CT338. POPULAR RAMADHAN DI SARAWAK (1): PERAHU, TONGKOL DAN TAKO

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

KuihFatima1RamadhanlSarawak

Antara kuih tradisional yang hanya muncul dalam bulan Ramadhan di Sarawak

*

KUIH TRADISIONAL

RAMADHAN hari ini adalah yang ke 17 kita raikan. Pastinya untuk berbuka puasa tidak akan lengkap jika kuih muih tradisional tidak dihidangkan sebagai juadah berbuka.

Sebagai anak jati Sarawak, dari kecil hingga saat ini, perubahan dalam  penghasilan kuih muih tradisional amat dirasai sehingga ada yang hampir menghilangkan rasa sebenar. Malah resepinya pula sudah dimodifikasi mengikut perubahan zaman dan keadaan ekonomi.

Saya amat terkilan apabila melihat pembuatan kuih-kuih tradisional di era teknologi canggih ini. Ia semakin TIDAK SEDAP dan dibuat SAMBIL LEWA dengan tidak mengikut resepi ORANG TUA-TUA dahalu. Sudah tidak ada nilai KEASLIANNYA.

Kelazatannya sudah tidak terasa di lidah. Seringkali beristighfar dengan rasa yang tidak menyambut selera. Kepekatan santannya semakin cair dan tidak lemak. Manisnya dicampur gula pasir semata-mata. Rupa bentuknya pula ada yang berubah warna dan rasa.

*

WANGI DAUN PANDAN

Warna hijau berperisa palsu mengisi perut berbanding orang dulu-dulu mengambil daun pandan, menumbuk untuk menghasilkan airnya. Dari air daun pandan akan terbit bau wangi semerbak saat kuih-kuih masak dikukus dan warna hijau pekat yang menyelerakan mata dan tekak.

Wang dibayar untuk membeli kerana inginkan kepuasan buatan asli yang sebenar. Tetapi kebanyakan penjual pula hanya inginkan keuntungan berlipat ganda. Biasanya saya hanya akan membeli sekali itu sahaja dan tidak akan membeli lagi di masa akan datang pada penjual yang sama.

Begitulah keadaan kuih muih tradisional masa kini yang banyak dijual di Bazaar Ramadhan sehingga saya tidak berminat untuk membelinya kecuali naluri ini menyatakan sedap apabila melihat rupa bentuk buatan dan orang yang menjualnya adalah orang lama.

*

DUA PAKAR

Kini, amat jarang saya temui kuih tradisional yang rasanya sama dengan apa yang pernah saya makan semasa zaman kecil-kecil dahulu. Saya dapat membezakan rasa dan bahan yang digunakan kerana saya terlibat sama dalam menghasilkan kuih muih itu semasa kecil.

Mak Nek (nenek perempuan) dan emak saya tergolong dalam mereka yang sangat mahir memasak kuih muih tradisional. Emak saya masa muda sehingga pencen adalah tenaga pengajar dalam bidang masakan kepada pelajar di Institut Pertanian.

Emak juga mengajar para ibu di rumah-rumah panjang masyarakat Iban sepanjang karier beliau sebagai Home Department (HD) dan mengajar di Institut Pertanian apabila dinaikkan pangkat sebagai Agriculture Assistant (AA) sehingga pencen.

*

PEMAKAN NOMBOR SATU

Sebagai anak sulung perempuan, saya selalu diajak oleh Emak untuk turut serta dalam penyediaan kuih muih. Semasa kecil saya sekadar pemerhati, melihat Mak Nek dan Emak mengguli tepung, menyebatikan ramuan, mengisi bahan dalam bekas.

Kemudian mengukus kuih dalam periuk kukus dan akhirnya saya menjadi “pemakan” nombor satu yang merasai kuih tersebut. Makan kuih ketika masih panas adalah paling ditunggu kerana aroma bau dan kelazatannya sangat menyelerakan.

Apabila sudah remaja, saya terlibat menyediakan bahan, menyebati ramuan, membantu mengukus dan yang penting menjadi “pemakan” nombor satu. 🙂 Kerana itu saya dapat membuat perbandingan rasa kuih tradisional orang dulu dengan zaman sekarang.

Membuat dan menghasilkan kuih muih tradisional tidak semudah yang disangka. Kerjanya rumit, banyak proses, ada “pantang larang” dan penuh dengan kesabaran. Menyiapkannya mengambil masa lama. Hasilnya hebat dan tidak ada bandingan.

*

MENEPATI CITA RASA ASLI

Alhamdulillah, akhirnya saya menemui rasa kuih muih tradisonal yang menepati cita rasa asli yang sama dengan kuih yang saya makan semasa saya kecil dahulu. Berikut adalah tiga jenis kuih tradisional yang saya sangat gemari sejak kecil hingga kini.

*

(1) KUIH PERAHU

KuihFatima2PerahuDaunKelapa

Kuih Perahu dibeli di Bazaar Ramadhan, Saratok. 3 biji dengan harga RM1.00. Kuih Perahu ini dimasukkan ke dalam daun kelapa yang dibentuk seperti perahu. Rasanya sedap dan memuaskan hati.

*

KuihFatima3isiPerahu

Beginilah isi Kuih Perahu. Campuran santan pekat, tepung beras dan gula apong di dalam daun kelapa yang dibentuk perahu memang menggugah rasa. Alhamdulillah.

*

KuihFatima4PerahuDaunPandan

Kuih Perahu berdaun pandan hasil seorang kawan Emak di kampung yang dijual dengan harga RM1.00, 3 biji untuk saya bawa pulang ke Sarikei, ketika melawat Bapak yang sedang sakit di kampung.

Rasanya benar-benar mengingatkan saya kepada kuih buatan Mak Nek. Saling tak tumpah. Ini memang resepi asal orang lama. Kuih Perahu ini tidak sempat dijual di Bazaar Ramadhan, sudah habis terjual di rumah atas tempahan.

*

(2) KUIH TONGKOL

KuihFatima5KuihTongkol

Kuih Tongkol ini saya beli di Bazaar Ramadhan Jalan Satok, Kuching. Rasanya lazat seperti masakan Emak. tetapi masih kurang dari segi tektur tepungnya yang sedikit keras berbanding Kuih Tongkol Emak yang lembut tekstur isinya.

*

KUIH TONGKOL EMAK

Kuih Tongkol adalah kuih paling saya gemari. Emak sangat pandai membuat kuih Tongkol. Bagi saya, Emak adalah ibu yang paling sedap membuat kuih ini. Semua ramuannya dilakukan dengan penuh kasih sayang dan sempurna. Sangat rumit dan lama menghasilkannya. Perlukan kesabaran yang tinggi.

Saya lihat Emak sangat berhati-hati dalam menghasilkan kuih ini sehingga menjadi lazat. Bermula dengan memilih daun pisang (biasanya daun pisang kepok), dipotong mengikut saiz, harus dicelur sedikit agar lembut. Paling kasihan apabila ada daun yang bocor dan perlu diganti atau ditindih dengan daun lain.

Tepung beras digaul mengikut sukatannya. Santan pekat mesti menepati rasa lemak, gula apong dan telur dikocak dan dimasukkan air daun pandan yang ditumbuk. Setelah karung daun dilipat bentuk, dimasukkan semua bahan lalu dikukus sehingga masak.

Allahu Akbar, masih terbayang di mata saya membantu Emak dan menjadi orang pertama yang makan Kuih Tongkol yang masih panas. Dulu ketika Emak masih sihat, Emak akan membuat Kuih Tongkol khas untuk saya apabila mengetahui saya akan balik kampung. Kesannya, semua orang boleh makan Kuih Tongkol Emak kerana saya.

Kini kudrat Emak tidak mampu untuk memasaknya lagi. Emak hanya mampu mengenang dengan sedih sehingga saya terharu dengan kasih sayang Emak kepada saya. Saya pula tidak pandai nak masak kuih tongkol ini. Sekadar membeli sahaja. TERIMA KASIH EMAK.

*

KuihFatima6IsiTongkol

Beginilah isi Kuih Tongkol yang saya beli di Bazaar Ramadhan Jalan Satok Kuching ketika berbuka puasa di Hotel Merdeka Palace. Rasanya saya dapat terima sebagaimana rasa Kuih Tongkol Emak.

*

(3) KUIH TAKO

KuihFatima7TakoHijau

Kuih Tako yang saya beli di bazaar Ramadhan, Jalan Satok, Kuching. Kuih Tako berwarna hijau, didalamnya ada biji jagung muda. Isinya semata-mata hijau.

Kuih Tako yang sebenarnya mempunyai dua warna iaitu putih di bawah dan hijau di atas. Berbeza rasa. Bawah manis dan atas lemak masin. Anak-anak saya paling gemar Kuih Tako ini. Ia dijual dengan harga RM1.00 untuk 3 biji.

*

KuihFatima8TakoPutih

Ini pula Kuih Tako yang dibuat oleh kawan Emak di kampung. Isinya berwarna putih, asli tanpa campuran warna. Sama seperti Kuih Perahu (daun pandan) di atas. rasanya lazat dan berlemak. Kuih Tako sangat lazat jika dimakan sejuk.

*

PUAS HATI

Alhamdulillah, Ramadhan 2015 ini saya rasa puas hati kerana dapat merasai 3 jenis kuih tradisional yang menepati resepi orang tua dahulu. Keseluruhannya, jarang kita menemui kuih tradisional asli seperti ini.

Lucunya, apabila saya merasai kuih sebagai “pemakan” pertama dan memberi nilai bagi rasanya. Itulah yang bakal diikuti oleh SPH dan anak-anak.

Jika saya kata sedap dan rasa aslinya terpelihara, baru mereka berebut-rebut juga untuk makan. Jika sebaliknya, kuih itu kurang mendapat sambutan tetapi perlu dihabiskan juga.

*

Bagaimana anda, apakah sudah bertemu kuih tradisional kegemaran anda ?

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima3 Julai 2015 (Jumaat)/ 16 Ramadhan 1436H/ 11. 39 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. mengalah dengan rasa maaf yang dilampirkan pada tingkah yang mengores jiwa. Kejujuran merupakan kekuatan bagi manusia yang memahami erti kasih sayang. Jika hati benar mengasihi, apa pun kekurangan pada kita tidak akan menjadi syarat yang mendukakan kerana sayang mengatasi segalanya. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Allah SWT. Jujurlah untuk ketenangan hidup di dunia dan akhirat agar kita tidak berhutang rasa dengan sesiapa.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Jalanilah ibadah puasa dengan penuh tawadhuk dan rasa syukur kerana Ramadhan kali ini mungkin yang terakhir buat kita. Kesempatan hidup yang berbaki masih misteri untuk diketahui. Semuanya di tangan Ilahi. Maaflah jika pernah tersalah langkah dalam menyusuri masa bersama. Doaku selalu untukmu. Tidak pernah lupa. Wassalaam. 🙂

*

CintaFatima2hanyapadamu

*

28 thoughts on “CT338. POPULAR RAMADHAN DI SARAWAK (1): PERAHU, TONGKOL DAN TAKO

  1. Assalamualaikum Mbak Fatimah,
    Tiga kueh yang lezat di atas ada pula di Indonesia, tapi saya lupa namanya. Ingatnya sih cuma rasanya yang manis dan gurih saja. Bikin ngiler, Mbak 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Kita senusantara, mbak. pasti makanannya serupa, cuma berbeza nama sahaja. Kuih-kuih tradisional ini biasanya memang manis dan berlemak dengan santan pekat. Di situlah letaknya rahsia kelazatan kuih lama.

      Terima kasih mbak Evi dan salam Ramadhan yang indah. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya…

      Benar, orang tua dahulu melakukannya dengan tertip dan ada pantang larangnya. Segala bahannya semua alami tidak ada warna atau perasa tiruan (palsu) seperti sekarang.

      Terima kasih atas kunjungan dan link blognya yang sudah dapat ditelusuri.
      Salam Ramadhan. 🙂

  2. Assalamu ‘alaikum warahmatullah,,

    Sudah lama saya tidak beli kue tradisional,, mungkin semenjak tinggal di kota.. kue di kota dengan di desa, sangat jauh beda,, terutama rasa manisnya.. di kota, manisnya kadang sudah bercampur dengan pemanis buatan, itulah yang bikin saya jera beli, sedangkan saya terbiasa yang alami..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak El nurien…

      Pasti mbak rasa rindu, kan. Kuiih muih tradisional memang lazat dari semua sudutnya berbanding kuih-muih yang sudah diubahsuai mengikut kadar ekonomi orang sekarang. Semua mahu cepat, murah dan menguntung. Hasilnya tidak lazat dan tidak dibeli orang. Rugi sahaja.

      Mudahan mbak dapat merasai keaslian kuih muih tradisional jika mudik raya nanti.

      Salam ramadhan yang indah dan terima kasih , mbak. 🙂

  3. Assalamulaikum Wr Wb, cek Siti,

    Memang ada kuih muih ini yang adanya hanya di bulan ramadhan sahaja. Seperti di kampung saya juga begitu. Ada kue spesial yang dibuat di bulan ramadhan dengan aturan tersendiri, kalau aturannya dilanggar tak enaklah kuihnya.
    Semoga ramadhan penuh berkah.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris…

      Kuih muih tradisional memang diminati oleh sesiapa kerana keunikan bahan dan buatannya yang terpelihara secara alami dan dibuat dengan penuh teliti. Itulah bezanya dengan kuih muih zaman moden. Dek kerana susah dan rumitnya menjadi alasan kepada sesiapa termasuk saya, malas untuk membuatnya sendiri. Lebih baik membeli.

      Terima kasih mas Alris atas kunjungan dan salam sejahtera selalu. 🙂

  4. Assalamulaikum Wr Wb.
    Citarasa kue tradisional yang dibuat secara tradisional memang mantep, meskipun tampilannya sederhana tapi tidak akan terkalahkan rasanya.
    Aku mau dong dikirim kue-kuenya, apalagi itu kue tako nampak menggoda banget 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kips…

      Memang kuih tradisonal tampilan dan rupanya sangat sederhana dan tidak memikat keran tidak ada topping yang indah dan warna warni seperti kuih-kuih @ kek moden. Namun kelazatannya itulah yang lebih dibangga dan dikagumkan. Silakan menjamu mata sahaja.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam sejahtera. 🙂

  5. assalamualaikum wr wb bunda

    ternyata di setiap negara memiliki makanan khas saat Ramadhan ya bunda
    kalo masyarakat dijakarta makanan khasnya tak tetinggal dengan kolak dan pacar cinanya 🙂

    salam 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr…

      Bagaimana agaknya rupa bentuk kolak dan pacar cina (lucu namanya) itu ya. Namanya berbeza malah ada nama cina pula. Apakah itu makanan orang Cina di sana.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam Ramadhan. 🙂

  6. assalam fatimah..sedap nampaknya kuih2 tradisi serawak ni berbeza nama n bentuknya drpd kuih2 tradisi semenanjung tapi bahan2nya banyak menggunakan tepung beras santan n gula kabung.

    • Wa’alaikum salaam Kak Paridah Ishak…

      Benar kak, nama dan bentuk kuihnya sahaja berbeza tapi rasanya mungkin sama. Apa yang saya tahu, Kuih Tongkol itu di Semenanjung namanya Kuih Jongkong, ya. Gula kabung di sini namanya gula apung. Bahan asasnya juga sama kak.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam Ramadhan yang indah. 🙂

  7. Assalamualaikum kak Fatimah
    Namanya benar unik dan tampilan makananannya menggugah selera
    Memang cocok kiranya disantap saat berbuka 🙂
    Salam manis juga untuk kak Fatimah 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi…

      Biasanya, di bulan Ramadhan kuih-kuih di atas mempunyai permintaan yang tinggi maka harus awal membelinya, jika tidak harus pesan dahulu untuk keesokan harinya. Benar mbak, jika kuih itu lazat dan enak pasti ramai orang akan mencarinya.

      Salam manis kembali mbak Sussi. 🙂

  8. Assalamu’alaikum Kak 😀
    Di kampusku pernah tuh praktek bikin kue tako. Kalo kami pake bunga melati juga supaya wangi. Enak kak. Kalo dari gambar aku jadi penasaran sama kuih perahunya. Mauuuuuuu 😀

    • Wa’alaikum salaam wr. wb, Chichi…

      Wah, sangat bagus kerana pernah cuba membuat kuih Tako. Oh begitu ya, bunga melati dapat dijadikan pewangi kuih. Sungguh alami dan pasti enak baunya.

      Kuih perahu juga lazat. Apakah di sana tidak ada ya, Chichi. ?
      Terima kasih hadir berkunjung perdana.
      Salam kenal dan manis selalu. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.