CT418. MUSIM DURIAN KEMBALI LAGI DI SARIKEI

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

durianfatima1musimduriansarikeidis2016

*

DURIAN MAHAL

Alhamdulillah, musim durian kembali lagi di bandar Sarikei. Kemeriahan aura Raja Durian ini amat terasa pada awal bulan Disember yang lalu. Harga buah semakin mahal dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel di pasaran antarabangsa, menjadikan alasan mahalnya itu semakin kukuh.

Sebagai pembeli yang tidak mempunyai pilihan dan tidak ada pokok durian, kita terpaksa menerima walaupun hati tidak merelakannya. Jika diamati, keadaan ini dianggap sebagai manipulasi harga atau lebih mudah difahami,Β  mengambil kesempatan dengan apa yang sedang berlaku.

Namun begitu, saya yakin harga buah durian akan kembali murah apabila buah ini semakin banyak di pasaran. Para penjual terpaksa bersaing untuk melariskan buah durian yang tidak dapat bertahan lama. Ketika ini, saya tentu tidak melepaskan peluang untuk membeli buah durian dengan banyak seperti yang berlaku pada tahun lepas (foto di bawah).

*

durianfatima2pasarbuahsarikei

*

durianfatima3pasarbuahsarikei

*

durianfatima4pasarbuahsarikei

*

*durianfatima5pasarbuahsarikei

*

PEMINAT TEGAR

Saya dan SPH adalah peminat buah durian. Anak-anak kami begitu juga, sangat suka makan buah durian. Kami akan duduk bersama-sama mengerumuni SPH yang sedang membuka kulit durian dan merebut-rebut makan isi buahnya.Β  Saya fikir mungkin ketika mengandung dahulu, saya suka makan buah durian sebab itu anak-anak juga “terkenan” makan raja buah ini. πŸ˜€

Alhamdulillah, beberapa hari yang lalu kami dapat membeli satu tompok besar berjumlah 38 biji buah durian dengan harga RM90.00. Penjual memaklumkan bahawa buah-buah durian itu dikumpul dari 10 jenis pokok durian. Saya sangat tertarik untuk membelinya dan yakin pasti ada buah yang bagus.

Sebenarnya buah ini kurang bagus (mengikut firasat penjual) dan sesuai untuk dibuat tempoyak. Kebetulan saya memang hendak mencari buah durian untuk dibuat tempoyak. Apa itu TEMPOYAK ?Β  Jika tidak tahu, anda boleh membaca di posting saya ini, CT366. CARA BUAT TEMPOYAK (DURIAN).

*

durianfatima6buattempoyak

*

durianfatima7rm90-38biji

*

Setelah membelah semua buah durian tersebut, hanya 8 biji yang rosak. Selebihnya (30 biji) SANGAT BANYAK yang BAGUS untuk dimakan dan dibuat tempoyak (saya memilih buah bagus untuk tempoyak).

Oleh kerana dimaklumkan buah durian ini terdiri dari 10 jenis pokok, maka terdapat pelbagai warna isi, bentuk dan rasa dapat kami nikmati. Alhamdulillah.

*

durianfatima8duriansusu

*

REZEKI DAPAT MAKAN DURIAN D2

durian-d2isiperang

Sumber: Carian Google

*

Yang lebih mengejut dan amat mengembirakan kami apabila sebiji di antara tompok besar buah durian itu terdapat durian jenis D2 iaitu antara beberapa jenis benih durian terbaik di Malaysia. Inilah pertama kali kami sekeluarga merasai buah durian baka D2.

Berikut adalah Durian D2 yang menjadi rezeki dari Allah buat kami. semua isinya bagus. Alhamdulillah.

*

durianfatima9duriand2

*

durianfatima10duripendekd2

*

durianfatima11kulitnipisd2

*

durianfatima12isiorenlemak

*

MASAK TEMPOYAK GORENG BERUDANG

Setelah membuat tempoyak, anak-anak yang suka makan TEMPOYAK GORENG meminta saya memasaknya untuk makan tengah hari. Alhamdulillah, dapat juga menikmati tempoyak segar yang digoreng dengan udang.

Jika anda ingin mengetahui resepi membuat Tempoyak Goreng Berudang Fatima, silakan ke CT367. RESEPI TEMPOYAK GORENG BERUDANG. Saya yakin anda menyukainya. Selamat Mencuba.

*

durianfatima13tempoyakgorengudang

*

Bagaimana di tempat anda, adakah sekarang juga musim durian ?

*

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima24 Disember 2016 (Sabtu)/ 24 Rabiul Awwal 1438H/ 1.50 petang, Sarikei, Sarawak

AKU…. merindui sepoi bayu yang melagukan zikir kasih di hujung sunyi malam. Saat ku mengenangmu, seluruh hati jadi pilu disiram cinta yang sehangat mentari mencairkan segala dingin salju kalbuku. Jika dibuang segala ingatan padamu, aku menjadi beku seperti batu.Β 

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Β *

Β DEDIKASIKU UNTUKMU…. Jika diturutkan hati, kita jadi mati. Jika diturutkan rasa, kita jadi binasa. Hanya iman dan taqwa yang menuntun kita ke jalan bahagia. Oleh itu, hadirkan hatimu dan hatiku teguh kepada-NYA setiap masa dan di mana kita berada. Di sana, kita tidak pernah menderita. Selalu ada doa setulus hati buatmu. Aamiin. Β  Wassalaam. πŸ™‚

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

26 thoughts on “CT418. MUSIM DURIAN KEMBALI LAGI DI SARIKEI

  1. Assalamualaikum ummi siti fatimah, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik

    Cerita durian, memang kesukaan kami sekeluarga kecuali anak yang ke-3, usahkan makan bau pun tak boleh.

    Oww, di Sarikei baru musim durian ye? Bestnya… Di Kuantan dah habis lama musim durian, tapi harganya pun boleh tahan mahalnya walaupun dalam musimnya. Masa tinggal di kampung dulu, kami biasa beli dengan sahabat sekampung yang ada dusun durian, dan harganya murah sedikit, harga kawan-kawan…Tapi itu kisah dulu-dulu masa tinggal di kampung. Sekarang ni dah semakin berkurang dusun durian, ditolak dengan jentera dan dinaikkan perumahan.

    Kalau di Pahang, tempoyak tu ‘femes’ dengan masakan ikan patin masak tempoyak yang cukup terkenal di daerah Temerloh, manakala di daerah Jerantut dipanggil ikan patin masak masam.. selain itu tempoyak juga dibuat sambal yang merecik peluh pedasnya…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Ikhwan…..

      Alhamdulillah, saya dan keluarga sihat. Didoakan Abu Ikhwan dan keluarga di san juga sihat. Aamiin.

      Memang ada orang yang tidak suka durian ni terutama bau. Tetapi suka pula makan tempoyaknya kerana baunya sudah hilang. Apa pun bagi kita yang gemar durian, memang buah ini selalu dinanti bila tiba musimnya.

      Saya yakin di Pahang atau Semenanjung amnya, harga durian mahal kerana banyak yang gred terbaik di jual berbanding di Sarawak yang dijual bersama dengan “ulat-ulat” penghuninya.

      Untungnya suka makan ikan patin dengan masak tempoyak. Saya tidak suka makan ikan patin kerana ada pantang larangnya. Mungkin hanya mitos tetapi sebab dah percaya jadi tak berani pula nak makan. Beberapa ahli keluarga saya kena “bisul” kalau makan ikan patin ni. Wallahu’alam.

      Terima kasih Abu Ikhwan sudah datang berkunjung di musim durian.
      Salam sejahtera dan selalu dilindungi Allah hendaknya. Aamiin.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany….

      Alhamdulillah, di hujung tahun selalu meriah dengan buah durian dan buahan lainnya. Kalau di Sarikei, semasa musim buah durian selalu beriringan dengan buah langsat, buah rambutan, buah dabai dan buah cempedak,

      Jadi seperti pesta buah pula sebagai mengakhiri tahun dan menyambut tahun baru.

      Terima kasih mbak atas kunjungan dan salam mesra selalu. πŸ™‚

  2. selamat malam Bundaku tersayang.Apa kabarnya. Bl;ue datang lagi da arena sapanya. semoga bunda sehat sellau ya………sal;am hangat dari blue. Blue selalu sukai goresan ide budna dalam menulis blognya.

    • Alhamdulillah, bunda baik dan sihat. Didoakan nanda Blue juga sihat di sana. Senang sekali mendapat kunjungan dan sapaan diposting ini. Lama sekali baru munculnya. Semoga Blue terus sukses dan mendapat manfaat dari apa yang dibaca.

      Salam hangat dan sejahtera selalu dari bunda buat nanda Blue dan keluarga. πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Monda…

      Pertama kali makan durian D2 ini mbak, amat mengujakan kerana kelunakan rasa dengan isi yang lemak dan bijinya kecil sahaja.

      Mudahan mbak akan merasainya suatu hari nanti. Di Malaysia terkenal dengan durian gred terbaiknya iaitu Musang King dan yang terbaru dinamakan Musang Queen.

      Terima kasih mbak sudah berkunjung dan salam manis. πŸ™‚

  3. Assalamu’alaikum wr wb
    durian … saya suka bangetttt …. durian dimana mana harganya mahal ya … wah puan fatimah sekali beli durian banyak kali … bisa pesta durian πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb….

      Di sini, masih musin durian dan harganya tidak semahal bulan awal Disember dahulu. Harga masih boleh dijangkau dan berpatutan sekarang. Kini, membeli durian jika rasa hendak makan sahaja.

      Salam sejahtera dan terima kasih mas sudah berkunjung.

  4. Assalamu’alaikum mba Fatimah…
    Aduhai..melihat foto-foto durian yang diposting mba Fatimah ini saya jadi pengen makan durian deh. Soalnya sdh lama juga ga makan durian. Suka banget sih makan durian tapi malas pergi beli, paling kalau lagi bersafar ke kota Mataram baru saya beli durian banyak karena di sana pilihannya banyak. Kalau di Dompu ga seberapa banyak, jadi bikin malas pergi ke pasar. Selamat ya mba, berkreasi aneka macam kuliner dari durian,hehee…
    Salam takzim selalu dari Dompu

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas AR Syamsuddin….

      Jika buah durian banyak, tentu kita mempunyai banyak pilihan untuk memilih buah yang baik. Saya yakin buah durian di sana juga dari baka atau spesis yang bagus dan lazat.

      Alhamdulillah, sekarang durian sangat banyak di Sarikei dan harganya sudah turun. Banyak persaingan antara peniaga untuk melariskan buah mereka.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam takzim kembali.

    • Belum agik Venzi. Biasanya hujung bulan Disember atau awal tahun.
      Setakat ari tok, ada sikit durian dan mahal-mahal. Tunggu jak 3 minggu agik atau awal tahun 2018.

      Terima kasih atas kunjungan. Salam sejahtera.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.