CT16. MENGAPA GURU TIDAK CEMERLANG ?

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh


Pencapaian pelajar banyak bergantung kepada inisiatif guru dalam menyampaikan sesuatu ilmu dan pengetahuan. Namun tidak dinafikan faktor-faktor lain seperti ibu bapa, persekitaran, media masa   dan media pendidikan juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar.

Tugas hakiki guru adalah mengajar, mendidik, memberi adab, menunjuk cara dan pelbagai lagi fungsi yang akhirnya menjurus kepada penyucian diri seorang manusia kepada pencerahan ilmu yang bermanfaat daripada tidak tahu kepada tahu, buta huruf kepada celik huruf. Nah ! sekarang, guru harus berbangga dengan apa yang dilakukannya.

Tetapi…guru jangan hanya berbangga kepada pelajar yang berjaya dengan cemerlang sahaja, tanpa merujuk kepada segelintir pelajar lain yang masih tercicir usahanya untuk meningkatkan keupayaan diri menuju destinisi yang mereka impikan.

Mengapa masih ada pelajar yang ketinggalan jauh di belakang dan tercicir dari rakan-rakan mereka yang berjaya itu ? Persoalannya ? Adakah pelajar ini tidak pandai, tidak bijak dan malas  ? atau gurunya yang tidak mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu yang boleh dikuasai dalam menarik minat pelajar kepada pengajaran dan pembelajaran guru ?


Tidakkah guru mengambil inisiatif lain yang boleh meningkatkan prestasi pelajar ? atau guru sudah berputus asa ? Berapa ramai guru yang betul-betul diistilahkan sebagai “GURU SEBENAR GURU – KE SEKOLAH TIDAK JEMU MENGAJAR TIDAK LESU”. Maka guru jangan mudah melenting, marah atau cuba menimbulkan pelbagai helah bela diri apabila banyak situasi demikian diutarakan oleh pelbagai pihak.

Ya…..pelbagai pertanyaan mungkin akan timbul dalam benak dan fikiran para ibu bapa yang mengharapkan kejayaan anak-anak yang dihantar ke sekolah untuk menuntut ilmu sepanjang hari dari pagi hingga ke petang, namun hasilnya masih tidak seberapa. Guru harus rasional, profesional dan berfikiran terbuka apabila kreadibiliti mereka digugat dan dipersoalkan.

Maka di sini, cuba kita fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku kepada diri guru dalam profesion perguruan mereka. Ciri – ciri yang menonjolkan sifat tidak cemerlang segelintir para guru, seharus tidak dibiarkan berleluasa menjadi duri kepada orang lain, menitikkan nila ke dalam air sebelanga dan menconteng arang kepada semua wajah yang tidak berkenaan.

Saya ingin berkongsi dengan teman pembaca melalui daya fikir Dr. Tuah Iskandar, seorang pakar motivasi dalam penulisan beliau dengan mengariskan beberapa ciri guru yang tidak cemerlang iaitu :

1. TIDAK PANDAI MENGAJAR : BUKAN SEMUA GURU TIDAK PANDAI MENGAJAR, TAPI TIDAK SEMUA GURU PANDAI MENGAJAR.

Kata-kata ini merujuk kepada ramainya guru bukanlah dilahirkan dengan bakat-bakat tertentu untuk muncul sebagai seorang guru dalam erti kata yang sebenarnya. Terbukti semakin ramai guru di sekolah semakin banyak pula pusat tuisyen tumbuh merata-rata. Mengapa ini berlaku ? Pelajar yang kurang cemerlang di sekolah, apabila mendapat tuisyen di pusat-pusat ini kembali dengan keputusan-keputusan peperiksaan yang memberangsangkan. Itu salah satu bukti betapa sesetengah guru sekolah tidak pandai mengajar, sudah tidak minat mengajar atau sudah tewas mengajar.

2. TIDAK PANDAI MENGUASAI

Seorang guru perlu menguasai bidangnya, bukan dia dikuasai oleh bidangnya itu. Guru yang dikuasai oleh bidangnya adalah seorang yang malas mencuba, dia mengikut sahaja rentak yang sedia ada. Tiada daya usahanya untuk mencuba sesuatu yang baru yang boleh diertikan sebagai profesionalismenya dalam bidang berkenaan. Guru yang tidak pandai menguasai juga adalah guru yang gagal sebelum perjuangan sebenar. Murid mungkin akan mula tidak ambil perhatian terhadap pengajaran guru dan tidak mustahil mereka mula mempermainkannya pula.

3. TIDAK PANDAI BERLAKON

Seorang guru perlulah menjadi seorang pelakon yang baik, apa lagi kalau dia mengajar di sekolah rendah, dia perlu banyak berlakon dalam memukau perhatian murid-muridnya. Dia bukan sekadar mengajar mata pelajaran yang dikhususkan kepadanya mengajar, tetapi melakonkan mata pelajaran itu.Seorang guru bukanlah guru yang baik kalau ilmunya banyak tetapi setiap kali dia berada di hadapan murid dia menjadi seorang yang membosankan, murid mungkin hilang tumpuan, mengantuk atau mungkin juga tertidur dengan nyenyaknya.

4. TIDAK KREATIF

Mengajar adalah satu cabang seni yang memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu. Seorang guru perlu kreatif dalam menjalankan tugasnya. Guru kreatif sentiasa ada idea baru untuk mencorak pengajarannya. Suka mempelbagaikan gaya pengajaran, pendekatan, memikirkan kaedah dan teknik yang menarik untuk menyampaikan ilmu agar pelajar memahami apa yang diajarnya. Penggunaan bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar menjadi satu kemestian bagi pelaksanaan aktiviti pelajar agar wujud pembelajaran bersama atau kolaborasi yang menimbulkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.


SECARA TESISNYA, apa yang cuba diutarakan oleh Dr. Tuah Iskandar di atas, membayangkan kepada umum bahawa sebenarnya tugas guru bukan mudah. Tugas guru penuh cabaran, perlukan kekuatan dalaman, ikhlas, rela hati, sayangkan pelajar, minat mengajar yang sebenar-benarnya dan pelbagai lagi kewajaran yang menunjukkan banyak pengorbanan yang perlu diambil jika mahu bergelar seorang guru. Menjadi guru bukan tugas main-main, bukan sekadar mendapat ganjaran di hujung bulan.

*

SalamFatima3SalamFatima  8 Oktober 2010 (Jumaat)/ 1230 pagi, Sarikei, Sarawak.

AKU…. yang selalu menghargai jasa guru-guruku yang telah membentuk diri ini menjadi manusia berguna untuk nusa dan bangsa. Harapanku, jejak bertapak mereka akan ku selusuri agar pelajarku juga mendapat kebaikan yang sama aku perolehi hasil kecerdikan dan kesungguhan guru-guruku terdahulu. Semoga Allah mengampuni dan merahmati semua guru yang pernah menitipkan ilmu kepadaku walau hanya sepatah perkataan. Amiin…. Ya Rabbal’alamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

CikguFatima1Cemerlang

*

BERBURU KE PADANG DATAR
DAPAT RUSA BELANG KAKI

BERGURU KEPALANG AJAR
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI


93 thoughts on “CT16. MENGAPA GURU TIDAK CEMERLANG ?

  1. Assalamualaikum wr wb…
    Apa kabarnya Bunda.., setelah sekian lama libur panjang tdk sempat ngeblog karena kesibukan , maka mohon maaf jika baru skrang sempat berkunjung…..

    Ada istilah dalam bahasa jawa , guru artinya digugu lan ditiru.., yaitu segala ucapan dan tindakan seorang guru adalah menjadi suri tauladan bagi murid muridnya.., dan lebih dari itu dapat pula menjadi contoh bagi masyarakat di sekitarnya.

    • Wa’alaikum salaam Wr. Wb. Mas Cahyo…
      Alhamdulillah… saya sihat dan tenang. Didoakan mas Cahyo juga demikian. Inda apa-apa mas, kunjungan ini sudah menyenangkan. Harapan, agar silaturahminya terjalin baik untuk hari mendatang.

      Iya… guru itu adalah digugu dan ditiru. Guru adalah role model dalam apa tindakan yang dipelajari pelajar. semoga para guru memahami peranan dan tugas mereka dalam membentuk negara bangsa.

      Salam mesra dan kembali bergabung dari saya. 😀

  2. Salam perkenalan Puan Fatimah.

    Saya suka baca artikel ini. Gaya bahasanya yang baik & menjaga tatabahasa bahasa kita.

    Selain itu, artikel ini benar2 memberi banyak pengajaran kepada saya. Saya adalah guru STAM sementara & kini tugas ini sudah sampai ke penghujungnya. Habis STAM maka tamatlah tugas sementara saya ini.

    Namun begitu, saya sering terfikir2kan para pelajar saya. Adakah mereka dapat menerima segala apa yang diajar. Risau kerana banyak kelemahan pada diri saya ini di dalam mengajar. Walau bagaimanapun, saya akan berusaha lebih baik & habis baik jika diberi peluang untuk mengajar lagi.

    i’Allah, saya akan menyambung pengajian saya ke peringkat seterusnya. Doakan saya. Aamiin.

    Terima kasih kerana artikel ini.

    Salam maju jaya. 🙂

    • Hadi Rofiee…Salam kenal kembali dari saya.
      Alhamdulillah, terima kasih atas penghargaannya. Senang dapat berinteraksi dengan para guru di maya.

      Maaf ya, saya kurang makna STAM itu. Boleh dijelaskan AKRONIM bagi STAM. Tahniah atas sumbangan dan jasa Cikgu dalam mendidik pelajar selama ini. Mudahan ilmu yang dihulur memberi seribu jalan keluar menuju destinasi jaya.

      Antara kebaikan sifat guru, apabila dia selalu risau akan pengajarannya diterima atau tidak oleh pelajar. Hal ini memberi semangat dan ruang yang lebih jauh untuk guru berusaha menambahbaik diri dan persediaan mengajarnya. Melalui latihan, aktiviti dan ujian yang dijalankan, Cikgu dapat membuat evaluasi kepada hasil pembelajaran yang hendak dicapai.

      Terima kasih Cikgu Hadi kerana sudi singgah sejenak menyantap sajian ilmu keguruan yang dihidangkan di wadah ini. Mudahan Allah memberi kejayaan kepada Cikgu. Amiin.
      Salam mesra dari saya. 😀

      • Salam sejahtera.

        Oh ya, STAM itu adalah Sijil Tinggi Agama Malaysia. 🙂 Peperiksaannya cuma tinggal 1 minggu sahaja lagi.

        Terima kasih banyak2 kerana perhatian, pandangan & semangat yang diberikan. Sesungguhnya sudah pasti ia akan lebih mematangkan diri saya yang muda ini. :mrgreen:

        Terima kasih sekali lagi. Semoga dapat terus berhubung dengan Puan.

        Salam maju jaya.

        • Alhamdulillah…
          Terima kasih Hadi atas penjelasannya. baru saya faham. Sama-sama kembali. Insya Allah, orang muda semangatnya sangat tinggi. Maka capailah impianmu setinggi bintang di langit untuk meraih segala ilmu Allah dengan keberanian dan kepercayaan diri.

          Silakan Cikgu Hadi. Saya senang sekali dapat bertukar fikiran dengan para guru yang bersemangat waja. Semoga berjaya. salam mesra selalu. 😀

          • Terima kasih banyak2 Puan.

            Walaupun tugas saya sebagai guru sementara ini sudah sampai ke penghujungnya, namun pengalaman daripadanya sungguh bermakna. Banyak pengajaran diperolehi daripada situ.

            Terima kasih sekali lagi kerana kata2 semangat ini. 🙂

            • Hai Hadi…
              Terima kasih banyak juga ya kerana betah kemari. Mengharapkan kongsian ilmu juga fikrah yang bermanfaat. Tugas guru tidak pernah ada “sementara” nya, Hadi.

              Guru adalah kalimah seumur hidup untuk sesiapa yang pernah menuturkan kebaikan atau keburukan bagi menompang dan mencorak putih atau hitam hidup seseorang insan di bawah pengajarannya walau hanya dengan satu ayat.

              Semoga pengalaman sementara yang diperolehi, bakal membuahkan hasil yang banyak untuk mereka yang ditemui pada masa depan. Insya Allah. beruntunglah anak murid mempunyai guru seperti hadi nanti. semoga berjaya dengan pengalaman baru sebagai pembelajar ilmu yang tegar.

              Selamat malam dan salam harmoni.
              terima kasih kerana banyaknya terima kasih. Satu ucapan yang menyenangkan. 😀

    • Inda apa-apa Pak Mursyid.
      Terima kasih atas kunjungan yang selalu menyenangkan. Mudahan silaturahmi akan tetap terjalin baik untuk kesejahteraan dunia pendidikan antara dua benua.

      Salam keguruan yang unggul buat sahabat guruku, Pak Mursyid. Semoga sukses dengan aktivitas pendidikan di sana. 😀

  3. terima kasih postingannya, bunda. saya sangat bangga menjadi seorang guru. tugas2nya langsung bersentuhan dg peserta didik yang kelak akan menjadi generasi pewaris bangsa. semoga makin banyak guru yang kreatif sekaligus inspiratif.

    • Pak Sawali…
      Alhamdulillah, saya juga berbangga dapat bersahabat dengan guru seperti Pak Sawali yang punya ciri-ciri Guru sebenar Guru: ke sekolah tidak jemu, mengajar tidak lesu. Mudahan kita bisa mengangkat martabat profesion perguruan menjulang di atas pentasnya yang mulia.

      terima kasih sudi mampir kemari walau sibuk melanda. Semoga sukses selalu dalam perjuangan dunia pendidikan.
      Salam dini hari dari Sarikei, Sarawak. 😀

  4. Assalaamu’alaikum kak..
    Saya bersetuju dengan semua tulisan akak seperti diatas. Memang mengena pada personaliti sesetengah guru. Tapi saya percaya sikap guru yang akak bincangkan itu tadi adalah lahir dalam zaman millenium ini. Sebabnya mereka ‘terpaksa’ memilih profession perguruan waima tidak berbakat dalam bidang tersebut. Lebih teruk lagi guru yang akak maksudkan ini tidak berminat langsung memperbaiki kelemahan sendiri. Berbeza dengan guru2 yang lahir sebelum mereka. Inilah akibatnya bila mengajar tanpa disertai dengan minat yang mendalam dan niat yang ikhlas. Mengajar hanya dianggap seperti pekerjaan bukannya satu tanggungjawab.

    • Wa’alaikum salam adikku…
      Benar… sepanjang pengalaman sebagai pensyarah di IPG, kebanyakan yang berlatih memang mengakui tidak dan kurang berminat dengan bidang keguruan. lantaran tiada pilihan kerjaya yang sesuai dan kerjaya guru dilihat lebih mudah walau tidak semudah yang disangka setelah mereka meneroka alamnya, akhirnya ada yang kecewa dan tertekan.

      Guru seperti inilah yang ramainya tidak cemerlang di sekolah, lalu anak didik menjadi mangsa ketidakcemerlangan tersebut. Apa yang berlaku, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

      fenomena ganjaran yang besar yang diberi kepada guru yang mengajar di pedalaman meningkatkan tahap ketidakinginan ke arah kecemerlangan lantaran mengejar wang yang banyak sehingga sampai kini boleh dibilang dengan jari sekolah atau pelajar dari pedalaman yang menjadi cemerlang. semoga guru-guru di Malaysia sedar akan tanggungjawab mereka yang besar untuk membentuk negara bangsa yang unggul sesuai dengan Wawasan 2020.

      Salam manis dari akak selalu. 😀

  5. Wah, sebagai seorang guru saya merasa bangga dengan postingan Bunda, meskipun belum bisa berperan seperti yang diharapkan, tetapi paling tidak ada upaya untuk selalu berinovasi agar proses pembelajaran lebih pada menyenangkan daripada penegangkan. Salam persahabatan selalu dari kota Pekalongan

    • Mas Teguh…
      Senang mendapat kunjungan kang guru yang sangat kreatif ini. Saya juga berbangga mempunyai sahabat guru seperti mas teguh yang sangat prihatin akan kemenjadian peserta didiknya dengan membina pelbagai BBM yang berasaskan teknologi multimedia agar mereka cepat faham dalam pembelajaran.

      Semoga usaha kita yang bersungguh2, bisa menjadi contoh teladan kepada guru pemula dan yang masih mulai melangkah beberapa tapak ke depan. Syabas buat Mas Teguh. Mudahan selalu sukses dalam kerjaya guru ini dan diredhai Allah SWT. Amiin.

      Salam persahabatan keguruan dari saya. 😀

  6. Assalamualaikum Wr. Wb ..

    Selamat siang Bund …

    q punya bakat jd guru yg baik Bund, Q bisa jd pelakon buat murid2 yg mash kecil, Q jg bisa kreatif agar murd2 tak bosan, Q bisa jd teman mereka curhat agar mereka tak menjadikan q sebagai guru yg kiler dan di takuti … Sayangnya q bukan guru Bund, q tidak sekolh di perguruan yg bisa menjadikan q seorang pengajar ..

    Salam hangat selalu dr Jakarta …

    • Wa’alaikum salaam Wr. Wb. Fitr4y..
      Selamat malam.
      Terima kasih sudah berkongsi ide yang menarik. maafi bunda kalau bunda bertanya akan huruf Q/q @ Qiu (bunyinya) itu ? makna apa ya. Bunda kurang menanggapi akan huruf itu dalam perkataan yang ditulis oleh Fitr4y. Harap maklumi bunda agar bunda tidak salah faham akan pengertiannya.

      Untuk menjadi guru,tidak semestinya harus sekolah di perguruan Fitray. Perguruan adalah tempat untuk perlatihan ilmu perguruan secara formal dan tidak semua orang terpilih ke sana hatta mereka yang tidak berminat jadi guru juga bisa terpilih kerana kelayakan akademik. Kita juga tidak bisa mengetahui sejauh mana cinta mereka kepada bidang keguruan semasa sesi interview.

      Setelah dalam latihan baru kita dimaklumi tujuan mereka memilih bidang ini. Lalu kerana itu, kerjaya guru bakal menempuh cabaran kerana mempunyai guru sedemikian.

      Untuk jadi guru sebenar guru itu… sifatnya adalah di hati. Gerak hati mencintai kanak-kanak dan dunia pendidikan tidak dipunyai oleh semua orang kecuali mereka yang benar mencintainya. usah sedih Fitray.. jadilah guru kepada mereka yang ada dilingkungan dengan nasihat yang baik dan menunjang didikan melalui semangat yang tinggi untuk mereka berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. itulah peranan guru yang hakiki.

      Selamat berjaya dan berhasil dalam mengejar cita-cita dan impian hidup Fit. Salam manis dari bunda. 😀

        • Selamat sore Ari…
          Wah… koq ada gelar “bukan guru betulan”. lalu namanya guru jadi-jadian ya ? hehehe.. lucu benar Ari ini. Boleh jelaskan lagi, biar saya bisa faham duduk sebenar Ari dalam bukan guru betulan itu.

          Terima kasih duluan buat Ari. 😀

          • dulu saya sering ikut kegiatan organisasi, sering dipilih sebagai ketua, jadi posisinya harus bisa jadi teman, dan lain sisi harus bisa berwibawa gitu bu..hehe…sehingga bukan guru betulan, cuma jadi-jadian, hehe
            salam

            • Hai Ari…
              Alhamdulillah… itu juga namanya guru. Walau tidak punya sertifikasi khas guru, namun jika mengajar walau satu huruf berkaitan dengan ilmu dan pengetahuan demi untuk kebaikan dan pembentukan jiwa… tetap dipanggil guru.

              Tahniah Ari… tiada istilah bukan guru betulan atau istilah guru jadi-jadian. :D. makanya, Ari telah berhasil dalam ujian minda dari saya. LULUS. SALUT. 😀

              Sungguh menjadi guru itu ada di mana-mana jurusan bukan hanya di sekolah sahaja. Terima kasih Ari… senang mendapat balasan komentar yang berbobot.

              Semoga selalu sukses ya. Selamat malam dari saya. 😀

  7. Di Indonesia Guru disebut sebagai Pahlawan tanpa tanda jasa, karena begitu banyak jasanya tapi kadang terlupakan.

    Setuju bunda, sebaiknya guru dapat memberikan yang terbaik kepada muridnya dengan sepenuh hati, dengan ikhlas, tanpa pilih kasih.

    Semoga para ibu bapak guru selalu dirahmati Allah SWT. Amin.

    • Nanda Dedekusn…
      Betul… jasa guru tidak terbilang banyaknya. Kita diajar dari tidak tahu kepada tahu. Kita diajar tentang adab, diajar mengenal dunia, mengenal abjad, huruf, nombor dan banyak lagi sehingga kita berjaya kini.

      Ternyata mereka adalah Pahlawan Tanpa Tanda Jasa kerana tiada bintang atau pangkat yang sesuai buat kerak lantara terlalu tingginya jasa.

      Doa dan harapan ke hadrat Allah SWT sahaja yang mampu kita panjatkan sebagai mengenang budi dan jasa guru agar mereka selalu tergolong dalam golongan yang berilmu, mulia dan mendapat kebaikan sesuai dengan bakti yang pernah dicurahkan dengan sepenuh hati, ikhlas dan tanpa pilih kasih. Yang penting di hati kita selalu ada mereka.

      Amiin.. semoga mereka dirahmati dan diberkati Allah SWT, walau dimana sahaja mereka berada di bumi cinta ini. Terima kasih nanda.
      Salam mesra dari bunda.

  8. Salam kenal, Ibu,

    Hm…Nama depannya mirip nama depan Bunda di rumah, he he
    Sebenarnya saya suka seklai dengan dunia pendidikan, tapi entah mengapa tidak terpikir untuk menjadi guru.Meski dulu sempat jadi tutor untuk anak usia TK sampai SMP untuk mengisi kekosongan waktu dan alhamdulillah murid-murid saya nilainya bagus-bagus dan mereka pun dekat layaknya Saudara saya, ada 31 murid kalau tidak salah, Bunda saya di rumah yang membantu saya mengenali jiwa anak-anak sehingga saya bisa masuk kedalam dunia mereka dan mengajarinya ilmu.

    Di Indonesia sebenarnya kekurangan guru/tenaga pengajar, oleh karena itu, banyak yang menjadikan guru hanya sebagai profesi saja, ya tanpa saya negative thinking ini mungkin yang jd sumber penyebab suatu ilmu tidak tersampaikan.

    Guru artinya harus bisa di guguh dan di tiru yang artinya harus bisa dijadikan tauladan.

    Saya mencintai guru-guru saya, terutama guru SD 🙂
    Mereka masih tetap mengingat saya…

    Salam, Ibu, maaf commentnya panjang)

    • Salam kenal kembali buat Hanila.
      Senang sekali mengetahui nama bunda juga seperti nama bundamu di rumah. Inda apa kok kalau punya dua bunda yang sama nama. Mau ? 😀

      Tidak mengapa, komennya panjang. Malah, bunda gembira membaca komentar sepanjang itu. Ternyata fikrahnya Hanila cukup berbobot sekali. Mungkin karena pernah memegang gelar guru sementara walau tidak punya sertifikat yang layak untuk menjadi guru profesional.Namun tidak bererti, Hanila tidak bisa menjadi guru.

      Semoga dengan usaha yang pernah dilampirkan dalam sebuah kehidupan keguruan bagi 31 anak2 tersebut, Hanila bisa dikenang jasa walau tanpa tanda sebagai guru yang digugu dan ditiru. Tahniah/salut karena bisa membuat mereka mendapat nilai yang bagus dan selayaknya atas usaha mereka belajar dengan Hanila.

      Semoga yang menjadi guru kini, bisa berinspirasi tinggi untuk membela kemanunisaan peserta didik dan kemenjadian mereka untuk bisa menempuh lembaran hidup yang penuh dengan tantangan pada masa yang menjauh.

      Semoga Allah SWT selalu merahmati guru-guru Hanila dan semua guru di dunia ini. Amiin.

      Terima kasih atas kunjungan Hanila. Harap betah kemari lagi. Salam manis dari bunda di Sarikei. 😀

  9. “Di Indonesia sebenarnya kekurangan guru/tenaga pengajar, oleh karena itu, banyak yang menjadikan guru hanya sebagai profesi saja, ya tanpa saya negative thinking ini mungkin yang jd sumber penyebab suatu ilmu tidak tersampaikan.”

    Saya ingin menambahkan lagi, tapi ada yang guru yang benar-benar memiliki jiwa pengajar dan biasanya mereka ini sangat disayangi oleh murid-muridnya bahkan sampai murid-muridnya menjadi seorang yang sukses. Karena guru yang benar-benar guru mampu meninggalkan kesan tersendiri di hati muridnya…

    *Sambil mengingat beberapa guru tersayang yang sudah memberi saya ilmu*

    Salam!

    • Hai Hanila…
      Di Malaysia juga demikian halnya. Tenaga manusia untuk jadi guru sangat dibutuhkan. Namun, realitasnya tidak semua orang bisa jadi guru. Apatah lagi yang digelar GURU SEBENAR GURU: KE SEKOLAH TIDAK JEMU, MENGAJAR TIDAK LESU.

      Yang benar2 ingin jadi guru boleh dibilang jari. Yang banyaknya hanya merasakan kerjaya guru sebagai satu profesi yang menguntungkan karena gaji/upahnya sangat lumayan di Malaysia terutama yang mengajar di kawasan hulu dan pedalaman.

      Semoga para guru sedar, bahawa tugas dan peranan mereka santa mulia dan dimuliakan Allah. Tugas mendidik manusia bukan senang. Seharusnya menjadi manusia juga. Bukan sebaliknya.

      Tapi jangan hanya menuding jari kepada guru sahaja kalau berlaku kesalahan dalam pilihan hidup murid di depan hari. Banyak faktor lain yang mengundang kemelesetan akhlak manusia selain guru.

      Guru tetap guru yang selalu berjasa kepada manusia. Oleh itu, siapapun mereka wajib kita hormati sesuai dengan tuntutan ajaran agama yang mulia.

      Salam mesra dari bunda selalu. 😀

  10. dari 4 unsur yang bunda sebutkan saya termasuk didalamnya
    tidak pandai mengajar karena memang saya tidak berbakat mengajar dan dibekali dengan pengetahuan aspek pembelajaran
    tidak pandai menguasai kelas
    tidak pandai menguasai materi dengan fak pembelajaran yang sangat kurang dikuasai

    namun semua meskipun dimulai dengan ketidak mampuan merupakan sebuah tantangan besar untuk mendapatkan jawaban dari semua yang tertanam pada diri saya

    salam dari pamekasan madura

    • Kang CM…
      Unsur-unsr di atas itu, bukan hanya termasuk ke dalam diri Kang CM sahaja, malahan saya juga turut merasai yang sama. Tidak ada manusia yang sempurna yang bisa mengakui dirinya mampu melaksanakan semua tugas guru dengan jayanya secara perseorangan.

      Tugas guru harus ditatang secara kolaboratif dan berpasukan. Ide2 yang menjana minda dan menjernihkan jiwa adalah terjahan dari semua arah yang menjurus kepada pembaikan ilmu dan diri guru.

      Kita harus mengakui semua orang punya peranan dalam menguasai dunia keguruan. Cuma secara profesinya, guru adalah bidang formal yang punya cabaran besar bagi membentuk insan pembelajar untuk menjadi lebih berwawasan dan berilmu sehingga mencapai gelar Ulul-Albab.

      Semoga Allah SWT selalu memberi Kang CM dalam ketidakmampuan itu, bisa mencapai bintang di langit tinggi, yang bagi sesetengah orang tidak bisa di gapai cahayanya. Buktikan ! Saya mendokong setiap wawasan Kang CM.

      Terima kasih kang atas kunjungan dan juga komentarnya. Sangat berbobot sehingga saya harus memerah otak untuk memahami maknanya yang tersirat. Salam mesra selalu dari saya di Sarikei. 😀

  11. banyak nian petuah ibu guru siti untuk guru-guru yang lain. Memang sebaiknya nasehat untuk guru disampaikan oleh sesama guru. Karena murid yang harus menyampaikan, pasti mereka merasa segan kepada gurunya. Takut kuwalat!
    Kalau orang tua yang menyampaikan, kesannya seperti kurang ada kepercayaan kepada guru yang jelas-jelas lebih mengerti liku-liku pendidikan.

    • Hai Kelly Amareta, Sang pelangiku yang indah.
      Maafi Umi kerana lama tidak menyapa Kelly sehingga memaksa Kelly mengunjungi Umi terlebih dahulu. Senang dikunjungi anak2 duluan. Heh. 😀

      Umi setuju dengan pendapat Kelly yang sangat mengesankan itu. Ada betulnya…. yang sebaiknya meninggalkan pesan kepada orang yang patut dipesankan adalah orang yang lebih tua (kok Umi terasa tua di bilang tua. Pipi ini tadinya merah jambu (pink) kini bertukar jadi merah hati (merron)… hehehe) Sebaiknya dibilang berpengalaman lho, Kelly. Barulah pengalaman itu bisa membantu.

      Terima kasih ya, mahu menyapa Umi, terharu nih kerana lama tidak ke blog pelangiku di sana. Maafi Umi ya. Salam manis dari Umi selalu buat Kelly di sana. semoga Pelanginya selalu indah dan menyenangkan. 😀

  12. Assalamualaikum Bunda,

    Mendidik anak-anak hanya mengandal guru adalah salah besar, justru peranan orang tua banyak mempengaruhi anak-anak.

    Guru pun harus selalu menempa diri, jangan lena dengan ilmu yang didapat dibangku sekolah. Jangan merasa dirinya guru dan lebih pandai dari murid lalu tidak memperdalam ilmu, jika ini yang terjadi maka pertanyaan bunda mengapa guru tidak cemerlang, terjawab sudah. Persisnya sudah bunda tuturkan dalam tulisan.

    • Wa’alaikum salaam Nanda Aldy…
      Benar…. guru adalah sebahagian dari ad-hoc yang membina jati diri pelajar selain ibu bapa yang menjadi tonggak utamanya. Selain itu, peranan media dan alam persekitaran juga membantu membentuk kemanusia peserta didik untuk menjadi insan berguna atau sebaliknya.

      Maka, masyarakat lingkungan wajar tidak menuding jari ke arah guru semata-mata kalau murid itu tidak menjadi manusia bersahsiah tinggi. Guru juga harus peka dengan pendidikan semasa, harus menambah ilmu bagi meningkatkan profesionalisme diri seperti melanjutkan pelajaran, mengikuti banyak seminar, kursus dan bengkel.hasilnya, akan bertambah kemahiran dan mempunyai pelbagai kaedah dan teknik untuk mengajar.

      Terima kasih nanda Aldy atas komentar yang berbobot itu.Semoga guru2 selalu menghargai diri dengan ilmu yang menjadi kepakarannya. Salam mesra dari bunda. 😀

    • Wa’alaikum salaam Andi…
      Benar dan tidak pernah dinafikan kemuliaan tugasnya. Juga menyanjung tinggi jasanya. Guru adalah pembina negara bangsa.

      Terima kasih atas ingatan yang baik dan mampir kemari. Salam mesra dari bunda. 😀

  13. klo guru suka cuci badan pake rinso, pasti cemerlang tuch 😀 hehehe…. *just kidding!

    seorang guru memang harus pandai berkomunikasi dengan murid-muridnya [memiliki seni berkomunikasi], supaya semua murid bersimpati kepadanya!

    sama rindu dari bandung 🙂

    • Mas Argun…
      Wah… kalo guru yang kurang gilapnya kerana sudah tidak betah mengajar atau mahu ke sekolah, saya setuju mas, dibilas aja guna rinso. Biar putih berseri dan bercahaya seperti baru… hehehe.. apa manusia bisa dicuci pake rinso ya ? 😀

      Yang sebenarnya, guru itu harus beraroma kasturi dan beraura raihan agar wanginya semerbak alam. Mas Argun… guru tidak perlukan simpati muridnya dong. Apa yang perlu kepada murid adalah menghormati guru dan memberi perhatian kepada ajaran gurunya.

      Kalau gurunya menangis kerana pelajar tidak faham ajarannya… nah guru itu harus diberi simpati malah juga empati. Bukan dari muridnya, tetapi dari guru yang lain, teman sejawatannya. Biar sama-sama mencari solusi kepada permasalahan guru tersebut. barulah ada konsep kolaborasi dalam penambaikan ilmu keguruan.

      Terima kasih juga mas Argun atas kunjungan dan atas ingatan yang baik sama seperti Andi di atas. hehehe…. Apa kedua-dua anda ini dari Bandung ya… sama kan ?

      Salam mesra selalu dari saya . 😀

  14. Assalamualaikum wbt.bunda Siti.
    Kerjaya guru sekarang berhadapan dengan cabaran yang sungguh kuat. Kecanggihan teknologi informasi menyebabkab pelajar terdedah dengan pelbagai ilmu yang tidak melalui guru.
    Justeru, kebergantungan mereka kepada guru menjadi kurang. Ini ditambah pula dengan kehadiran para guru yang tidak berjiwa pendidik.
    Sememangnya kita berharap agar warga pendidik dapat berbuat saranan bunda Siti di atas agar dapat terus melahirkan pewaris harapan bangsa dan negara.

    • Wa’alaikum salaam Wr. Wb. Abgreds…

      Saya setuju… cabaran kerjaya guru sangat besar, selain cabaran mendidik murid, menjadikan guru mencintai bidang keguruan adalah cabaran yang sangat besar kerana tidak semua guru berminat untuk menjadi guru sebenar guru.

      hasilnya, pelajar dan sekolah kurang berkualiti dan kurang cemerlang dari aspek budaya sekolah, peperiksaan, penilaian dan akhlak. Hal ini selalu menjadi isu semasa dunia pendidikan. Malah lebih parah lagi kalau guru didapati terlibat dengan masalah sosial. Ini sungguh memalukan profesion yang dianggap mulia ini.

      Guru harus punya kepakaran yang jitu dalam bidang pengkhususannya. Perlu banyak menguasai strategi dan pendekatan untuk menarik minat pelajar yang semakin global sifatnya. Guru juga harus menguasai kecanggihan teknologi agar dapat bersama pelajar berganding bahu dalam meneroka dunia digital. Jangan jadi “katak di bawah tempurung”.

      Terima kasih Abgreds atas komentar yang bagus dan mantap. Saya senang membacanya. Mencerahkan minda dan menjernihkan jiwa.
      Salam mesra dari saya. 😀

    • Salam Suri…
      Guru adalah keindahan alam belajar yang menyinar bak mentari yang menghangatkan jiwa dan ibarat lilin menerangi orang lain. Bahkan wanginya seharum kasturi yang selalu membawa kebaikan kepada sesiapa yang menyentuh ilmunya.

      Terima kasih Suri atas kunjungan. senang menerima sahabat dari Malaysia. Salam manis dari saya. 😀

  15. Kalo Guru senantiasa ber-Guru .. karena belajar tak kenal waktu … tentu kekurangan guru kan teratasi. Bila guru terus ber-guru maka guru cemerlang dan murid juga jadi sayang ;).. Smoga tulisan Bunda, jadi spirit bagi smua guru.

    • Kang KC…
      Harapan kita akan terisi banyak wadah ilmu di sekolah dengan guru-guru cemerlang dan berkualitas agar lahirlah dari huluran tangan mereka generasi yang juga cemerlang dan berkualitas. Iya kang… murid2 akan sayang guru yang sedemikian. Amiin… mudahan memberi manfaat kepada semua pihak terutama para guru yang mahu berusaha menabur bakti mereka.

      Terima kasih atas komentar yang berbobot.
      Salam mesra dari saya di Sarawak. 😀

    • Mas Haniifa…
      Alhamdulillah… bukan setakat sesaat mas, satu huruf pun dianggap sudah menjadi guru (Hmm.. inilah namanya sesaat, barangkali. :D). Betapa hebatnya ajaran Islam dalam memuliakan manusia yang mahu membimbing dan mendidik ke arah kebaikan. Salut ya walau hanya sesaat.

      Semoga mendapata manfaatnnya. Salam hangat kembali dari saya di Sarawak.

  16. Assalamu’alaikum bunda, maaf br berkunjung krena kesibukan ditempat kerja dan mengurus ketiga jundi-jundiku…
    Menjadi guru memang tidaklah mudah, antara lain diperlukan skill, kreatifitas, penguasaan materi dan tentunya penyabar hingga dihasilkan murid yang berkualitas..
    Posting yang bagus bunda, semoga lahir banyak guru-guru teladan…
    Salam sayang dari ummurizka buat bunda siti…

    • Wa’alaikum salaam Mbak…
      Inda apa-apa, bunda memahami kerana kita juga punya peranan yang sama di dunia nyata. Pasti kesibukan menjadi satu rutin dalam kehidupan.

      Sangat setuju dengan pandangan mbak di atas.Jika negara kita punya guru-guru sedemikian, akan terbentuklah satu masyarakat yang hebat dan gemilang hidupnya. Negara jadi makmur dan terbilang di pentas dunia. Semoga kita mendapat manfaatnya bersama mbak.

      Terima kasih ya atas pandangan yang mencerahkan. Bunda senang membaca kepintaran dari sebuah pemikiran yang dihasilkan. Salam sayang kembali dari bunda buat mbak di sana. 😀

  17. Assalamualaikum Ummi
    Wah ini pantas untuk diperhatikan para guru
    Agar mereka makin piawai dalam mengajar

    Gini-gini juga saya pernah jadi guru meski sebentar 🙂

    Salam dari Bogor

    • Wa’alaikum salaam Nanda Achoey…
      Alhamdulillah… walau hanya sebentar, namun ilmunya pasti telah mengalir dan menyebati dalam jiwa muridnya. Selamat dan salut dari bunda. Namun kini, gelar guru tentu sudah berpindah menjadi gelar suami ata u bapa kerana mereka juga berperanan sama sebagai guru dalam rumahtangga.

      Terima kasih nanda. Semoga berbahagia.
      Salam mesra dari bunda. 😀

  18. aku selalu menghormati dan mencintai guruku, layaknya pada orang tua ku, Bu Fatimah sayang.
    saking cintanya, aku pernah bercita2 ingin menjadi seorang guru, rupanya takdir berkata lain.

    semoga Allah swt memberkati seluruh guru di dunia ini yang telah bersusah payah membagi ilmunya pada murid2 semua,amin

    salam sayang dan rinduku utk Bu Fatimah nun jauh disana 🙂
    semoga selalu sehat ,amin
    salam

    • Bundaku…
      Alhamdulillah, saya sehat. didoakan bunda juga demikian.
      Begitulah yang sepatutnya yang layak kita lakukan kepada para guru tercinta.

      Amiin… semoga Allah selalu memberkati guru-guru kita atas usaha yang telah dilakukan mereka untuk menjadikan kita berjaya. Hormati dan cintailah mereka walau siapapun mereka dan di mana mereka berada. Berdoalah untuk kesejahteraan kehidupan dan kebahagiaan mereka, bunda.

      Terima kasih bundaku atas suntikan semangat yang tinggi. Salam sayang dan rindu selalu dari saya buat bunda di Tanggerang. 😀

    • Hai Azzahra…
      Foto-foto ini memang lucu dan memberi makna yang mendalam untuk kita fahami sindiran sinisnya terhadap dunia pendidikan. Terima kasih kalau menyukainya.

      Salam sore yang indah menuju kedamaian malam yang hening. 😀

    • Wah…. saya hanya faham kanjeng Ibu aja mas. Ingkang kinurat itu apa ya maknanya. 😀

      Insya Allah, menurut saya, jika sudah bingung tidak tahu masuk dalam kategori mana di atas itu, pasti mas dalam kategori guru cemerlang lho. apakah ciri-ciri guru cemerlang, Insya Allah akan saya kongsikan bersama di posting akan datang.

      salut mas. Semoga sukses dalam membina jiwa peserta didik menjadi manusia berguna di dunia dan akhirat.

      Terima kasih datang menyapa dan Salam mesra dari saya selalu 😀

    • Wa’alaikum salaam Ujung Senja…

      Alhamdulillah, terima kasih atas kunjungan yang dialu-alukan. Semoga beroleh kebaikan dan manfaat berpanjangan dari setiap sajian yang dihidangkan di blog ini.

      Salam kenal juga dari saya dan salam mesra. 😀

  19. keberhasilan siswa memang tergantung guru, guru merupakan nakoda ilmu di laut lepas, kualitas siswa bisa terlihat dari kualitas guru, guru yang hebat bukan hanya cerdas tapi guru yang hebat adalah guru yang mengajar dari hati dan mampu mendoakan setiap siswanya untuk lebih berhasil.
    trims bun

    • Bchree…

      Guru yang berkualiti akan menghasilkan siswa yang juga berkualiti. Dia rela berkhidmat di mana-mana bumi yang ditempatkan semata-mata berbakti untuk membangunkan jiwa dan membentuk akhlak manusia agar menjadi pandai sepertinya.

      Jadilah guru sebenar guru. Siapalah guru tanpa siswanya.
      Terima kasih mas Bchree atas kunjungan yang menyenangkan.
      Salam mesra selalu. 😀

  20. Sayangnya tidak semua anak didik beruntung mendapat binaan dari guru yang seidealis di atas.
    Seperti kata Mbak, tidak semua guru pandai mengajar.
    Sedihnya: “tidak semua” tersebut lebih dominan dalam wajah buram dunia pendidikan kita. Karena saya sependapat bahwa ‘keberhasilan’ dalam pengajaran jangan dilihat dari dua tiga anak yang menonjol. Boleh jadi mereka itu memang sudah dari ‘sono’nya(sebelumnya) sudah pintar. Yang perlu kita pertanyakan ada apa dengan sekian murid kurang dari dua tiga anak tadi.
    Menurut saya apakah mereka benar-benar menikmati dunia sekolah mereka, bukan karena di usianya tersebut mereka hanya harus sekolah. Karena ada di sekolah mereka harus belajar. Karena lagi belajar, harus ada yang jadi materi belajar. Karena materinya ada, harus dikuasai, diingat dan dihapal setengah mati semusim di saat mendekati ujian.
    Lantas yang mana belajar sesuai dengan kebutuhan yang mereka rasakan. Bahwa belajar itu sesuatu yang mereka lihat relevansinya di luar, rasakan manfaat dan kegunaannya ‘di sini dan saat ini’. Taruhlah agak jauh ke depan. Kapan?
    Saya pernah dianggap murid pintar sewaktu SD dan SMP karena jago menghapal dan mengingat rumus dan definisi teori ini dan teori itu, hapal tanggal lahir/wafatnya tokoh ini dan pahlawan itu. Setelah itu saya tidak menemukan dialektika pengajaran itu di tengah kenyataan persoalan yang saya hadapi kini.
    Sesungguhnya saya tidak menyalahkan guru dalam perspektif ini. Orang tua saya juga dua-duanya guru. Saya juga guru bagi anak-anak saya, adik saya juga guru SMP. Hanya kalau saja guru tidak salah, apatah lagi sang anak didik. Dalam dunia pendidikan otoritas lebih pada sang guru dan pemegang daulat kebijakan pendidikan(pemerintah).
    Bagi saya kenyataan(gambaran di atas) tidak salah secara kausalitas/sebab akibat. Ada banyak hal selain faktor guru yang perlu kita telaah, telah mewarnai dan menentukan seperti apa dan ke arah mana kiblat pendidikan kita bawa dan jalani.
    Maaf saya sepertinya telah mengobok-ngobok citra pendidikan dengan bicara ngawur seperti ini.
    Saya hanya sedang berbicara dalam keprihatinan. Maafkan saya kalau banyak bicara saya kurang berkenan.
    Salam berbagi keprihatinan.

    • Hai mas Rahman Wahyu…

      Alhamdulillah, senang mendapat maklum balas berbobot dari seorang sahabat guru yang sudi menjentik minda untuk berkongsi ide bernas dan menarik di posting ini. Setiap buah fikir mas Rahman saya terima dengan hati terbuka. 😀

      Jujurnya, saya sepakat dengan apa yang dibicarakan oleh mas Rahman di atas. Namun demikian, saya ingin membetulkan sedikit pendapat mas yang mungkin menurut saya kurang berkenan iaitu tentang “binaan idealitas” dari guru di atas.

      Menurut saya, 4 ciri guru di atas kalau dipositifkan menjadi pandai mengajar, pandai menguasai, pandai berlakon dan kreatif bukanlah menunjukkan satu hal yang idealitas tetapi keperluan yang seharus ada pada diri guru setelah mendapat banyak kemahiran melalui latihan perguruan dan pengalaman yang panjang di medan pendidikan.

      Di samping faktor lain yang menyumbang kepada ketidakmenjadiannya pelajar kita dalam pelajaran, contohnya: masa di sekolah yang lama sehingga pelajar muak dan bosan, pengaruh media dengan pelbagai aneka hiburan terutama pengaruh hegemoni barat yang semakin global turut memberi kesan kepada emosi dan tingkah guru yang ada sebahagian mereka “bukan guru sebenar guru” lalu menjadi alasan bahawa faktor luaran banyak mempengaruhi berjaya atau tidak pelajar tersebut.

      Saya tentunya tidak bersetuju kalau semua guru dipersalahkan dengan telunjuk oleh banyak pihak. tetapi, tidak kita nafikan, ramai guru yang tidak berminat jadi guru kerana kekuatan jiwa dan emosinya tiak mantap. Kenapa mereka jadi guru, tidak tertanam teguh di jiwa.

      Hasilnya, ramai mahu jadi guru kerana “upah” yang lumayan (gaji guru di Malaysia sangat tinggi dan boleh menjangkau RM3000 untuk yang baru mengajar -guru pemula – terutama di kawasan pedalaman). tapi apa yang berlaku, ramai anak didik tidak juga cemerlang. kenapa, mahu salahkan siapa agaknya ya ?

      Senang mengetahui keluarga mas Rahman terdiri dari para guru, semoga usaha yang ditaburkan kepada anak didik bisa menghasilkan kejayaan yang mampu membangun jiwa soleh dan insan kamil yang bersifat ulul-albab.

      Keluarga saya juga kebanyakannya terdiri dari guru. Dua bapa saudara saya adalah tokoh guru. Seorang mendapat anugerah tokoh guru negeri Sarawak dan seorang lagi mendapat 2 anugerah iaitu tokoh guru negeri Sarawak dan tokoh guru kebangsaan Malaysia.

      Semoga kita bisa menjadi guru teladan buat anak didik kita sebagaimana Rasulullah SAW menjadi guru teladan buat ummahnya.

      Salam persahabatan guru dari saya. 😀

  21. Assalamu Alaikum War. Wab!
    Salam hangat Bunda Guru Siti>
    Kalau empat ciri guru yang dimaksud bunda guru adalah syarat yang dibutuhkan, baguslah kalau syarat itu bisa terpenuhi barulah seorang guru tampil berdiri di hadapan murid-muridnya.
    Tapi sekian fakta mungkin berbicara lain, ketika syarat itu tidak dimutlakkan, kita jadi menganggapnya sebagai sesuatu yang ideal bila salah satu duanya minimal dipenuhi sang guru.
    Seperti halnya peran orang tua sebagai guru bagi anak-anaknya, peran ini tidak disyaratkan terpenuhi lebih dahulu baru seseorang bisa menjadi orang tua.
    Ketika seseorang menikah kadang tidak menuntut tahu dulu kewajiban barulah boleh melangkah kejenjang ini. Karena telah kawin dan nantinya punya anak, terkadang tidak menunggu dulu seseorang tahu mendidik anak barulah sang jabang bayi hadir lalu memanggil kita bapak dan emak.
    Realitas persoalan kelayakan guru dan anak didik kerap tidak jauh dari kesenjangan ini.
    Padahal profesi guru lahir dari suatu proses pendidikan formal dan syarat format birokrasi yang seharusnya seideal mungkin.
    Karena di pundak mereka nanti kelemahan dan ketidakmampuan orang tua sebagai guru kodrati mendapatkan kepercayaan untuk disempurnakan. Karena guru adalah orangtua kedua bagi anak selepas dari pendidikan informal keluarga.
    Sampai di sini dulu, ya? Ditunggu kapan-kapan tanggapannya.
    Jika berkenan, baca juga kamus pengertian dari saya di:
    http://rahmanwahyu.wordpress.com/2011/01/29/saya-tetap-ada-di-bulan-ini/#comment-151

    • Wa’alaikum salaam wr.wb. saudara Rahman Wahyu…

      Terima kasih kembali hadir untuk penerangan seterusnya. Sebelum itu, saya lebih senang kalau mas Rahman menulis nama saya dengan mbak Siti, kerana itu tidak menampakkan sifat formal dalam dunia penulisan ini dan bisa mendekatkan perbincangan.

      Benar seperti hujah mas Rahman di atas, idelitas apapun hanya sebuah teori yang belum tentu berjaya jika tidak diamalkan. Kejayaan guru dalam mendidik anak2 tidak semestinya melalui ciri2 tersebut. Murid yang berkualiti terhasil dari gurunya yang berkualiti. hadirnya kualiti guru tersebut pastinya berasal dari niat yang benar mahu jadi guru.

      Hanya “Guru Sebenar Guru” yang mampu meredah segala susah payah dunia pendidikan. Sanggup berkorban apa sahaja demi melihat anak didiknya berjaya lebih dari kejayaan yang pernah dia raihkan. Pengorbanan masa, tenaga, harta dan kudratnya dilakukan tanpa rasa jenuh dan lelah. malah dia merasa bahagia dan gembira dapat berbakti dan menjadikan anak muridnya orang berguna.

      Guru harus sedar, dunia pendidikan bukan sebuah dunia permainan yang boleh melalaikan mereka dari tugas. di sana penuh dengan akauntabiliti yang perlu dipenuhi sebagai satu amanah besar. Anak2 di sekolah adalah ibarat anak mata seribu yang mempunyai bapa atau ibu yang satu.

      Terima kasih mas atas komentar berbobot yang menjentik minda. Salam hangat kembali dari saya.

  22. jabatan guru merupakan jabatan istimewa, tapi bukan sekedar jabatan, menjadi guru merupakan kemuliaan sehingga bagi siapa saja yang berprofesi guru maka segala kemualiaan bagi anda karena dengan kerjakerasnya banyak orang tercerahkan.
    artikel yang sangat menggugah, mengingat selama ini profesi guru sudah banyak terdistorsi oleh banyak kepentingan salah satunya adalah politik dan ekploitasi ekonomi.
    bicara profesi guru, jadi ingat alm ayahanda,
    salam kenal dan terimakasih atas pencerahannya

    • Salam kenal kembali Eliaz. Terima kasih untuk kunjungan perdana dan penghargaannya.

      Sungguh beruntung sekali kerana Eliaz punya ayah yang pernah jadi guru. Pasti banyak kenangan bersama beliau yang bisa dimanfaatkan untuk kesejahteraan diri sehingga bisa menjadi insan berjaya.

      Tugas guru bukan mudah. Amanah berada di atas bahunya. Kemenjadian manusia adalah tanggungjawab sang guru untuk dibentuk dan dididik dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

      Tidak dinafikan, ada segolongan guru yang ibarat “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.” Hal ini menjadikan pandanganj masyarakat terhadap profesion keguruan tidak dihormati lantaran karenah dan campur tangan politik. Selain itu kepentingan peribadi lebih diutamakan daripada kepentingan pendidikan.

      Mudahan para guru akan lebih memahami dan menjaga integriti dalam meningkatkan martabat keguruan di mata dunia dan masyarakat seluruhnya.

      Terima kasih juga sudah sudi membaca tulisan saya. Saya menghargainya. Salam mesra dari saya.

  23. Pingback: 19- Bicara Saya Dengan Encik Guru Siti Fatimah « Manusia Bisa Salah – Rahman Wahyu Gtlo

  24. Assalamu’alaikum…
    berkunjung lagi bunda…tulisannya bagus, bisa menjadi masukkan buat saya, kebetulan saya adalah seorang guru.
    terima kasih bunda..
    salam hangat dari bidadariKecil

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, BidadariKecilku…

      Alhamdulillah, senang berkenalan dengan mbak yang juga seorang guru. Semoga usaha kita untuk mendidik anak2 bisa dirahmati Allah.

      Terima kasih untuk kunjungannya kembali mbak. Saya gembira. Maaf, kalau belum sempat ke blog mbak kerana hanya bisa membalas komentar di blog sendiri aja. Belum punya waktu untuk BW saat ini, maih sibuk. Insya Allah akan dilakukan nanti. 😀

      Salam hangat kembali buat mbak.

  25. Mba Fatimah luar biasa, Dalam pembelajaran di kenal istilah KSA (Knowladge, Skill, Attitude), umumnya yang terjadi lebih banyak mengisi otak murid supaya pintar (knowladge) dan mungkin juga terampil (skill). Tetapi umumnya mengabaikan sikap, moral etika, menghagai orang tenggang rasa dsb. Dalam pembelajaran hanya mengejar target kurikulum.
    Bagaimana dengan pembelajaran di Malaysia, apakah seperti yang terjadi juga di Indonesia?
    Salam persahabatan ….

    • Di mana-mana kita dapati sistem pendidikan mempunyai persamaan dalam mengejar target kurikulum. Hal ini juga berlaku di Malaysia sehingga banyak mengabaikan aspek pembentukan sahsiah.

      Silibus kurikulum mesti dihabiskan mengikut minggu yang telah ditetapkan. Kesannya sangat memiliu sekali apabila guru tidak punya kesempatan untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dari apa yang sepatutnya mereka lakukan.

      Tumpuan kepada “exam oriented” mengakibatkan pelajar hanya memberi tumpuan untuk berjaya mendapat target yang telah ditetapkan oleh sekolah atau kementerian. Akhirnya sahsiah pelajar tidak seimbang dengan akademik mereka.

      Pembelajaran agama dan moral tidak menjadi keutamaan dalam silibus serta tidak termasuk dalam pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan.

      Terima kasih Pak Nurdin atas kongsian ilmu yang bisa difikirkan kebaikannya untuk dunia keguruan sejagat dan pendidikan secara holistik.

      Selamat berbakti.

  26. Ass Wr.wb
    ibu, ulasannya bagus sekali. Mengenai guru yg tidak kreatif, mnrt saya itu jg dikarenakan perkembangan zaman yg begitu pesat, teknologi baru bermunculan sehingga dampaknya terkena juga pada dunia pendidikan di Indonesia ini, istilah ‘gaptek’ pun dipakai bagi yg tidak begitu ‘melek’ teknologi. Ya, saran saya mungkin kurikulum agar dikaji dan diperbaharui lagi agar sesuai dengan porsinya, sehingga mata pelajaran seperti Kimia, Fisika dan pelajaran lain yang notabene dicap sbg ‘momok’ bagi muridnya pun bisa jadi lebih menarik dan menyenangkan untuk dipelajari.

    Wassalam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb…

      Saya bersetuju dengan pendapat anda di atas, antara kelemahan yang menyebabkan kreativiti guru menurun adalah disebabkan kurangnya kemahiran dalam penguasaan ilmu ICT.

      Perkembangan dunia yang semakin pesat ini mengkehendaki semua kurikulum diajar dengan cara yang lebih menarik dan mudah difahami berbantukan alat pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.

      Mudahan kreativiti para guru akan lebih menyerlah dengan penciptaan idea baru yang bisa membantu pelajar memahami kandungan pelajaran. Guru inovatif pelajar progresif.

      Terima kasih atas pendapat yang mencerahkan. Anda antara pelajar yang pernah diajar oleh guru yang berdedikasi.

      Salam kenal. 😀

  27. Pingback: Pengorbanan Guru Menjadi Pelacur Demi Anak Didiknya | Cubahoy

  28. Assalamualaikum ustazah,

    Alhamdulillah, nukilan ustazah amat memberi kesan terhadap tanggapan saya mengenai kerjaya seorang guru. Saya menyedari bahawa betapa mulianya tugas seorang guru kerana mereka merupakan pendidik anak bangsa. Namun, sepertimana persoalan yang ustazah utarakan, mengapa masih ada murid yang ketinggalan dalam pembelajaran. Sama ada murid atau guru puncanya. Ia bergantung kepada situasi dan keadaan tertentu.

    Oleh kerana itu, saya mengambil pengajaran daripada ciri-ciri guru yang tidak cemerlang seperti yang telah disenaraikan. Sebagai seorang guru, kemahiran mengajar perlulah dipelajari walaupun mungkin tidak berbakat. Namun, bak kata pepatah, belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Jadi, guru perlulah berusaha dan terus mencuba memahirkan diri dalam bidang mengajar. Selain itu, seorang guru juga perlulah menguasi bidang yang akan diajarkan nanti. Hal ini kerana ianya penting untuk memberi kefahaman kepada murid tentang apa yang diajar. Seterusnya, guru juga hendaklah bijak memainkan peranan sebagai pelakon yang terbaik untuk anak-anak muridnya supaya dapat menarik perhatian murid semasa pembelajaran dengan melakonkan pembelajaran tersebut selain mengajar. Ini merupakan inisiatif yang menarik. Di samping itu, guru yang cemerlang hendaklah menjadi seorang yang kreatif supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menyeronokkan dan berkesan. Maka, seorang guru perlulah mempelbagaikan gaya pembelajaran, pendekatan dan teknik pengajaran yang digunakan. Namun, tugas guru bukanlah mudah, tapi yang bukan mudah itulah besar ganjarannya. Syukran ustazah atas perkongsian ilmu yang bermanfaat. Semoga ustazah sentiasa sihat sejahtera dan dilindungi oleh-NYA.

    Saya,
    MASITAH AINA BINTI MUHAMAD
    PISMP PA (SK) 2 JUN 2020
    SEMESTER 1 TAHUN 2
    IPG KAMPUS BATU LINTANG

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.