CT462. BACK TO SCHOOL – 2018

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

MOMEN INDAH

Sesi persekolahan tahun 2018 sudah bermula seminggu yang lalu. Saya yakin, semua ibu bapa yang tahu tanggungjawab terhadap persekolahan anak-anak pasti sibuk menyiapkan segala keperluan mereka sebelum menjelang hari pendaftaran dan hari persekolahan.

Peluang seperti ini tidak pernah diabaikan oleh saya dan SPH selagi anak-anak masih bersekolah rendah atau menengah. Menurut saya, hari pertama persekolahan pada setiap tahun merupakan momen bersejarah dan amat dihargai.

Anak-anak pasti sangat mengharapkan ibu bapa bersama mereka untuk merasai kegembiraan masa tersebut walaupun hanya sekadar menghantar di hadapan pagar sekolah, apatah lagi kalau sampai masuk ke dalam kelas.

*

6 TAHUN LALU (2012)

Sejarah kembali berulang, tidak menjangka masa berlalu begitu pantas. 6 tahun yang lalu pada bulan Januari 2012, Ieesyah memasuki alam persekolahan pertamanya di Tahun 1, Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Sarikei. Manakala abangnya Muhammad pula dalam tahun 4 di sekolah yang sama.

*

*

*

Sungguh comel wajah kedua-duanya yang ketika itu berusia 7 tahun (Ieesyah) dan 9 tahun (Muhammad). Sedangkan kakak-kakak mereka Iffah, 15 tahun (Tingkatan 3) dan Izzah, 14 tahun (Tingkatan 2).

*

*

*

Kini anak-anak sudah semakin membesar. Iffah (20 tahun) dan Izzah (19 tahun) sudah melangkah kaki ke menara gading. Yang pasti, banyak sekali perubahan berlaku sepanjang perjalanan hidup mereka. Sebagai ibu bapa, kita turut merasai pahit maung yang mereka tempuh.

Kita perlu tahu mendidik dan memahami apa yang diinginkan oleh anak-anak bagi mencapai impian hidup mereka. Mudahan dengan kasih sayang kita, mereka menjadi manusia yang berguna untuk agama, keluarga, masyarakat dan negara.

*

BACK TO SCHOOL 2018

Kini Januari 2018, Ieesyah kembali melangkah ke sekolah. Bukan lagi di sekolah rendah tetapi di sekolah menengah (menengah rendah) dalam Tingkatan 1 bagi Kelas Aliran Agama.

Manakala Muhammad pula memasuki Tingkatan 4 Aliran Sains (menengah atas) juga dalam Kelas Aliran Agama di sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sarikei Baru.

*

*

Sekarang  (2018) Ieesyah akan beranjak ke usia 13 tahun dan Muhammad 16 tahun. Masa tidak pernah berhenti menjadikan manusia tua dalam usia yang berjalan menunggu noktah penamatnya.

Tidak dapat dimungkiri, anak-anak sudah semakin besar sekarang, kita pula semakin tua…hehehe. Best sebenarnya menjadi tua ni. Banyak impian yang dapat dan sedang dicapai.

*

*

DOAKAN ANAK-ANAK

Sungguh, saya dan SPH sangat terharu dan bersyukur kepada Allah kerana anak-anak membesar dengan indah di mata dan di hati.

Hanya kasih sayang yang tidak berbelah bagi dan ikhlas serta didikan agama yang menjadi pendinding diri , anak-anak pasti dapat menempuh kehidupan dunia dan akhirat dengan cemerlang.

Wajibkan dalam diri untuk selalu mendoakan kesejahteraan anak-anak selagi nyawa kita masih dikandung badan. Maaflah mereka jika berbuat kesilapan.

“Ya Allah, aku redha, aku ampun, aku maafkan anak-anakku. Aku mencintai dan merindui mereka dalam seluruh hidupku di dunia dan di akhirat. Aamiin Allahumma Aammin.”

*

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA ANAK-ANAK TIDAK KIRA DI MANA ANDA BERADA.

*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima10 Januari 2018 (Rabu)/ 22 Rabiulakhir 1439H/ 1.45 petang/Bintangor, Sarikei, Sarawak

– SITI FATIMAH AHMAD –

 

 

*

*

14 thoughts on “CT462. BACK TO SCHOOL – 2018

  1. Assalamualaikum wr. wb bu Hajjah Fatimah. Subhanallah, pasti senang lihat anak-Anak tumbuh besar. Apalagi Ieesyah sudah aqil baligh ya? Semoga seluruh keluarga diberikan nikmat sehat dan selalu dikuatkan iman Islam. Aamiin ya robbal alamin. Salam hangat dari Jakarta Pusat 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany Fatmaningrum….

      Saat paling indah dalam hidup ibu bapa adalah melihat perkembangan dan pembesaran anak-anak setiap masa sebelum mereka mempunyai hidup sendiri. Oleh itu peluang bersama anak-anak semasa masih kecil tentu akan menjadi kenangan indah yang tak terlupakan.

      Alhamdulillah wa syukrulillah atas doa yang indah dari mbak. Semoga mbak sekeluarga juga demikian samanya. Aammin Allahumma Aamiin.

      Terima kasih ya, mbak sudah berkunjung di tahun 2018 ini.
      Salam manis dan kasih selalu. 🙂

    • Betul Wahyu, setelah menjalani cuti semester akhir tahun yang bermulan akhir bulan November, persekolahan di Malaysia kembali dibuka selepas 1 Januari. Tahun ini sekolah bermula pada 2 Januari (hari Selasa).

      Kalau di Indonesia, bilakah perbukaan sekolah selepas cuti panjang ?
      Terima kasih Wahyu sudah berkunjung dan salam sejahtera.

  2. Assalamualaikum ummi siti fatimah, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Demikianlah di antara momen yang indah apabila anak-anak membesar di depan mata sebelum mereka bertebaran membina hidup sendiri.
    Darjah satu. Titik permulaan keluar dari kepompong kehidupan, melihat dunia dari kacamata yang lebih luas. Tidak lagi melihat dunia yang sempit, dunia yang berlegar di persekitaran rumah sahaja. Pengalaman dan pelajaran yang baru bermula. Perubahan diri, kawan-kawan, persekitaran, permainan dan juga corak pemikiran.
    “Anak-anak, jika kalian melihat kesusahan dan keperitan ibu bapa mencari duit belanja agar kalian dapat belajar dengan selesa. Maka, belajarlah bersungguh-sungguh. Senangkan hati ibu bapamu yang sekali-kali tidak pernah meminta balasan. Cukuplah kejayaan kalian sebagai penghilang penat dan lelah mereka. Insafi dan berbanggalah dengan insan yang bergelar ibu bapa ini, duhai anak-anak!” ~ sekadar penambah perisa..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Ikhlwan…..

      Aamiin Allahumma Aamiin. Alhamdulillah, saya dan keluarga semuanya sihat wal’afiat. Didoakan Abu Ikhwan sekeluarga juga demikian sama.

      Senang membaca – sekadar penambah perisa – dari Abu Ikhwan. Sejuk hati dan berbesar hati apabila anak-anak tahu tentang pengorbanan ibu bapanya yang membesar dan memberi pendidikan kepada mereka. Kita doakan agar anak-anak kita menjadi hamba Allah yang berkaya di dunia dan di akhirat. Tidak mudah mendidik anak-anak zaman milineum ini, perlukan kesabaran yang tinggi dan pendekatan yang sesuai dengan umur serta zaman mereka.

      Terima kasih Abu Ikhwan atas kunjungan dan salam takzim.

    • Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Mudahan doa yang dilampirkan diperkenan Allah SWT. Mudahan kita termasuk orang yang memberi manfaat untuk agama dan sesama.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera.

  3. Pingback: CT465. IEESYAH PINDAH SEKOLAH – SMK TUN AHMAD ZAIDI (TUNAZ) | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

  4. Assalammualaikum Ustazah, Alhamdulillah sangat bagus perkongsian kisah ustazah ini. Benar kata ustazah, masa berlalu dengan sangat cepat. Saya sendiri melaluinya sebagai seorang “pelajar”, dan kini sudah menjadi guru pelatih. Apabila aktiviti PBS yang lalu berlangsung, saya memilih sekolah lama saya. Lama saya termenung mengenangkan kenangan yang telah saya ukir di sekolah tersebut. Dulu merupakan seorang pelajar di SKP, kini menjadi guru pelatih yang berPBS di sekolah itu. Jika difikirkan kembali, ini semua merupakan jasa dan doa daripada ibu ayah. Tanpa mereka siapalah saya. Pengajaran yang dapat diambil adalah, kita haruslah mengenang jasa ibu dan ayah kita apabila sudah berjaya. Ini kerana, usaha mereka seperti doa menjadi asbab kejayaan kita yang sekarang.
    Nilai yang terdapat berdasarkan kisah ustazah pula adalah nilai bersungguh-sungguh dan kasih sayang. Ini kerana, ustazah tidak berhenti dalam mendoakan mereka dan sentiasa memberikan kasih sayang.

    Muhammad Aqil b Aziz
    Pismp PA (2) Jun 2020
    Semester 3 IPGK Batu Lintang

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.