CT106. MEREBUT SAF PERTAMA DI MASJID NABAWI (1): NIAT DAN AZAM

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Foto 1. Foto pertama yang saya ambil dengan menggunakan kamera kompak, Olympus FE-280 di halaman terbuka kawasan solat wanita, Masjid Nabawi. Sementara menunggu azan kedua berkumandang, saya memetik 4 foto yang dilampirkan di dua posting ini. 4 foto ini (bertanda merah) , amat bersejarah  dan bermakna sebagai Subuh pertama di bumi Madinah.

****************

MENGUKIR AZAM

Alhamdulillah, kembali bertamu untuk menyingkap tabir pengalaman Travelog Hajjah (1) dan Travelog Hajjah (2) yang masih di permulaan jalan.  Perjalanan yang masih panjang menuju Makkah al-Mukarramah. Ziarah Madinah merupakan tuntutan yang disunatkan ke atas para jemaah Haji/Umrah sebelum atau selepas melaksanakan ibadah Haji/Umrah di Makkah pada bila-bila masa. 

Sampai di bilik 0909, Hotel Moltaqal al-Alam, jam Casio di tangan menunjukkan pukul 1.45 pagi. Bermakna sudah memasuki tarikh 10 Oktober 2011 (Isnin). Hari pertama di Madinah. Kepenatan sangat terasa terutama di bahagian kaki yang masih kembang dan lutut yang semakin kuat denyutannya akibat perjalanan 9 jam di dalam pesawat seperti yang saya kisahkan di CT91. 9 TIPS 9 JAM. 

Batuk mulai berkurangan setelah saya menelan sebiji pil batuk “paralgin forte”  dan sebiji pil antibiotik “clamentin 625 mg”,  yang menurut saya hanya memberi sedikit kesan melegakan untuk sementara waktu. Batuk adalah penyakit yang sangat sinonim dalam musim haji. Kisah “BATUK” akan saya tulis pada sedikit hari nanti. Sangat menginsafkan saya. Alhamdulillah, batuk banyak mengajar saya erti sabar dan mendekatkan saya kepada Allah swt.

Selain itu, kepenatan juga digandakan oleh aktiviti perjalanan menuju ibadah pertama di Masjid Nabawi pada malam pertama kaki ini menjejak bumi Madinah.  CT95. HADIAH DARI LANGIT… 30 MINIT DI RAUDHAH, menceritakan pengalaman seterusnya yang sangat mengesankan.

Dalam menahan sakit yang semakin mencengkam, saya berdoa dan berserah diri kepada Allah agar air zam-zam yang didoakan sesuai dengan keberkahannya, dapat menjadi penawar untuk menyembuh segala kesakitan tersebut. Di hati saya, hanya ada satu harapan, penuh yakin bahawa apa-apa sahaja doa yang dipanjatkan di bumi haramain ini, akan dimakbulkan Allah swt.

Sebelum tidur, saya, Kak Kasma dan Kak Senah berjanji untuk bersama-sama ke Masjid Nabi bagi menunaikan solat Subuh pertama kami di Madinah pada jam 4.00 pagi. Kami dimaklumkan bahawa jam 4.00 pagi, azan pertama akan berkumandang sebelum azan sebenar tepat pada waktunya.

Kami berbincang dan bersepakat bahawa jam 4.00 pagi itu dianggap sangat awal (masih terbawa-bawa dengan waktu di Malaysia) dan tentu orang belum ramai datang ke Masjid. Maka, dapatlah kami menempat diri di saf pertama di dalam masjid. Begitulah ikrar, niat dan azam kami – MEREBUT SAF PERTAMA DI MASJID NABAWI, selama bermukim di Madinah.

Selain itu, memastikan diri untuk istiqamah menunaikan solat berjemaah 40 waktu bagi memperolehi ganjaran besar yang dijanjikan Allah  seperti yang disabdakan oleh baginda Rasul saw:

“Satu kali solat di masjidku ini adalah lebih baik daripada 1000 kali solat di masjid yang lain selain Masjidil Haram.”  – Sahih Bukhari dan Muslim

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda:

“Barangsiapa yang mendirikan solat di masjidku ini sebanyak 40 waktu solat (secara berterusan) tanpa meninggalkan satu solatpun. Maka dituliskan untuknya keselamatan (pembebasan) daripada api neraka, bebas daripada azabnya dan bebas dari bahaya nifaq (munafiq) – Riwayat Tabrani

Akhirnya saya tidur dengan lena, penuh rasa aman dan bahagia menyelubungi jiwa raga setelah apa yang dihadiahkan Allah kepada “tetamu-NYA yang paling istimewa” ini di malam pertamanya di bumi Madinah al-Munawwarah. Terima kasih, Ya Allah

ALHAMDULILLAH WA SYUKRULILLAH

****************

PERSIAPAN DIRI

Sebelum mata terlelap, saya berniat dan berdoa kepada Allah swt agar “dibangunkan” pada jam 3.00 pagi. Saya tidak mempunyai alat yang dapat membangunkan saya dari tidur. Saya tidak ada telefon bimbit dan belum dibeli lagi. Saya hanya bertawakal dan berserah kepada Allah swt. Hati sangat berharap Allah mendengar dan memperkenankan doa saya. Subhanallah, tepat jam 3.00 pagi, saya benar-benar terbangun dengan mudahnya. Alhamdulillah.

Saya merencana untuk bangun lebih awal dari tiga teman sebilik supaya tidak tergesa-gesa dan dapat bersiap dengan selesanya. Saya berniat untuk membaca al-Quran sementara menunggu Kak Kasma dan Kak Senah.  Ayat al-Quran yang sudah dibaca sejak dari Sarawak kini berada di juzuk ke 13, surat Yusuf. Bacaan tersebut saya lanjutkan ke tanah suci untuk di khatamkan. Niatnya khatam di Masjidil Haram, Makkah sahaja. Tidak pernah terlintas langsung mengkhatamkannya di Masjid Nabawi.

Alhamdulillah, pertemuan dengan KHAHANISAH MOHAMMAD telah mengubah segalanya. Akhirnya saya khatam al-Quran pertama kali di bumi Haramain, Masjid Nabawi pada 15 Oktober 2011 (Sabtu). Khahanisah memaklumkan bahawa dia berhasrat khatam al-Quran di Masjid Nabi. Subhanallah, sebuah peninggalan indah untuk dikenang di bumi Madinah ini. Tentu sekali saya tidak mahu ketinggalan dan amat teruja sekali dengan usaha murni ini. Terima kasih. Semoga Allah merahmati hidupmu, Nisak.

Kembali ke zaman silam,  19 tahun yang lalu (tahun terakhir), saya dan Khahanisah belajar di bawah payung Akademi Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Dia di Fakulti Syariah dan saya di Fakulti Usuluddin. Kami menetap di asrama YPM (Yayasan Pelajaran Mara), Lembah Pantai Kuala Lumpur. Tidak menyangka, Allah pertemukan kami di dalam Masjid Nabawi yang barakah. Solat dalam satu saf pertama yang sama. Satu tulisan khusus akan saya tulis untuk KHAHANISAH. 😀

Dataran payung “Bunga Kembang Pagi” dilalui terlebih dahulu sebelum memasuki halaman terbuka kawasan solat wanita di sebelah utara menuju ke Masjid Nabawi di hadapan. Kelihatan di sana pagar kecil berwarna emas memisahkan antara dua kawasan tersebut sebagai pintu masuk ke kawasan solat wanita. Benteng batu dibina sebagai pagar besar mengelilingi halaman terbuka kawasan solat wanita. Sangat luas. Lelaki dilarang masuk.

*************

DEBARAN

Selesai mengemas diri, teman-teman bilik mulai bangun dan tanpa sebarang masalah, masing-masing bertolak ansur untuk memudahkan segala urusan. Saya bertuah mempunyai teman sebilik seperti Kak Kasma, Kak Senah dan Mastika. Banyak perkara dibincangkan bersama secara ramah dan mesra. Walau baru pertama kali bersama, kami sudah menjadi akrab bagai keluarga. Saling mengingati, pesan memesan dan nasihat menasihati. Saya menyakini, doa yang dipohon untuk mendapat teman sebilik yang baik telah dimakbulkan Allah. Alhamdulillah.

Saya menjadi sumber rujukan teman sebilik berhubung hal agama setelah saya “terpaksa” mendedahkan identiti pekerjaan saya apabila Kak Senah “menyiasat” dengan persoalan yang bertubi-tubi. Sebelum itu, saya maklumkan sebagai guru sahaja. Saya berbuat demikian untuk mendekatkan persahabatan, menjalinkan kemesraan dan tidak kekok bergaul sesama kami kerana Kak Kasma dan Mastika adalah suri rumahtangga sepenuh masa, manakala Kak Senah pula adalah Ketua Jururawat. Saya lebih senang dikenali sebagai orang biasa yang lain. 

Menurut saya, jawatan sudah tidak ada lagi di bumi Haramain ini. Yang ada adalah kesetaraan sebagai hamba Allah yang tujuannya sama-sama untuk melaksanakan kewajiban yang disyariatkan dalam Rukun Islam. Kerana tidak mahu “berbohong”, saya memohon harap dari Kak Senah, Kak Kasma dan Mastika agar mereka sahaja yang mengetahui identiti saya. 

Setelah siap berkemas, jam 3.50 pagi, saya, Kak Senah dan Kak Kasma beriringan meredah cuaca sejuk dini hari di bumi Madinah dengan harapan yang besar untuk menempat diri di saf pertama dalam Masjid Nabi. Kami tidak sabar untuk menunaikan solat Subuh berjemaah yang pertama di sana. SPH sudah dimaklumi awal akan keberangkatan kami dan mengizinkan saya bersama-sama Kak Senah dan Kak Kasma. Setelah solat dhuha, kami berjanji akan bertemu di depan pagar pintu 16, Omar al-Khattab.

Cuaca terasa sejuk ketika kaki saya menjejak keluar dari pintu utama bangunan hotel Moltaqa. Suhunya menurun serendah 22 darjah selsius. Dingin menyelinap ke seluruh tubuh dan hangat terasa kemudiannya apabila langkah kaki semakin cepat meredah segala bangunan hotel yang tinggi mencacak langit menuju ke Masjid Nabi.

Hati saya berdebar-debar bersama langkah yang kian laju. Tidak terfikir akan segala kesakitan yang melanda semalam. Semuanya berjalan lancar kerana tumpuan hanya ke Masjid Nabawi diiringi gema zikrullah dalam hati tanpa henti bersama harapan yang tinggi. Ketika sampai dataran pertama – dataran payung “Bunga Kembang Pagi” – saya memberi salam kepada Rasulullah saw,

ASSALAAMU’ALAIKA YA RASULULLAH,

“Ya Rasulullah, aku datang kepadamu dengan seluruh cintaku yang rindunya tak tertahan lagi”

Foto 2. Satu kejutan menyaksikan betapa ramainya manusia di dataran kawasan solat wanita kerana malam tadi jam 1230 -1.00 pagi, kami baru keluar dari Masjid Nabawi, tidak kelihatan ramai manusia di Masjid Nabawi. Kerana itu saya beranggapan jemaah haji masih belum ramai yang sampai ke bumi Madinah. Sungguh, 30 minit di Raudhah, hadiah terindah dari Allah buat saya. Alhamdulillah.

****************

KECEWA

Sesampainya kami di pintu 16, Omar al-Khattab,  kami terpana menyaksikan pemandangan yang menakjubkan di hadapan kami. Ribuan manusia masih berkeliaran ke sana sini dengan pantas mencari ruang untuk melabuhkan diri di dataran pertama yang banyak tiang lampu di sekitarnya. Dua hari kemudian baru tahu, tiang lampu itu adalah payung “Bunga Kembang Pagi”. Kedengaran suara azan pertama mula berkumandang dengan gema yang menggetar hati setiap pendengarnya.

“Masya Allah, ramainya orang, Kak” kata saya. “Malam tadi, tidak pula kelihatan manusia sebanyak ini.” sambung Kak Kasma pula. “Masih adakah tempat dalam Masjid ni. Di mana kita hendak solat ? tanya Kak Senah pula. “Mari kak, di depan itu, saya lihat ada papan tanda kawasan solat wanita.” jelas saya. Saya bergegas memimpin tangan Kak Kasma, diikuti Kak Senah berjalan ke sebelah kiri pintu 16 dan memasuki kawasan solat wanita setelah melalui pagar kecil berwarna emas sebagai pemisah antara dataran payung dengan kawasan solat wanita.

Hati saya berdebar-debar dan sangat kecewa kerana tidak ada ruang untuk memasuki masjid. Kelihatan dari jauh, saya melihat beberapa wanita berpurdah dan berjubah hitam mengawali beberapa kawasan laluan ke pintu masuk masjid. Terdapat tali-tali pita dipasang sepanjang laluan menuju lorong ke arah barisan saf yang ditentukan. Tetapi ramai jemaah yang melangkaui tali pita tersebut untuk memasuki saf yang mereka kehendaki.

Kedengaran di sana sini, suara-suara teriakan mereka memenuhi ruang angkasa memarahi bakal hajjah yang tidak mematuhi arahannya. Saya menyesali cara melayani “tetamu Allah” sebegitu rupa. Saya hairan dan takjub melihat pemandangan “kekasaran” yang kurang beradab itu. Siapakah mereka ?  Beberapa jam kemudian, saya dimaklumi mereka adalah polis wanita Arab Saudi. Di beberapa kesempatan, saya, Kak Senah dan Kak Kasma juga tidak terlepas dari menerima layanan seperti ini. Masya Allah, sungguh indahnya sabar ketika itu.

Namun tidak dinafikan, ada keterpaksaan dalam tindakan mereka yang cuba saya fahami sedikit demi sedikit. Bukan mudah mengendali jutaan jemaah haji dengan pelbagai tingkah. Pening kepala dan boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Di bahagian lelaki, sikap polis lelaki tidaklah “seteruk” layanan polis wanita. Saya tidak pernah mendengar suara teriakan polis lelaki dalam mengendalikan jemaah haji lelaki. Informasi ini saya perolehi melalui SPH dan pengalaman saya ketika berada di saf pertama wanita, berdekatan dengan saf lelaki yang hanya dipisahkan oleh dinding ukiran kayu.

Inilah halaman terbuka solat wanita, jika lambat sampai tidak akan dapat memasuki Masjid Nabi. Kelihatan dari jauh ada 5 pintu masuk. Semua pintu akan dikawal oleh 2 orang polis Arab Saudi yang berpakaian abaya hitam dan berpurdah. Setelah pemeriksaan ketat di pintu, barulah dibenarkan masuk ke dalam Masjid.

***************

HARAPAN

Saya menarik nafas panjang dan berfikir bahawa niat serta azam kami untuk menempatkan diri di saf pertama dalam masjid tidak mencapai objektifnya. Mahu ke laluan pintu masuk sahaja sudah ditutup kerana penuh. Akhirnya, kami menyelit-nyelit diri mencari ruang di halaman terbuka kawasan solat wanita sambil melangkah saf-saf sedia ada dengan memohon maaf untuk diberi laluan.

Mata saya liar memerhati pemandangan luas di depan untuk mencari tempat menghamparkan sejadah kami. Masih banyak ruang kosong yang menunggu untuk dipenuhkan di halaman terbuka kawasan solat wanita ini. Saya mendapati sebahagian lantainya dilitupi marmar putih yang sejuk untuk memantulkan kepanasan dan yang lainnya dengan batu ubin. Ketika memijak lantar marmar putih itu terasa dingin meresap ke kaki.

Sebagai orang yang telah dipilih menjadi ketua, tentu saya berperanan memastikan kedua teman saya merasa selamat dan selesa. Tambah lagi Kak Kasma, orangnya jenis kelam kabut dan mulutnya tidak berhenti-henti bercakap. Saya selalu ketawa memerhatikannya dan senang menyikapi tingkah Kak Kasma yang usianya hampir 60 tahun itu. Kalau dia marah dan merungut terhadap sesuatu yang tidak disukainya, saya akan berusaha menenangkannya. 

Berlainan dengan Kak Senah, 50 tahun. Orangnya tenang dan sporting. Banyak memberi nasihat kesihatan dan perihatin jika kami sebilik dilanda sakit. Saya mengganggap mereka berdua sebagai orang tua saya di bumi Haramain ini. Saya mengasihi mereka. Saya selalu mendoakan mereka berdua dimudahkan Allah dalam melaksanakan urusan ibadah mereka.

Pernah dua kali bertemu Kak Kasma setelah pulang dari Makkah. Beliau menceritakan bahawa dia selalu menyebut-nyebut kebaikan saya dalam membimbingnya semasa di Madinah kepada keluarga dan teman-teman yang ditemuinya apabila ditanya tentang kehidupan selama menunaikan haji. Beliau memaklumkan, beruntung dan bersyukurnya dia dipertemukan dengan saya. Banyak perkara dia belajar dari saya terutama belajar IQRAK di Masjid Nabawi. Saya sangat terharu mendengarnya sedangkan usaha bantuan saya hanya sedikit sahaja. Alhamdulillah.

Setelah kami mendapat tempat untuk membentang sejadah, kami duduk dengan tenang dan masing-masing rasa kecewa tidak dapat masuk solat di dalam masjid. “Tak apa, Kak. Nanti solat Zohor kita usaha lagi agar dapat solat di dalam masjid.” pujuk saya apabila, Kak Kasma dan Kak Senah meluahkan rasa kecewa mereka.

Kamera kompak OLYMPUS FE-280, 8 megapixel, yang saya guna untuk mengukir panorama indah di bumi Madinah dan Makkah.

Sementara menunggu azan kedua berkumandang pada jam 5.00 pagi, berbekalkan kamera kompak, Olympus FE-280, 8 megapixel, saya sempat mengambil 4 foto pemandangan di halaman terbuka Masjid Nabawi sebagai tanda kenangan Subuh pertama di bumi Madinah. Kemudian menunaikan solat tahajjud dan  berdoa penuh harapan dengan sayunya meluahkan rasa kecewa di hati,

“Ya Allah, perkenankan kami untuk dapat solat di dalam masjid Nabi-Mu selepas ini. Aamiin.”


****************

22 Mei 2012 (Selasa)/ 1 Rejab 1433H/ 9.40 malam – Sarikei, Sarawak

AKU…. adalah HAMBA ALLAH yang hanya inginkan kehidupan bahagia di dunia dan akhirat. Tiada cinta yang INDAH selain cinta Allah yang tidak pernah mendustai hamba yang mencintai-NYA seluruh hati. Ya Allah, jika dunia ini dilimpahi sejuta hiasan yang memukau mata, aku tetap akan memilih-MU sebagai sumber perhiasan yang mencantikkan akhlakku. Jika bumi ini disirami selautan berlian yang menenggelamkan dunia jiwa, aku tetap memilih-MU sebagai sumber kekayaan  yang menenangkan jiwaku. Hidup dan matiku hanya untuk-MU. Jadikan aku, hamba-MU yang selalu bersyukur. Ya Allah.  Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

WALAU JAUH PANDANGAN MATA…. NAMUN DI HATIKU TETAP BERSUA

26 thoughts on “CT106. MEREBUT SAF PERTAMA DI MASJID NABAWI (1): NIAT DAN AZAM

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb….

    SALAAM dari nyanyian Sami Yusuf yang Indah dan menyentuh hati.
    DEDIKASIKU UNTUKMU….

    Semoga semua mendapat keredhaan Allah dalam membudayakan salam bagi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

    Ya Rasulullah, Salaam alaika.
    Aku merinduimu dan mengharap pertemuan denganmu. Aamiin.

    Wassalaam. 😀

  2. Asslaamua’laikum warahmatullaahi wabarakaatuh Bunda
    saya belum khatam-khatam nih baca Al-qurannya 🙂 semoga bulan ini khatam 🙂
    ramai sekali ya mereka yang mengejar saf pertama,

    yang laki-laki mgapa ga berteriak karena emang jarang berteriak, kalau perempuan kan memang hobinya itu 😀

    Salam hangat, sehat selalu ya Bunda

    • Wa’alaikum slaam wr.wb, Ardian…

      Alhamdulillah, saya sehat dan didoakan Ardian juga demikian sama. Aamiin.

      Insya Allah, jika niat dan keinginan untuk menyelesaikan bacaannya, pasti akan khatam juga bulan ini. Harus punya semangat yang teguh untuk melaksanakannya kerana syaitan amat suka melengahkan manusia untuk berbuat baik. Mudahan tercapai hasrat baik itu. Aamiin. 😀

      Emangnya perempuan suka berteriak ya. Pasti Ardian pernah diteriak perempuan. hehehe.

      Terima kasih Ardian.
      Salam hangat kembali. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Dhila…

      Aamiin… insya Allah, berdoa dan berusahalah untuk bisa sampai ke sana. Semuanya atas niat dan keinginan kita. Allah selalu memerhati doa hamba-NYA.

      Semoga Dhila juga memperolehi barakah dari Allah. 😀

      Terima kasih.
      Salam manis dari bunda. 😀

  3. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarkatuh…Subhanallah ..hasil ukiran kameranya bagus, ada suasana khusyu …..moga mendapatkan berkah dari Allah….salam ukhuwwah.

    • Wa’alaikum salaam warahmatullahi wabarkatuh, Aisyah…

      Terima kasih atas apresiasinya.
      Aamiin, mudahan kita semua beroleh barakah Allah dalam kehidupan ini. 😀

      Salam kenal dan slam ukhuwwah.
      Senang menerima kunjungan Aisyah. 😀

  4. Sallu alaika, sallu alaika, sallu alaika Ya Rasulullah saw.

    Assalamualaikum wr wb Fatimah, semoga syafatnya berlimpah-limpah kepada mereka yang menziarah beliau. Berbahagialah kepada siapa yang dapat berkumpul dengan beliau di hari kemudian di tempat yang sebenar-benarnya kita kembali.

    Saya di sini hanya dapat menumpang bahagia apa yang awak rasakan di sana, dah tak tau apa lagi yang hendak diluahkan disini.

    Salam mesra dari saya yang jauh,
    Zohra, Singapura.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, sahabatku Zohra…

      Aamiin… demikianlah doa kebanyakan jemaah Haji/Umrah ketika sampai ke sana. Sebuah keinginan untuk selalu dekat dengan Rasulullah dan mendapat syafaat dari baginda Rasul Saw.

      Hehehe… sukar untuk membaca hati orang lain, tapi saya yakin Zohra juga rindu untuk melalui apa yang telah saya dan mereka yang pernah ke sana lalu. Demikianlah perasaan saya dahulu. Rindu yang amat sangat.

      Memberi sokongan terhadap tulisan-tulisan saya pun sudah mencukupi.

      Terima kasih atas kunjungannya.
      Salam mesra dan manis selalu. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi….

      Alhamdulillah, mudahan nanti kalau giliran mbak ke sana, pengalaman ini bisa membantu menunjukkan sedikit jalannya. 😀

      Terima kasih mbak.
      Salam mesra dari saya. 😀

  5. semua orang ingin merasakan berada di saf pertama ya kak, tapi kurasa janganlah rsa kecewa itu berkepanjangan, itu hanyalah tempat bukan ?
    yang penting adalah khusuknya sholat

    pengalaman akak yang mendetail ini insya Allah kan jadi panduanku bila ada rejeki ke tananh suci

    • Hai mbak Monda yang baik…

      Iya mbak, semua orang berebut-rebut mendapat saf pertama. Satu nikmat yang tak terhingga jika saf pertamanya di Masjid Nabawi dan di Masjidil Haram. Memang khusyuk yang kita selalu harapkan dalam setiap solat kita, tetapi nikmat khusyuk lebih terasa berada di saf pertama, apabila niat itu tercapai. Alhamdulillah.

      Sebenarnya mbak, saya memang selalu mencari peluang dan bersungguh-sungguh berada dalam saf pertama dalam solat walau di mana tempat solat yang saya berada di dalamnya.

      Semoga bermanfaat dan terima kasih atas ingatannya mbak, saya senang menanggapinya. Insya Allah, hasrat mbak tentu sedang dalam perhatian Allah kini. Aamiin.

      Salam manis di penghujung pekan. 😀

  6. Salam alaikum w rahmatullahi w barakatuh, Mbak Fatimah yang disayang Allah..
    Semoga Mbak dan keluarga senantiasa dalam naungan rahmat dan kasih sayang-Nya dan kelak di akhirat mendapat sungging senyum Rasulullah saw. aamiin.

    Duh.. postingan-postingan mengenai perjalanan di tanah suci ini selalu menggetarkan dan membuat iri, Mbak.. 😦

    Jujur, saya juga ikut kecewa begitu membaca bagian yang Mbak dan rekan-rekan gagal salat di saf pertama, bahkan tidak di dalam masjid. Pastinya getaran di saf pertama itu lain ya, Mbak..

    Mbak, mohon doanya agar saya pun bisa mengikuti jejak Mbak melancong ke tanah kelahiran akidah kita. Aamiin.

    Silaturahim tersambung selalu dari blog sarang,
    Adam Troy
    Pontianak-Bandung, Indonesia 😀

    • A’alaikum salaam wa rahmatullahi wa barakatuh, mas Muxlimo.

      Aamiin… Ya Rabbal ‘alamiin. Subhanallah, Saya dan keluarga semuanya sihat dalam lindungan Allah swt. Terima kasih untuk doa yang dilampirkan bersama. Didoakn mas Muxlimo dan keluarga di sana juga demikian sama.

      Alhamdulillah, senang menerima kunjungan mas Muxlimo yang sudah lama tidak didengari khabar beritanya. Pasti sibuk sedang melanda sehingga ruang untuk BW semakin kurang. Tidak mengapa kok, hadir sahaja jika punya ruang waktu yang bersahabat. 😀

      Memang kecewa mas, kerana saf pertama mempunyai kelebihannya tersendiri sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

      “Andaikata mereka tahu apa yang terdapat di dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara berundi di antara mereka, pasti mereka mahu mengundinya. Andaikata mereka tahu apa yang terdapat di dalam hal melakukan sembahyang, pasti mereka berlumba-lumba mendapatkannya. Andaikata mereka tahu apa yang terdapat di dalam sembahyang Isya dan Subuh, pasti mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak”.

      (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

      Insya Allah, akan saya tulis tentang kelebihan dalam saf pertama dalam posting akan datang dan tentu sekali ada perbezaan antara perempuan dan lelaki dari beberapa permasalahannya.

      Insya Allah, saya doakan mas Muxlimo akan sampai ke sana dengan jemputan Allah pada waktu yang telah ditetukan-Nya. Berdoa dan berusaha adalah tindakan yang mempercepatkan ke arah tersebut.

      Biasanya bila ke tanah haramain ini kita tidak menyebutnya melancong, mas. Tetapi disebut Ziarah. kerana ziarah Madinah dan Makkah termaklum di dalamnya ibadah yang disunatkan (Umrah) atau wajib (Haji). Wallau’alaam.

      Salam hormat dan mesra selalu. 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Mila…

      Mudahan apa yang dilampirkan dalam kehidupan musafir ini bisa dinikmati sebagai panduan untuk memudahkan perjalanan akan datang dan diharap diganjari Allah sebagi usaha kecil dalam berbagi ilmu. Aamiin.

      Terima kasih, Mila atas sokongan dan semangatnya.
      Salam manis selalu. 😀

  7. Bunda
    blue datang dan sihat seklai hari ini……….
    oya bunda,sepertinya bukan mereka saja yang ingin berebut tetapi blue juga pasti ingin merebut saf pertama jika berada disana.amien
    kalau jumatan saja blue selalu ingin yang ada di barisan saf pertama tetapi sellau kalah dan berada di saf kedua……….
    bunda,sennag rasanya blue sellau dapat ilmu tambahan dan pengetahuan dari tulisan tuulisan bunda …..terima kasih bajyak budnaku tersayang
    salam hangat dari blue
    semoga bunda sekeluarga tetap sihat selalu..amien.

    • Hai nanda Blue…

      Alhamdulillah, bunda dan keluarga semuanya sihat di sini. Senang mengetahui nanda Blue dalam kondisi yang sihat wal’afiat. Semoga kesihatannya akan berterusan baik dan bisa membawa langkah kehidupan yang lebih ceria dan bersemangat.

      Hehehe… saf pertama menjadi rebutan kerana fadhilannya sangat besar dan saf pertama inilah saf para malaikat. Kerana itu, jika mereka tahu akan kelebihan saf pertama , maka mereka akan berusaha memperolehinya. Bukan semata-mata untuk seronok (suka) di saf pertama ya. 😀

      Terima kasih nanda Blue atas penghargaan dan sokongan buat bunda selama penulisan ini mengukir katanya di laman yang sederhana ini. Mudahan pengalaman bunda bisa menjadi teladan dan sempadan untuk bekal Blue ke sana nanti. Insya Allah.

      Salam hangat kembali dari bunda dan selalu ada doa buat nanda di sana. 😀

  8. Senang ya bisa bu bisa mendapatkan shaf pertama untuk sholat nabawi. Pastinya akan menjadi sesuatu yang mengharukan karena bisa meresapi makna bertemu dengan Ilahi Rabbi dengan kekhusyukan yang tinggi. Tapi tidak dipungkiri juga bahwa banyak yg untuk mendapatkan shaf pertama tersebut melakukan segala hal yang kadang merugikan orang lain. Semoga kita terhindar dari sifat sedemikian.

    • Hai Ifan Jayadi…

      Senang menerima kunjugan dari Ifan. Didoakan sihat dan bahagia selalu. Ada khabar baru, ya Fan. Ditunggu khabar gembiranya. Insya Allah.

      Iya, sangat senang kalu bisa mendapat saf pertama di Masjid Nabawi dan Masjidl Haram . Kalau di masjid di mana-mana juga demikian sama. Tidak dinafikan saf pertama punya kelebihan yang hebat sekali kerana ia adalah saf para malaikat.

      Lalu kerana itu, ramai yang berlumba-lumba dan sanggup berbuat apa sahaja untuk menempat diri si saf pertama sehingga perlu dibuat undian jika dikehendaki. 😀

      Di posting akan datang saya akan bicarakan tentang keutamaa saf pertama ini dan kenapa semua orang berebut mendapatkannya.

      Terima kasih, Ifan untuk komentarnya.
      Salam ceria selalu.

  9. Pingback: Page not found « LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.