Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
*
PUAS HATI
Hujan rintik-rintik mulai turun saat kereta Hyundai Tucson yang saya pandu memasuki halaman rumah. Setiap hari pergi dan pulang dari kerja mata saya “wajib” melirik ke arah pokok-pokok bunga kertas dan bunga Kembang 8 pagi dan 10 pagi yang berderetan dalam pasu di hadapan laluan pintu masuk sebelah kiri.
Pemandangan indah hasil kerja tangan sendiri selalu membuat fikiran sesak disebabkan kerja-kerja ofis menjadi tenang, meresap rasa kepuasan. Apa yang saya fikir untuk dilakukan adalah mencabut rumput-rumput liar yang menumpang di pasu-pasu bunga tersebut.
*
*
TERBIAR
Hari ini masih dari dalam kereta, pandangan mata saya lebih tertarik kepada serumpun bunga Lily Jingga yang tumbuh di sebelah kanan. Bunga Lily Jingga terhasil dari biji benih seperti bawang besar. Ia terbiar dan tidak pernah saya pedulikan.
Sejak dipindahkan SPH beberapa rumpunan kecilnya ke sisi pagar yang bertanah lembab, tumbuhan ini semakin subur dan menjadi. Jarang saya sirami air. Hanya mengharap Allah menurunkan hujan sebagai ihsan kepadanya dan tumbuhan lain yang di “anaktirikan.”Β Hakikatnya, tidak cukup masa. Alasan nih. π
1o tahun yang lalu saya telah membeli sebungkus anak benih bunga Lily Jingga kerana tertarik dengan bunganya yang seperti bentuk loceng dan warna jingga yang menawan. Saya juga membeli sebungkus anak benih bunga Lily Merah yang indah. Namun Lily Merah jarang berbunga.
*
Bunga Lily Merah yang jarang berbunga. Tetapi bila berbunga, keindahannya selalu membuat saya tersenyum puas dan terpesona.
*
Bunga Lily Jingga sangat senang ditanam. Ia mudah hidup walaupun kita telah memotong separuh biji bawangnya. ia tumbuh secara “beranak pinak” tanpa kawalan. Tidak ada langsung “perancangan keluarga”. Tumbuhnya tidak melelat-lelat. Ia tumbuh dalam kumpulan yang sekata.
Ia tersusun dalam kumpulan yang padat dan sederet memanjang bukan melebar. Allahu Akbar. Sesungguhnya sunnatullah berlaku dalam ciptaan yang mengkagumkan menurut resmi masing-masing.
*
HANYA INILAH RUMPUNAN BUNGA LILY JINGGA, FOKUS RAKAMAN SAYA
Inilah serumpun bunga Lily Jingga yang terbiar tanpa sentuhan kasih sayang saya. Ia mendapat kasih sayang Allah dan mengeluarkan banyak bunga. Hati saya sangat tersentuh dan timbul rasa bersalah. Malu pun ada dengan bunga Lily ini. Terima kasih ya Allah atas rahmat-MU. Aamiin.
*
SENTUHAN LENSA MATAKU
Sebaik lensa mata saya tersentuh pada kuntuman-kuntuman bunga yang masih mekar segar, hati saya terus terusik untuk memotonya. Teman akrab yang sangat berjasa, kamera CANON EOS 650D diambil bagi memulakan sesi fotografi.
Jam tangan Carlo Cardini yang dipakai di tangan kiri menunjukkan pukul 5.15 petang. Rintik hujan yang turun lembut masih membasahi bumi. Saya tidak peduli basah. Dalam fikiran saya hanya ingin mengambil foto bunga Lily Jingga dengan sentuhan hujan pada kelopak dan dedaunnya.
Inilah kali pertama saya merakam bunga dengan sentuhan hujan atasnya. Saya teruja untuk melihat hasilnya. Menggunakan teknik “Close-Up” seperti foto dalam CT235. DLMku (6): POKOK BUNGA KERTAS, saya merakam bunga Lily Jingga berlatar belakang LAUTAN BOKEH YANG LEMBUT.
*
APAKAH BOKEH ?
Jujurnya, saya kurang arif tentang teknik BOKEH. Saya hanya tahu dan mendengarnya setelah saya memahami pengetahuan tentang fotografi melalui perbincangan dan pembacaan. Rupanya perkataan BOKEH itu berasal dari bahasa JEPUN yang bermaksud MENJADI KABUR.
Secara ringkas, BOKEH adalah ukuran kualiti kekaburan (blur) yang membuat objek yang dipilih terpisah dari latar belakangnya. Apabila kita memandang objek tersebut, ia nampak jelas dan tajam. Hanya objek sahaja – selective focusing. Mata kita tertumpu dan senang melihat foto dengan latar belakang kabur yang lembut, berkrim dan mempesonakan.
Saya berharap semua foto bunga Lily Jingga yang dirakam dapat memenuhi keinginan saya menghasilkan bentuk BOKEH dengan menggunakan teknik CLOSE-UP. Saya sangat menyukai teknik fotografi begini. Foto menjadi sangat cantik dan mengetar hati.
*
Tanpa perlu melanjutkan bicara, silakan menatap hasil BOKEH yang saya rakam dalam PESONA LILY JINGGA.
*
*
*
*
*
Keindahan Lily Jingga yang menyentuh hati
*
*
*
*
*
*
PESONA CINTA LILY
Kerana terpikat dengan keindahan rimbunan bunga yang banyak, saya pun membuat batas baru untuk menanam anak bunga Lily Jingga dan Lily Merah di hadapan parit kecil rumah saya. Mudahan keindahan kedua-duanya akan menyeri halaman rumah. Aamiin. π
*
*
TANPA PERNAH JEMU…. KU SIRAM HATIMU DENGAN BUNGA KASIHKU
*
*
***************
4 September 2015 (Jumaat)/ 20 Zulkaedah 1436H/ 14.30 petang, Sarikei, Sarawak
AKU…. menyonsong ingatan dalam sendu yang tidak berbilah kata. Hanya sepi menemani saat ku lihat bayangmu mulai samar dalam detik masa yang kian hilang. Ku tabah berjalan sembunyikan harapan. Entah bilakan bertemu. Jika benar Tuhan menulis tinta pada takdir yang bermakna pasti kita akan menemui noktah yang mengakhirinya.
– SITI FATIMAH AHMAD –
***************
Β *
DEDIKASIKU UNTUKMU…. Bersyukurlah atas setiap nikmat yang dimiliki. Andai ada ujian Allah, jangan pernah mengeluh hati.Β Jangan pernah menyindir rasa. Jangan pernah berpaling dari-NYA. Redha dan pasrah kerana Tuhanmu sedang mencintaimu dua kali ganda dari biasa.Β Aku sentiasa mendoakan kesejahteraanmu.Β Aamiin. Wassalaam. π
*
*
KU LIHAT BUNGA ITU….. SEPERTI KUNTUMAN SENYUMMU
*
Assalamu’alaikum wr.wb.
Alhamdulillaah…, senang sekali saya, Mbak fatimah, mengamati keindahan bunga yang berwarna-warna dalam postingan ini menjadikan hati saya ikut segar. Betapa Allah Swt. menciptakannya dengan penuh kecantikan. Di sinilah sesungguhnya kita semakin menyadari bahwa akhlak kita semestinya indah, semestinya mulia. Semoga kita bisa. Allaahumma aamiin…
Salam dari Jogja.
Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet….
Aamiin Ya Rabb. Mudahan kita selalu bersyukur kerana dapat menikmati keindahan alam sekitar yang tumbuh di sekeliling kita. Tanpa bunga-bunga pasti hidup kita tidak berseri dan tidak berwarna warni.
Benar, jika kita perhati dengan teliti dan menaakul hakikatnya, setiap tumbuhan yang hidup mempunyai tamsil tersendiri dari Allah untuk manusia ambil pengajarannya agar kita berilmu dan berakhlak mulia.
Terima kasih mas Amazzet atas kongsian dan salam takzim.
Assalamualaikum.
Subhanallah Mbak Siti, bunga-bunga Lily…Indah nian. Pengen deh terbang ke sana, ikut menikmati keindahannya π
Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi….
Bunga-bungaan itu selalu membuat jiwa kita tenang dan damai, ya mbak.
Salam manis di penghujung pekan. π
Assalamualaikum Wr Wb.
Cantik-cantik Bunga Lily-nya. Kalau disini apa itu sejenis Bunga Bakung apa ya π
Alhamdulillah nambah wawasan lagi, jadi tahu arti bokeh disana yaitu nge-blur. Tapi hasil jepretannya bagus-bagus kok.
Salam!
Wa’alaikum salaam wr.wb, Kips…
Bunga Lily memang dari keluarga bakung kerana bijinya seperti bawang bakung dan mudah ditanam di tanah lembab.
Terima kasih Kips atas apresiasinya dan salam sejahtera.
Assalamuβalaikum wr.wb. kak Siti,
Bunga-bunga kak Siti semua cantik. Betapa senangnya melihat hasil kerja tangan sendiri. Saya juga pecinta bunga-bunga.
Ada persamaan bahasa ni dengan kampung saya. PASU itu kalau di kampung saya waktu saya kecik dulu adalah tempat menampung air minum di dalam rumah, π
Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris…
Alhamdulillah, ternyata pencinta bunga tidak terbatas kepada kaum wanita sahaja, ya.
Di Malaysia kalau tempat menampung air itu lebih dikenali dengan nama tempayan atau pasu besar. Pasu yang disebut di atas lebih kepada pasu bunga. Memang ada persamaannya mas Alris kerana kita hidup di kepulauan nusantara.
Terima kasih dan salam sejahtera.
Assalamualaikum bunda, pintar sekali membuat puisi ya
Wa’alaikum salaam wr.wb mbak Lidya…
Alhamdulillah, masih belajar lagi dan belum mantap.
Terima kasih mbak dan salam manis. π
chantek gmbr bunga-bungaan tuu, .;p
Terima kasih Wak Gelas.
Saya masih belajar lagi. π
Salam hormat takzim.
cantik sekali foto bunga lily jingga n merah..meriah menghiasi laman dgn keindahannya.
Benar kak, memang sangat cantik ketika bunga Lily Jingga dan Lily Merah sedang bermekaran. Halaman rumah bagai bercahaya oleh keindahannya.
Terima kasih Kak Paridah dan salam manis. π
Assalamualaikum wr wb Kak Fatimah
Bunga Lily nya terlihat cantik-cantik kak, jadi kepingin petik π
Wa’alaikum salaam wr.wb, mbal Sussi….
Bunga Lily itu memang sangat cantik kerana kembangnya lama hingga ke petang. Selain itu bunganya rapat-rapat.
Terima kasih dan salam manis. π
Rizky Ferdiansyah saya jadi penasaran sama penulsinya , pasti dia juga cantik seperti bunga itu
Terima kasih Rizky.
Menurut saya, yang lebih cantik itu adalah bunga Lily.
bahasa penullisanya juga bagus sekali mbak . . . saya perlu belajar banyak dar mbak siti
Bahasa itu akan jadi bagus jika selalu diguna dengan betul dalam tulisan, Rizky.
Banyakkan academe buku yang baik bahasanya, nanti kita akan secara tidak langsung mempelajari cara bahasa itundigunakan dalam tulisan kita pula.
Silakan, saya harap sukses. Terima kasih Rizky dan salam sejahtera.
Lili bunga yang bagus , taip saya lebih suka bunga mawar
Nice post Bund
Bunga mawar (baca:ros) juga menarik. Ia bunga yang cantik dan banyak kelopak selain baunya yang wangi.
Indah sekali bund bunganya , itu Foto sendiri ya ?
iya. terima kasih.
wah , bagus Bund foto bunga lilinya keren
ahli foto juga
Alhamdulillah, masih belajar lagi fotografi ini.
Terima kasih dan salam Maal Hijrah 1437.
Bisa di jadikan Usaha tuh bunganya
Hanya sekadar hobi dan bukan untuk dikormesialkan.
Salam sejahtera dan terima kasih.