mengambil plastik tersebut kerana ada bekalan plastik sendiri.

Biasanya saya akan membawa beberapa bungkusan plastik untuk diberi kepada jemaah yang tidak membawa plastik. Saya selalu bimbang apabila melihat jemaah dengan santainya memegang dan menjinjing kasut, selipar atau sandal di tangan begitu sahaja tanpa rasa bersalah ia mungkin terpalit najis.

*

BegPlastikFatima12BawaPlastkSendiri

*

NAJIS DI RUMAH ALLAH

Bayangkan sahaja, Dataran luar Masjidil Haram itu dipenuhi dengan burung merpati yang berterbangan. Anda akan melihat bekas-bekas najis burung merpati bertempekan di atas sebahagian dataran.

Alas kaki itu akan menginjaki najis-najis tersebut dan dibawa ke dalam Al-Haram. Malah ada yang sudah “berkaki ayam” di atas Dataran tersebut sebelum memasuki Al-Haram.

*

BegPlastikFatima5Laluanhujjajmerpati1

*

BegPlastikFatima6LaluanHujjajSevillaBarakat

*

BegPlastikFatima15KakiAyam3

*

BegPlastikFatima13KakiAyam1

*

BegPlastikFatima14KakiAyam2

*

PEMANDANGAN BIASA

Di malam hari pula, segelintir jemaah haji yang tidak mempunyai tempat penginapan akan menjadikan kawasan sekitar dataran Al-Haram sebagai tempat tidur mereka. Ada yang tidur beralaskan tilam nipis, tikar atau kain. Tidak kurang pula yang tidur tanpa alas apa-apa. Mereka tidak mempedulikan kebersihan tempat tidur. Ia pemandangan biasa di luar Masjidil Haram.

*

BegPlastikFatima7TidurAtasNajis

*

Memang kita tahu bahawa Dataran Luar Al-Haram selalu dibersihkan oleh para petugas pembersihan tetapi pijakan kaki jemaah yang berjuta orang, sudah tentu mudah menutupi kebersihan tersebut dan ia kembali kotor dengan langkah-langkah kaki yang memijak bumi dari pelbagai arah.*

*

pekerjamhfatima6coklatmcucidaharam

*

Lebih merisaukan, apabila ada jemaah haji membawa alas kaki di tangan mereka tanpa dibungkus sambil melakukan tawaf di Kaabah. Mereka langsung tidak rasa bersalah menjijing alas kaki di tangan dalam kesesakan jemaah bertawaf. Sudah pasti alas kaki itu akan terkena badan dan kepala jemaah lain. SPH pernah mempunyai pengalaman demikian.

Apabila kita berada di dalam Masjidil Haram atau Masjid Nabawi kita akan biasa melihat para jemaah yang tidak bertanggungjawab ini meletakkan alas kaki mereka di tempat sujud baik di hadapan sendiri atau di belakang. Keadaan ini sudah tentu mendatangkan rasa tidak selesa kepada jemaah lain. 

Saya dan SPH sungguh risau apabila melihat keadaan itu, bimbang terkena najis dan ibadah jadi tidak sah. Sifat tidak peka dengan keadaan orang lain dan mementing diri sendiri menunjukkan betapa tidak profesional dalam melaksanakan ibadah haji. Seolah-olah tidak tahu hukum hakam yang menjadi syarat sah ibadah dan lain-lainnya.

Cuba fikir, kenapa terlalu sukar bagi kita sebagai tetamu Allah di Rumah Allah yang suci untuk menjaga kesucian tersebut. Tidak malukah kita kepada Allah yang sudah menjemput kita tetapi masih lagi menunjukkan sikap “tidak beradab” ketika bertandang ke dalam Rumah-NYA. Tidak malukah kita kerana mencemari rumah Allah ? 

*

Di manakah adab dan sikap hormat kita kepada Tuan Rumah (Allah SWT) ?

*

BegPlastikFatima16SelipardiAlHaram

*

BegPlastikFatima17SelipardiAlHaram

*

BegPlastikFatima18SeliparDiAlHaram

*

TAKUT HILANG

Tidak ramai yang meletak alas kaki di rak-rak yang disediakan. Mungkin mereka takut kehilangan alas kaki dan tidak menjumpainya lagi. Oleh itu, lebih mudah membawanya ke sana sini. Rasa bimbang dan tidak percaya diri akan membuat kita selalu resah gelisah dengan harta yang dibawa walau harga alas kaki tidak sampai RM10 sepasang.

Berbaik sangkalah dengan Allah ketika berada di RUMAH-NYA. Kita akan menjadi seperti apa yang kita fikirkan apabila kita berburuk sangka dengan Allah. Jika berlaku kehilangan alas kaki sedangkan kita sudah meletaknya di rak, bukanlah disebabkan alas kaki kita dicuri orang tetapi kita terlupa tempat kita meletaknya. Jika ingat, pasti kita jumpa.

Alhamdulillah, sepanjang berada di Al-Haram, saya dan SPH tidak pernah kehilangan selipar yang digunakan. Biasanya kami akan meletak alas kaki di dalam plastik dan dimasukkan di dalam beg pada rak yang disediakan di dalam Al Haram.

Kami mengikat beg tersebut dengan tali berwarna agar mudah dikenali dan mengingati nombor rak, nombor tiang dan nombor pintu. Selepas itu, dengan senang hati kami boleh ke mana-mana arah di dalam Al-Haram tanpa perlu bimbang dengan alas kaki yang ditinggalkan.

*

SERUAN

MARILAH kita sama-sama menjaga kebersihan dan kesucian Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dari dinodai najis-najis yang kita bawa melalui alas kaki. Rak-rak alas kaki ada di mana-mana di luar dan di dalam masjid. Letaklah di mana anda suka. Pasti anda akan rasa selesa dalam beribadah tanpa perlu memikirkan alas kaki yang ditinggalkan.

Apa pun alasan yang kita beri, kita sepatutnya rasa malu apabila menjadi salah seorang penyumbang yang mengotori dan tidak mengambil berat tentang kebersihan tempat ibadah. Mohonlah keampunan  dari Allah atas kelalaian kita dan berusahalah untuk tidak mengulanginya lagi.

Apabila kebersihan tidak dijaga sempurna, ia boleh menyebabkan haji kita tidak mabrur dan umrah tidak makbul. Kesannya, kita tidak berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Sedangkan tujuan kita berhaji dan berumrah adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Oleh itu, bawalah beg plastik dari tanahair kerana harganya lebih murah berbanding kita membeli di Tanah Haram. Jagalah kebersihan Rumah Suci Allah untuk manfaat kita bersama. Selain itu, kita saling bantu membantu memelihara kesihatan daripada pelbagai penyakit bawaan dari kotoran yang kita lakukan.

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima23 Ogos 2016 (Selasa)/ 20 Zulkaedah 1437H/ 8.50 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. dan di setiap sedarku, ada resah yang mengganggu pada dosa yang tumbuh dari seluruh urat nadi yang terpencar alirannya. Dengan lafaz istighfar, ku seru nama-MU yang tercinta agar meleburkan duka dalam deru nadi yang berselirat merah. Ku sucikan jiwa dalam tahajjud cinta-MU yang tidak pernah tertutup buat sang hamba. Wahai yang menyentuh hati… seluruh cinta ini untukmu di dunia dan akhirat. Aamiin Ya Rabb.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Wahai engkau yang dikasihi, di setiap jagaku, ada senyummu yang terbayang. Di setiap seru angin yang menderu ada bisik namamu yang dilagukan. Aku menemuimu dalam seluruh keindahan citra yang tak tersangka. Doa untukmu tidak pernah mati. Kau selalu ada di sini…. DI HATIKU. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

19 thoughts on “CT402. CABARAN HAJI (20): BEG PLASTIK DAN ALAS KAKI

  1. Assalamualaikum wr wb, Kak Siti,
    Ajaran agama Islam menyuruh kita untuk menjaga kebersihan. Sayang sekali di tanah suci kebersihannya kurang terjaga akibat perilaku jamaah haji yang membuang sampah sembarangan.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris….

      Sebenarnya, pemandangan kotor membuang sampah ini ada di mana-mana di bumi Haramain. Lebih parah lagi di Mina. Sepatutnya setiap jemaah haji tahu tentang kebersihan yang diajari dalam agama Islam. Sangat menyedihkan melihat pemandangan seperti itu. Mudahan ada kesedaran kepada kita untuk menjaga kebersihan masjid dan tempat ibadah yang lain.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam takzim.

  2. 2014 saya ke sana sebagai petugas medis haji bund, memang keadaannya seperti itu. Budaya banyak negara berkumpul jadi satu di sana, jadi untuk masalah kebersihan memang sulit diterapkan dengan banyak orang dengan berbagai kultur…

    • Benar Winny, kitalah yang sepatutnya tahu menjaga kebersihan di mana sahaja kita berada. Tidak perlu disuruh atau di beri arahan. Itu tanggungjawab kita dalam beragama, beretika dan beradab,

      Terima kasih Win dan salam manis.

    • iya mbak perisiden, kita perlu sadar diri siapa kita bila berada di rumah Allah. jika tidak kita termasuk orang yang menyombong diri kepada Allah.
      terima kasih mbak atas kunjungan s
      dan salam mesra. :).

    • Oleh itu, untuk mempedulikan kebersihan sentiasa menjadi rutin yang diamalkan, kita perlu mendidik anak-anak sejak usia dini memerhatikan kebersihan. Jika ini sudah diterap dalam jiwa mereka, ke mana-mana sahaja mereka pergi akan selalu merapih diri dengan kebersihan diri dan sekelilingnya.

      Terima kasih mas sudah berkunjung dan salam takzim.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.