CT164. CABARAN HAJI (13): HAJI MUDA

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

HajiMudaFatima1HajiMuda

Foto di Dataran Masjidil Haram – bahagian belakang. Ini adalah bangunan untuk BERSAIE, di dalamnya terdapat Bukit Safa (berhampiran) dan Bukit Marwah (jauh ke hadapan). Di bawah bangunan ini terdapat BABUS SALAAM di mana Imam Haramain akan masuk melalui salah satu pintu yang terus menuju ke Kiblat Kaabah (Pintu Kaabah).

*

Dalam posting CT161. CABARAN HAJI (11): HAJI TUA saya telah menjelaskan beberapa cabaran yang akan dihadapi oleh Haji Tua jika tidak mempunyai persediaan yang rapi. Di sini saya mengingatkan, cabaran yang sama  akan berlaku kepada Haji Muda jika mengambil ringan usaha perjalanan rohani yang hebat ini. Saya juga menjelaskan definisi Haji Muda adalah dirujuk kepada mereka yang berumur 55 tahun dan ke bawah (awal umur baligh).

 

KELEBIHAN HAJI MUDA

Memang banyak kelebihan yang ada pada Haji Muda dibandingkan Haji Tua. Kelebihan ini amat bermakna untuk melatih diri dengan kesabaran, meningkat iman, bertaubat dan banyak masa untuk melaksanakan ibadat kepada Allah Yang Maha Bijaksana. Kesempatan yang ada pada umur yang dianggap mempunyai jasmani yang “memberansangkan” dalam menghadapi aktiviti mencabar harus diguna semaksimum mungkin untuk meraih ibadah dan keredhaan Allah SWT.

1. SIHAT TUBUH BADAN

Menunai haji dalam keadaan tubuh sihat dan cergas, tentu memberi sejuta harapan untuk dapat melakukan kerja-kerja haji dengan bersemangat dan bersungguh-sungguh. Haji Muda yang disahkan sihat tanpa sebarang penyakit kronik, wajib bersyukur atas kurnia Allah SWT. Walaupun sihat, tetapi penjagaan kesihatan mesti diambil berat sepanjang perjalanan haji di bumi barakah itu kerana penyakit-penyakit bawaan udara dan cuaca panas, mudah menghinggap kepada sesiapa sahaja.

Haji Muda mampu bergerak pantas ke mana-mana destinasi, walaupun penat tetapi bersemangat. Pengalaman saya dan SPH yang sentiasa ingin meneroka segenap persekitaran bandar Madinah (berhampiran Masjid Nabawi) dan persekitaran Masjidil Haram, Makkah menggambarkan pelakuan aktif dengan sikap tidak mahu duduk diam sahaja di hotel. Setiap hari kami berusaha untuk melakukan ibadah solat di dua masjid mulia itu tanpa rasa jemu kecuali apabila saya uzur syar’ie.

Sihat dan cergas menjadikan Haji Muda mampu melakukan banyak aktiviti tahan lasak seperti tawaf di dalam keadaan sesak, melontar jamrah, bersaie dan aktiviti luaran yang memerlukan tenaga seperti mengikuti aktiviti Ziarah Madinah, Ziarah Makkah dan Ziarah Jeddah yang benar-benar memberi peluang untuk mengenali sedikit tentang budaya penduduk, gaya hidup dan tempat-tempat bersejarah.

Jasmani sihat menjadikan segala gerak kerja cepat dan mudah menjaga diri sendiri. Malah mampu membantu jemaah haji lain yang memerlukan pertolongan. Dalam banyak headaan, Haji Tua selalu mengharap bantuan dari Haji Muda. Maka, ringankan tulang sebagai satu dari cara kita mensyukuri nikmat Allah SWT sepanjang berada di Tanah Suci.

HajiMudaFatima2UmrahWajib19102011rabuSaya dan SPH memilih melaksanakan Haji Tamattu’ dengan berniat Umrah dahulu pada bulan-bulan haji dan melaksanakan semua amal ibadah berkaitan dengan umrah sebelum menunaikan ibadah haji dengan membayar Dam Tamattu’. Umrah ini merupakan Umrah Wajib bagi kami kerana pertama kali menunaikan Umrah di Tanah Suci. Alhamdulillah.

*

2. SUKA MENGAMBIL RISIKO

Haji Muda selalu merencana aktiviti yang memberi kebahagiaan “maksimum” dalam setiap perjalanan haji yang dilakukan. Haji Muda jarang bergantung harap kepada sesiapa. Mereka mahu melakukan sendiri apa yang menarik perhatian mereka untuk diterokai sebagai satu kepuasan dalam beribadah dan beriadah.

Mereka lepas bebas dari perhatian dalam peraturan yang disediakan oleh pihak Tabung Haji setelah mereka tahu dan mahir dengan seluk beluk persekitaran yang bakal di tempuh. Haji Tua biasanya selalu bimbang akan keselamatan dan kebajikan mereka berbanding Haji Muda yang lebih bersifat proaktif.

Bagi Haji Muda, keinginan untuk mengetahui sesuatu perkara dengan mengambil “risiko” memberi cabaran yang dapat meningkatkan kesabaran, kekuatan dalaman dan tahu apa yang perlu dilakukan setelah berfikir semasak-masaknya. Seperti cadangan SPH membawa saya melontar jamrah setiap hari pada waktu kemuncak iaitu di waktu dhuha (sekitar jam 8.00 pagi berangkat dari khemah).

Ketika ini, puluhan ribu manusia bertali arus memasuki Terowong Moaisim sejauh 1 km sehingga ke tempat melontar. Debaran tidak terkata melihat lautan manusia namun bersemangat apabila laungan talbiah dan takbir silih berganti. Bulu roma merinding akibat dari panggilan roh jiwa-jiwa yang sedang mencari redha Tuhan Yang Maha Esa memanggil penuh syahdu dalam derapan kaki yang menghentak bumi. Allahu Akbar

Haji Muda mempunyai semangat yang meruap-ruap untuk lebih cepat dan tidak bertangguh-tangguh dalam melaksanakan pekerjaan mereka. Jarang mengalah dengan risiko yang dihadapi. Belum cuba belum tahu dan pengalaman mesti dirasai. Pengalaman bertawaf pada waktu kemuncak haji memberi rasa yang tidak dapat digambarkan debarannya. Ketika itu rasa bergantung kepada Allah SWT amat tinggi. Risiko terjatuh dan dipijak manusia tidak dapat dielak jika tidak mempunyai kekuatan tenaga dan semangat untuk mengharung lautan manusia.

Tanpa berbincang dengan saya, SPH menolak tubuh saya ke dalam kawasan padat manusia untuk menghampiri dinding Kaabah menuju ke Hajarul Aswad. Katanya berusaha untuk mencapai Hajarul Aswad jika diizinkan Allah SWT. Kerana terkejut, saya hanya berserah diri kepada Allah. Hati saya berdebar kuat dan hanya mengikut dengan anggukan setuju. Memang saya pernah menyatakan hasrat kepada SPH agar kami dapat bertawaf pada waktu kemuncak haji. Ketika itu SPH hanya berdiam diri sahaja. Setelah itu saya tidak mengulangi hasrat itu lagi.

Sambil bertawaf, saya merasakan kaki saya tidak menginjak bumi. Badan saya seakan terangkat dan melayang ke hadapan akibat dari rempuhan manusia. Saya takut tetapi menguatkan hati dengan berani supaya selamat dalam tolakan dan rempuhan ribuan manusia. Sambil kepala mendongak ke langit, mulut saya terkumat kamit memohon pertolongan Allah dan membaca doa-doa semasa tawaf sehingga selesai.

Alhamdulillah, tawaf dapat dilakukan dengan sempurna walaupun tidak sampai ke kawasan Hajarul Aswad. Inilah pengalaman “paling dahsyat”, bertawaf  di waktu kemuncak haji. Saya fikir, selepas ini saya lebih memilih untuk bertawaf di kawasan lapang (kurang sesak). 😀

HajiMudaFatima3TawafKemuncakHaji

Begini keadaan Dataran Kaabah apabila bertawaf pada waktu kemuncak. Sangat sesak dan dipenuhi puluhan ribu manusia. Kawasan padat adalah berhampiran Hajarul Aswad dan Hijr Ismail. Oleh itu, jika ingin bertawaf berhampiran Kaabah pastikan kesihatan diri dalam keadaan baik dan kuat fizikal. Rempuhan dan kecepatan arus manusia boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini boleh berlaku. Banyakkan berzikir dan berdoa kepada Allah SWT sepanjang ibadah bertawaf.

*

3. FIKIRAN CERDAS DAN POSITIF

Saya melihat ramai Haji Muda yang mempunyai pemikiran cerdas dan positif apabila menghadapi sebarang permasalahan. Berbeza dengan Haji Tua terutama segelintir para hajjah yang selalu merungut, marah-marah, tidak sabar, minta dilayan cepat dan malas untuk beribadah ke masjid dengan alasan jauh, penat, sakit kaki, lenguh tubuh, suami tidak mengajak untuk berjalan sama dan pelbagai alasan. Akhirnya, Hajjah Tua lebih senang duduk di hotel sepanjang masa, beribadah bila masuk waktu dan “shopping” apabila ada peluang dan wang di saku. 

Alangkah ruginya jika kehadiran kita di Tanah Suci hanya dengan berdiam diri di tempat penginapan sahaja. Namun saya mengkagumi Nenek Dairah (77 tahun) yang bersemangat tinggi untuk berusaha beribadah di Masjidil Haram bersama anak lelakinya. Jarang saya melihat Nenek Dairah mengeluh dengan perjalanan yang jauh kerana lelah dan penat.

Peristiwa di bumi Mina ketika hendak melontar Jamrah Kubra (hari pertama) sungguh mengusik hati saya apabila Nenek Dairah setia menunggu anaknya sehingga ke tengah hari dalam keadaan sudah siap  bagi membawa beliau untuk melontar. Tetapi kasihan, tunggu dan tunggu, anaknya tidak juga kunjung tiba untuk menjemput beliau.

Saya mengambil inisiatif berjumpa dengan petugas Tabung Haji untuk mencari anak Nek Dairah. Saya bimbang, anak beliau lupa pada ibunya yang sedang menunggu dengan sabar separuh hari. Melalui pengumuman di khemah petugas Tabung Haji, Ismail (anak Nek Dairah) ditemui dan saya memaklumkan bahawa emaknya belum lagi melontar Jamrah Kubra. Rupanya Ismail tidak dapat bertemu ibunya, disebabkan sakit kepala dan tertidur kerana penat.

Alhamdulillah selepas solat Zohor, Nek Dairah bersama dengan Ismail menuju ke Jamrah Kubra untuk melaksanakan lontaran pertama bagi menghormati Mina. Saya berasa sangat senang hati dan bahagia kerana dapat membantu Nek Dairah.

Sebaik melihat kelibat Nek Dairah di dalam khemah sekembali melontar, saya terus memeluk dan mencium pipinya kerana merasa gembira melihat beliau tersenyum lebar walaupun dalam keadaan penat. Saya tahu, beliau sangat bahagia dan pastinya tiga hari kemudian, Nek Dairah menyempurnakan semua lontaran yang diwajibkan dalam haji.

Subhanallah, saya dapat merasa nikmat membantu orang lain di Tanah Suci diganjari Allah SWT dengan kemudahan dalam segala urusan ibadah dan kehidupan sepanjang di bumi Haramain. Bukan ingin “membangga diri” – wal’iyazubillah-, tetapi itulah yang saya lalui di mana selalu ada kemudahan dan pertolongan yang Allah SWT beri kepada saya dan SPH  sama ada secara terus mahupun bantuan orang lain yang tidak disangka-sangka.

Sungguh saya dan SPH diraikan sebagai “TETAMU ALLAH PALING ISTIMEWA” selama di sana. Terima kasih Ya Allah. Saya selalu menangis mengingati perhatian Allah SWT ini.

HajiMudaFatima5LontarJamrahKubraPertama

Hari Pertama di Mina – melontar Jamrah Kubra sebagai tujuan menghormati Mina. Perjalanan menuju Jamrah mengambil jarak 6 -10 km (pergi-balik) jauhnya dari khemah masing-masing. Kuatkan semangat dan berbahagialah dalam melakukan ibadah melontar kerana Allah SWT, pasti jarak sejauh itu tidak terasa lelahnya. Malah menyihatkan pula. Saya turun beberapa kilo selama di Mina kerana perjalanan ini. 😀

*

4. MENDALAMI ILMU

Keyakinan diri yang tinggi dan pemahaman yang luas dalam pengetahuan berhaji akan menjadikan segala proses haji berjalan lancar dan berkesan. Haji Muda dan  masih berusia muda berpotensi mempunyai kecerdasan minda yang segar dan mudah menerima ilmu jika mempunyai keinginan untuk mendalami ilmu.

Setiap bakal haji seharusnya suka mendalami ilmu berkaitan haji. Pelaksanaan haji jika dilihat dari teori dan pembacaan sangat mudah dilakukan. Tetapi apabila sampai kepada amali dan perlakuan sebenar, proses haji bukanlah perkara yang mudah. Ia memerlukan kepada kefahaman yang jitu dan kesungguhan bagi menguasai apa yang dipelajari sebelum ini.  

Saya dan SPH sangat suka menghadiri mana-mana majlis ilmu yang diadakan oleh pihak Tabung Haji di Madinah atau di Makkah. Ceramah ini diadakan setiap malam selang sehari bagi setiap KT yang bermukim di Hotel Sevilla Barakat dengan tajuk yang sama. Saya menghadiri hampir semua ceramah tersebut untuk mengulangi ilmu yang telah diceramahkan sebelum ini.  Menurut saya, isi ceramah mungkin berbeza walaupun tajuknya sama kerana input tentu akan diperbaharui.

Saya suka membuat pemerhatian tentang kehadiran para haji dan hajjah di setiap ceramah. Kehadiran biasanya tidak menggalakkan kerana ramai yang tidak hadir sedangkan jumlah setiap KT beratus orang. Dari jumlah hampir 500 orang satu KT, yang hadir tidak sampai 200 ratus orang. Keadaan ini sangat menyedihkan kerana pihak Tabung Haji Malaysia berusaha membimbing semua jemaah haji sehingga ke Tanah Suci, walaupun kursus-kursus haji telah dijalankan di Tanah Air.

Malah teman sebilik saya, jarang menghadiri ceramah ini walaupun sudah saya maklumi. Namun begitu saya akan berkongsi ilmu kepada mereka keesokan hari berkenaan ceramah yang saya hadiri.  Sungguh rugi jika kita sudah diberi kemudahan untuk mendalami ilmu di Tanah Suci, tetapi tidak digunakan sebaiknya.

HajiMudaFatima4CeramahHajiSevilla2011

Beginilah kehadiran jemaah haji setiap kali diadakan ceramah. Lengang. Sambutannya sangat kurang sehingga dapat dihitung jumlah yang hadir. Ceramah diadakan di tingkat bawah hotel (under ground) Sevillah Barakat, Makkah. Menghadiri setiap ceramah yang dianjurkan oleh pihak Tabung Haji Malaysia adalah sangat penting untuk memantapkan ilmu semasa di Tanah Haramain. Jangan lepas peluang keemasan dengan pelbagai alasan untuk tidak hadir. Sangat rugi.

*

CABARAN HAJI MUDA

Untuk membincangkan CABARAN HAJI MUDA, memerlukan satu posting lain kerana Haji Muda mempunyai cabaran tersendiri yang sangat menarik untuk diceritakan. Kebiasaannya, Haji Muda sering dikaitkan dengan “keinginan” yang pelbagai sehingga menimbulkan banyak peluang untuk “digoda syaitan” melalui aktiviti yang boleh melalaikan ibadah di Tanah Suci. 

“Ya Allah, lindungilah aku dari hal-hal yang  merugikan ibadahku di Tanah Suci.”

****************

21  April 2013 (Ahad)/ 21 Jamadil Akhir 1434H/ 9.29  malam – Sarikei, Sarawak

AKU…. mengerti bahawa di setiap kemahuan yang ingin diraih pasti ada seratus cubaan yang akan didatangkan Tuhan untuk menguji kesabaranku. Di setiap keinginan yang hendak dicapai ada seribu dugaan yang dihimpunkan Tuhan untuk menilai keteguhan hatiku. Disetiap kehendak yang menjadi hasrat untuk dicipta kejayaannya pasti ada sejuta cabaran yang ditanam Tuhan dalam perjalananku ke arah impian untuk menjadi KENYATAAN. Asal berani bermimpi segalanya mungkin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

RinduFatima3a

SETIAP HARI NAMAMU MENJADI ZIKIR HATIKU MENJADIKAN HIDUPKU INDAH DAN DAMAI

*

Dedikasiku Untukmu…. perlukah kita berpisah hanya kerana seucap kata yang menyentuh rasa. Lalu musim bunga yang dilalui, gugur seluruh kelopaknya tanpa meninggalkan wangi seharum cuma. Ketahuilah… rindu padamu selalu hadir saat sunyi itu menyapa.  Doaku tidak pernah menjauh buatmu. Wassalam. 😀

*

33 thoughts on “CT164. CABARAN HAJI (13): HAJI MUDA

  1. Alhamdullillah, jika kita bisa berhaji pada waktu muda tentu amat membahagiakan karena fisik kita pada saat itu masih kuat. Kita bisa melakukan banyak hal, terutama ibadah dengan lebih teratur. Tetapi akan sangat disayangkan, apabila setelah berhaji tersebut, tidak banyak amalan yang dilakukan.

    Namun, biasanya waktu muda, banyak sekali godaan yang dihadapi dalam kehidupan sehari-hari. Banyak hal yang ingin dicoba karena merasa mumpung masih ada kesempatan. Lingkungan sekitar juga kadang menjadi hal yang bisa membuat kita terseret apabila tidak mampu menyaringnya dengan baik. Akibatnya, kita sering berpikir : Ah, nanti saja berhaji. Kan bisa dilakukan pada waktu tua dan alasan-alasan lainnya.

    Yang tidak kalah mengenaskan adalah apabila setelah berhaji, kelakuan kita malah tidak mencerminkan nilai-nilai keislaman, tentu akan menjadi sesuatu yang negatif. Untuk itu benteng diri untuk tetap berakhlah baik setelah berhaji patut selalu dielu-elukan. Wassalam

    • Salam Ifan…

      Menunaikan haji semasa muda banyak memberi kelebihan seperti sebahagian yang saya tulis di atas. Secara fizikal keberuntungan atas aktiviti lasak memberi haji muda tidak bermasalah untuk menempuhnya.

      Saya bersetuju dengan apa yang Ifan nyatakan di atas. Ada baiknya kita menilai kehidupan setelah berhaji juga apakah semakin baik dan bertambah bertakwa atau masih tetap seperti kehidupan lama, sebelum berhaji. Jika demikian halnya, pasti ada yang tidak sempurna kita lakukan sehingga tidak berubah menjadi lebih baik.

      Hakikatnya, nilai-nilai murni dan kemantapan akhlak yang baik, bukan bermula dari pulang haji tetapi semestinya bermula sebelum mengerjakan haji kerana apa sahaja yang menjadi kebiasaan kita sebelum berhaji akan memberi impak kepada perlakuan kita selepas haji.

      Haji mabrur tidak dapat dilihat semasa proses pelaksanaan haji di Tanah Haramain. tetapi haji mabrur dapat dilihat melalui aktiviti kehidupan selepas berhaji yang tentunya mempunyai impak besar kepada perubahan selepas berhaji.

      Mungkin kerana belum mampu meninggalkan tabiat atau kebiasaan kehidupan harian yang bercanggah dengan syariat, malah takut jika berhaji awal terpaksa meninggalkan kehidupan sebelum ini, menjadikan ramai yang tidak berkeinginan menunaikan haji dalam usia muda dan memberi alasan akan bertaubat apabila usia sudah tua. Masya Allah.

      Kita maklumi bahawa Allah SWT Maha Penyayang dan Pengampun serta mampu membolak balik hati manusia dengan sekelip mata. Apa yang harus kita fahami bahawa tujuan berhaji adalah semata-mata mencari keredhaan Allah SWT bukannya pada title yang hendak dikejar sepulang dari haji. Mudahan Allah menerima segala amalan baik kita di mana-mana kita berada.

      Terima kasih Ifan atas konsian berbobot yang mencerahkan. Didoakan Ifan akan dapat menunaikan haji dalam usia muda dan bertambah takwa bagi menjadikan kehidupan ini lebih Islami. Aamiin.

      Salam sejahtera. 😀

  2. Assalamu’alaikum Wr. Wb….

    Semoga Mbak Fatimah beserta keluarga senantiasa sehat wal afiat, dalam lindungan Allah Swt. Lama betul saya tak berkunjung ke LMGS G2, ternyata sudah banyak tulisan yang muncul, yang selalu menebarkan manfaat bagi sesama.

    Sebenarnya kalau sekedar melihat-lihat tampilan-tampilan baru di LMGS G2 ya selalu saya sempatkan. Namun untuk meninggalkan jejak, ternyata tidak semudah itu karena saya harus membaca isi tulisan yang ada. Sementara beberapa hari ini, waktu untuk berlama-lama membaca sangat tidak memungkinkan karena adanya persiapan para siswa menempuh ujian akhir. Alhamdulillah, sekarang para siswa telah menyelesaikan ujian dan saya sudah bisa menikmati tulisan Mbak Fatimah.

    Betul Mbak, banyak kelebihan haji muda, di samping kesehatan yang lebih prima, kemudahan menyerap ilmu, keberanian untuk mengambil risiko, dan beberapa yang lain. Namun di balik semua itu, tentunya ada pula kelemahannya. Mungkin kemantapan hati bagi sebagian haji muda bisa pula terjadi. Belum lagi gencarnya godaan bagi mereka. Meski begitu, dengan kemantapan iman dan takwa, hal itu bukanlah masalah yang berarti.

    Terima kasih Mbak, telah berbagi ilmu yang penuh manfaat.
    Salam hormat dan takzim untuk Mbak Fatimah sekeluarga…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Raden….

      Alhamdulillah, dalam kesibukan dengan tugas keguruan dan bakti kepada anak bangsa, mas Raden masih sempat berkunjung kemari dan sudi membaca apa yang disajikan. Semoga beroleh barakah dan manfaatnya di kemudian hari. Aamiin.

      Selain kelebihan yang ada pada Haji Muda, tetapi tidak menyangkal juga kelebihan Haji Tua (yang di awal 55-65 tahun) yang masih mampu cergas dan cerdas, terdapat cabaran lain yang melingkungi Haji Muda sehingga memperlihatkan kelemahannya jika tidak mampu mengawal diri menghadapi situasi tersebut baik secara jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

      Insya Allah, akan saya tulis cabaran-cabaran Haji Muda berdasarkan pengalaman sendiri dan pemerhatian yang dilalui. Mudahan kita semua akan mendapat panduan dan mengekalkan niat berhaji sepanjang berada di Tanah Suci. Aamiin.

      Terima kasih kembali mas Raden kerana sudah berbagi di sini. Semoga dirahmati Allah SWT dengan kesihatan yang baik dan sukses selalu.

      Salam hormat takzim. 😀

    • Alhamdulillah, terima kasih mbak Ely.
      Mudahan kita sama-sama dapat menambah wawasan untuk lebih menyediakan diri menjadi muslimah solehah dan hamba Allah SWT yang taat. Aamiin.

      Salam mesra selalu. 😀

  3. Assallamualaikum,

    Tiap merapat kesini pengetahuan saya tentang haji selalu bertambah. Banyak keuntungan kalau naik hajinya selagi muda ya Mbak Fatima..Terima kasih atas ilmunya 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Alhamdulillah, memang niat di hati ingin berkongsi pengalaman berhaji untuk menjadi pengajaran dan panduan kepada teman-teman pembaca yang belum ke sana sebagai persediaan agar lebih mantap dan berilmu apabila di Tanah Suci.

      Sama-sama kembali mbak. Saya doakan mbak juga akan menunaikan haji dalam usia muda. Insya Allah dan Aamiin.

      Salam manis selalu. 😀

    • Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Mudahan bermanfaat buat semua yang membacanya.

      Didoakan mas Doel dan keluarga juga dirahmati Allah SWT dan dilimpahi rezeki yang luas dalam barakah-NYA. Aamiin.

      Terima kasih mas Doel atas doa dan kunjungan kemari.
      Salam hormat selalu. 😀

  4. lihat fotonya, sepertinya saya tak berani tawaf di dekat ka’bah itu Kak…

    iya usia muda lebih bagus melakukan ibadah haji, karena mempunyai banyak kemampuan, tapi sepertinya yang muda juga banyak cobaannya ya, yang datang dari dalam diri mereka sendiri? Allahu a’lam.

    • Sungguh menakutkan saat berada dalam kawasan padat bertawaf itu, mbak. Hanya kepada Allah SWT sahaja tempat bertawakal dan memohon perlindungan serta keselamatan. Tubuh mesti sihat dan kuat untuk menongkah arus manusia yang mahu cepat menyelesaikan tawafnya.

      Jika mahu merasai pengalaman bertawaf waktu kemuncak, silakan mencubanya sekali untuk seumur hidup. begitulah keinginan saya dahulu. 😀

      Alhamdulillah, setelah melalu dan merasai betapa sesak nafas ini dibuatnya, saya memilih untuk tidak bertawaf di kawasan sesak lagi. Lebih selesa bertawaf di kawasan lapang dengan hati yang tenang, biarpun jauh perjalanannya. Yang penting keselamatan diri terjamin baik.

      Terima kasih mbak sudah berkunjung.
      Salam manis selalu. 😀

    • Mungkin disebab itulah agaknya, mereka yang berusia muda “tidak berani” untuk menunaikan haji, dibimbangi tidak mampu mengawal nafsu duniawi. Bagi saya, itu hanya alasan yang memenangkan nafsu dari iman. Setan tentunya gembira dan bahagia kerana manusia dapat dipedayakan.

      Jika hati sudah mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW dengan kecintaan yang tulus dan kukuh, apapun nikmat dunia tidak lagi menjadi tumpuan dan sapaan. Hanya hati yang masih mencintai dunia sahaja selalu rasa berat untuk meninggalkannya. Dunia sangat indah dimatanya.

      Semoga kita terpelihara dari keinginan yang menuntun jalan kemaksiatan.

      Terima kasih mas Zainal atas komentar yang mencerahkan.
      salam hormat. 😀

  5. emm … bukan tidak berminat untuk turun ke surau mendengar ceramah .

    Haji dan hajjah Muda selalunya sentiasa sibuk terisi masanya untuk mengejar solat 5 Waktu di Masjidil Haram atau Nabawi.

    Haji dan Hajjah Muda bangun seawal 1 pagi untuk ke mesjid Bertahajjud baca Quran dan terus sehingga subuh . Balik dari Mesjid sekitar pukul 8.pagi setelah bersarapan . Berehat seketika sehingga pukul 11 pagi sebelum ke mesjid semula untuk Zohor dan Asar .

    Ceramah di Maktab selalu nya di buat disebelah pagi sekitar 9- 10 pagi. kami dah terlelap dan nak berehat sekejap pada masa itu.

    Memang banyak kelebihan kepada haji dan hajjah Muda . Syukur saya dan isteri dijemput menjadi tetamunya pada Musim 1435 / 2014 .

    Haji Muda -tak perlu menunggu Tabung haji untuk melaksanakan Umrah pertama , Melontar dsb. Biasanya Haji& Hajjah Muda lebih berdikari…

    Haji dan hajjah Muda juga berpeluang untuk membantu dan meringankan beban Haji dan hajah senior yang jauh dari anak anak dan sangat sangat memerlukan bantuan kita…

    Alhamdulillah … Syukur Ya Allah ..

    • Alhamdulillah, dengan kudrat yang masih sihat diberikan kepada Haji Muda yang tentunya amat disyukuri telah memudahkan banyak urusan dalam beribadah. Oleh kerana itulah, amat digalakkan mengerjakan Haji dalam usia muda sementelah masih sihat.

      Nampaknya aktiviti saudara Sheikh dan isteri sama juga dengan yang kami lakukan semasa di Madinah dan Makkah. Cuma di Makkah, kami pergi ke Masjidil Haram sekitar jam 3.00 pagi. Biasanya selepas sarapan dan melakukan sedikit rutin pagi, kami akan tidur sekejap sebelum pergi semula ke Masjidil Haram untuk ibadah seterusnya.

      Memang ada ceramah diadakan waktu pagi di hotel tempat saya menginap dahulu. Jadual itu dilakukan mengikut KT. Biasanya akan ada satu lagi ceramah di waktu malam sekitar jam 9.30 malam dengan tajuk yang sama bagi kumpulan KT yang lain pula.

      Terima kasih atas kunjungan dan sudah berkongsi pengalaman Haji Muda di ruangan ini. Semoga haji mabrur selalu melingkungi kehidupan saudara Sheikh dan isteri di dunia dan akhirat. Aamiin.

      Salam hormat dan diberkati Allah SWT. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.