CT272. KUIH TUNJUK : KUASA JARI DAN MULUT

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

KuihTunjukFatima1KuasaJaridanMulut

*

KUASA JARI DAN MULUT

Bermulanya sejarah menggunakan KUASA JARI DAN MULUT (tunjuk dan sebut) untuk membeli kek dan biskut, apabila saya menyambung pelajaran peringkat sarjana (master) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada awal tahun 2008.

Kuasa Jari dan Mulut sudah lama diamal oleh kaum wanita sama ada yang sudah berkeluarga atau masih bujang menjelang tibanya perayaan agama atau perayaan kaum masing-masing. Mungkin saya antara yang kurang mempraktikkan dua kuasa ini kerana lebih senang membuat sendiri di rumah.

KUASA JARI DAN MULUT yang saya gelarkan di atas adalah diisyarat kepada istilah KUIH TUNJUK bagi pembelian khusus untuk kek dan biskut apabila tidak berkemampuan dari segi masa dan tenaga untuk melakukannya sendiri.

Sejak itu, saya sudah “berjangkit” untuk mempraktikkan KUASA JARI DAN MULUT setiap kali menjelangnya sambutan hari Raya Aidil Fitri. Hal ini disebabkan kekurangan masa dan keletihan pulang dari kerja yang tidak memberi ruang yang banyak untuk membuat kek dan biskut sendiri.

*

KOMPLEN

Anak-anak selalu komplen dan merungut. Mereka merasa tidak ada suasana hari raya apabila saya tidak membuat kek dan biskut. Saya terpaksa menjelaskan situasi yang memungkinkan saya tidak mampu melakukannya kecuali untuk memasak hidangan juadah di hari raya.

Kasihan anak-anak. Sambil menarik nafas dalam-dalam, saya berjanji akan meluangkan masa untuk membuat sendiri kek dan biskut apabila mempunyai cuti di hari raya akan datang.

Saya sendiri merasai kehilangan suasana tersebut yang sudah saya nikmati bersama Emak, Ros dan Hanim sejak kecil dahulu di mana kami bertiga sangat suka membantu Emak membuat kek dan biskut di akhir-akhir bulan Ramadhan.

Saya masih ingat lagi nama-nama Kek yang Emak selalu buat setiap hari raya. Kek-kek ini sangat saya sukai kerana dimasak secara kukus seperti Kek Proton Saga, Kek Menanti Hari Esok, Kek Tujuh Puteri, Kek Sabuk Tun Razak, Kek Kismis Rendam Semalam dan sebagainya . Saya tidak menyukai kek kering (dibakar) seperti kek lapis (Sarawak) yang terkenal sekarang ini.

*

BEBERAPA HARI PUASA

Setelah beberapa hari puasa, saya akan menelefon Ros, adik saya yang tinggal di Kuching untuk menempah biskut-biskut kegemaran saya iaitu Tart Nanas dan Cheese Kacang dari rakan sekerjanya. Kedua biskut itu berharga RM40.00 satu bekas. Biasanya saya akan membeli 4 bekas untuk setiap jenis biskut tersebut. SANGAT SEDAP.

KuihTunjukFatima2TartNanas

*

KuihTunjukFatima3BiskutCheeseKacang

*

TERPENGARUH

Biskut Cincin Susu dan Biskut Batang Buruk (kulitnya daripada kulit popia) dibeli setelah saya terpengaruh dengan promosi Ros yang menyatakan keduanya juga SEDAP. :D.

Dengan separuh hati kerana tidak percaya akan kelazatannya, saya hanya membeli satu bekas untuk setiap biskut tersebut. Harga satu bekas adalah RM20.00 sahaja. Sangat murah. Boleh tahan juga rasanya. Tahun depan, boleh masuk dalam senarai KUIH TUNJUK…hehe.

KuihTunjukFatima4BiskutCincinSusu

*

KuihTunjukFatima5BiskutBatangBuruk*

Tahun ini, saya hanya membeli 4 jenis biskut berbanding tahun-tahun yang lalu. Walaupun sedikit, yang penting SEDAP dan saya suka. Alhamdulillah. Lebih penting lagi, semuanya habis dan tidak berbaki.

Jika tidak kita akan rugi membeli banyak tetapi TIDAK SEDAP sehingga tidak ingin dijamah lagi. Tidak berbaloi melabur wang untuk membeli biskut yang TIDAK SEDAP.

*

PAKAR BISKUT DAN KEK

Jika anda mahu tahu, selain handal membuat biskut, saya juga pembuat kek yang handal… πŸ˜€ Kenapa ? Ilmu membuat kek sudah saya pelajari dari Emak saya sejak saya kecil-kecil lagi.

Emak memang terkenal SANGAT HANDAL membuat kek dan biskut. Emak merupakan tenaga pengajar di Institut Pertanian Semongok, Kuching yang memegang jawatan di Home Department (Sains Rumahtangga).

Oleh itu, saya, Ros dan Hanim memperolehi keuntungan tersendiri kerana tidak perlu belajar membuat kek dan biskut dari orang lain. Emak mempunyai kepakaran yang tinggi dalam hal ini. Dalam bab masak memasak, Emak sangat garang dan tegas. Kami mesti sempurna dalam memasak.

Walaupun saya tidak mempunyai sijil dan kelayakan yang mengiktirafkan kepakaran saya, yang penting semuanya SEDAP, LAZAT dan ENAK.

*

SEHARI SEBELUM HARI RAYA

Sudah 2 tahun, saya tidak berkesempatan untuk membuat kek sendiri. Satu idea menarik dan bijaksana dari saya dengan KUASA JARI DAN MULUT, saya mengajak SPH berbelanja kek yang memang terkenal lazat dan harganya boleh diterima di kedai kek kegemaran saya iaitu SECRET RECIPE, Sibu.

Sudah 2 tahun juga kami mengambil keputusan untuk balik kampung pada hari raya pertama setelah melaksanakan Solat Sunat Hari Raya di Masjid Sarikei. Kami ingin merasai suasana hari raya bersama anak-anak dahulu, baru pulang ke kampung.

Kami tidak pernah mengalami masalah kesesakan lalu lintas (trafik) untuk pulang ke kampung. Bila-bila masa boleh pulang dengan memandu dalam keadaan jalan raya yang lengang dan selesa.

*

KEK TUNJUK

SEHARI SEBELUM HARI RAYA, saya menggunakan KUASA JARI dan MULUT untuk membeli kek-kek yang lazat di bawah ini. Harganya relatif murah antara RM60.00 – RM82.00 untuk kek berukuran 8 x 8 dan bulat. Bagi saya, sangat berbaloi membeli di sini kerana….

MEMANG SANGAT MURAH dan SANGAT LAZAT, SEDAP juga ENAK.

Tidak rugi membeli kek-kek di SECRET RECIPE. Hmmm… seperti promosi sahaja ni. Saya sangat berpuas hati dengan banyaknya pilihan kek yang dapat dilihat pada rasa, bentuk dan warna. Hati memang tergoda apabila melihat kek-kek yang dipamerkan di dalam kedai tersebut. Rasa hendak dibeli semuanya.

Foto-foto di bawah ini merupakan kek-kek yang saya tunjuk bagi hidangan hari raya 2014 ini. Lihat pada rupa, memang sedap dipandang. Hidu pada bau, memang menggoda. Saat dimakan… Masya Allah, sangat lazat dan enak hingga menjilat jari dan tiada kata yang mampu diungkapkan. ALHAMDULILLAH. πŸ˜€

SILAKAN….

KuihTunjukFatima6KekCoklatCheese

*

KuihTunjukFatima7KekPrune

*

KuihTunjukFatima8KekCoklatWalnut

*

KuihTunjukFatima9KekLobakBerkismis

*

MALAM HARI RAYA

Tidak perlu membuat biskut dan kek kerana sudah siap dibeli. Hanya inilah sahaja hasil tangan yang mampu saya masak di malam hari raya bermula jam 9 malam hingga 1 pagi. Masakan Daging Hitam, resepi khas dari Bapak yang diambil secara “bersanad” dan Ayam Masak Rendang merupakan masakan kegemaran saya sekeluarga.

Saya jarang memasak daging sapi kerana terlalu lama untuk menunggunya empuk, sampai berjam-jam. Oleh itu, apa pun jenis masakan daging,Β  hanya saya lakukan apabila ada cuti panjang sahaja.

KuihTunjukFatima10DagingHitamManis

*

KuihTunjukFatima11AyamRendang

*

Anda bagaimana ? Apakah membuat sendiri atau menggunakan KUASA JARI DAN MULUT dalam menyediakan hidangan dan juadah hari raya tahun ini ?

bunga

***************

SalamFatima3SalamFatima5 Ogos 2014 (Selasa)/Β  9 Syawal 1435H/ 10.50 malam, Sarikei, Sarawak

AKU….. mengerti untuk menjadi matang dalam hidup haruslah belajar dari perkara yang tidak dapat dilawan dan dikalahkan. Pembelajaran ini akan melonjak rasa “keegoaan” untuk mengatasinya sehingga rasa tercabar dan terus berusaha sampai berjaya. KEMATANGAN bukan dapat dicapai secara tiba-tiba, ia memerlukan proses yang lebih tua dari usia.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu… Kunci kebahagiaan terletak pada CINTA ALLAH dan CINTA RASUL. Jika duka melanda, sujudlah pada-NYA. Jika bahagia tiba, hadirlah di SEJADAH CINTA. Ingatan padamu selalu ada. Wassalaam. πŸ™‚

*

rose-scraps-20

RINDU PADAMU …. TIDAK PERNAH PADAM

*

24 thoughts on “CT272. KUIH TUNJUK : KUASA JARI DAN MULUT

  1. Assalamualaikum wr wb
    bunda
    Kalo untuk perayaan lebaran tahun ini keluarga saya tak membuat aneka kue lebaran sendiri
    melainkan beli yang sdh jadi..alasannya karena tak keburu dan tak sempat waktu nya hehe
    salam πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr…

      Memang tahun ini, langung tidak ada cuti yang dapat dimanfaatkan untuk membuat kek dan biskut sendiri kerana masih lagi dalam waktu kerja. Cutinya pula cukup-cukup untuk berhari raya dan kembali kerja semula. Nampaknya, kita sama sahaja ya, tidak cukup waktu untuk menyediakan biskut dan kek sendiri.

      Salam ceria dan terima kasih Purnomo Jr sudah berbagi cerita di sana. πŸ™‚

  2. Wow …. kuenya banyak sekali mbak, bikin ngiler πŸ˜€

    Itu kenapa ada yang namanya biskuit batang buruk mbak? πŸ™„

    Oh ya mbak, makasih imelnya ya, namun buat kartu posnya yang nomor 11 sudah ada yang milih duluan yaitu mbak Dwi, silahkan milih lagi ya mbak, sudah saya sebutkan nomornya di sini http://duniaely.com/2014/07/25/58-kartu-pos-cantik-dari-eropa-buat-pembaca-dunia-ely

    saya tunggu ya mbak, biar Insya Allah segera bisa dikirim kartu posnya, terima kasih πŸ™‚

    • Walaupun biskut dan keknya lazat, kesihatan harus dijaga juga mbak agar tidak diserang penyakit akibat dari manisnya.

      Dulu (ketika pertama mengenali biskut Batang Buruk, saya juga bertanya demikian. Biskut ini diambil dari inspirasi batang buruk. Asal biskut ini dari Senanjung Malaysia. Tidak tahu negeri mana yang memulainya. SANGAT SEDAP. πŸ˜€

      Saya sudah memilih nombornya mbak iaitu poskad no. 5.
      Terima kasih mbak Ely atas makluman dan kunjungan di Sayawal indah.
      Salam manis selalu. πŸ™‚

  3. assalamu’alaikum wr wb
    cerita akak sama dengan keluarga saya, ibu saya juga tak membuat biskuit dan kek,,_
    tapi untuk makanan ringan yang merupakan tradisi tempat saya tinggal, masih sempat untuk membuatnya.

    salam dari jhuanita.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, jhuanita tryaz….

      Kesibukan tugas selalu menyempit ruang untuk membuat biskut dan kek sendiri. Ibu jhuanita juga tidak terlepas dari hal ini seperti kebanyakan ibu-ibu yang lain. Untung masih sempat membuat makanan ringan tradisi yang tidak memerlukan masa yang banyak untuk melakukannya. Ini tentu menggembirakan anak-anak.

      Terima kasih jhuanita atas kongsian ceritanya di sana.
      Salam sejahtera. πŸ™‚

    • Kopi dan kuih memang tidak dapat dipisahkan. Apa pun situasinya, kelazatan dua dalam satu ini tetap menyerlah.

      Selamat Hari Raya, maaf zahir dan bathin kembali.
      Terima kasih mas Jimmy atas kunjungan dan salam sejahtera. πŸ™‚

    • Tidak ada lagi sisa (baki) biskut dan keknya kerana terlalu lazat dan habis dimakan. Saya sangat gembira kerana tidak ada yang dibazirkan serta ber”baloi” membelinya.

      Terima kasih jhuanita dan salam syawal yang indah. πŸ™‚

  4. Assalamualaikum Wr Wb … Bu Siti … foto kue-kue yang bu Siti pamerkan kayaknya hanya beda nama saja tetapi kue nya sudah ada / pernah saya lihat di Pekanbaru dan Jakarta. Tetapi kue2 yang namnya ini : Kek Proton Saga, Kek Menanti Hari Esok, Kek Tujuh Puteri, Kek Sabuk Tun Razak, Kek Kismis Rendam Semalam … betul=betul nama yang asing ditelingan saya. Sayang tidak ada gambar fotonya. πŸ˜›

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya….

      Nama kek-kek moden memang biasa kita dengar. Berbeda dengan kek-kek lama yang mempunyai identiti tersendiri. Bahan bancuhannya pelbagai rasa dan rupa sehingga menimbulkan aroma yang khas serta reka bentuk yang menarik apabila dipotong. Cara pembuatannya juga rumit dan memerlukan kesabaran.

      Nanti kalau saya membuat kek-kek tersebut akan saya paparkan di posting akan datang.

      Terima kasih dan salam sejahtera. πŸ™‚

  5. Assalamualaikum Wr Wb
    Wah mantap sekali kue2nya… saya penasaran dengan biskuit cincin susu, itu dibuat dari susu atau warnanya saja yang putih seperti susu? Terlihat begitu menggoda πŸ˜€
    Kaau kek, sepertinya saya tertarik dengan kek coklat chesse, sejak dulu saya memang suka coklat dan keju πŸ˜€

    • Wa’alaikum salaam wr.b, Ditya…

      Biskut Cincin itu diperbuat dari minyak Ghee, gula dan telur rebus. Warnanya menjadi putih setelah dibakar. Kemudian akan disaluti dengan tepung susu nespray. Memang sangat sedap dan rapuh isinya.

      Apa sahaja kek yang bahannya diisi dengan coklat dan cheese memang sangat lazat. Itulah pilihan saya kalau membeli kek dan makanan lain yang ada cheese. Alhamdulillah.

      Terima kasih Ditya dan salam sejahtera. πŸ™‚

  6. Assalamualaikum wr.wb, mbak Fatimah…

    Ah, salah membuka posting malam ini nih saya. Membuka posting ini membuat perut saya lapar tertarik dengan kue-kue yang Mbak tampilkan fotonya pada posting ini…

    Salam dari Sukabumi, mbak…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa…

      Alhamdulillah, walau hanya di foto, selalu membuat nafsu makan kita bertambah untuk menjamahnya. Tahun depan akan dibeli kuih yang sama juga kerana smeua itu kegemaran saya.

      Terima kasih hadir bertandang dan salam hormat. πŸ™‚

  7. Pingback: CT396. RAYA 2016 (2): AKHIRNYA BUAT BISKUT RAYA | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.