CT171. MANUSIA “BERKAKI AYAM”

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

AyamFatima1ManusiaBerkakiAyam

Alhamdulillah, kami (saya, Kak Kasma dan Kak Senah) selalu mendapat saf paling hadapan di Masjid Nabawi setelah mengatur strategi untuk meraih saf pertama di ruangan wanita. CT107. MEREBUT SAF PERTAMA DI MASJID NABAWI: MENGATUR STRATEGI mudah-mudahan dapat membantu anda melakukan yang sama apabila ke sana nanti.Β 

Tidak dapat digambarkan kegembiraan kami apabila seawal jam 2.30 pagi, kami dapat memasuki Masjid Nabawi tanpa berebut dan bersesak. Sebelum hamparan indah menyambut mesra para jemaah, kami perlu melalui pintu utama Masjid Nabawi yang dijaga rapi oleh polis wanita Arab Saudi berpurdah yang jarang menyapa mesra. Mereka mulai sibuk menjalankan rutin harian memeriksa setiap barang yang dibawa oleh jemaah hajjah yang memasuki masjid.

Setelah lulus pemeriksaan tersebut, kami mulai menapak laju menuju saf paling hadapan. Biasanya saya akan berhenti dahulu untuk minum air zam-zam yang terletak di setiap laluan. Sejuk dingin suasana dari semburan penghawa dingin yang bertaburan banyak di tiang-tiang besar masjid tidak saya hiraukan. Malah kenyamanannya menyelinap ke seluruh tubuh yang sedang hangat setelah berjalan sejauh 250 meter dari hotel Moltaqa al-Alam.

AyamFatima3BahagianUtaraMusollaWanita

Inilah tempat saya, Kak Kasma dan Kak Senah selalu bersolat di Masjid Nabawi. Kawasan ini berhampiran dengan Pintu 16, Gate Umar al-Khattab. Dataran Masjid Nabawi dipisahkan oleh pagar kecil sebelum masuk ke kawasan solat wanita.

*

KEHILANGAN

Selesai solat Subuh, berdoa dan solat jenazah. Kami bergegas keluar dari Masjid Nabawi kerana merancang untuk bersarapan sama. Sebagai orang paling muda merangkap ketua kumpulan, saya bermurah hati menghulur khidmat dan memegang amanah untuk membawa selipar-selipar kami di dalam satu beg plastik ke dalam Masjid Nabawi.

Ketika berjalan menuju pintu keluar, awalnya kami bertiga bersama-sama dalam satu barisan yang diketuai oleh saya sambil memimpin tangan Kak Kasma yang selalu kelam kabut. Manakala Kak Senah mengikut belakang Kak Kasma. Kami berjalan laju menyusur ribuan hajjah lain yang turut sama keluar. Dalam keadaan kelam kabut itu, saya tidak lagi melihat kelibat Kak Senah mengekori saya di belakang. Amat sukar untuk mencari Kak Senah dalam ribuan manusia yang lalu lalang dan semuanya hendak cepat.

“Kak, Kak Senah sudah hilang, saya tidak nampak Kak Senah”, kata saya kepada Kak Kasma. “Apa! Senah pergi mana ?, tanya Kak Kasma kembali. “Tak tahu, kak. Tadi dia kan di belakang akak” balas saya. “Kita berhenti dulu kak, mungkin dia akan nampak kita”, sambung saya lagi. “iyalah’, jawab Kak Kasma.

Kami berhenti sekejap di tengah-tengah keramaian jemaah hajjah sambil mencari-cari kelibat Kak Senah. Lama juga kami berada di situ, tetapi raut wajah Kak Senah langsung tidak muncul. Kami jadi bingung. “Mungkin semasa dia terputus jalan dengan kita tadi, lalu menyimpang ke jalan lain.” tebak Kak Kasma. “Mungkin juga”, balas saya.

“Mari kita tunggu di luar. Mungkin dia sudah menunggu kita,” saran saya. Kami melanjutkan perjalanan keluar Masjid dan memutuskan untuk menunggu di depan pintu utama kedua kerana di situ kami dapat dilihat dengan jelas jika Kak Senah keluar dari mana-mana pintu. Setelah hampir 30 minit menunggu, bayang tubuh Kak Senah langsung tidak menampakkan diri untuk muncul dari 4 pintu utama Masjid Nabawi bahagian wanita ini. Saya mulai resah dan bimbang.

AyamFatima2PintuAnNisaMasjidNabawi

Kawasan solat wanita di sebelah Utara, Masjid Nabawi terdapat 4 pintu masuk utama.

AyamFatima4PintuMasjidNabawiLelaki

Pintu masuk utama, Masjid Nabawi di bahagian lelaki. Pintu yang tertutup di sebelah kiri menampakkan nama MUHAMMAD di tengahnya (bulatan).Β  Di sebelah kanan, kelihatan duduk beberapa polis Arab Saudi yang menunggu di depan pintu masjid. Tetapi kawalannya tidak “sedahsyat” polis wanita.

*

“KAKI AYAM”

“Ke mana Kak Senah pergi ni, kak. Seliparnya ada pada saya,” ujar saya seraya menunjukkan beg plastik yang dipegang. Kaki kami sudah berselipar. Hanya selipar Kak Senah yang masih belum menemui tuannya. “Entahlah budak itu, geram benar akak ni. Sudah lama kita menunggu. Pergi mana dia agaknya ? Tak kan pulang dengan “kaki ayam” sahaja,” Kak Kasma mula berleter panjang. Geram sungguh hatinya.

“Kalau dilihat, tempat kita berdua menunggu ini, sangat strategik sekali. Mustahil Kak Senah tidak nampak kita kalau keluar dari mana-mana pintu itu. Kenapa pula dia tidak menunggu kita, kalau dia dulu keluar ?” sambung saya dengan hati yang mengerutu kerana sudah lama menanti tetapi Kak Senah tidak juga ditemui.

“Kak, kita pulang sahajalah. Mana tahu dalam perjalanan di depan sana, kita jumpa Kak Senah. Berdoalah supaya Kak Senah masih menunggu kita. Seliparnya masih pada saya ni. Macam mana agaknya rupa Kak Senah berjalan sambil “berkaki ayam” untuk pulang ke hotel yang jauh tu”, kata saya dengan risau sambil membayangkan keadaan Kak Senah. Tidak semena-mena, kami berdua ketawa dengan kuat. “Astaghfirullah al-Azdhim.” ucap kami sama-sama dengan ketawa yang belum habis sisanya.

“Mari kak, kita balik sahaja. Bimbang pula saya jika Kak Senah marah.” kata saya. “Jangan pandai nak marah-marah, kita sudah menunggu lama di sini. Perut ni pun sudah berkeroncong.” balas Kak Kasma seperti sudah hilang sabar. Saya hanya ketawa melihat gelagat marah Kak Kasma yang seperti keanak-anakan itu.

Kami berdua nenurun tangga Masjid Nabawi untuk keluar menuju kawasan Dataran Masjid Nabawi yang dipayungi dengan “Bunga Kembang Pagi” yang sudah mengembangkan kelopaknya. Sambil berjalan itu, mata saya tetap meliar mencari sosok tubuh Kak Senah, kalau dia masih berada di kawasan tersebut. Dalam hati, saya berdoa agar Kak Senah tidak kemana-mana dengan “kaki ayam”nya. πŸ˜€

*

JUMPA

Subhanallah, belum jauh kami berjalan di Dataran Masjid Nabawi, tiba-tiba mata saya terpandang tubuh Kak Senah sedang berdiri di tengah-tengah jalan Dataran sambil mengeliat-liat badannya dengan bibir diketap geram. Lucu pula saya melihat gaya geram Kak Senah tatkala melihat kami berdua. Wajah kecewa dan marahnya mula kelihatan.

Mata saya tertuju pula pada kaki Kak Senah yang nampak jelas tanpa berselipar. Syukur berstokin. Benar-benar “berkaki ayam”. Kedua-dua kakinya saling bertindih seolah-olah bimbang diketahui orang yang dia tidak memakai selipar. Saya menghadiahkan senyuman manis sebaik melihat Kak Senah dari jauh dan menarik tangan Kak Kasma mendekati Kak Senah. Kak Kasma turut gembira melihat Kak Senah.

“Alhamdulillah, di sini rupanya awak. Kami bukan main lama lagi menunggu awak dekat pintu sana.” kata kak Kasma sebaik mendekati Kak Senah dengan gembiranya sambil menunjuk ke tempat kami menunggu. “Ke mana awak berdua pergi, saya cari tak jumpa-jumpa. Ingat nak balik terus, tetapi menunggu juga, harap dapat jumpa di sini,” jelas Kak Senah dengan nada mendatar dan tegang. Kak Kasma saya lihat sudah menunjukkan wajah geramnya.

Saya tidak senang hati melihat suasana yang hambar begini. Lalu cuba menenangkan keadaan. Entahlah, saya tidak pula terasa hati dengan sikap dingin Kak Senah. Lain pula Kak Kasma yang jelas-jelas menunjukkan sikapnya. Mungkin kerana saya muda dan lebih penyabar, menyebabkan saya tenang sahaja menghadapi sikap mereka.

Ayamfatima5DataranMasjidNabawiGate16

“Kenapa akak menunggu di sini. Saya bimbang akak hilang tadi kerana selipar akak pada saya. Sebab itu kami menunggu akak dekat pintu.” sambung saya sambil mengeluarkan selipar dari beg plastik dan menyerahkannya kepada Kak Senah.

Kak Senah tidak menjawab. Hanya wajahnya yang menunjukkan kemarahan dengan senyuman yang dibuat-buat. Pasti hatinya berbuku geram kerana lama menunggu. “Hmmm… bukankah kami juga menunggu lama. Itu bermakna penungguan kami sama jumlah masanya.” keluh hati saya sambil melihat diam-diam wajah Kak Senah yang muram.

“Mari balik kak, saya dah lapar.” ajak saya kepada Kak Kasma dan Kak Senah. Saya dan Kak kasma berjalan beriringan sambil berpimpin tangan. Manakala Kak Senah berjalan laju di hadapan. Saya rasa tidak senang hati melihat sikap Kak Senah. “Kak, Kak Senah nampak marahlah,” adu saya kepada Kak Kasma. “Eh..eh, dia tahu marah dia sahaja. Apa dia tidak tahu marah kita yang menunggu dia lama juga. Biarkan dia. Jangan peduli. “getus suara Kak Kasma dengan geram.

“Jangan cakap macam tu Kak, tak elok. Kita nak mengerjakan haji ini. Bersabarlah, kak.” ucap saya menyabarkan Kak Kasma. Kak Kasma mencebik bibirnya menahan geram hati. Kami terus berjalanΒ  tanpa berbicara menuju ke Hotel Moltaqa al-Alam untuk sarapan pagi. Saya beristighfar sepanjang perjalanan dengan mengharapkan keadaan kembali baik antara kami semasa di dalam bilik hotel nanti.Β 

*

harapanhatiFatima

WAHAI PARA HUJJAJ

Banyakkan bersabar selama hidup di Tanah Suci Haramain. Kita akan melalui banyak ujian yang Allah SWT lampirkan untuk meninggikan martabat kita di sisi-NYA. Redha atas apa yang berlaku, relaks, tenang dan ukirkan senyuman agar hati kita segar.

Insya Allah, semua yang dilalui akan memberi impak yang baik untuk mendisiplin diri menjadi manusia yang berjiwa kental dan tabah. Memperolehi haji mabrur memerlukan kesabaran yang tinggi kerana setiap ujian yang hadir merupakan cerminan untuk mengintip jalan ke Syurga.

JANGAN LUPA DIRI SENDIRI SAAT KITA MENASIHATI ORANG LAIN

**************

2 Jun 2013 (Ahad)/ 23 Rejab 1434H/9.40 pagi Sarikei, Sarawak

AKU… melihat tidak ada hidup yang lebih sepi daripada hidup seorang pengarang. Dia melalui hari-hari karangannya dengan seorang diri tanpa mahu diganggu sesiapa. Mencari idea dengan gaya seribu rasa. Buku menjadi teman bicara bisu yang selalu ketawa melihat setiap aksi perkasanya di medan kata. Bukankah aku juga termasuk di dalamnya. Sepi itu INDAH. Yang terindah adalah dirimu, kerana selalu ada dalam karanganku.

– SITI FATIMAH AHMAD –

*

RinduFatima2RasadanJiwapadamu

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Hidup ini selalu menduga kita. Aku berusaha untuk mengukir kata secantik bahasa agar hatimu tidak tercalar luka. Sayangnya, ada ketika bicaraku mengundang bimbang seribu duka apabila mengetahui hatimu bertandang nestapa yang bergelora. Maafkan aku, andai nukilan rasa yang disempuh tidak menjanjikan nikmat buah rasanya. Ketahuilah… setiap detik waktu di hatiku sentiasa ingin kau gembira dan bahagia. Wasslaam. πŸ˜€

*

***************

44 thoughts on “CT171. MANUSIA “BERKAKI AYAM”

  1. Ass…….
    Memang terasa indah bila kita bisa menjaga apa yang menjadi kebiasaan kita di tanah suci, semisal dengan menahan amarah yang selalu saja hinggap dalam kehidupan kita sehari-hari. Semoga kebiasaan ini dapat terbawa semasa kehidupan selanjutnya dimana saja diri kita berada, karena merupakan penerapan dari hasil ritual ibadah di tanah suci Makkah.

    Salam hangat dari Jakarta, dan sukses selalu untuk bunda sekeluarga di sana.
    Salam wisata

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra…

      Saya setuju, Tanah Haramain adalah tempat untuk kita menyucikan diri dari segala noda dan dosa yang dilakukan. kerana di sana doa kita sangat mustajab diterima Allah dengan yakin diri dan bertaubat kepada-NYA.

      Segala ujian yang dihadirkan Allah SWT selama di sana, benar-benar dapat mencerminkan akhlak kita sebelum, semasa dan selepas. Mudahan sahaja selepas berhaji atau berumrah, akhlak kita semakin baik dan terpuji dari sebelumnya.

      Masya Allah sangat sukar untuk membuang kebiasaan lama jika tidakada kesungguhan untuk melaksanakan dengan setulus hati dan cinta Ilahi.

      Terima kasih mas Indra atas pencerahannya.
      Salam hormat dan sukses kembali. πŸ˜€

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, KangYan…

      Aamiin Allahuma Aamiin.
      Semoga KangYan dan isteri juga akan ke sana nanti, tiba waktunya panggilan Ilahi menyapa diri untuk menyahut seruan dari Nabi Ibrahim a.s. Labbaikallahuma Labbaik. Aamiin.

      Terima kasih KangYan.
      Salam ceria selalu. πŸ˜€

        • Aamiin Ya Rabbal’alamiin.

          Saya lihat bahawa di Indonesia, banyak kotanya diberi gelaran seperti Kota Hujan, Bandung Kota Kembang dan sebagainya. Apakah itu digelar oleh masyarakat lingkungan atau pemerintah yang menggelarkannya.

          Salam bahagia kembali. πŸ˜€

          • pastinya saya sendiri gak tau… tapi menurut saya bukan pemerintah yang memberi “sebutan” untuk satu kota itu… seperti Bogor “kota hujan” karena memang bogor ini curah hujanya tinggi… jadi saya rasa masyaraktlah yang memberikan “julukan” itu….

            • Hebat sekali kalau masyarakat dapat mempopularkan nama julukan bagi kotanya. Itu lebih bermakna kerana selalu diingati dan sesuai pula dengan keadaan yang menyebabkan nama julukan itu diangkat untuk dikenali ramai.

              Kalau di Malaysia, biasanya setiap daerah mempunyai nama julukan berdasarkan hasil sumber atau haiwan daerah tersebut dan diberikan oleh pihak pemerintah seperti Nanas, Limau, Udang, Durian, Minyak, Merpati dan sebagainya.

              Terima kasih atas kongsiannya, KangYan. πŸ˜€

    • Aamiin, Insya Allah Heru Piss. Saya doakan akan mengikuti jejak untuk ke sana.

      Niat yang baik, pasti diganjari Allah dengan kebaikan. Lambat atau cepat, tergantung atas usaha kita juga melalui doa dan uang yang cukup. Jangan hanya berniat sahaja, itu tidak memadai. πŸ˜€

      Terima kasih Heru atas kunjungan. Blog Heru menampilkan banyak perabot yang antik, bagus dan berkualitas. Semoga sukses dengan bisnisnya.

      Salam sejahtera. πŸ˜€

      • Hehee,, ya mbak makasih pencerahannya. harus semangat membara ya mbak biar bisa sukses dan naik haji, baru ortu mbak yang berangkat kesana…itu aja dapat jadwal 2016.. Makasih mbak..

        • Alhamdulillah, semoga orang tua Heru akan selamat ke sana pada tahun 2016 nanti. Tidak terasa masa berlalu pastikan tiba apabila Allah SWT menyeru kepadaNYA.

          Apa Heru sudah berdaftar haji ? Saya maklumi bahawa antrian untuk haji di sana sudah panjang. Jika mahu jadi Haji Muda, berdaftarlah sekarang kerana Haji Muda banyak kelebihannya.

          Sama-sama kembali, Heru. πŸ˜€

    • Sama-sama kembali mbak Ely.
      Sekadar mengingati diri, bimbang terlupa. Alhamdulillah, jika bermanfaat. Semoga Allah memberkati kebaikan yang kita kongsikan bersama.

      Salam manis selalu. πŸ˜€

  2. Assalamu’alaikum warrohmatullohi wa barokatuh
    Subhanalloh banyak hal yang tidak pernah kita duga ketika menjalankan ibadah haji di dua tanah suci, untuk itu perlu persiapan fisik, ilmu agar kita merasa aman dan nyaman selama menjalankannya.
    Meski sebagian orang tidak terlalu yakin atas balasan amalan yang kita perbuat walau sekecil apapun ternyata kami telah membuktikan sendiri tahunn 2006 lalu. Di Nabawi, ketika teman-teman seperjalanan sering kehilangan sandal (selipar ya kalo Malaysia?), istri saya waktu itu hanya mengatakan, saya yang belum. Dan Masya Alloh besoknya, ternyata giliran istri saya yang kebingunan karena kehilangan dan lupa menyimpan sandalnya di Masjid Nabawi.
    Dan ternyata dengan istighfar dan memperbanyak shalawat hingga akhirnya kita berusaha untuk berhati-hati dalam banyak hal termasuk menjaga hati agar tidak terpeleset kedalam godaan.
    Berhaji memang banyak orang yang mampu melakukannya, namun menjaga ‘nilai’ haji setelahnya tidak semua orang bisa melakukannya. Semoga kita semua yang telah berhaji dimudahkan menjaga agar tetap menjadi haji yang mabrur dan memberikan kemanfaatan dalam keshalihan diri dan keshalihan sosial.
    Dan yang belum berhaji, semoga dimudahkan untuk segera memenuhi panggilanNya karena berhaji dalam kesempurnaan rukun islam.
    Salam silaturahim dari Blitar Jawa TImur Indonesia

    • Wa’alaikum salaam wr.wb Waridhwaanuh, Pakies…

      Alhamdulillah, Pakies dan isteri sudah ke Tanah Suci. Semoga sentiasa mendapat umrah/haji mabrur dari ibadah yang ditunaikan. Mabrur itu terletak pada hati kita untuk sentiasa melaksanakan perintah Allah SWT di mana sahaja kita berada sesudah melaksanakan dua ibadah tersebut.

      Tanah Haramain adalah bumi yang diberkati Allah SWT. Di bumi tumbuhnya iman ini sudah dijelaskan Allah SWT bahawa setiap doa (kata-kata) yang diucap akan segera diperkenankan Allah SWT sebagai meraikan tetamunya yang mulia.

      Oleh itu, berhati-hati ketika berbicara terutama yang negatif. Bukan Allah SWT “membalas cash” seperti yang disangka “buruk” oleh sesetengah pihak tetapi Allah SWT telah nyatakan setiap yang diminta akan dimakbulkan semasa berada di bumi yang dicintai-NYA.

      Maka, berkata baiklah sepanjang di sana. Insya Allah, akan dimudahkan segala urusan ibadah dan kehidupan kita. Allahu Akbar.

      Rupanya, isteri Pakies juga pernah kehilangan seliparnya. Mungkin tidak ingat di mana diletakkan kerana bila kita masuk di dalam Masjid, keadaannya sama bentuk dan rupa sehingga kita menjadi keliru. Kerana itu, saya membawa selipar dalam beg plastik dan meletakkanya di dinding sisi agar tidak hilang. Cuma kalau di Masjidil Haram saya akan meletak selipar di rak selipar sahaja. Alhamdulilah, tidak pernah hilang.

      Iya, sandal itu sama dengan selipar di Malaysia.

      Terima kasih Pakies sudah berkunjung dan berbagi pengalaman yang amar bermakna untuk renungan bersama. Senang dapat membaca kisah Pakies dan isteri di Tanah Suci. Semoga beroleh kemabruran dalam setiap ibadah yang dilakukan. Aamiin.

      Salam hormat selalu. πŸ˜€

  3. Pingback: CT107. MEREBUT SAF PERTAMA DI MASJID NABAWI (2): MENGATUR STRATEGI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

    • Tidak berumrah. Insya Allah di kemudian hari nanti akan ke sana lagi untuk umrah sunat.

      Laptop boleh dibawa ke Tanah Haram. Malah untuk beli laptop baru di sana juga sangat banyak seperti di tempat kita juga.

      Semua coretan yang ditulis sepanjang hampir dua tahun ini merupakan pengalaman haji tahun 2011 yang lalu untuk dikongsikan bersama. Sayang sekali, kalau perjalanan rohani ini tidak diambil iktibar dan panduan oleh pembaca. malah bermanfaat buat yang belum pernah ke sana.

      Alhamdulillah, sekurangnya ketikan foto dapat mendekatkan hati Wahyu untuk ke sana nanti. Aamiin.

      Salam ceria. πŸ˜€

    • manusia ber “kaki ayam” bermaksud, bertelanjang kakinya tanpa memakai alas kaki seperti kasut atau selipar. Ini sebuah perumpamaan dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Kalau di Indonesia pula apa maksudnya itu.

      Terima kasih wahyu. πŸ˜€

  4. assalamualaikum,
    membaca artikel ini saya jadi teringat pada suatu masa, ketika alas kaki saya tak bisa ditemukan pada tempat penitipan, mungkin terpakai oleh orang lain, sehingga saya menapak berjalan di lantai masjidil Haram di siang hari untuk kembali ke hotel, tak terasa panasnya hanya ada kesejukan di kaki, hingga esoknya saya kembali ke masjidil haram, dan menemukan alas kaki saya kembali berada ditempat semula….
    salam sehat selalu untuk Fatimah dan keluarga dari saya di makassar – Indonesia πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hariyanto…

      Alhamdulillah, jika hati kita redha dan tidak berburuk sangka pasti ada bantuan Allah SWT yang mengisi keindahan hidup kita di Tanah Suci. Ada dua kemungkinan berlaku kepada kehilangan alas kaki para hujjaj.

      1. diambil atau terambil oleh orang lain
      2. terlupa di mana kita meletakkannya disebabkan keliru dengan keserupaan dalam MasjidilHaram atau Masjid Nabawi.

      Didoakan mas Hariyanto dan keluarga juga sihat di Makassar.
      Terima kasih atas kongsian yang mencerahkan.

      Salam hormat. πŸ˜€

    • Alhamdulillah, penungguan satu penyiksaan.
      Jika hilang dari kumpulan dan tidak punya hubungan telefon, memang sangat susah untuk bertemu kembali. Maka, jangan lupa bawa telefon dan simpan nombornya.

      Terima kasih Monda untuk kunjungannya.
      Salam manis selalu. πŸ˜€

  5. jangan lupa diri sendiri saat menasehati orang lain.. benar sekali supaya kita instropeksi diri sendiri dulu sebelum mengomentari orang lain, jangan sampai look who’s talking! kira2 begitu ya…
    salam kenal πŸ™‚

    • iya, begitulah kira-kiranya Artie.
      Mudahan kita sama-sama mengambil iktibar dari mengingati orang lain sambil itu memesan diri sendiri agar apa yang kita kata adalah sesuatu yang kita usahakan sama untuk kebaikan bersama-sama.

      Terima kasih dan salam kenal. πŸ˜€

  6. Hmm… semoga dalam hidup saya, Allah Ta’ala ada menakdirkan kedua kaki ini untuk menapaki Makkah al Mukkarramah dan Madinah al Munawwarah. Aamiin.

    Saya banyak mendengar kisah-kisah yang hampir tidak dapat dipercaya dari orang-orang yang mengunjungi tanah suci tersebut ibunda. Termasuk ayah saya sendiri, ketika memasuki Masjidil Haram, terbersit keyakinan didalam hati bahwa ia ‘tidak akan tersesat lantaran sudah tau pasti pintu masuknya tadi’.

    Yang terjadi kemudian adalah, ayah saya bener-bener lupa dengan pintunya. Sampai akhirnya ayah sadar, lalu ber-istighfar atas ‘kesombongan’ yang sempat terbersit dihati, lalu ajaibnya… ternyata ayah saya sudah berdiri didepan pintu masuk tadi.

    Tanah suci merupakan tempat teragung didunia dimana Tuhan mengajarkan kita untuk menjadi manusia yang lebih baik melalui bermacam-macam peristiwa untuk mengingatkan kita.

    NB. Ah iya Bunda, saya juga ingin menyampaikan kalau blog saya sudah pindah alamat ke alamat ini. πŸ™‚

    • Salam Rizal…

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Insya Allah, jika hati sudah berniat baik untuk ke Tanah Suci, pasti seruan Allah SWT akan menyapa tanpa kita ketahui bilakah masa yang bakal tiba. Cuma sekarang harus tetapkan niat, berdaftar haji dan menyimpan wang mulai sekarang agar cukup bila ada panggilan berhaji sudah tiba.

      Tentang cerita-cerita tersebut, saya tidak dapat pastikan kerana itu sesuatu yang tidak diduga. Cuma yang saya yakini dan percayai bahawa Allah SWT tidak akan β€œmenyusahkan” tetamu-NYA dengan perkara yang menyulitkan.

      Setiap perkataan adalah doa dan Allah SWT akan mengabulkan apa yang kita minta sesuai dengan apa yang kita mahu dan sangkakan untuk berlaku. Bumi Haramain adalah bumi yang mustajab doanya dan Allah memberi jaminan atas kemakbulan doa tersebut.

      Saya hanya yakin, jika hilang pintu atau barang yang disimpan adalah diakibatkan oleh kekeliruan tempat menyimpan barang dan pintu yang mengelirukan. Pintu Masjidil Haram, hampir serupa dan mempunyai hampir seratus pintu. Mungkin kekeliruan itulah menyebabkan tidak tahu di mana kita berada apabila sudah beralih tempat di dalam masjid.

      Oleh itu, mengingati nombor pintu sangat penting. Banyak petunjuk nombor pintu ditulis di tiang masjid berhampiran Dataran Kaabah. Ramai hujjaj tidak mengambil berat dengan nombor pintu ini. Alhamdulillah, saya tidak bermasalah selama berada di dua bumi haram itu.

      Terima kasih atas pencerahan dan kongsian pengalaman ayah Rizal. Mudahan ramai yang mengambil iktibarnya. Didoakan Rizal juga akan menyusul perjalanan rohani yang hebat ini. Aamiin.

      Salam sejahtera. πŸ˜€

  7. borkallohufiikum … senang melihat dan mendengar bunda sudah dari tanah suci … kebahagiaan yang luar biasa, doakan sy bunda bisa menyusul bunda. amiin
    perjuangan yang berat tapi juga membahagiakan sampai kehilangan kak salma, salam buat saudara-saudara di sana …

    • Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Saya doakan mas Bachree dan mbak Hikmah akan ke sana juga nanti. Insya Allah, niat yang baik tentu akan Allah SWT perkenankan.

      Terima kasih atas kunjungan.
      Salam sejahtera. πŸ˜€

  8. assalamu Alaikum wr. wb.

    persahabatan ummi dkk, lucu juga yah dalam mengerjakan haji bertiga, selalu bersama

    semoga sahaja kelak neni dapat menunaikan haji lebih baik dari ummi,
    ya Allah, mudahkanlah langkah hamba tuk melangkah ke tanah suci_Mu (Amin ya Allah )

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Neni sayang….

      Berdoalah mendapat sabahat yang terbaik sepanjang di Tanah Suci. Kerana sangat penting untuk urusan seharian kita jika tidak bersama mahram.

      Aamiin. Insya Allah Neni akan mendapat yang lebih baik dari Umi.
      Semoga mendapat haji mabrur nantinya.

      Salam sayang dari Umi. πŸ˜€

    • Subhanallah, saya juga merasai yang sama.
      Sungguh sampai saat ini, saya sangat merindui utnuk beribadah di Masjid nabawi dan Masjidil Haram.

      Semoga diizin Allah SWT di kemudian hari yang dekat.
      Salam kenal dan terima kasih sudah bertandang kemari. πŸ˜€

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.