CT252. SEVILLA BARAKAT: TINGKAT 9, BILIK 927

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SevBarakatFatima1Tingkat9Bilik927

*

Alhamdulillah, kembali menyambung perjalanan iman yang kini memasuki episod awal kehidupan di Tanah Suci Makkah al-Mukarramah. Setelah sebulan menunda untuk memberi jalan kepada penulisan lain, maka posting sebelum ini CT241. PMM(4): SELAMAT DATANG TETAMU ALLAH akan dilanjutkan untuk perkongsian pengalaman menuju redha Ilahi.

Setelah turun dari bas dan memasuki ruang lobi Hotel Sevilla Barakat, saya dan SPH melihat pada kad maklumat bilik yang telah diberikan kepada kami semasa di Hotel Moltaqa al-Alam, Madinah. Saya akan menginap di bilik bernombor 927 dan SPH menginap di bilik bersebelahan dengan bilik saya, 926.

Pemilihan bilik bersebelahan memang disengajakan oleh pihak muassasah Tabung Haji (TH) bagi memudahkan pasangan suami isteri atau mahram berhubung. Sebelum ke Makkah, taklimat bilik sudah dimaklumkan oleh pihak petugas TH.

Saya, Kak Senah dan Mastika kekal dalam satu bilik yang sama di Makkah. Manakala Kak Kasma terpisah di bilik 925. Allahu Akbar, saya meyakini doa saya dikabulkan Allah apabila Kak Kasma tidak lagi bersama satu bilik dengan kami.

Kenapa saya sanggup berdoa demikian ? Kisah ini akan saya jelaskan dalam penulisan berhubung CABARAN HAJI: ADAB DAN BATAS PERGAULAN. Mudahan banyak iktibar yang boleh diambil dan mengajar kita tentang pentingnya menjaga adab dan batas pergaulan dengan sesama manusia di mana-mana sahaja kita berada apa tah lagi di Tanah Suci.

*

BILIK 927

Saya merupakan tetamu Allah yang pertama memasuki bilik 927 setelah mengambil kunci bilik di kaunter tetamu di lobi hotel. Ini memberi kelebihan kepada saya untuk memilih katil yang disukai. Nama-nama ahli bilik tertera jelas di depan daun pintu masuk ke bilik. Anggota baru bilik adalah Kak Halimah (bandar Bintulu)  dan Nenek Daerah (Tatau, Bintulu)

Penjelasan ringkas tentang Hotel Sevilla Barakat ini pernah saya tulis di dalam CT100. DISEPANJANG PERJALANAN INI…. MOLTAQA KE MASJID NABAWI (4).  Alhamdulillah, kami diberi tempat tinggal yang selesa walaupun terpaksa berhimpit-himpit seramai 5 orang di dalamnya. Bukan kesenangan yang hendak dicari ketika melakukan kerja haji tetapi keredhaan Allah SWT.

*

TARAF 5 BINTANG

Hotel Sevilla Barakat setinggi 18 tingkat merupakan hotel lama bertaraf 5 Bintang. Jika dibandingkan dengan hotel 5 Bintang dan 7 Bintang yang dibina berhampiran Masjidil Haram yang lebih cangih dan moden dari reka bentuk dan pelayanannya, Hotel Sevilla Barakat jauh ketinggalan zaman.

Oleh kerana itu, Hotel Sevilla Barakat dan semua hotel yang berhampiran dengannya, akan diroboh untuk pembesaran dan pembinaan baru Masjidil Haram yang mengambil lingkungan sebesar 1 kilometer luas persegi. Ia tersungkur menyembah bumi pada 15 Disember 2011. 

Hati jadi sebak mengingatinya. Syukurlah ada ketikan foto-foto yang diambil sebagai kenangan dan dapat mengubati kerinduan kepadanya sepanjang berada di Tanah Suci dahulu.

Setiap inci bumi Haramain akan bersemadi di hati dan jiwa setiap tetamu Allah. Tidak ada kenangan yang lebih manis tersirat di hati apabila diperkenankan Allah untuk menjadi Duyufur Rahman-NYA

*

RinduFatimaku1padamu

*

KEMUDAHAN

Sebaik masuk, terbentang di depan mata saya lima buah katil yang disusun sedemikian rupa dalam bilik jenis deluxe ini. Kerana dipadat banyak katil, ia kelihatan sempit. Tidak ada ruang untuk solat dan makan. Namun masih selesa untuk diduduki. 4 katil diganding sebaris kecuali satu katil terletak melintang dan betul-betul menghadap pintu masuk.

Kemudahan yang disediakan adalah sebuah peti sejuk sederhana dan sebuah cerek elektrik. Biik ini dilengkapi dengan penghawa dingin (AC). AC-nya sangat sejuk sehingga terasa berada di dalam “freezer”. Tiada tombol kawalan, mungkin sudah di”standardize” semua bilik. Bilik mandinya kecil. Ruang almarinya ber-rak terbuka hingga ke siling dan tempat gantung pakaian terbuka.

*

SESUAIKAN DIRI

Menyesuaikan diri dengan suasana baru, di tempat baru dan jauh berbeza dengan keadaan di rumah sendiri sangat perlu. Jangan terlalu membawa kehendak hati yang ingin memuaskan diri dengan kehidupan di Tanah Air yang serba mudah dan lengkap. Di sini, kita perlu belajar menjadi “orang baru” dan menerima dengan redha apa sahaja kekurangan yang disediakan.

Tidak ada yang mewah dan selesa jika anda mengikuti perjalanan haji menggunakan MUASSASAH. Itu adalah risiko yang perlu anda ambil dan sedari sejak di Tanah Air. Oleh itu, jangan merungut dengan kepayahan yang ditempuhi, baik dari aspek penginapan, makan minum dan kemudahan yang disediakan sama ada di Makkah, Padang Arafah ataupun di Mina.

Persediaan rohani, mental dan emosi sangat penting sebelum ke Tanah Suci. Jika tidak biasa dan tidak pandai menyesuaikan diri, di sana akan banyak berlaku krisis dalaman sehingga menimbulkan masalah dalam komunikasi sesama manusia. Alhamdulillah, saya sudah bersedia dengan semua cabaran yang bakal ditempuh. Pengalaman sebagai ahli unit beruniform banyak membantu saya dalam menghadapi kesulitan hidup.

Lazimnya, setiap kali sampai ke bilik hotel pada hari pertama, saya memastikan semua pakaian dan keperluan di dalam beg akan disusun kemas walaupun saya masih keletihan. Saya tidak merasa selesa selagi semua perkara tersebut tidak dilakukan kerana saya hendak menggelakkan pembaziran masa untuk keesokan harinya.

Esok saya dan SPH akan menunai UMRAH WAJIB. Seawal 7.30 pagi, kami akan berkumpul di lobi untuk ke Masjidl Haram. Maka, saya tidak mahu menangguh untuk mengemas pakaian. Saya tidak suka pemandangan yang serabut dan kelam kabut. Saya sukakan kebersihan dan kerapian di dalam bilik tidur.

Setelah selesai semuanya, sekitar jam 2.00 pagi barulah saya membaringkan jasad yang sudah sedia letih untuk mendapat hak tidurnya. Kami hanya akan bersolat Subuh di hotel sahaja. Alhamdulillah.

SevBarakatFatima2MasjidlHaram

….. DI SINI KU BERDIRI, KAU AKAN MELALUI, KU PERNAH MERASAI

*

***************

SalamFatima3SalamFatima19 Mei 2014 (Isnin)/  19 Rejab 1435H/ 9.45 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….  perlu mengubah diri jika mahu menjadi lebih baik dari semalam. Sebelum mengubah diri, aku perlu mengubah fikiran agar lebih optimis terhadap tindakan yang bakal dilaksana. Jangan pernah mengambil hati jika ada yang cuba menyakiti. Sikap membawa hati akan memusnahkan segala harapan yang terpatri. 

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu…. fikiran yang tenang dari sebarang keresahan akan memberi kedamaian pada hati dan membawa kepada kebersihan jiwa. Hiasilah dirimu dengan zikir cinta yang tulus agar tidak tercemar oleh hati yang lara. Doaku titip seikhlas hati.Wassalaam. 🙂

*

FatimaRindu2denganmu

*

SESEKALI HATIKU TERTUTUP UNTUK TIDAK MENGINGATIMU… MAAFKAN  AKU

*

17 thoughts on “CT252. SEVILLA BARAKAT: TINGKAT 9, BILIK 927

  1. Assalamualaikum bunda Fatimah,
    Kemewahan itu adalah perjumpaan dengan rumah Allah di Makkah Al Mukarramah ya,
    yang lain hanyalah penunjang kesuksesan ibadah.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma….

      Tidak dinafikan kalau mahu ke sana, harus mewah mbak. Wangnya mesti banyak. Harga jualannya sangat mahal berbanding di tempat kita. Kalau yang murah itu hanya jualan di jalanan sahaja, itupun tidak berkualiti.

      Namun yang paling mahal adalah pertemuan sesama muslim seluruh dunia dan “tiket” yang diserahkan Allah SWT untuk meluluskan kita bertemu dengan-NYA di sana.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam manis mbak. 🙂

  2. assalamualaikum wrwb, alhamdulillah yg saya tunggu sudah datang seri pengalaman hajinya. hampir sama keadaan hotelnya, 5 tempat tidur(katil) kalau saya berlima masih saudara mbak jadi sdh akrab. kalo sdh dirobohkan hotelnya jd hanya beberapa meter sj dr masjid haram, enaknya jd ngiri nich! , hotel saya ‘alhayat mnazil hotel’ di daerah jarwal ghaslah selitar 1.2 km timur msjd haram, termasuk dekat jg kalo melihat hotel jamaah haji ind lainnya dan bagus, ada kulkas dan jg ada masjidnya satu lantai ditingkat bawah. jangan lama2 nulis seri lanjutannya ya mbak buat obat kangen tanah suci nich. wassalam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Hafid…. Alhamdulillah, mudahan bermanfaat.

      Hotel Sevilla Barakat hanya berjarak 750 meter dari Masjidil Haram dengan mengambil masa selama 10-15 minit berjalan kaki. Setelah beberapa hari kami meninggalkan hotel dan Makkah, hotel itupun dirobohkan.

      Tempat tinggal jauh itu sebenarnya ada kelebihan juga Hafid. Jika berjalan kaki, dapat juga senaman yang menyihatkan bada walaupun letih selain merasai perjalanan Rasulullah SAW dan para sahabiah di zaman lampau.

      Saya juga mendapat maklumat dari kenalan jemaah hajjah Indonesia, kebanyakan mereka menginap di hotel yang jauh dari Masjidil Haram sehingga ada yang melebihi 2 km. Kerana itu mereka tidak pulang sehingga waktu Isyak.

      Alhamdulillah, jemaah haji dari Malaysia ramai yang tinggal berdekatan dengan Masjidil Haram kerana pihak Tabung Haji sudah mengurus penginapan jemaah lebih awal.

      Terima kasih atas kunjungan dan kongsian berbobot yang mencerahkan. Salam sejahtera. 🙂

      • benar mbak, stasiun bis itu utk bis yg hotelnya lebih dr 2 km namanya ‘bis shalawat’ gratis, jd yg hotelnya lbh dekat kalo naik taxi ya hrs bayar sendiri. utk tahun mendatang sptnya hotelnya makin jauh saja, krn yg dekat sdh digusur utk perluasan masjidil haram. salam sejahtera juga.

        • Hanya sabar dan ketabahan hati sahaja yang mampu mengajak kita untuk terus beribadah di masjidil Haram dalam jarak yang jauh seperti itu. Alhamdulillah, ada juga bas percuma disediakan.

          Sekarang ini jemaah umrah dan haji Malaysia juga sudah menginap di hotel yang jauh kerana proses pembesaran Masjidil Haram tersebut. Kalau hotel yang berdekatan, bermaksud hotel mewah dan tentu tidak mampu untuk dibayat kecuali mereka yang menggunakan pakej khas.

          Terima kasih atas informasi tersebut, Hafid. 🙂

  3. Pingback: CT253. CABARAN HAJI (15): SUKARNYA MENJAGA ADAB DAN PERGAULAN | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  4. kalo ibu dan saudara saya yg sdh tua (+60 th) ikut kami naik taxi, 2-3 real perorang dg pergi berombongan, tp waktu pulang hanya beberapa org ongkosnya bisa sampai 5 real. yg penting sepakati dulu ongkosnya krn ada teman kami tertipu ditarik sampai 100 real perorang.

    kalo perginya dg yg muda2 kami berjalan, hanya sekitar 20 menit saja, asyik kok sambil cuci mata melihat pertokoan dan orang belanja, dan jg melihat kelakuan sesama jamaah haji ind yg berlainan adat, apalagi jamaah haji negara lain, pokoknya jalanan selalu ramai .

    kami melawati hotel haji afrika. mrk kalo belanja lbh gila dr orang ind. kami baru mampir beli kalo pulang, itupun hanya keperluan sehari-hari dan sedikit oleh2 utk org rumah. benar mbak kami pulang habis isyak, berangkatnya stlh/sblm asyar, berangkat lg jam 2 pagi hari.

    kalo siang kami jarang ke msjd haram kecuali hari jumat krn panasnya minta ampun. banyak dr kami termasuk saya sampai mengalami mimisan padahal di tanah air tdk pernah mimisan.

    • Saya juga pernah mendengar tentang penipuan harga tambang teksi melalui ceramah kursus haji atau beberapa individu yang lebih dahulu ke sana agar berhati-hati tentang harga tambang teksi. Jika tidak berani menawar maka mudah untuk ditipu.

      Saya setuju, menariknya jika berjalan kaki ke Masjidil Haram atau sebaliknya adalah dapat menjamu mata melihat ragam tingkah manusia dari seluruh dunia dengan pelbagai gaya, budaya, bahasa dan cara berkomunikasi. Selain itu, suasana alam sekitar Kota Makkah juga mampu menarik perhatian sebagai kenangan di kemudian hari.

      Saya faham, kedudukan hotel yang jauh tidak memungkinkan sesetengah jemaahnuntuk selalu ke Masjidil Haram selain cuaca panas yang tidak sebati dengan sesetengah orang. Tetapi ada juga jemaah yang tinggal di hotel berdekatan Masjidil Haram tidak hadir sepenuhnya atas alasan yang tidak munasabah.

      Mudahan kita selalu kuat dan teguh dalam melaksanakan ibadah haji atau umrah dan lain-lain ibadah selama di Tanah Suci kerana mungkin itulah kedatangan pertama dan terakhir kita sesusah itu. Aamiin.

      Salam sejahtera dan terima kasih atas kongsian pengalaman Hafid yang mencerahkan. 🙂

  5. Pingback: CT254. UMRAH WAJIB (1): RINDU KIAN MENGGAMIT | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  6. Pingback: CT325. SEPANJANG JALAN KENANGAN…. SEVILLA KE MASJIDIL HARAM (1): JEJAK YANG HILANG | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  7. Pingback: CT326. SEPANJANG JALAN KENANGAN…. SEVILLA KE MASJIDIL HARAM (2): SEVILLA DI TELAN BUMI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  8. Pingback: CT356. HARI PERTAMA SOLAT BERJEMAAH DI MASJIDIL HARAM | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  9. Pingback: CT401. TRAVELOG HAJJAH 2011 (2): PERJALANAN YANG BELUM SELESAI | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.