CT246. JURULATIH TAHSIN AL-QURAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

TahsinQFatima1JurulatihTQ*

Dua hari lalu, sedang aku sibuk melakukan pemeriksaan kertas-kertas ujian pelajar, terdengar deringan telefon mengganggu konsentrasi tugasku. Segera ku sambut. “Assalaamu’alaikum kak, Norijah ni. Ada surat untuk akak. Kursus di KL (Kuala Lumpur)..” terdengar suara PA Pengarah di hujung talian. 

“Wa’alaikum salaam wr.wb. Kursus apa Nor ? Bila ? Di mana ? ” tanyaku bertalu-talu dengan soalan yang biasa ku tanya jika ada surat panggilan dari luar.

Sambil menunggu jawaban, hatiku berdebar-debar dengan otak yang ligat memikir tentang kesibukan yang dihadapi dan kursus yang bakal dihadiri. Markah-markah pelajar perlu di hantar segera pada minggu depan.  Ujian Akhir Kursus (UAK) baru sahaja selesai untuk 7 kumpulan yang ku ajar.

Nafas ku tarik dalam-dalam sambil memejam mata untuk mengambil kekuatan. “Nama kursus ialah Kursus Kejurulatihan Peningkatan Kepakaran Pensyarah Bidang Pendidikan Islam Untuk KEMAHIRAN TAHSIN AL-QURAN selama 4 hari di Radius International Hotel, Kuala Lumpur” jawab Nor dengan segera.

“Nanti akak ambil surat tersebut, ya.” akhiri Norijah. “Ok, selepas ni akak ke sana.” balasku menutup perbualan. “Kursus jadi jurulatih dalam bidang Tahsin Al-Quran ?” getus hatiku, terkagum-kagum antara bimbang dan gembira. “Bolehkah aku jadi jurulatih Tahsin al-Quran ni ?” soalku tanpa ada jawabannya.

*

Apa yang aku faham Tahsin al-Quran bermaksud memperelokkan bacaan al-Quran melalui kaedah bacaan tajwid agar lebih mantap dan fasih bacannya. Selain itu, untuk menambah aroma keelokannya, bacaan secara tarannum (berlagu) juga diselitkan agar bacaan dapat dinikmati dengan indah dan malar segar. (pandai-pandai sahaja aku ni… 😀 ).

GMBR ALQURAN 1

*

SLOT YANG MENGUJAKAN

Setelah surat ku ambil dan baca, mata ku terpaut pada nama-nama aktiviti yangg dijalankan. Sangat unik dan sangat menarik. Aku ketawa sendirian. Tidak pernah ku lihat adanya nama-nama seperti slot yang bakal dihadiri dalam kursus ini. Namanya sahaja sudah menggoda dan mendebarkan hati.

Terdapat 4 slot. Setiap slot ada teori dan amali. Slot teori hanya mendengar penyampaian dari fasilitator. Mana kala amali, kami harus melakukan sendiri. Dapat ku bayang cabaran yang menanti dan “kemeriahan” aktiviti tersebut bersama 55 rakan sejawat dari 27 buah IPG Kampus yang berkumpul sekali sekala seperti ini.

Empat slot yang mengusik hati dan menarik itu ialah

(1) MERDU BAK BULUH PERINDU,
(2) SEBUT BETUL-BETUL…. KAU MATAHARIKU,
(3) BERSENANDUNG BERSAMAKU
(4) DI SEBALIK TABIR NAJMUN MINAN NUJUM.

*

Hmmm… best juga slot-slot tersebut. Seperti ada aktiviti tarannum pula. Kalau ada, memang mencemaskan kerana suaraku sangat sumbang dan menyumbangkan. Apapun, sekurangnya boleh hilangkan tekanan kerja setelah selesai praktikum dan ujian akhir kursus.

Sebenarnya, aku rasa keberatan untuk menghadiri kursus tersebut kerana kesibukan mengurus markah pelajar. Menurut Ketua Jabatan aku mesti pergi kerana nama surat panggilan itu atas namaku.

Oleh itu, aku perlu selesaikan permarkahan sebelum  berangkat ke Kuala Lumpur pada Isnin,  5 Mei (lusa). Relakslah…, semua markah itu akan selesai esok. Insya Allah

Terima kasih ya Allah atas nikmat ilmu yang bakal dipelajari. Tahsin al-Quran adalah bagaimana kita mempelajari al-Quran berpandukan ilmu tajwid. Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk menimba ilmu yang sangat hebat ini. Semoga semuanya berjalan lancar. 

Hmmm…. tak sukanya naik kapal terbang.  Teringat pula dengan MH370. 😉

*

***************

SalamFatima3SalamFatima3 Mei 2014 (Sabtu)/  3 Rejab Akhir 1435H/ 11,00 pagi Sarikei, Sarawak

AKU…. mengerti di setiap jalan yang dilalui pasti ada onak dan duri yang merentang untuk menguji kesanggupan kita mencapai mimpi. Tidak ada jalan mudah untuk berjaya. Jika menemui jalan buntu, jangan berpaling lesu tetapi teruskan dengan semangat dan strategi baru yang lebih hebat sehingga segala kesukaran dapat disangkal dengan hati yang kebal.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu….. Dari kejauhan ini, doaku selalu mengiringi kehidupanmu.   Wassalaam. 🙂

THANKSFATIMA

*

DI SINI…. AKU TERSENYUM PADAMU

9 thoughts on “CT246. JURULATIH TAHSIN AL-QURAN

  1. Selamat cikgu telah menjadi khiarun min khiarin terpilih menjadi juru latih tahsin al quran, smoga cikgu menjadi sebaik-sebaik ummat Rasul
    خيركم من تعلم القران وعلمه

    • Aamiin Allahumma Aamiin. Alhamdulillah wa syurulillah atas doa yang dilampirkan. Mudahan kebaikan selalu mengiringi kita semua yang mencintai al-Quran.

      Terima kasih AbiFasya atas kunjungan dan doanya. Salam hormat takzim. 🙂

  2. Assalamualaikum
    bunda fatimah 🙂

    saya pun turut senang mengetahui kabar gembira ini
    semoga senantiasa di beri kekuatan,kemudahan dan kelancaran ya bun..
    #tetap semangat
    salam 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Purnomo Jr….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Iya, mudahan begitulah harapan saya agar semuanya dimudahkan Allah SWT.
      Terima kasih atas kunjungan dan doanya. Semoga Purnomo juga mendapat kebaikan yang sama. aamiin.

      Salam sejahtera. 🙂

  3. Semoga diberi kelancaran dan kemudahan selama mengikuti semua kegiatan, sebaik-baik ilmu adalah ilmu al qur’an. InsyaAlloh mendapat berkah Alloh SWT. 🙂

    • Aamiin Ya Rabbal’alaamin.
      Terima kasih atas doa akang. Mudahan semuanya lancar dan mendapat barakah-NYA. Didoakan akang juga demikian sama, sentiada dalam limpah kurnia Allah SWT.

      Salam sejahtera. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.