CT120. HIDANGAN RAMADHANKU

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Posting kali ini adalah untuk merehatkan sedikit minda dan fikir buat sementara waktu sebelum melanjutkan lagi Travelog Hajjah di Bumi Haramain.

Hari ini  15 Ramadhan kita berpuasa. Sungguh cepat masa berlalu dan tinggal separuh bulan lagi untuk bersedia mengiringi kepergian Ramadhan yang ditunggu setahun yang lalu. Menjelma pula Syawal, hari kemenangan. Hati ini bagai mengharap biarlah seluruh bulan dalam tahun ini adalah bulan Ramadhan. Tentu sekali mustahil berlaku kerana ketentuannya sudah demikian sejak azali lagi. Setiap bulan Islam mempunyai keistimewaan masing-masing dan tidak ada yang memudharatkan.

Direbut bulan Ramadhan kerana hebatnya ganjaran yang Allah kurniakan kepada hamba-NYA yang beriman, mematuhi perintah dan larangan-NYA. Ditangisi kepergiannya kerana bimbang tidak akan bertemu lagi untuk menjadi tetamu Ramadhan di tahun mendatang. Dirindui kehadirannya kerana tidak ada lagi gandaan amal ibadah yang dikhususkan kepadanya yang tidak ditemui dalam bulan-bulan yang lain. Subhanallah.

Hargailah Ramadhan tahun ini kerana mungkin inilah Ramadhan Terakhir kita.

**************

HIDANGAN BERBUKA PUASA

GORENG PISANG RANGUP menjadi menu wajib setiap hari berbuka. Sebabnya ? Ini buah pisang kapok dari tanaman sendiri. Anak-anak  tidak jemu makan goreng pisang yang saya hiris nipis dan digoreng rangup. Kadang kala kami hanya bersahur dengan goreng pisang sahaja. 😀

Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, biasanya saya akan membeli lauk pauk, kuih muih dan minuman di Bazaar Ramadhan di bandar Sarikei hampir setiap hari kerana letih untuk memasak sebaik pulang dari kerja. Pelbagai juadah dijual untuk memudahkan orang ramai berbuka puasa di rumah masing-masing. Hati bagai dipanggil untuk menikmati hidangan yang membuka selera tetapi belum tentu berkhasiat dan tidak diketahui apakah nutrimennya membantu meningkatkan kesihatan yang berkesan. Yang kita tahu, hanya membeli sahaja.

Tahun 2012, hanya baru sekali saya mengunjungi Bazaar Ramadhan. Itupun kerana saya ingin makan ayam panggang dan minum air tebu. 😀 Saya mengambil langkah berjimat cermat dan berhemat dalam perbelanjaan. Bukan kerana bakhil, kedekut atau lokek. Tetapi saya  membuat keputusan, dipersetujui oleh SPH dan anak-anak untuk menyedia dan memasak sendiri segala juadah berbuka. Lagipun saya masih mempunyai masa lapang untuk mengatur menu simple bagi juadah berbuka.

Anak-anak sudah biasa dengan makan sederhana. Mereka diajar untuk tidak membazir. Setiap makanan yang dihidang mesti habis dimakan supaya “tidak berkawan dengan syaitan.” Mereka tidak berkeluh kesah apabila hidangan saya hanya satu atau dua menu sahaja. Namun saya akan pastikan menu masakan saya adalah yang TERBAIK hari itu. Anak-anak juga tidak menggalakkan saya membeli di Bazaar Ramadhan kerana mereka kata membazir. Baik masak sendiri lagi banyak berkatnya. Alhamdulillah.

Berikut adalah beberapa menu hidangan berbuka puasa yang telah saya masak untuk keluarga bagi menyambut riang kehadiran waktu berbuka yang selalu ditunggu-tunggu dengan tidak sabarnya oleh anak-anak. Waktu berbuka puasa bagi Sarikei dan kawasan yang sewaktu dengannya adalah jam 6.48 petang.


SPECIAL (1) SAMBAL TEMPOYAK GORENG

Tempoyak adalah terhasil dari isi durian yang sudah dipisahkan dari bijinya. Kemudian digaul sebati dengan garam secukup rasa mengikut kehendak sendiri. Biarkan masin sedikit agar lebih tahan lama. Dimasukkan ke dalam balang dan ditaburi sedikit gula pasir di atasnya untuk mengekalkan aroma. Kemudian tutup ketat. dan simpan di dalam peti sejuk.

Selain dimakan mentah bersama nasi, tempoyak boleh juga dimasak secara goreng atau berkuah (asam pedas). Namun begitu, saya lebih suka menggorengkannya bersama udang dan daun kunyit.  Aroma baunya yang harum manis menyebabkan tidak sabar untuk menikmatinya ketika panas-panas.

****************

MENU KEGEMARAN

Sayur taugeh adalah antara sayur kegemaran saya. Biasanya digoreng kering dan dicampur udang serta pelbagai sayuran lain seperti kacang pendek, lobak dan anak jagung muda.

Cucur udang bersalut tepung gandum sahaja dengan “corn kernel” bersama daum saderi dan cili merah adalah hidangan kegemaran seisi keluarga. Semakin enak dan lazat dimakan apabila dicecah dengan sos chili Thai yang diperah dengan sedikit limau kasturi untuk meyeimbangkan rasa masam dan manis sos.

Ayam Masak Tomato atau di Sarawak dikenali sebagai Ayam Masak Merah adalah kegemaran anak-anak. Cuma saya modifed sedikit rasanya dengan mencampurkan daun limau purut agar lebih wangi dan menimbulkan selera. kadang kala saya campurkan daun kunyit untuk menambah aromanya.

***************

SPECIAL (2) BUBUR PEDAS

BUBUR PEDAS sangat terkenal di Sarawak. Zaman saya kecil-kecil dulu, Bubur Pedas hanya dapat dirasai pada bulan Ramadhan sahaja. Bulan-bulan lain sangat sukar untuk ditemui bumbu Bubur Pedas ini. Tetapi sekarang, makanan tradisional Sarawak ini sudah dijual di luar musim bulan Ramadhan. Kita boleh makan Bubur Pedas bila-bila masa sahaja tanpa menunggu hadirnya bulan Ramadhan.

Tidak semua orang mahir membuat BUMBU Bubur Pedas. Hanya yang telah mewarisi resipi dari emak, nenek dan keturunan mereka sahaja yang dapat menghasilkan BUMBU Bubur Pedas yang lazat. Harga Bumbunya sudah meningkat RM25.00 untuk sekilo disebabkan harga bahan-bahan bumbu semakin meningkat terutama kelapa parut.

Bubur Pedas adalah makanan kesukaan nombor satu saya. Jika memasak Bubur Pedas, tidak ada makanan lain bersamanya kerana Bubur Pedas sudah cukup mengenyangkan. Rujuk foto Bubur Pedas di atas, yang siap saya masak dengan pelbagai campuran sayuran yang berwarna warni, daun kunyit dan ayam. Selalunya saya juga akan menambah, tauhu kering (fucuk) dan udang bagi keseragaman cita rasa. Sangat enak dimakan panas-panas.

SPECIAL (3) UDANG MENTEGA CHEESE

Resipi Butter Prawn yang sangat sedap ini telah diubahsuai oleh adik saya, Ros. Namun diubahsuai lagi oleh saya yang suka menambah kelainan dalam sesuatu masakan. 😀 Keenakan menu ini adalah daun kari yang digoreng garing sehingga menyemarak bauan yang menggigit tangkai hati.

Selain itu bawang besar digoreng rangup bersama udang putih besar (RM18, sekilo) bersalut tepung jagung, tepung gandum dan telur. Rasanya manis masin kerana diadun bersama roti cheese dan tepung susu. Hmmm… masakan yang menawan hati. sangat menggugah selera. Alhamdulillah. Terima kasih adikku sayang untuk resepi idaman ini. 😀

Dadih adalah kegemaran anak-anak. Paling mereka sukai adalah dadih berperisa coklat, mangga, cappucino dan jagung. Anak-anak suka membantu saya menyiapkan hidangan pemanis mulut ini. Maka, kerja saya semakin ringan dan dapat istirehat panjang. 😀

Foto diambil ketika sedang menikmati juadah makan tengah hari di Restoran EH Delight.

MILO CINCAU mula saya minum ketika makan di Restoran EH Delight, Sarikei. Menyiapkan resipi ini sangat mudah. Milo dimasukkan ke dalam gelas mengikut jumlah yang disukai. Tambahkan sedikit gula pasir dan beberapa sudu susu krimer manis mengikut rasa kepekatan sendiri. Campurkan cincau manis yang sudah dicincang halus. Kemudian masukkan air putih bersama ketulan ais. Siap untuk diminum. Sangat sedap diminum sejuk. Anak-anak selalu memuji minuman MILO CINCAU buatan saya. Lebih sedap dari Restoran EH Delight. 😀 

Selain Milo Cincau, saya juga menyiapkan minuman Lobak Susu yang di ‘blend’ buahnya untuk mendapat pati air lobak. Kemudian dicampurkan dengan susu krimer manis dan gula pasir sebelum dicampurkan dengan air putih dan ais. Minumlah dengan senyuman yang menawan. Isi buangan lobak pula, tidak disia-siakan kerana saya akan ‘modified’ menjadi Cucur Lobak Manis. Tidak membazir kan ? – Fotonya akan kemudian disiarkan kerana cadangnya esok hendak buat air lobak. 😀

Air lobak kesukaan anak-anak yang sangat lazat dan halus teksturnya. Selalu ingin menjadi air lobak sebagai minuman harian.  Baik untuk mencerahkan mata. Di sebelah air lobak itu adalah hampas lobak tetapi masih boleh dijadikan resepi lain iaitu Cucur Lobak Merah. Alhamdulillah, tidak membazir. 😀

Inilah Cucur Lobak Merah yang sudah digoreng setelah hampasnya digaul dengan tepung gandum, tepung pisang rangup dan dicampurkan sedikit susu krimer manis dengan gula untuk menambah kelazatan dan aroma wanginya. Sangat menyelerakan ketika berbuka.

SPECIAL (4) LAKSA SARAWAK

Laksa kegemaran yang menjadi pilihan saya dan keluarga. Semalam saya hidangkan untuk berbuka dan bersahur. Hanya Laksa Sarawak. 😀 Jika makan di mana-mana kedai makan, pilihan pertama saya akan jatuh pada menu Laksa Sarawak kerana setiap kali makan, rasanya berbeza. Dalam banyak-banyak rasa Laksa Sarawak, pilihan utama saya adalah Bumbu Liza’s Laksa Sarawak. Sangat sedap, pedas dan memenuhi cita rasa saya. 😀

**************

MAKAN SAHUR YANG SANGAT RINGKAS

Roti Sanwich Tuna Pedas adalah makanan saya kerana saya kurang makan nasi. Anak-anak akan menyantap sama walaupun pedas. Semakin enak apabila ditambah dengan Cheese dan dibakar sehingga Cheesenya mencair.

Ringgggg…ringgggg, alarm dari Blackberry Torch sudah disetkan pada jam 4.00 pagi. Dengan setianya, jam itu membangunkan saya untuk memberi ingatan waktu sahur sudah tiba. Jam 4.30 pagi kami sekeluarga mula menghadap hidangan sahur yang disiapkan dengan rasa syukur yang tinggi kepada Allah swt.

Hidangan yang sangat ringkas iaitu minuman panas segera mengikut cita rasa masing-masing dan roti sanwich berintikan ikan tuna pedas dengan cheese yang kemudiannya dibakar. Kemudian akhir sekali meneguk air putih untuk mengakhiri makan sahur. Jarang sekali kami sekeluarga makan  dari lebihan waktu berbuka.

Kebiasaan makan sahur yang ringkas adalah hasil dari kebiasaan makan sahur untuk puasa sunat Isnin dan Khamis yang menjadi amalan kami sekeluarga sebelum tiba bulan Ramadhan. Anak-anak tidak pernah merungut dengan makan sahur yang disediakan. Alhamdulillah. Waktu Imsak bagi Sarikei adalah jam 5.05 pagi. manakala waktu Subuh pula, jam 5.15 pagi.

Apakah menu berbuka puasa dan makan sahur sahabat sekalian? Lain tempat, lain makanan dan lain seleranya.  😀

****************

 4 Ogos 2012 (Sabtu)/ 15  Syawal 1433H/ 10.44 pagi – Sarikei, Sarawak

AKU…. dan apapun yang pernah aku berikan padamu sewaktu – waktu dulu, simpanlah di dasar hatimu yang terdalam. Dan sewaktu-waktu itu, ada kenangan yang boleh diingati saat kaki ini akan melangkah pergi untuk salam terakhir. Aku…. malu dengan seada-adanya, menatap keunggulan cintamu yang selalu sedia menerimaku dengan seada-adanya. Di sisimu, ada sekeping hati yang lembut di sebalik ketegasanmu. Yang paling aku rindu adalah SENYUM dan PENDIRIANMU.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

ENGKAU…. YANG BAKAL KU TINGGALKAN SEKEJAP LAGI. ADA RINDU, MEMBISIK DIRI.

***************

34 thoughts on “CT120. HIDANGAN RAMADHANKU

  1. Assalaamu’alaikum wr.wb…

    Sila nikmati hidangan rohani dari pembaca-pembaca al-Quran terbaik di dunia. Mereka adalah para imam yang terkenal, antaranya imam-imam dari Masjid Nabawi (Salah al-Budair) dan Masjidil Haram (Abdul Rahman Al-Sudais). Semoga sedikit bacaan ini dapat menambah kemuliaan diri dan iman kita di bulan yang barakah, penuh keampunan, penuh rahmat dan kasih sayang Allah untuk kita, hamba-NYA yang beriman. Aamiin

    Bersama ini juga dilampirkan 2 bacaan Sumayya Abdul Aziz Eddep, pembaca Quran yang saya minati, berusia 12 tahun.

    DEDIKASIKU UNTUKMU… seringku amati bacaan yang indah dari merdunya suaramu dalam setiap baris al-Hikmah yang dialunkan di setiap hari-hariku yang panjang. Semoga Allah meredhaimu dalam setiap langkah kehidupan di dunia dan akhirat. Tidak ada hari yang pernah hilang dari benakku terhadap bayangmu di mata hatiku.

    Wassalaam. 😀

  2. Pingback: 15 Juli Pemecahan Rekor Makan Makanan Khas Berau Terbanyak | ambangbatas

  3. Semua masakan mengiurkan, Bunda.
    Apalagi bacanya pas jam segini. 🙂

    Menu wajib untuk buka puasa tempat Bunda adalah Pisang goreng, kalu tempat idah Kolak. 🙂

    Dadih itu puding ya, Bun? Agar2?
    Sambal dan udangnya sedep beneeeeeer. 🙂
    Aduuh, transfer kesini dong Bunda. hihihihi

    • Hehehe… Idah aja tranfer ke tempat bunda. Nanti bunda ajar semua resepi itu. 😀

      iya… dadih adalah seperti puding atau agar-agar tetapi isinya lagi lembut dan enak dimakan dingin. Boleh juga dibuat ais krim. Wah, membuat bunda lapar aja ni.

      Terima kasih Idah, memasak ni sangat mudah jika ingin melakukannya. Hanya tahu bahan asas dan selebihnya adalah kreativiti sendiri. 😀

      Salam mesra dari bunda.

  4. Assalamualaikum Mbak Fatimah..Slurruuuupp..Melihat masakannya cuma bisa ngiler Mbak..Ngomong2 masakan Sarikei gak berbeda dari Indonesia ya. Namanya sama. Mengenai bubur pedas, aku menemukannya pertama kali saat berkunjung ke Kalimantan Barat. Mungkin karena Sarikei dan Pontianak masih berada di Kalimantan, maka bubur ini jadi milik bersama ya Mbak Fatimah, milik orang-orang yang menyandang budaya sama..:)

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Bubur pedas memang dikenali di Sarawak, mbak. Wah… saya baru tahu bahawa di Kalimantan Barat (Pontianak) juga ada bubur pedas.

      Ini mungkin kerana berdekatan dengan sempadan Sarawak dan ramai orang Pontianak yang bekerja di Sarawak, maka makanan tradisional ini bisa berkembang jauh. Baguslah kalau di sana juga bisa ditemui bubur pedas. 😀

      Terima kasih mbak Evi. Harap pernah merasainya bukan sekadar menemukan sahaja.

      Salam mesra mbak Evi.

  5. assalamu alaikum..
    Waktu berbuka adalah waktu yang ditunggu-tunggu.waktu yang dinanti-nantikan orang yang sedang menjalankan ibadah puasa.
    Sungguh gembira rasanya saat detik-detik berbuka telah tiba.Benarlah apa yang pernah dikatakan Rasulullah bahwa orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan,yakni kegembiraan saat berbuka puasa dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Tuhannya di kemudian hari.
    Walau berbuka hanya secangkir air putih,rasanya begitu nikmat ketika meminumnya.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Zainal…

      Waktu berbuka puasa mempunyai nilai waktu yang tidak pernah jemu ditunggu. Walau keletihan tetapi wajah tetap ceria tidak sabar untuk berbuka dengan suasana yang riuh rendah sambil menunggu “waktu keramat” untuk menjamah juadah.

      Sungguh dua nikmat yang amat besar hadiah dari Allah untuk mereka yang berbuka. Semoga kita semua dapat melihat wajah Allah dengan izin-NYA jua di akhirat nanti. Aaamin.

      Terima kasih atas kongsian hikmah yang mencerahkan.
      Salam sejahtera. 😀

  6. wah..wah enak banget bunda …
    di sana juga ada pisang goreng yach? heee …….
    semua makanan punda enak-enak lo … beda dengan di sini, cuman sama tempe, tahu, dan sayur heeeee …. 🙂
    semoga 10 hari terkhirya tambah khsusu’
    salam dari kami sekeluarga …..

    • Alhamdulillah,… sebenarnya, makanan yang dimasak itu simple sahaja, tapi kerana yang memasaknya pandai mendekorasi masakannya, maka kelihatan sangat menarik…hehehe.

      Walau hanya tempe, tahu dan sayur, tapi jika yang memasaknya menyiapkan segala masakannya setulus hati, pasti lebih enak dan sangat dihargai. Saya suka makan tempe goreng sambal pedas dan tahu adalah makanan kegemaran saya untuk sayur dan rojak. 😀

      Mudahan amal ibadah kita semua akan bertambah di sepanjang akhir Ramadhan yang berusaha memperolehi lailatul Qadr.

      Terima kasih mas Bchree,
      Salam sejahtera selalu. 😀

  7. Waaah … Bunda posting kuliner Ramadhan nih. Ternyata di sana ada juga tempoyak, ya. Sayangya, saya gak suka :mrgreen:
    Saya paling tertarik lihat cucur udang gelora jiwa (namanya lucu) haha 😀
    Dadih itu mungkin agar-agar mungkin ya kalau di Indonesia? 😀

    • Ini bermaksud, istilah tempoyak juga dipakai di Indonesia ya. Saya baru tahu nih. 😀

      Dadih itu seakan agar-agar tetapi lebih lembut tekstur dan rasanya.
      Nama-nama menu itu sengaja saya pilih bagi menyemarakkan kelaztan hidangan. 😀

      Terima kasih, El. Selamat menjamu selera di bulan Ramadhan.

  8. waalaikumsalam,
    mengganggap bahwa ramadhan kali ini adalah seakan-akan ramadhan terakhir akan membuat kita semakin khusyu dan tekun dalam beribadah serta memperbanyak amalan di bulan nan suci ini,
    btw-sambal goreng tempyak cinta bertaut itu sungguh mengundang selera, dan nama-nama makanannya sangat penuh dengan lambang kasih sayang ya 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hariyanto…

      Hehehe… nama-nama menunya sengaja dipilih sedemikian rupa agar orang yang membacanya dapat mengalami keenakan dari hidangan tersebut.

      Mudahan umur kita dipanjangkan untuk bertemu Ramadhan tahun akan datang dan tingkatkan amal ibadah pada Ramadhan tahun ini sebagai bekal akhirat kelak.

      Terima kasih atas kunjungan.
      Selamat berpuasa. 😀

    • Iya Mila, tempoyak sangat lazat kalau ia digoreng seperti yang bunda masak di atas. 😀

      Masya Allah, memasak ini sangat mudah sekali, Mila.
      Boleh… jumpa bunda ya, biar bunda ajari cara memasak yang simple tetapi lazat. 😀

  9. Tak lama lagi Ramadhan akan berakhir, semoga detik detik yang terlewati berbuahkan kebajikan yang berlipat ganda, 10 hari akhir Ramadhan nanti mendapat karunia barokah seribu bulan….

    • Alhamdulillah.. atas ingatan dan makluman yang mencerahkan. Semoga kita semua merebut peluang untuk bertemu dengan lailatur Qadar.

      Berdoa dan berusahalah mendapat Lailatur Qadar dengan menambah ibadah di 10 Ramadhan terakhir. Begitulah Rasulullah saw dan sahabat lakukan di penghujung Ramadhan.

      Terima kasih, Nedi dan salam Ramadhan. 😀

  10. wa ‘alaikum salam warahmatullah wabarakatuh …
    saya perhatikan,, nama-nama menunya,, unik mba,, menyatu dengan rasa di jiwa …

  11. Pingback: Bubur Pedas yang Tak Pedas | Jurnal Transformasi

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.