CT233. RESEPI TIGA RASA

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

3RasaFatima1Resepi3Rasa

Apabila saya lewat sampai ke rumah di waktu petang, sepanjang perjalanan memandu pulang dari pejabat (ofis) saya memikirkan menu yang bakal dimasak untuk makan malam. Saya bimbang SPH dan anak-anak berasa lapar. Walaupun penat, saya akan tetap memasak untuk keluarga.

MEMASAK ITU MUDAH

Tetapi tidak semua isteri tahu memasak atau sanggup memasak. Harus diingat, isteri atau sesiapa yang disebut tukang masak sama ada amatur, apatah lagi profesional perlu kreatif dan inovatif dalam menghasilkan menu masakan. Ini satu cara bagaimana hendak memikat hati dan perut orang yang kita cintai.

Hanya mereka yang berminat dan mencintai bidang masakan, mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi. Tukang masak jenis ini SANGGUP BERSUSAH PAYAH berfikir dengan “serius” dalam mencari idea bagi menu yang bakal dimasak. Hebatnya, dengan merenung bahan-bahan mentah di dalam peti sejuk sahaja sudah menghadirkan idea yang “mengiurkan”.

Saya mengakui termasuk dalam jenis tukang masak yang SANGGUP BERSUSAH PAYAH seperti  di atas. Saya sangat suka memasak @ mencintai bidang ini. Sebab itu namanya CHEF FATIMA. 😀

*

Salah satu buktinya adalah seperti RESEPI TIGA RASA di bawah,. Resepi mudah ini difikir secara spontan (drastik). Saya ingin memasak dua menu dengan satu bahan asas yang sama. Alhamdulillah, inilah hasilnya. SPH dan anak-anak sangat menyukainya.

*

RESEPI TIGA RASA : SERUPA TAPI TAK SAMA

3RasaFatima2BahanAsas

BAHAN ASAS. Kacang Buncis atau kacang pendek, sosej dan telur. SOSEJ dan TELUR adalah makanan “wajib” ada di dalam rumah kerana anak-anak sangat menyukainya.

*

3RasaFatima3Sayur3Rasa

Resepi 1. SAYUR TIGA RASA. Semua 3 bahan digoreng menurut aturannya dan dimasak dengan penuh kasih sayang.

*

3RasaFatima4TelurDadar3Rasa

Resepi 2. TELUR DADAR 3 RASA. Anak-anak menggelarnya PIZA TELUR  kerana campuran yang menyelerakan.

*

TIDAK MERUNGUT

Dengan resepi sepantas kilat ini, kami sekeluarga menikmati makan malam yang sederhana dan ringkas.

Alhamdulillah. SPH dan anak-anak tidak pernah merungut. Hanya itu sahaja yang sempat saya hidang apabila sudah terlalu lewat pulang kerja. Mereka tahu saya akan memasak menu istimewa di hujung minggu sebagai “qadak”. 😀

Bagaimana anda, apakah pernah merasai RESEPI TIGA RASA ?

*

***************

SalamFatima3SalamFatima9 Mac 2014 (Ahad)/  8 Jamadil Awwal 1435H/ 4.56 petang, Sarikei, Sarawak

AKU….. ingin menikmati keindahan dunia dengan menghantar jejakku di setiap tempat yang di dalamnya menjadikan aku pengembara yang bertakwa. Dalam kembara ini, aku dapat merenung segala rencah kehidupan yang payah dari bola mata manusia yang lelah. Aku cuba mengambil iktibar dari pola kehidupan manusia yang susah. Benarlah, hidup ini tidak pernah memberi kita masa untuk berehat. Maka, kita tidak harus cepat menyerah kalah.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. Semoga bahagia dan sentiasa dalam rahmat Ilahi di setiap langkah yang diambil dalam meniti kehidupan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Doa tulus dari hatiku yang terdalam. Wassalaam. 😀

*RinduFatimaku4padamu

KU KUTIP SERPIHAN RINDU DALAM DIAM

*

13 thoughts on “CT233. RESEPI TIGA RASA

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

      Kalau di sini, maksud masakan isteri dan ibu yang selalu dikenang oleh anak-anak dan suami disebut “air tangan”. “Air tangan” dianggap apa sahaja yang dimasak oleh ibu atau isteri dapat mengikat kasih sayang antara keluarga.

      Terima kasih mbak, semoga bahagia bersama keluarga. 😀

  1. assalamualaikum, resep tiga rasa kacang bunci, telur dan sosis benar2 menggugah selera,
    saya sepakat dengan pernyataan bahwa hanya mereka yang berminat dan mencintai bidang masakan, mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi,
    dengan demkian bahan sesederhana apapun bisa dibuat menjadi masakan yang enak di lidah dan juga enak di hati………
    keep happy blogging always…salam dari Makassar 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hariyanto….

      Hati yang mencintai dunia masakan biasanya sanggup berkorban masa, tenaga dan fikiran mereka untuk menghasilkan kualiti masakan yang enak dan disajikan dengan penuh gembira dan bahagia kerana membuat orang lain senang dengan keenakan masakannya.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam hormat selalu. 😀

  2. Assalamualaikum kak Fatimah..
    Saya pun sependapat dengan komentar mizz salma..
    Bahwasannya..apapun hidangan makanannya..racikan resep dan nawaitu nya di bumbui dengan cinta dan sayang untuk keluarga..maka menu makanannya pun tersaji spesial dan terasa nikmat…senantiasa..hehe
    Salam buat keluarga di Malaysa ya,kak.. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr….

      Hati yang baik, maka balasannya juga baik. Masakan yang disentuh dengan kasih sayang, akan tersaji dalam kasih sayang. Mereka yang makan juga kasih dan sayang kepada kita. Demikianlah Allah SWT memberi ganjaran kepada mereka yang berkasih sayang.

      Terima kasih Purnomo Jr atas kunjungan dan pendapatnya.
      Salam sejahtera. 😀

  3. Assalamu’alaikum Mbak Fatimah, apa kabar?

    Resep masakan ini terlihat menggiurkan. Besok kalau pulang ke rumah, saya minta istri saya untuk membuatkan Telur Dadar 3 Rasa. Sepertinya nikmat sekali ya Mbak…

    Saya baru berkunjung ke blog Mbak lagi nih. Sudah sebulan lebih saya tidak memposting di blog. Lumayan agak sibuk dgn pekerjaan. Baru malam ini saya buka kembali wordpress.

    Salam hormat dari jauh, Mbak.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa….

      Alhamdulillah, saya sihat dan didoakan mas Titik dan keluarga juga sihat wal’afiat.

      Silakan, saya pasti ianya sedap, jangan lupa taruh cheese untuk lebih menambah keenakan dan kelembutan telur goreng dadar tersebut. Pasti ia akan menjadi makanan kegemaran sekeluarga.

      Terima kasih sudah berkunjung kembali dan selamat ngeblog untuk berbagi ilmu sesama pembaca.

      Salam hormat. 😀

  4. Mbak Siti kreatif sekali ya dalam menyajikan menu masakan utk keluarga… dan pastinya hasil masakannya lezat sekali..walaupun sederhana dan ringkas tetap menggugah selera utk segera menyantapnya..
    heummmm..sedapnye..

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.