CT373. KEMBARA MIRI (5): TAMAN AWAM MIRI (MIRI PUBLIC PARK)

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

ParkFatima1TamanAwamMiri

LOKASI RIADAH PALING MENARIK

Setelah meneliti perjalanan Kembara Miri, ternyata TAMAN AWAM MIRI (MIRI PUBLIC PARK) – merupakan lokasi riadah paling menarik untuk di kunjungi di Bandaraya Miri.

Lokasinya hanya 3 km dari pusat Bandaraya Miri. Di bina di atas bukit dan mempunyai keindahan landskap yang menarik serta tumbuhan menghijau menghuni di sekelilingnya.

Antara daya tarikan di TAM yang boleh anda kunjungan ialah  Jambatan Gantung, Menara Peninjau, Kolam Renang, Taman Permainan kanak-kanak, Taman Flora, Air Terjun dan Trek Jogging.

*

ParkFatima2PetaJalanTamanAwam

Peta lokasi Taman Awam Miri

*

SPH membawa kami sekeluarga ke Taman Awam Miri (TAM) sebagai mengakhiri lawatan kami pada hari kedua.

Tempat ini memang menghiburkan. Tidak semua lokasi di TAM yang dapat kami kunjungan kerana hari sudah petang. Kami sampai di sini pada jam 4.30 petang.

*

EntraceTamanAwam Miri.MPP

Pintu masuk ke Taman Awam Miri

*

Kami hanya sempat menikmati beberapa lokasi sahaja seperti jambatan gantung, menara peninjau, kolam renang, trek jogging dan taman permainan kanak-kanak.

Ikuti pengalaman kami melalui foto-foto yang dilampirkan di bawah untuk panduan dan pengetahuan anda jika ingin melawat Taman Awam Miri.

*

(1). JAMBATAN GANTUNG

ParkFatima3JambatanGantung

Jambatan Gantung yang dibina merentasi taman. Kita boleh melihat pemandangan yang cantik dari atas ini.

*

ParkFatima4GarisMula

Berada di garis permulaan sebelum melangkah menjejak jambatan gantung. Saya berusaha mengawal rasa takut berada di tempat tinggi dan enjoy dengan anak-anak berjalan di atasnya. Sekali sekali rasa takut perlu dilawan juga, kan. Dan… tiada apa-apa yang berlaku sesudah itu. Ternyata ok. Alhamdulillah.

*

ParkFatima5MulaiPerjalanan

Berfoto dulu sebelum melangkah jauh di Jambatan Gantung. Foto diambil oleh SPH jauh di kawasan parkir seberang sana.

*

ParkFatima6LambaianMesra

Dari kejauhan kami melambai mesra arah SPH yang masih mengambil foto dari parkir kereta.

*

ParkFatima7DitengahJambatan

Kami sudah berada di tengah jambatan gantung yang kedudukannya sangat tinggi. Setelah itu kami akan berjalan menurun menuju ke Menara Peninjau untuk berehat seketika.

*

ParkFatima8JabatanGantung

Jambatan gantung yang mengasyikkan apabila berdiri di atasnya. Saya memang gayat di tempat tinggi tetapi berusaha mengawal diri agar dapat menikmati keindahan yang ada di sekelilingnya.

*

ParkFatima9NotisAmaran

Notis amaran dan peringatan. Petang itu tidak ramai pengunjung. Saya rasa selamat kerana jumlah kami yang berada di atas Jambatan Gantung tidak melebihi had yang dibenarkan. Alhamdulillah.

*

ParkFatima10DitengahJambatan

Kami berada di tengah jambatan yang tinggi

*

ParkFatima11JambatanGantung

*

ParkFatima12JambatanGantung

*

(2). MENARA PENINJAU

Menara peninjau merupakan tempat berehat seketika dengan disediakan bangku. Anda boleh memerhati Taman Awam dari sini dengan santai.

Kami tidak berlama-lama di sini dan memutuskan untuk turun ke bawah berhampiran Kolam Renang Awam.

*

ParkFatima13MenaraPeninjau

*

ParkFatima14TanggaPeninjau

Ambil kesempatan berfoto ria di atas tangga Menara Peninjau. Aksi begini jarang dilakukan orang ketika berfoto, maka saya melakukannya sebagai kenangan bersama anak-anak. 😀

*

ParkFatima15BergayaSendiri

Anak-anak bergaya sendiri setelah turun dari tangga Menara Peninjau

*

(3). KOLAM RENANG

Setelah turun dari tangga Menara Peninjau kami terus berhadapan dengan Kolam Renang Awam yang tentunya menjadi daya tarikan kepada pengunjung yang berkeluarga untuk membawa anak-anak berenang di sini.

Kolamnya tidak dalam dan sesuai untuk anak-anak kecil bermandi manda. Di tengah kolam itu dibina peluncur dan ruang permainan khusus.

Idea yang menarik. Tak perlu berbayar. Percuma dan sesiapa boleh berenang di sini. Ramai ibu bapa menemani anak-anak di dalam kolam untuk keselamatan mereka.

*

ParkFatima16KolamRenangDariAtas

*

ParkFatima17KolamRenangDariBawah

*

ParkFatima19HappyFamily

Berposing sekeluarga bagi mengakhiri perjalanan di Taman Awam Miri. Anak-anak sangat gembira dan menyukai TAM ini. Banyak lagi kawasan yang belum kami kunjungi. Mudahan akan kembali lagi. Hari pun sudah beransur petang.

*

(4). TAMAN PERMAINAN

Ieesyah dan Akram paling teruja apabila melihat taman permainan kanak-kanak dari atas Jambatan Gantung dan tidak sabar untuk bermain di sini.

Akhirnya kami mengakhiri kunjungan di TAM dengan membiarkan Ieesyah dan Akram bermain selama 20 minit.

Jika dulu semasa Iffah, Izzah dan Akram masih kecil, saya dan SPH yang sibuk memerhati dan memastikan keselamatan mereka ketika sedang bermain.

Kini, giliran Iffah dan Izzah dipertanggungjawabkan untuk memerhati adik-adik mereka, Akram dan Ieesyah bermain. Saya dan SPH hanya duduk di bangku memantau dari jauh.

*

ParkFatima20TamanPermainanDariAtas

*

ParkFatima21TamanPermainanDariBawah

Tidak ramai kanak-kanak bermain kerana hari sudah petang. Akram dan Ieesyah bermain sepuas hatinya semua permainan yang disediakan.

*

ParkFatima22JustLookAtMe

Iffah sedang memerhati Ieesyah dan Akram bermain sendirian

*

ParkFatima23

Setelah Iffah penat, giliran Izzah pula menjaga Ieesyah bermain. Ieesyah sangat lincah dan tidak takut langsung dengan setiap permainan yang dicubanya. Sangat cergas dan berani.

*

KEMBARA SETERUSNYA

Kami berangkat pulang ke Hotel Mega dari Taman Awam Miri pada jam 6.15 petang. Badan sudah penat berjalan separuh hari. Malamnya kami tidur awal dan beristirehat untuk mengumpul tenaga bagi lawatan  hari esok pula.

Lawatan hari Ketiga lebih mencabar kerana banyak lokasi yang akan kami kunjungan iaitu di Taman Kipas, Masjid Bahagian Miri, Bukit Canada  yang di atas puncaknya terdapat The Grand Old Lady dan Muzium Petronas Sarawak .

Mengakhiri KEMBARA MIRI sebelum berangkat pulang ke Sarikei pada hari keempat, kami sekeluarga bersantai di Luak Bay bersama ramai pengujung lain menunggu matahari terbenam di Laut China Selatan.

 

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima10 Febuari 2016 (Rabu)/ 1 Jamadilawal 1437H/ 1.49 petang, Sarikei, Sarawak

AKU…. mengingati diri bahawa setiap hari adalah pasti untuk semakin dekat dengan garisan penamat. Apabila dunia melekakan kita, akhirat yang hampir pun kita lupa. Apa tah lagi kematian yang menunggu setia. Tidak lewat sesaat dan tidak awal sesaat. Ia sangat dekat menunggu tarikh yang ditakdirkan. Ya Allah, tiada yang mampu membantu aku kecuali ENGKAU. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Jika kau mengerti, bahagia itu bermula dengan diri sendiri. Bukan dengan pasangan, bukan dengan kerja dan bukan dengan wang. Bahagia itu hanya kita dengan Allah SWT. Jika kau rasa resah dekatilah Tuhanmu yang selalu mengerti keresahan hatimu. Doaku selalu untuk kebahagiaanmu. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

*

10 thoughts on “CT373. KEMBARA MIRI (5): TAMAN AWAM MIRI (MIRI PUBLIC PARK)

    • Di Malaysia sangat banyak jambatan gantung dan sudah menjadi satu cara tarikan pelancungan untuk menarik minat orang datang ke tempat tersebut. ia sangat menarik apabila berada di tempat tinggi.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam sejahtera.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Winnaz….

      Benar, jambatan gantung itu sangat tinggi dan panjang. Kita dapat meilhat pemandangan yang indah dan luas di atasnya. Hal seperti ini memberi kepuasan kepada pengunjung yang ingin meikmati keindahan flora yang ada di sekitar Taman Awam Miri.

      Terima kasih Winnaz sudah berkunjung perdana kemari. Salam kenal. 🙂

  1. Wah, taman awam miri ini cocok sekali buat liburan keluarga di akhir pekan. Banyak sekali permainanya. Kalau aku ingin naik jembatan gantungnya.

    • Naik jambatan gantung ini mempunyai rasa sensasi tersendiri. Walau pun rasa gayat, saya dapat menikmati pemandangan indah dari tempat tinggi. Mudahan Inggit dapat merasai naik jembatan gantung juga di kemudian hari.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam kenal Inggit.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.