CT143. 22 DISEMBER 2012: SELAMAT HARI IBU UNTUK SAHABATKU… IBU-IBU DI INDONESIA

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

HariIbuFatima1Indonesia2012

Setiap hari adalah HARI IBU. Setiap hari juga adalah HARI BAPA. Demikianlah Islam mengajar kita untuk menghargai kedua-duanya. Tidak ada hari yang tidak ada kedua-duanya yang menghiasi hidup kita sejak kecil hingga dewasa. Antara IBU dan BAPA, jujurnya kita lebih banyak bermanja dengan IBU. IBU adalah syurga ratu hati buat semua anak-anaknya.

Wahai sekalian anak yang sedar dirinya anak walaupun kini siapa dia setelah dulunya bergelar anak. Hormatilah IBU dan BAPA kita, yang telah banyak berjasa, berkorban dan menjaga kita dalam susah payah berjaga, sering lapar dahaga, sentiasa tidak lena mata dan terbuka hatinya untuk digores luka.

Insafilah, berikan kasih sayang di hati mereka dan sentuhan damai di jiwa yang lara agar kehidupan tuanya akan bahagia sebelum dua matanya terpejam lena. CINTAILAH mereka buat selama-lamanya hingga ke syurga.

ThankYouRoseFatima

AWARD UNTUKMU

DUA AWARD HARI IBU KHUSUS SAYA REKA BENTUK BUAT SAHABATKU…. IBU-IBU DI INDONESIA sebagai menghargai segala jasa kalian dan persahabatan yang terjalin selama ini. Kita tidak pernah bertemu wajah, tidak pernah berbisik kata dan tidak pernah berbicara seloka. tetapi keakraban kita adalah keindahan dari kurnia Yang Maha Kuasa.

Silakan menerima DUA AWARD istimewa ini untuk meraikan anda semua. Dengan setulus hati dan rasa bahagia yang dapat dikongsikan bersama, saya berbesar hati dari Malaysia, mengucapkan:

“SELAMAT HARI IBU”

AwardHariIbuIndonesiaFatima2012

AwardHariIbuFatimaKasihSayang

TANPA IBU, SIAPALAH KITA

“IBU ADALAH SEGALA-GALANYA. Dialah penghibur kita dalam kesedihan, tumpuan harapan kita dalam penderitaan dan daya kekuatan kita dalam kelemahan. Dialah sumber cinta kasih, belas kasihan, kecenderungan hati dan keampunan. Sesiapa kehilangan ibunya, hilanglah sebuah jiwa murni yang memberkati dan menjagainya siang dan malam.”– KHALIL GIBRAN.

ThankYouFatima

****************

21 Disember 2012 (Jumaat)/ 8 Safar 1434H/  9.45 malam – Sarikei, Sarawak

AKU…. tahu bahawa hati ibu adalah sejernih salju yang memutih.  Tidak ada dendam yang bermukim selamanya walau hatinya terluka pilu. Sungguh aku merasai bahawa yang perlu ditabung oleh seorang ibu adalah KESABARAN. Hati ibu adalah sebening air yang tenang dan memilau mata dikilasan jiwa. Sungguh aku merasai bahawa yang perlu disimpan oleh seorang ibu adalah KASIH SAYANG. Kerana dengan KESABARA dan KASIH SAYANG, sang ibu tidak akan sanggup melukai anaknya.

– SITI FATIMAH AHMAD –

****************

doaibuungufatimaku

w6w_20060121195311421d5058

SENDIRIAN… MEMBERI AKU KEDAMAIAN TANPA BERPALING KEPADA SIAPA-SIAPA

41 thoughts on “CT143. 22 DISEMBER 2012: SELAMAT HARI IBU UNTUK SAHABATKU… IBU-IBU DI INDONESIA

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb….

    Tanpa IBU, kita bukan siapa-siapa di dunia ini. IBU adalah syurga kita di dunia dan di akhirat. Berbaktilah kepada IBU, walau di mana kita berada, walau sekaya mana kita berharta, walau sepandai mana kita berkarya. IBU itulah yang menjadi sumber inspirasi kita. Untukmu IBU. Dengarilah kesayuan dari lirik dan irama lagu…

    DOA UNTUK IBU by UNGU

    dan juga kesayuan berganda… mengalir air mataku.. Ya Allah kasihilah ibuku dan para ibu semuanya. Aamiin.

    MOTHER by SAMI YUSUF

    DEDIKASIKU UNTUKMU…. Siapapun IBU kita, Dia adalah yang tercantik buat kita. Dia adalah yang terbaik untuk kita. Dia adalah anugerah Allah yang terindah bagi menghiasi hidup kita di dunia ini. Hargailah IBU dan buatlah segala-galanya untuk dia agar hidupnya berbahagia. Railah dia kerana dia selalu meraikan kita sedari kecil hingga dewasa. IBU, DIA ADALAH RATU HATIMU. WAHAI IBU, SELAMAT HARI IBU UNTUKMU.

    Wasalaam. 😀

  2. terima kasih mbak fat, tidak terasa hari ini adalah sudah hampir tujuh belas tahun saya dipanggil ibu oleh anakku yang pertama. sepertinya baru saja aku menimangnya ternyata dia sekarang sudah menuju kedewasaan. Betul sekali mbak fat senjata seorang ibu hanya kesabaran yg bisa menahklukkan hati anak-anak dan kita. tanpa kesabaran apa jadinya mereka dan kita.
    salam manis dari kudus, indodesia.

    • Selamat Hari Ibu, mbak Mintarsih…

      Bukan mudah menjadi ibu yang mithali di hati anak-anak. Banyak cabaran yang harus ditempuh untuk memastikan anak-anak mendapat kasih sayang dengan sempurna.

      Saya doakan mbak akan dimudahkan Allah dalam mengurusi anak-anak yang semakin besar dan dewasa. Setiap anak mempunyai karakter tersendiri yang harus dihadapi dengans sabar.

      Insya Allah, kesabaran dan kasih sayang itulah yang menjadikan kita disayangi anak-anak pula. Anak-anak adalah permata hati kita.

      Terima kasih atas kongsian inah dari seorang ibu dan Salam manis kembali mbak. 😀

  3. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillah…, akhirnya kita bisa bersilaturahim lagi meski lewat blog ya, Mbak. Dan, tentu, saya mengucapkan banyak terima kasih atas ucapan dan award di Hari Ibu ini. Sekali lagi, makasih banyak ya, Mbak.

    Di saat seperti ini, lagi-lagi saya penting untuk merenungkan hadits berikut:

    Dari Abu Hurairah r.a. berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah Saw. dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi Saw. menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi Saw. menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi Saw. menjawab, ‘Kemudian ayahmu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

    Semoga kita semakin dapat berbuat baik kepada Ibu kita, juga ayah kita.

    Salam hangat penuh persaudaraan dari Jogja,
    Akhmad Muhaimin Azzet

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Alhamdulillah, terima kasih atas kunjungan sahabata guru yang selalu menginspirasikan para pembacanya. Semoga kejayaan selalu mengiringi mas Amazzet dalam setiap penulisan buku yang diterbitkan. Aamiin.

      Terima kasih kembali untuk kongsian hadis Rasulullah SAW di atas. Hadis itu sangat besar ertinya kepada para ibu kerana Allah telah mengangkat darjat seorang ibu di mata seluruh manusia agar mengerti betapa besarnya pengorbanan mereka. Saya sangat terharu membaca hadis ini.

      Dan… hadis ini juga boleh dijadi hujjah kuat buat seorang ibu untuk berbahas dengan anak-anaknya yang cuba untuk “menderhakainya”

      Salam hormat selalu. 😀

  4. Assalamu’alaikum wr.wb
    Walau saya bukan ibu tetapi saya lahir dari seorang ibu dan saya punya ibu dari anak-anak saya, hehehe kangen sapaan kangen juga dengan warna tulisan yang selalu memberi keteduhan, tetapi karena saya seorang bapak saya akan menunggu sampai ada hari bapak.
    Buat bunda spesial selamat hari ibu
    Salam takzim Batavusqu

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kang Zipoer7…

      Alhamdulillah, beruntung ibu yang punya anak seperti Kang Zipoer yang selalu menghargai ibunya. Dan tentu bertuah sang isteri dan anak-anak yang punya suami dan ayah seperti Kang Zipoer yang selalu memerhati keperluan dan memberi kasih sayang kepada mereka dengan begitu baik sekali.

      Insya Allah, mudahan di Indonesia juga sudah ada Hari Bapanya seperti di Malaysia. Walau apapun, mengingati ibu dan bapa adalah setiap hari di hati kita, tentunya. 😀

      Terima kasih atas ucapan Kang Zipoer dan senang mendapat kunjungan balas dari Batawi.

      Salam hormat selalu. 😀

  5. Assalamu alaikum wr. wb.

    syukran ummi atas ucapannya, afwan, neni jadi malu rasanya, umi dahulu memberi neni selamat hari IBU,
    waahhh…. sungguh tak nyaman rasanya,

    selamat hari IBU buat ummiku yang kusayang dan kurindu karena Allah SWT
    syukran untuk segala inspirasi, motivasi serta segala kritik dan saran yang selama ini,

    ummmii, sungguh jasamu selama ini, sangat bermanfaat dan memberi pengaruh yang besar dalam hidup neni, Alhamdulillah 🙂

    pagi tadi neni habis kut seminar dengn teman PRA-NIKAH spesial hari IBU, habis tuh TARBIYAH, bahas sedikit tentang keluarga ISLAMIYAH 🙂

    salam rindu dan kangen selalu buat ummi 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Neni yang disayangi…

      Terima kasih untuk sapaan dan ucapan dari Neni. Umi senang dan bahagia. Subhanallah, rasa terharu atas perhatian dan kasih sayang Neni kepada Umi selama ini. Mudahan semuanya mendapat limpah kurnia Ilahi agar silaturahmi ini tetjalin baik hingga ke akhirat nanti. Aamiin.

      Umi juga rindu dengan Neni. Alhamdulillah, Umi sudah kembali untuk bersatu di maya ini bagi perkongsian ilmu dan pengalaman yang di lalui untuk tempoh masa yang masih diizinkan Allah swt.

      Mudahan Neni mendapat manfaat dan kebaikan dari apa yang Umi paparkan selama ini. Umi doakan Neni sukses dan sihat selalu. 😀

      Salam sayang dan rindu selalu dari Umi yang jauh namun dekat di hati Neni. 😀

  6. Assalamu’alaikum wr. wb…. !

    Selamat hari Ibu juga !

    Elna dan keluarga mengucapkan hari Ibu untuk warga negara Malaysia dan Indonesia seumumnya untuk Dunia.

    I Love you Ibu

  7. Assalamu ‘alaikum wr.wb.

    Setelah saya baca coretan yang Bunda Siti Fatimah buat, entah mengapa hatiku teringat akan Ibu saya yang sudah meninggalkan kami semua untuk selama-lamanya, 2 tahun 12 hari yang lalu saat terakhir ibu saya menghirup udara yang terakhir kalinya,

    Ya Alloh, Ya Ghafar, ampunilah dosa dan kesalahan ibu kami dan ibu-ibu yang lain yang sudah meninggalkan kita selama-lamanya, kasihanilah meraka ya Alloh, sebagaimana mereka telah mengasihani kami pada waktu kecil, terimalah amal dan perbuatan nya, dan masukkan dalam golongan Ahlul Jannah bersama Rosulluloh dan orang-orang mu’min dan muslim yang lain. Amin

    Maaf bunda malahan curhat, cuma teringat dan terharu aja atas segala pengorbanan ibu-ibu bagi kita semua.

    Wassalamu ‘alaikum wr. wb

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Aziz Purwanto…

      Didoakan ibunda mas Aziz sentiasa berada dalam kasih sayang Allah swt, diampuni segala doa dan ditempatkan dalam kalangan hamba yang solehah. Berdoalah untuk kebahagiaannya di alam sana.

      Mudahan anak-anak kita juga akan mendoakan kita sama setelah tiba saat kita dipanggil kepangkuan-NYA. Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

      Terima kasih atas kunjungan dan doa-doa yang baik buat para ibu yang masih hidup dan yang sudah meninggal. Semoga Allah swt memperkenankan segala doa-doa kita buat mereka yang berjasa dan mencintai kita melebihi cinta kita kepada mereka.

      Salam hormat. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Idah Ceris…

      Alhamdulillah, memang kita tidak dapat membalas jasa ibu sampai bila-bilapun. Jasa ibu sangat besar berbanding jasa kita kepada mereka.

      Syukurlah, jika Idah tahu bagaimana mahu membahagiakan Ibu Idah. Aktivitas yang sangat menarik untuk ibu Idah. Semoga Allah swt memudahkan segala urusan Idah melalui jasa yang ditabur buat Ibu.

      Sama-sama kembali. Maaf baru sempat ke KTP. 😀
      Salam manis dari bunda cantik. 😉

    • Hai mbak Akin…

      Doa ibu memang selalu menjaga kita, mbak.
      Doa ibu sangat dimakbulkan Allah swt. Oleh itu, mohonlah selalu restu darinya untuk kebahagiaan dan kejayaan hidup kita.

      Semoga kita dapat menjadi lebih baik dari ibu kita kepada anak-anak kita. Aamiin.

      Sama-sama kembali, mbak.
      Terima kasih dan salam mesra selalu. 😀

  8. Ass…….

    Selamat Hari Ibu untuk bunda dan para sahabat semua para kaum Ibu. Semoga di hari yang indah ini kita semua selalu mendapatkan kebarokahan dan kelancaran dari setiap urusan dan pekerjaan dalam hidup.

    Sukses selalu untuk bunda sekeluarga.
    Salam
    Ejawantah’s Blog

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra Kesuma…

      Aamiin. Ya Rabbal’alamiin.
      Terima kasih atas doa buat semua para Ibu. Mudahan jasa mereka sentiasa mengiringi kejayaan hidup kita di dunia dan di akhirat.

      Ibu adalah ratu hati yang selalu memberi hati untuk ditadah segala rasa di dalamnya. Ibu meneguk segala sengsara kita. Tidak terbalas semua derita yang ditanggungnya. Ya Allah, ampunilah ibu-ibu yang berjasa.

      Salam sukses kembali. 😀

  9. wa ‘alaikum salam warahmatullahi wabrakatuh..
    terimakasih kak atas award cantiknya.. sungguh malu rasanya hati ini.. memang jasad sudah jadi seorang ibu,,tapi seorang ibu tak hanya sekedar melahirkan juga mendidik , ini yang membuat ku malu..minta do’anya , semoga bisa menjadi ibu yang baik..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb waridhwaanuh, Ummu ElNurien…

      Subhanallah, siapapun kita sebagai ibu, sama ada baik, tegas, garang atau seumpamanya… itulah naluri dan sifat ibu. Cuma yang membezakan seorang ibu yang baik adalah ilmu yang dimilikinya selain sabar dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

      Semoga Ummu, saya dan juga semua ibu akan menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak kita. Usah risau mbak, dari kata-kata mbak, jelas mbak seorang ibu yang baik dan sejati nalurinya. 😀

      Selamat hari Ibu buat mbak. Mudahan selalu bahagia bersama anak-anak dan keluarga tersayang.

      Salam manis selalu. 😀

  10. Terima kasih telah membuat postingan khusus untuk hari ibu di Indonesia. Meski bukan orang Indonesia, saya ucapkan selamat hari ibu untuk Bu Fatimah, semoga tetap menjadi ibu yang baik bagi keluarga dan selalu berkarya dengan suatu hal yang baik dan positif pula.

    • Alhamdulillah, postingan khusus ini sebagai menghargai kebaikan yang dilampirkan selama saya berkelana sebagai sahabat maya dengan teman-teman di Indonesia.

      Terima kasih atas silaturahmi yang baik sebagai saudara serumpun dan seagama. Ternyata batas waktu dan negara bukan penghalang untuk kebaikan itu disalurkan.

      Aamiin, Ya Rabbal’alamiin atas doa dan kunjungan dari mas Muhammad. Semoga berbahagia bersama keluarga di penghujung pekan ini.

      Salam hormat. 😀

  11. Assalamualaikum wr wb sahabat yang diingati selalu

    Alhamdulillah…terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada awak kerana mengingati saya pada hari ibu ini.

    Saya ucapkan selamat hari ibu kepada ibu-ibu di Indonesia yang menyambut hari Ibu Kartini. Kaseh sayang ibu tidak ada galang ganti.

    Salam dari Singapura

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, sahabat yang baik, BintangZohra…

      Sama-sama kembali. Mudahan kita selalu mengenang jasa dan kebaikan yang dihulurkan oleh ibu tanpa mengenal penat dan payah mendidik dan memelihara kita selamanya.

      Kemeriahan sikap ibu selalu ada di hati kita. senang jika kita dapat berbakti kepada mereka dan memberi sekelumit kebahagiaan sebelum mereka tiada lagi di sisi kita. Aamiin.

      Terima kasih hadir meraikan Hari Ibu Indonesia di blog LMGS G2.
      Salam manis selalu buat Zohra. 😀

  12. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Terima kasih yang terdalam saya sampaikan atas hadiah 2 AWARD HARI IBU yang demikian indah. Sudah saya posting pada Halaman Khusus, semoga Mbak berkenan.

    Sering saya mengalami kebekuan kata-kata untuk menggambarkan sosok seorang ibu, meski hati selalu merasa betapa besar peran seorang ibu bagi kehidupan ini. Namun, tak kuasa saya menuliskannya. Barangkali bila ada umur panjang saya bisa merangkai sekedar puisi untuk “IBU”.

    Selamat Hari Ibu yang spesial untuk Mbak Fatimah, teriring doa semoga Allah Swt senantiasa memberkati setiap langkah Mbak dalam menjalani kehidupan sebagai seorang ibu.

    Salam kasih sayang selalu…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden…

      Sama-sama kembali dan terima kasih kerana sudah menyimpan untuk dihargai. 😀

      Memang tiada kata yang dapat mengungkapkan keberhasilan kasih sayang ibu yang telah menyelimuti jiwa kita selamanya. Malah jasa beliau sahaja kita tidak dapat balas dengan segala harta di dunia ini.

      Tanpa ibu dan ayah, siapalah kita. Maka, kita hendaklah bersyukur kerana mempunyai ibu yang selalu merapi kehidupan kita menjadi lebih bermakna.

      Sungguh cinta ibu tiada bandingannya. Kasihnya selalu tersebar buat anak-anak untuk diraih sepenuhnya tanpa berbelah bagi.

      Terima kasih mas Raden atas ucapan penghargaan dan doa yang dilampirkan. Semoga isteri dan ibu mas Raden juga mendapat kebaikan yang sama dari doa yang disiramkan. Aamiin.

      Salam hormat takzim. 😀

  13. Assalamu’alaikum Wr. Wb…

    Aduuuhhh…. maaf sekali Bunda, kami baru mengucapkan “Selamat Hari Ibu” untuk Bunda. Semoga Bunda selalu mendapat karunia Allah Swt agar diberi kebaikan dan kemudahan dalam menjalankan tugas-tugas sebagai ibu. Ohya, terima kasih pula atas hadiah AWARD HARI IBU, sudah kami sediakan Halaman Khusus untuk mem-posting-nya.

    Salam hormat selalu untuk Bunda…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, GaleriSiswa…

      Aamiin, Ya Rabbal’alamiin.
      Terima kasih buat doa yang selalu menenangkan hati dan menjernihkan jiwa.

      Semoga kejayaan akan terus berada di mana sahaja kalian berada.
      Terima kasih kembali atas penghargaan dan halaman khusus buat award yang dikirimkan. Rasa terharu mengetahuinya.

      Salam ceria dan sukses selalu. 😀

    • Selamat Hari Ibu
      Indonesia!

      Ada lagu bagus yg sering kukenang:
      Liriknya begini:

      Di waktu ku masih kecil, gembira dan senang
      Tiada duka kukenal, tak kunjung mengerang

      Di sore hari nan sepi….ibuku bertelut
      Sujud berdoa ku dengar namaku disebut

      Di doa ibuku, namaku disebut
      Di doa ibuku ku dengar, ada namaku disebut

      Salam Damai!

      • Terima kasih mas Maren atas ucapan dan apresiasi buat Hari Ibu.

        Lirik lagunya bagus dan memberi makna mendalam jika difahami dengan hati terdalam. Anak saya pasti selalu terkenang dengan lagu DOA SELALU yang saya nyanyikan kepada mereka sebelum tidur masa mereka kecil2 dulu.

        Semoga para Ibu selalu diredhai dan dirahmati Allah atas perjuangan dan jasa mereka. aamiin.

        Salam sejahtera dan damai selalu.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.