CT261. ULTAH EMAK KE 72 TAHUN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

EmakFatima1Ultah72tahun210614sabtu

*

RANCANGAN

HARI INI, 21 JUN 2014 (SABTU). Seawal jam 7.40 pagi, saya berangkat dari Sarikei untuk pulang ke kampung di Sri Aman. Perjalanan mengambil masa 2 jam atau 2 jam 30 minit.

Saya ditemani Ieesyah, anak keempat untuk menjadi teman bicara agar tidak menggantuk. Ieesyah sangat gembira hendak bertemu dengan adik susuannya, Hamizah (anak ke 3, Hanim). Selain itu untuk menayangkan telefon Samsung Y Neo yang dihadiahkan Abah pada hari lahirnya ke 9 tahun pada 25 Mei yang lalu.

Beberapa minit keluar dari Bandar Sarikei, saya menelefon Hanim memaklumkan kepulangan saya untuk mengadakan kejutan majlis Ulang Tahun Kelahiran Emak ke 72 tahun di sebuah restoran makanan segera di Sri Aman.

Memang telah diduga, Hanim pasti terkejut dengan kerja kakaknya yang seorang ini kerana suka membuat kejutan kepada orang yang tersayang. Saya jelaskan apa yang perlu Hanim lakukan. Kedatangan saya hendaklah dirahsiakan dari Emak yang sedang berada di rumah Hanim.

Oleh itu, Hanim perlu mencari alasan untuk keluar dari rumahnya. Nampaknya Hanim juga teruja dengan rancangan saya. Memang best berkompromi dengan Hanim. Semuanya akan beres dan berjaya seperti yang dirancang. Love you Dik. 🙂

Kemudian saya menelefon Ros di Kuching bagi maksud yang sama seperti Hanim di atas. Sayangnya Ros tidak dapat pulang kerana ada acara di sekolah. Ros sangat sedih kerana tidak dapat bersama.

Sepanjang perjalanan ke Sri Aman, Ros selalu menelefon saya bertanyakan di mana sudah saya berada. Saya tidak mengsyaki apa-apa cuma rasa terharu atas perhatian Ros. Hisssy… rupanya menelefon itu ada udang di sebalik batu. Ros ada rancangan rahsia tersendiri yang saya dan Hanim tidak tahu. Love you too, Dik. 🙂

Memang best ada adik-adik yang sporting seperti ini. Kami sejiwa dan sekepala. Kami bertiga memang rapat sejak kecil hingga sekarang dan tentu sekali saya adalah ketuanya. Kami bertiga memasang impian untuk menunaikan umrah bersama-sama (jika diizinkan suami dan anak-anak sudah besar). Insya Allah.

*

SELAMAT DATANG KE BANDAR SRI AMAN

BandarFatima1SriAmanUdara

*

BERSAMA BAPAK

Sebaik sampai di kampung pada jam 10.55 pagi, saya terus mengajak Bapak dan Hanim untuk bersiar-siar menaiki kereta.  Ieesyah sangat gembira dapat bersama Hamizah dan leka dengan perbualan mereka berdua sahaja sambil menunjukkan telefon barunya kepada Hamizah.

Saya memandu menyusuri tebing sungai menuju Kampung Tengah, Kampung Hulu dan Kampung Pasir Panas sebelum masuk ke Pekan Sri Aman untuk minum pagi. Bapak sangat gembira dan terkejut dengan perubahan yang dilihatnya kerana sudah lama tidak mengujungi kampung-kampung tersebut.

Saya dan Hanim ketawa mendengar Bapak bercerita seolah-olah Bapak tinggal di luar Sri Aman. “Apalah Bapak ni, macam tinggal dekat luar negara pula, pada hal duduk di Sri Aman sahaja.” usik saya dan Hanim sambil ketawa. Kemudiannya, kami minum pagi di Mawar Cafe sambil menikmati Mee Goreng dan Mee Jawa.

Selepas makan, kami pergi ke kedai menjual telefon. Saya hendak menhadiahkan Bapak telefon baru kerana telefon yang saya beli dahulu sudah masuk dalam air dan rosak. Saya juga hendak menghadiahkan Emak dengan telefon selain hadiah buku. Bapa sangat gembira dan terkejut dengan pembelian saya.

Awalnya saya memilih untuk membeli telefon jenama Samsung jenis skrin sentuh (touch screen) buat Emak dan Bapak tetapi dilarang oleh Hanim. “Tidak payah beli Emak (72 tahun) dan Bapak (76 tahun) telefon seperti itu, mereka tidak pandai mengunakannya. Beli telefon biasa sahaja.” saran Hanim. Hmmm… saya tanya Bapak dulu telefon apa yang hendak dipilihnya. Bapak maklumkan mahu telefon yang nombor dan hurufnya besar dan mudah digunakan.

Pilih punya pilih sehingga pening kepala mencari yang sesuai di hati saya kerana tadinya sudah merancang hendak memilih jenama Samsung. Akhirnya, saya dan Hanim tertarik dengan telefon NOKIA 220 seperti di bawah. Bapak memilih warna putih agar senang melihat huruf-huruf berwarna hitam dan saya memilih warna kuning untuk Emak kerana itu warna kesukaan saya…hehehe.

*

EmakFatima6HadiahNokia

Hadiah telefon bimbit jenama NOKIA untuk Bapak (putih) dan Emak (kuning).

*

MEMILIH KEK

Kemudian, saya dan Hanim ke kedai Honey Bee untuk membeli kek buat Emak. Bapak dan Ieesyah menunggu di dalam kereta. Memilih kek juga boleh membuat kita pening kepala kerana harus mengikut cita rasa Emak yang tidak suka adanya campuran kopi atau perasa kopi. Malangnya, kebanyakan kek yang ada di kedai itu pula ada campuran kopi.

Mulanya hendak memilih kek kegemaran saya iaitu Kek Coklat American kerana semua bahannya coklat. Tetapi harus menunggu 1 jam baru siap. Batal. Akhirnya saya dan Hanim memilih Kek Coklat Walnut. Oklah juga daripada berlama-lama di kedai kek dan tidak ada apa-apa yang boleh dipilih lagi.

Selain telefon bimbit dan kek, saya juga menghadiahkan Emak dan Bapak dengan buku-buku untuk bacaan disaat bersendirian. Mudahan bermanfaat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

*

EmakFatima2KekCoklatWalnut

Kek Coklat Walnut dari saya

*

EmakFatima3KekCoklatVanilla

Kek Coklat Vanilla dari Ros

*

SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN EMAK KE 72

Setelah selesai, rancangan terakhir merupakan kemuncak acara ULTAH Emak iaitu mengambil Emak di rumah Hanim untuk dibawa ke Restoran KFC, tempat majlis di adakan. Tiba-tiba Hanim menerima panggilan telefon dari Ros yang memaklumkan bahawa Ros baru sampai di rumah Hanim. Saya dan Hanim benar-benar terkejut mendengarnya.

“Eh, bila pula Kak Ros engkau pulang ke Sri Aman. Pagi tadi kata ada acara di sekolah.” tanya saya dengan Hanim. “Entahlah, alamak habislah rahsia kita Kak Timah. Macam mana ni, mesti Kak Ros sudah beritahu Emak yang Kak Timah ada di sini.” tanya Hanim sambil berkerut dahi. “Akak pun fikir macam itu. Hmmmm.. sudah tak jadi rahsia lagilah majlis akak ni.” ujar saya sambil ketawa.

“Oklah, suruh Kak Ros bawak Emak ke restoran KFC, kita beli dulu makanan dan tunggu di sana.” kata saya menyuruh Hanim menelefon Ros semula. “Patutlah Ros selalu telefon sepanjang ke Sri Aman, rupanya dia juga dalam perjalanan pulang.” cerita saya kepada Hanim sebelum Hanim menelefon Ros.

ALHAMDULILLAH, akhirnya majlis sambutan Ulang Tahun Kelahiran Emak dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Emak benar-benar terkejut dengan kepulangan saya dan majlis yang saya anjurkan sepenuhnya untuk membahagiakan Emak. Anak-anak lelaki Emak tidak dapat hadir kerana berada jauh dari Sri Aman.

Walau hanya 6 jam bersama Emak dan Bapak, ia sangat memberi makna buat saya dan Ros yang tinggal jauh dari kampung. Kami sangat gembira dapat bersama-sama. Melihat kebahagian terpancar di wajah Emak dan Bapak. 

Saya dan Ros berangkat kembali pulang ke rumah di Sarikei dan Kuching pada jam 3.30 petang dengan hati yang berbunga indah kerana dapat berkumpul dengan Emak, Bapak dan Hanim di hari bahagia Emak.

I LOVE YOU EMAK and BAPAK. Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati umur dalam rahmat Ilahi. Aamiin.

*

EmakFatima5PotongKek72tn

Emak memotong kedua-dua kek yang dihadiahkan buat beliau. Semoga diberkati umur Emak dalam rahmat Allah SWT. Aamiin.

*

EmakFatima7HadiahBuku72tn

Hadiah buku untuk Emak, biar sejahtera hati menikmati sisa-sisa umur dalam ketenangan dengan banyak membaca. Emak saya sangat suka membaca sejak muda hingga sekarang.

*

EmakFatima8HadiahBapak76tn

Hadiah buku Hadis dan telefom bimbit NOKIA buat Bapak sebagai penghargaan Hari Bapa yang lalu. Semoga Bapak diberkati umur dalam rahmat Allah SWT. Bapak juga suka membaca.

*

EmakFatima4BersamaKeluargaSriAman

*

Majlis sambutan Hari Lahir Emak ke 72 di restoran KFC, Sri Aman yang hanya dihadiri oleh ketiga-tiga anak perempuannya (saya, Ros dan Hanim) bersama Bapak dan anak-anak buat menggembirakan Emak dan Bapak. Semoga di berkati Allah SWT. Aamiin.

*

rose-scraps-20

*

***************

24 Jun 2014 (Selasa)/  26 Syaaban 1435H/ 9.40 malam, Sarikei, Sarawak

SalamFatima3SalamFatimaAKU….. menginginkan kesejahteraan hidup dan kebahagiaan untuk menemani setiap hari-hariku. Untuk memperolehi hari yang indah, aku perlu mengindahkan bathinku agar terlihat segar dan cergas tampak pada wajah dan tingkah. Mudahan apa yang ada padaku hari ini dapat menceriakan sesiapa sahaja yang ada di sampingku. Rasa bahagia apabila dapat melihat orang lain bahagia. Alhamdulillah.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

Dedikasiku Untukmu… Hidup ini terlalu singkat untuk kita menjadi orang biasa-biasa. Maka, teruskan cita-citamu untuk menakluk dunia impianmu walau setua mana umurmu ketika itu. Semoga sukses dan bahagia selalu. Wassalam. 🙂

*

RinduFatima3untukmu

*

TIDAK ADA WAKTU YANG KOSONG… KECUALI TERISI DENGAN NAMAMU DI HATIKU

*

*

19 thoughts on “CT261. ULTAH EMAK KE 72 TAHUN

  1. assalamualaikum,
    alangkah bahagianya emak tercinta…mendapat kunjungan mengejutkan dari anak-anaknya….yang bermaksud merayakan hari lahirnya yg ke 72…apalagi mendapat hadiah handphone baru..juga untuk bapak tercinta…,
    inilah salah satu wujud Birrul walidain,…bakti anak kepada orangtua semasa mereka masih ada di dunia…..subhanallah….selamat hari lahir buat emak ukhti Fatimah…semoga kedua orang tua, ayah dan emak..senantiasa sehat bahagia..dan selalu dalam lindungan ALLAH SWT….,
    keep happy blogging always…salam dari Makassar 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Hariyanto….

      Alhamdulillah, memang Emak dan Bapak sangat bahagia tidak terkata. Paling gembira apabila mendapat hadiah telefon bimbit.baru. Sangat puas rasanya melihat senyum tawa yang mengukir dari bibir keduanya. Walaupun ini tidak mampu membalas jasa mereka sekurangnya membuat mereka berasa bahagia menjadikan hidup kita akan tenang dan ceria.

      Terima kasih mas Hariyanto atas ucap selamat dan doa buat Emak dan Bapak saya. Mudahan Allah SWT selalu merahmati keduanya juga didoakan mas Hariyanto sekeluarga mendapat kebaikan yang sama. Aamiin.

      Salam hormat takzim. 🙂

  2. Betapa senangnya emak mendapatkan kejutan dari putri tercinta ya mbak. Selamat ulang tahun buat beliau, semoga selalu sehat dan bahagia bersama seluruh keluarga di sana 🙂

    • Aamiin Allahumma Aamiin. Iya mbak, senang melihat wajah bahagia keduanya saat memberi hadiah tersebut.

      Terima kasih atas doa yang dilampirkan dari mbak Ely. Didoakan mbak Ely jua sihat dan bahagia bersama kelaurga di Jerman.

      Salam manis. 🙂

  3. Assalaamu’alaikum, Bunda Cantik. ..

    Kejutan buat emaknya canctik banget. Hadiahnya juga cantik. 🙂
    Selamat ulang tahun untuk emak, semoga sehat dan bahagia selalu ya, Bund.

    Senang melihat keluarga besarnya, kompak. ^_*

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Idah manis…..

      Senang menerima kunjunan Idah yang sudah lama tidak kemari. Didoakan sihat dan sentiasa ceria.

      Senang ya kalau kita menerima kejutan hadiah dari orang tersayang, terasa diri kita juga disayangi dan diingati. Emak dan Bapak pasti demikian sama apabila diraikan oleh anak-anaknya.

      Terima kasih atas ucap selamat dan doa dari Idah. Didoakan Idah juga sihat dan semakin manis.

      Salam ceria selalu. 🙂

  4. selamat ulang tahun untuk emak, semoga semakin meningkat kebaikan nya dan amal sholeh nya dan dilancarkan rizki nya amin. Pasti sangat meriah ya kak menyambut hari ulang tahun emak 🙂

    • Aamiin Ya Rabbal’alamiin…
      Terima kasih atas doanya, mbak Ririn. Mudahan disemuanya baik dan diredhai Allah. Didoakan juga mbak Ririn dan keluarga dalam kondisi yang sama dan dimurahkan rezekinya.

      Alhamdulillah, semua rencana dapat dilakukan dengan lancar dan berkesan sehinga mengharukan hati Emak dan Bapak. Puas melihat mereka tersenyum. Jadi rindu kembali suasana tersebut.

      Salam sejahtera, mbak dan terima kasih lagi atas kunjungan kemari. 🙂

  5. Assalamu’alaikum wr.wb.

    Rancangan kejutan yang luar biasa itu, Mbak, hehe… serasa ikut gembira membaca kebaikan hati yang penuh kasih bersama sauadar semaca ini. Selamat ultah untuk Emak ya, Mbak, semoga usia kian berkah, sehat selalu, senantiasa dalam rahmat Allah ‘Azza wa Jalla.

    Hmmm…, hadiahnya itu juga luar biasa, Mbak 🙂

    Salam hangat persaudaraan dari Jogja.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Amazzet…

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Terima kasih atas doa yang dilampirkan buat Emak saya. Mudahan diperkenankan Allah dalam barakah dan rahmat-NYA. Didoakan mas Amazzet dan keluarga juga demikian sama di sana.

      Alhamdulillah. Rasa bahagia dapat menggembirakan ibu bapa dengan apa yang sebenarnya tidak mampu dibalas kepada segala jasa mereka sejak kecil hingga dewasa. Mudahan adanya anak soleh dan solehah akan memudahkan mereka di sana nanti. Aamiin.

      Salam hormat takzim. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, anakku Neni tersayang…
      Ke mana aja nih, seperti biskut Chipmore… now you see, now you don’t.
      Ayuh, kembali aktif menulis walau kesibukan tesisnya. Mudahan ada ganjaran dari setiap tulisan yang dikongsikan sesama kita.

      Rindu dan sayang selalu dari Umimu.
      Muuaaaccchhh. 🙂

    • Hehehe…. terharu dengan komentar adik tersayang. lain na jak bunyi tulisan tok. Dah ilang kelakar sarawaknya.

      Nunggu Ros agik, sik muncul-muncul nya.
      Siney ndak tuju nya ya. Maka udah dipadah oleh akak banyak kali.
      Mintak cubit kali.

      Sayang Hanim juak. 🙂

  6. Assalamulaikum … Bu Siti, alangkah bahagianya emak dan bapak dapat berkumpul dengan anak cucu pada hari bahagia di usia senjanya. itulah kebahagiaan yg tiada bandingannya, apalagi dapat hadian Nokia kembar dari anak-cucu tercinta, lengkaplah sudah rasa bahagia. Nice 🙂

    Selamat HBD untuk emak dan bapak, semoga selalu berkah dan senantiasa dalam lindungan Allah SWT. Amin…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Soeman….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin walhamdulillah. Terima kasih doa Soeman buat ibu bapa saya. Semoga mereka diredhai Allah SWT hendaknya di dunia dan akhirat. Didoakan Soeman juga demikian sama dalam barakah Allah SWT.

      Sungguh senang hati dapat membahagiakan ibu bapa saya dan melihat wajah ceria mereka sepanjang pertemuan tersebut. Namun, tidak ada apa yang dapat membalas jasa mereka selama ini. Sebenarnya, bertemu dengan anak-anak adalah saat yan paling ditungu oleh ibu bapa, maka sebaiknya kita berusaha selalu bertemu mereka atau palingnya menghubungi melalui telefon.

      Terima kasih Soeman dan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. :),

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.