CT435. CARA MEMBUAT KUAH AYAM PERCIK

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

RESEPI ASAL KELANTAN

Kuah yang likat, berlemak dan mempunyai aroma tersendiri ini merupakan kuah yang dimasak khusus untuk dipercik ke atas ayam panggang. Mungkin percikan kuah inilah menyebabkan makanan khas orang Kelantan dikenali dengan nama Ayam Percik.

Saya sangat suka makan Ayam Percik terutama kuah perciknya yang melekat pada ayam yang dipanggang dengan buluh. Rasanya sungguh istimewa dan tidak pernah dilupakan. Bau buluhnya tidak disangkal dapat memberi kesan kepada rasa masakan tersebut.

Selain Ayam Percik, saya juga sangat gemar makan kulit ayam dan hati ayam panggang yang dipercik dengan kuah khas itu. Sangat lazat sekali. Tetapi kini saya tidak lagi makan kulit dan hati ayam kerana tidak elok untuk kesihatan.

Walaupun pernah makan Ayam Percik yang dibuat oleh penjual di tempat lain (luar dari negeri Kelantan), rasanya berbeza dan tidak menyamai rasa yang pernah saya makan semasa tinggal di Kelantan.

Saya pernah belajar di Pra Akademi Islam, Universiti Malaya, Cawangan Nilam Puri, Kelantan selama hampir dua tahun (1985-1987). Ketika itu usia saya 19 tahun.

Sungguh, saya jatuh cinta dengan negeri Kelantan. Ia negeri kedua bagi saya. Negerinya yang aman, rakyatnya ramah dan kaya dengan pelbagai makanan lazat seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Berlauk, Keropok Ikan, Keropok Gotea, Sate Ikan, Serunding, Laksam, Budu, kuih muih yang pelik namanya juga sangat manis dan banyak lagi. Oh Kelantanku… πŸ˜€

*

KUAH PERCIK HIJAU

Melalui pengalaman tinggal di Kelantan, saya pernah merasai Kuah Percik dalam 3 versi rasa dan warna iaitu warna putih, warna kuning kemerahan dan warna hijau.Β 

Untuk rasa kuah percik warna putih dan kuning kemerahan, biasanya boleh didapati dari jualan di pasar malam atau hujung minggu. Sedangkan kuah percik warna hijau sangat istimewa dan tidak dijumpai di mana-mana pasar malam.

Kenapa ? Kerana… ini resepi khas dari seorang wanita yang kami (pelajar perempuan Sarawak) senangi akhlak dan tutur katanya. Orangnya manis dan ramah, selalu berbelas kasihan dengan kami, anak rantau yang pertama kali menjejak kaki ke negeri Kelantan khususnya dan Semenanjung Malaysia umumnya.

Kami panggil beliau Kak Jah sahaja. Beliau merupakan salah seorang pekerja yang membersih asrama siswi (pelajar wanita). Kami sangat rapat dan tidak segan silu meminta pertolongan jika ada masalah.

Kak Jah adalah anak jati Kelantan, sudah berkeluarga dan tinggal di kampung berhampiran dengan kampus kami. Melalui Kak Jah, kami dapat merasai Ayam Panggang berkuah PERCIK HIJAU yang lazat hasil tangan beliau apabila kami (saya, Siti Zulaikha, Siti Hadidah, Rajiah, Jamayah, Saadiah, Normah dan Rosnawati) dijemput makan tengah hari ke rumah beliau di Kampung Laut.

Kami sangat pelik kerana tidak pernah melihat kuah ayam percik berwarna hijau ? Kak Jah kata beliau hanya menggunakan pewarna asli dari daun pandan dan tidak memasukkan cili dalam bahan yang disediakan. Rasanya amat berbeza dan sangat lazat. Begitu juga aroma kuahnya. Wangi.

*

RESEPI KUAH PERCIK = 31 TAHUN

Melalui Kak Jah, saya mendapat resepi di bawah ini. Tidak sangka bahawa resepi pemberian Kak Jah sudah berusia 31 tahun. Sungguh nostalgia sekali.

Setelah belajar di Kuala Lumpur, kami terus hilang hubungan dengan Kak Jah sehingga kini. Semoga Allah merahmati Kak Jah walau di mana beliau berada. Resepi ini sahaja yang dapat mengingatkan saya dengan beliau.

Tetapi untuk resepi di bawah ini, saya tidak membuat kuah percik berwarna hijau, daun pandannya hanya sekadar carikan dan untuk wangi sahaja. Saya lebih suka melihat warna kuahnya merah kekuningan disebabkan oleh cili merah. Lebih menggoda hati. πŸ˜€

Alhamdulillah, di bawah ini saya kongsikan kepada teman pembaca Resepi Kuah Percik sahaja. Kuah ini sederhana pekat dan tidak likat kerana menjadi kuah sampingan bersama nasi.

Anak-anak saya menyukainya untuk dimakan bersama AYAM GORENG BEREMPAH seperti yang pernah saya janjikan dahulu di dalam posting CT433. RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH, RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM.

*

CARA MEMBUAT

Jika anda ingin mencuba membuat kuah ayam percik, silakan mengambilnya untuk perkongsian bersama. Saya yakin anda sangat menyukainya. Ia sangat mudah dibuat.

*

Untuk panduan. Jika anda tidak mahu cili, kuahnya jadi putih. Jika anda blend daun pandan dan ambil pati airnya, kuah menjadi warna hijau. Jangan bercili juga.

*

Maaf, jangan lupa halia (hiris halus terlebih dahulu) juga di “blend” bersama. Blend bahan sampai halus dengan air santan.

*

Campur semua bahan dalam satu periuk, gaul rata dan masak dengan api sederhana. Jika api kuat, lemak santan akan meruap dan rasanya menjadi lain.Β  Jika anda tidak suka daun pandan, boleh abaikan sahaja kerana daun pandan akan mewangikan kuah tersebut.

*

Setelah mendidih, masukkan semua perisa yang melazatkan masakan. Itu cita rasa anda. SIAP. Mudahkan !

*

Hidangan Kuah Ayam Percik Ctfatima. πŸ™‚

*

Ayam Goreng Berempah yang lazat dan siap untuk disantap

*

Sayuran ini saya celur satu persatu dahulu untuk menjaga khasiatnya. Barulah digoreng dengan bawang dan diberi perasa. Jangan lama hanya satu minit sahaja untuk digaul semuanya. Siap.

*

Bagi keluarga saya, kuah percik ini akan ditumpahkan di atas nasi untuk menjadi hidangan makan bersama Ayam Goreng Berempah atau makanan lain. Sesuai untuk hidangan di bulan Ramadhan nanti. πŸ™‚

*

Muhammad dan Ieesyah sangat suka dengan kuah percik resepi saya ini. πŸ™‚

*

Ini atas desakan Iffah, puteri sulung saya untuk melihat set Ayam Goreng Berempah jika saya mempunyai niat untuk menjualnya..hehehe. Setelah membuat penilaian harga, saya memutuskan RM5.00 sesuai untuk satu tapau dan sepinggan. Elok jugakan jika dapat berniaga. πŸ™‚

*

SEBELUM TERLUPA….

Jika ada lebihan kuah percik yang tidak habis, jangan dibuang begitu sahaja. Anda boleh masukkan sayur-sayuran, ikan, udang atau sotong. Hanya masuk dan masakkan sahaja. Selesai dan boleh terus hidang. Begitulah saya manfaatkan kuah percik yang berbaki.

 

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENIKMATI KUAH AYAM PERCIK DI HUJUNG MINGGU

*

*bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima20 Mei 2017 (Sabtu)/ 23 Sya’ban 1438H/ 10.00 pagi, Sarikei, Sarawak

AKU…. dan ke mana kaki melangkah tidak pernah lari dari takdir yang disimpan tanpa mengetahui apa yang bakal berlaku di kemudian hari. Namun, aku selalu berharap takdir itu selalu mendekatkan aku dengan-Nya. Janganlah Engkau berpaling kerana aku akan jauh dan jatuh dalam kealpaan dunia ini, Wahai Yang Menyentuh Hati.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Β *

Β DEDIKASIKU UNTUKMU…. Di setiap hujung malam, menangislah semahunya dalam pelukan Sang Pengasih. Hidup ini adalah pilihan untuk menjadi apa yang kita inginkan. Kita tidak pernah menolak, sebuah hakikat yang mesti diterima agar kebahagiaan tetap terbina. Semoga kau dirahmati-NYA. Aamiin.Β  Wassalaam. πŸ™‚

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

6 thoughts on “CT435. CARA MEMBUAT KUAH AYAM PERCIK

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany…
      Resepi juga mempunyai nilai sejarahnya tersendiri seperti kita. Panjang umur juga resepi tersebut. πŸ™‚

      Halia itu bukan lengkuas. Halia adalah ginger atau jahe di sana.
      Terima kasih mbak sudah berkunjung dan salam manis selalu. πŸ™‚

        • Silakan, mbak Frany. Saya senang kalau mbak mencuba resepi asli Kelantan ini.
          Saya yakin, mbak pasti suka. Oh ya,…jika mbak membuat ayam, ikan, daging atau sotong bakar dan lain-lain, percikkan sahaja kuah atasnya sehingga menjadi likat dan kering. Itulah asalnya menjadi Ayam Percik, Ikan Percik dan sebagainya.

          Selamat mencuba mbak Farny. πŸ™‚

  1. Assalamualaikum wrw wb puan Fatimah
    namanya unik sekali ayam percik. bener2 bikin ngiler pengen ngicipi πŸ™‚
    cara penyajiannya juga agak sedikit berbeda dengan yang biasa saya lihat di Indonesia.

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb,…..

      Cara penyajiannya berbeza tapi bahannya mungkin sama.
      Kerana kuah ini dipercikkan di atas ayam yang sedang dipanggang sehingga kuahnya pekat dan melekat pada ayam tersebut, maka ia dinamakan ayam percik.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam sejahtera.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.