CT280. UMRAH WAJIB (6): TAHALLUL UMRAH

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

TahallulFatima1TahallulUmrah

*

Kepada pembaca yang baru mengikuti posting ini, pelaksanaan ibadah Saie telah saya gambarkan melalui sisipan foto-foto yang memudahkan anda untuk mengetahuinya di dalam catatan CT276. UMRAH WAJIB (5): SAIE – JEJAK SANG BONDA mengikut RUKUN dan SUNATnya.

Ibadah Saie elok dilakukan segera selepas TAWAF HAJI atau TAWAF UMRAH. Pelaksanaan secara muwallat (berturut-turut) sangat digalakkan. Jangan suka menangguh kerana kemungkinan akan lupa dan akhirnya tidak dilaksana sedangkan kita masih dalam ihram. Selagi belum bertahallul selama itu kita MASIH DALAM KEADAAN IHRAM.

*

TAMAT 7 PUSINGAN

Alhamdulillah, setelah tamat 7 pusingan yang berakhir di Bukit Marwah, kami dipimpin ke bahagian tepi bangunan yang jauh dari laluan Saie untuk BERCUKUR ATAU BERGUNTING.

Tujuan bercukur atau bergunting adalah untuk TAHALLUL UMRAH Iaitu melepaskan diri daripada semua LARANGAN DALAM IHRAM ketika sedang melaksanakan IBADAH UMRAH.

*

IhramUmrahHajiFatima3LaranganIhram13

Untuk mengetahui CARA PEMAKAIAN IHRAM, anda boleh merujuk kepada posting CT238. PERJALANAN MENUJU MAKKAH (1): NIAT IHRAM HAJI TAMATTUK DI BIR ‘ALI.

*

MEMAHAMI KONSEP TAHALLUL

Berdasarkan pengalaman bersama beberapa jemaah hajjah, ada yang tidak faham tentang konsep tahallul. Malah mereka keliru dengan apa yang disebut Tahallul Umrah dan Tahallul Haji. Bukan itu sahaja, perbezaan antara Rukun dan Wajib Umrah dengan Rukun dan Wajib Haji juga memeningkan kepala.

Memerhati ramai yang masih belum menguasai kefahaman ilmu umrah dan haji walaupun sudah berada di Tanah Suci,  memberi sedikit ruang untuk saya membantu menjelaskan apa yang mampu dalam pengetahuan saya. Kerana itu, saya sarankan agar jemaah Umrah atau haji membawa bersama mereka buku-buku berkaitan supaya mudah untuk dirujuk dan dibincangkan.

Dalam posting ini, saya berusaha untuk memberi sedikit panduan yang didasarkan kepada pengalaman dan rujukan beberapa sumber yang sahih untuk menjelaskan konsep tahallul. Mungkin tidak menyeluruh, sekurang-kurangnya dapat menggambarkan kondisi pelaksanaan tahallul tersebut.

 

TahallulFatima2DefinisiUmrah

*

TahallulFatima4Bercukur

*

BERCUKUR LEBIH BAIK BAGI LELAKI

Jumhur ulamak berpendapat bahawa bercukur dan bergunting rambut satu nusuk yang wajib berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Hajj, ayat 29 yang bermaksud”

“Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya…”

*

AnaS bin Malik r.a menceritakan perilaku Rasulullah SAW ketika di Mina selepas melontar Jamrah Aqabah kemudian menyembelih korban. Selesai itu, Baginda SAW memanggil seorang tukang cukur untuk mencukur rambut beliau. Cukuran dimulai dari kanan kepala kemudia di sebelah kiri. Rambut itu diberikan kepada orang ramai. Baginda SAW pun berdoa:

“Ya Allah, ampunilah orang yang bercukur”. Sahabat menyampunk: “Yang bergunting ?” Baginda berdoa: “Ya Allah, ampunilah orang yang bercukur.”. Tanya mereka: Yang bergunting ?” Baginda menjawab: Yang bercukur.” Sahabat bertanya: “Yang bergunting ?” Baginda berkata: “Juga yang bergunting.” – HR Bukhari dan Muslim

*

TahallulFatima6perhatianTahallul

*

LETIH, PENAT, LELAH

Setelah yakin dan tamat 7 pusingan, saya dan SPH menuju ke satu sudut yang sudah dipenuhi oleh jemaah kumpulan KT 33, Sarawak yang lain untuk melakukan tahallul. Apabila berhenti untuk bertahallul, barulah terasa segala LETIH, PENAT dan LELAH bersepadu dalam satu rasa apabila melakukan tawaf 7 pusingan dan diteruskan Saie 7 pusingan.

Jika anda merasa penat untuk melakukan Tawaf atau Saie secara berterusan, anda boleh menangguhnya pada hari yang lain. Tetapi saya dan SPH lebih senang melakukannya secara berterusan kerana tidak mahu berlama-lama dalam keadaan berihram.

Bolehkah anda menebak berapa kilometerkah perjalanan yang telah saya lakukan dengan Tawaf dan Saie dalam umrah ini ?

Secara umumnya, pusingan tawaf dianggarkan 1 km = 1 pusingan. Dengan itu bermaksud 7 pusingan = 7 km. Manakala 7 pusingan Saie dianggarkan berjarak hampir 5 km. Secara keseluruhannya dengan melakukan Tawaf dan Saie secara muwalat (berturut-turut) adalah sejauh 12 km. 

Itu baru Tawaf dan Saie (dalam umrah). Jika ditambah lagi dengan perjalanan pergi balik antara khemah penginapan hingga ke tempat jamrah di Mina dan hotel dengan Masjdil Haram setiap hari, tidak terbayang letih, penat dan lelahnya pelaksanaan haji ini.

Atas sebab inilah, jemaah haji dikehendaki menjaga kepentingan kecergasan fizikal agar semua kerja haji dan umrah dapat dilaksanakan dengan cerdas dan cergas. Oleh itu, jangan sekali-kali mengabaikan kesihatan anda sejak dari Tanah Air. Senaman dan kesihatan diri harus dipraktik awal sebelum menjejak kaki ke Bumi Haramain.

*

TahallulFatima5SelepasSaie

Suasana selepas Saie dan hendak melakukan tahallul di Tingkat Bawah Bangunan Saie

*

GUNTING ATAU CUKUR ?

Berbalik kita kepada urusan tahallul yang bakal saya dan SPH jalankan untuk menyelesaikan IBADAH UMRAH WAJIB ini.

Mula-mula SPH menggunting rambutnya sendiri. SPH memaklumkan untuk Tahallul Umrah, beliau hanya bergunting rambut. Sedangkan bercukur akan dilaksanakan semasa Tahallul Haji. Saya hanya mengiakan kemahuan SPH, jika pilihan itu membahagiakan hati dalam urusan haji beliau. Saya berdoa semua harapan SPH terlasana.

*

TahallulFatima9DoaGuntingRambut

*

Setelah menggunting rambut sendiri, SPH membantu saya menggunting rambut saya pula. Saya mencari ruang yang jauh sedikit dari pandangan jemaah lelaki kerana bimbang terbuka aurat tanpa tidak disengaja. Ternyata bukan mudah untuk menggunting rambut yang hanya beberapa helai di khalayak umum.

Para suami juga mesti berusaha membantu menjaga aurat isterinya daripada pandangan mata lelaki ajnabi. Saya dapati ramai juga suami yang menggunting rambut isterinya dengan selamba di hadapan orang ramai tanpa menghirau aurat rambut isterinya dilihat orang lain.

Saya harus mengangkat tinggi bahagian belakang telekung untuk memudahkan SPH menggunting rambut saya sekadar ruas jari. Sebelum ke Tanah Suci, rambut saya panjang melepasi bahu. tetapi dengan rela hati  dan berat hati saya mengambil keputusan untuk memotong pendek.

Tujuannya untuk memudahkan saya melakukan ibadah haji agar tidak “berlama-lama” mengeringkan rambut yang basah sehingga melalaikan urusan ibadah. Saya sentiasa membersihkan rambut setiap kali mandi bagi menghilangkan peluh di kepala yang boleh mendatangkan bau yang kurang menyenangkan. Saya sangat menjaga kebersihan rambut dan keharumannya.

Saya nasihatkan, jika anda (jemaah hajjah) tidak dapat mengurus rambut panjang dengan baik di Tanah Suci atas kesibukan beribadah, eloklah menggunting pendek rambut anda. Jangan bimbang, rambut akan tumbuh panjang lagi, malah semakin lebat apabila anda menjaganya dengan baik apabila pulang ke Tanah Air.

 

*

TahallulFatima7FotoDi PuncakBukitMarwah

Pemandangan sebahagian puncak dari Bukit Mawrah yang juga sudah dikepung oleh cermin kaca dan penghadang krom di tingkat bawah bangunan saie. Adapun bahagian puncak yang rata berada di tingkat atas. Foto diambil selepas bertahallul.

*

TahallulFatima8MinumAirZam-Zam

Selepas bertahallul SPH menuju ke arah paip air Zam-Zam yang dibina di bahagian tepi dinding bangunan Saie  untuk kami berdua bagi menghilangkan dahaga akibat kelelahan perjalanan Saie. Kesejukan air Zam-Zam dapat menyegarkan kembali seluruh tubuh yang mengalami kepenatan.

*

SELESAI UMRAH WAJIB

Alhamdulillah, selepas melakukan tahallul (bergunting) kini saya dan SPH sudah bebas dari Larangan Dalam Ihram. Maksudnya apa yang dilarang dalam ihram, kini sudah kembali halal untuk dilakukan dalam kehidupan biasa.

Subhanallah, betapa leganya hidup apabila sudah lepas dari larangan ihram. Pengajaran yang dapat saya ambil sepanjang dalam keadaan ihram adalah disiplin diri yang tinggi untuk mematuhi segala larang yang Allah SWT tetapkan.

Ternyata BERADA DALAM KEADAAN IHRAM tidak semudah yang saya sangka apabila dipraktikkan berbanding teori bacaan. Walaupun saya berada tidak lama dalam keadaan ihram (lebih kurang 48 jam) untuk UMRAH WAJIB (umrah kali pertama) (melalui pelaksanaan Haji Tamattuk),  ia memerlukan ketabahan hati, keteguhan minda dan kesabaran jiwa yang tinggi.

Di sinilah Allah menguji kita untuk mentaati apa yang dilarang-NYA sepanjang Ihram. Jika kita benar-benar memahami praktik ihram, kita akan menjadi seorang hamba yang tinggi disiplin dirinya selain pembentukan solat dan al-Quran yang menjadi tunjang kepada kekuatan iman.

*

BERAKHIR DENGAN TERTIB

Namun jangan lupa, RUKUN UMRAH TERAKHIR adalah TERTIB. Setiap yang dilakukan mesti ada tertibnya iaitu rukun yang dahulu DIDAHULUKAN, rukun yang kemudian DIKEMUDIANKAN. Jika anda mengikut semua tertib dalam RUKUN UMRAH maka UMRAH anda dianggap SAH.

*

***

KAN KU LALUI SEGALA RANJAU DURI UNTUK MEMPEROLEHI REDHA-MU

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima7 September 2014 (Ahad)/  12 Zulkaedah 1435H/ 9.15 pagi, Sarikei, Sarawak

AKU….. dan semalam ada kenangan yang tidak dapat dilupakan. Semua cerita hidupku berada dalam garisan yang tidak pernah tersasar dari landasan. Sang Pencerita sudah melakar kisahku dengan menabur segala mutiara dan duri yang berbilang angka untuk melihat ketabahanku menuju bahagia. Hanya redha, sabar dan tawakal menjadi bekal agar aku selalu percaya, di sana Sang Penceritaku sedang membuka tangan menghulur syurga sebagai hadiah di pengakhiran cerita-NYA.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu… Halusi jiwamu dengan cinta yang indah, kelak akan muncul ihsan yang menumbuhkan kasih sehingga dunia menjadi wangi dek aroma sayang yang tidak terbilang. Selalu ada doa untuk kesejahteraanmu. Wassalam. Wassalaam. 🙂

*

RinduFatima3untukmu

SELUSURI HIDUP INI DENGAN MATA YANG BERCAHAYA, SENYUM YANG BERBUNGA

*

18 thoughts on “CT280. UMRAH WAJIB (6): TAHALLUL UMRAH

  1. Subhanallah. Mabruk yaa ukhtina 🙂
    semoga menjadi amal yang barokah, fiddini waddunya wal akhiroh.

    Terimakasih ilmunya, bisa jadi bekal yang bermanfaat Aamiin 🙂 Doakan yah? semoga segera menyusul ukhti ^^

    • Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Alhamdulillah, mudahan amal ini bermanfaat kepada semua yang mahu mengambil pengajaran dari pengalaman yang dilalui.

      Insya Allah, jika di hati sudah ada niat dan hasrat, pasti Yang Maha Mengetahui akan memberi jalan mudah untuk ke sana suatu hari nanti. Saya doakan masa yang bakal tiba itu. Aamiin Allahumma Aamiin.

      Terima kasih Vinda untuk kunjungan di penghujung pekan.
      Salam manis selalu. 🙂

      • Aamiin bimaqbul Ya Rabb 🙂
        Ah, doanya hamba yang sudah mencium wanginya baitullah insyaAllah mustajabah. jazakumullah ukhtina almahbubah :*

        Sama-sama ukhty 🙂 Terus berbagi ilmu dan manfaat yaah 🙂
        Semoga diistiqomahkan.

        • Jazakumullahu khairan jazak. Mudahan doa-doa kita bersama direstui Allah SWT dalam mencapai redha-NYA. Aamiin.

          Insya Allah, semoga apa yang dikongsikan dalam wadah ilmu yang tidak seberapa ini akan bermanfaat untuk sesiapa sahaja yang ingin mengambil kebaikannya. Mudahan ini menjadi bekal akhirat kita.

          Terima kasih kembali Vinda, Didoakan Vinda sihat dan sukses selalu. Salam mesra selalu. 🙂

  2. Assalamu’alaikum Bu Fatimah
    Menjadi kenangan tersendiri ketika berada di Minna melakukan tahallul dengan saling bergantian mencukur rambut sampai habis. Karena hanya menggunakan garuk jenggot, proses mencukur ini memakan waktu yang cukup lama. Apalagi kita melakukannya dengan sambil ngobrol enak baik dengan sesama teman maupun dengan orang-orang Turki.
    Selepas tahallul, ada rasa haru yang sangat, karena inilah keberkahan yang luar biasa bisa menjalankan rukun islam yang kelima.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb Kang Pakies…

      Kebanyakan jemaah haji lelaki memilih untuk bercukur ketika di Mina (kerja haji) berbanding Tahallul Umrah (pakej haji). Memang itulah yang dianjurkan kerana lebih disukai Rasulullah SAW sehingga doa buat yang bercukur disebut 3 kali.

      Tentu pengalaman Kang Pakies saat bercukur bersama tetamu Allah dari Turkin menjadi nostalgia indah yang tidak terlupakan. Entah bila lagi diizinkan Allah SWT untuk ke sana lagi.

      Mudahan impak dari pekerjaan haji ini memberi kemabruran dalam kehidupan kita di dunia dan di akhirat.

      Terima kasih Kang pakies untuk kongsian yang menyenangkan.
      Salam hormat takzim. 🙂

  3. Assalamu’alaikum Wr Wb

    Wah sangat bermanfaat bagi saya dan pembaca lainnya… Mungkin kelak memiliki kesempatan untuk melaksanakannya, sudah mendapat bekal ilmu dari tulisan mbak ini 🙂

  4. Assalamau’alaikum.. Mbak Siti

    Lama tak bersua lewat blog. Apa kabar..? Semoga sehat selalu.

    Inilah (tahallul) bukti bahwa setiap laku ibadah dalam Islam bukan hanya hablu minallah saja, tetapi selalu dibarengi dengan hablu minannas. Ibadah bukan semata hubungan dengan Tuhan, namun juga bagaimana menjaga hubungan sesama manusia.

    Terima kasih sudah berbagi ilmu ttg tahallul, bermanfaat sekali terutama utk orang seperti saya yg awam. Barakallah

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Zainal….

      Alhamdulillah, saya sihat. Didoakan mas zainal dan keluarga juga demikian saya.

      Tahallul adalah untuk menghalalkan apa yang telah dilarang dalam ihram. Ia menuntut kita untuk mematuhi setiap larangan Allah yang dikaitkan dengan disiplin hidup kita selama di Tanah Air.

      Hanya dengan bercukur atau bergunting iaitu dua perkara yang sangat mudah dilakukan setelah menjalani segala kepayahannya, lalu kita pun dihalalkan kembali agar kita mengambil pengajaran bahawa setiap yang kita lakukan tanpa bimbingan Allah SWT pasti akan mengharu biru kehidupan kita selama ini.

      Sama-sama kembali mas Zainal dan mudahan bermanfaat sebagai rujukan tambahan. Salam sejahtera dan terima kasih sudah berkunjung. 🙂

  5. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Alhamdulillaah…, mengikuti serangkaian tulisan Mbak Fatimah tentang ibadah ke tanah suci ini menjadikan saya semakin memahami pelaksanaan sekaligus hakikatnya. Sungguh, terima kasih banyak ya, Mbak, semoga diri ini dimudahkan oleh Allah ‘azza wa jalla untuk beribadah di Makkah dan Madinah.

    Salam dari Jogja,
    Akhmad Muhaimin Azzet

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Alhamdulillah wa syukrulillah. Mudahan banyak kebaikan dapat dilakukan dengan pengalaman sederhana dari siri Travelog Hajjah 1 dan 2.

      Terima kasih kembali sudah berkunjung dan menikmati juadah dari Tanah Suci ini. Mudahan mas Amazzet juga akan menempuhinya dalam susana yang berbeza dari saya.

      Salam hormat takzim. 🙂

  6. Assalamualaikum Wr Wb …
    Bu SFA, membaca postinganmu ini serasa ikut menjalani pelaksanaan rukun-rukun ibadah Umrah … terkenang semasa ikut melaksanakan ibadah itu terismewa ‘sujud didepan Ka;bah, sholat dekat Maqom Ibrahim AS dan sujud dalam Hijjir Ismail …yg gak bisa mencium hajarulaswad… kenangan lama yg sangat membekas dalam hati sanubari…. membuat hati selalu rindu pada Baitullah. Subhanallah.

    Salam taqzim dari Pekanbaru kota bertuah.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman Jaya…

      Alhamdulillah, begitulah apa yang pernah dilalui oleh Soeman dalam pelaksanaan Umrah yang lalu. Sungguh tidak pernah disangka seruan Allah SWT sudah sampai kepada kita untuk mengunjungi Makkah yang mulia.

      Mudahan kemakbulan umrah selalu menjadi daya peningkat kepada amalan baik secara berterusan. Berdoalah untuk berhaji pula.

      Teruma kasih dan salam sejahtera. 🙂

  7. Pingback: CT281. UMRAH WAJIB (7): HAMPIR PENGSAN | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.