CT409. DARI LENSA MATAKU (13): KUNCUP BUNGA DAISY

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

kuncupfatima1kuncupbungadaisy2016

*

KUNCUPAN INDAH

Sekadar hadir menyapa teman-teman pembaca untuk tetap aktif walau disela-sela kesibukan yang sedang melanda sejak beberapa bulan yang lalu. Ada tugas yang sangat penting dijalankan di tempat kerja yang memerlukan komitmen tinggi untuk diberi perhatian.

Mudahan perkongsian hasil ketikan dari Lensa Kamera Canon EOS 650D saya ini dapat mendekatkan kebijakan kita dalam memikir dan menghargai keindahan kurniaan Allah SWT.

Foto-foto KUNCUPAN BUNGA DAISY yang baru menumbuhkan putik bunga pada PERTAMA KALI menarik perhatian saya untuk mengambil keindahannya dengan menggunakan mod “close-up” agar ada kenangan yang dapat disimpan buat tatapan mata di masa depan.

*

SELAMAT MENIKMATINYA

*

kuncupfatima2hellomerah

*

kuncupfatima3dalampelukanmerah

*

kuncupfatima4putihkuning

*

kuncupfatima5merahdaisy

*

kuncupfatima6pinkdaisy

*

kuncupfatima7reddaisy

*

kuncupfatima8whitedaisy

*

Buatmu yang menyentuh hati….

…. ku biarkan hatiku berbicara padamu pada lirik mata yang tidak bertemu.

di situ…. kasihku bertaut rindu.

UNTUKMU SELAMANYA

*

*

LAGU ASAL – VISA

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima26 Oktober 2016 (Rabu)/ 25 Muharram 1438H/ 1.05 petang, Sarikei, Sarawak

AKU…. merenung rintik hujan yang menerjah bumi dari bilas kaca hati yang tidak berjendela. Dalam nyanyi sunyi yang meruntun jiwa, ku kirimkan padamu pesan rindu yang tidak tertahan dalam sendu yang berhujung duka. Percayalah… di setiap titis hujan itu ada butir cinta yang tidak bertepi ku simpan selamanya untukmu.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Kala dunia meresahkan kita dengan kemelut noda yang berpuing-puing. Kembalilah menawar hati kepada Yang Memberi Ketenangan saat susah dan senang agar jiwa tenteram dan aman. Ku selit doa buatmu dalam tasbih cintaku di setiap tahajjud rindu.  Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

*

17 thoughts on “CT409. DARI LENSA MATAKU (13): KUNCUP BUNGA DAISY

  1. Sesekali bermain kamera mengabadikan keindahan ciptaan Allah
    Cantik CT. Tunggu masa kembang acu lagi kamera utk merakam detik yg berbeza
    Alhamdulillah masih diberi peluang menikmati keindahan itu kan.

    • Sungguh kak, saya sangat teruja menghadapi bunga-bunga yang baru mula berputik hingga menjadi kembangan mekar. Sangat cantik dan indah dipandang.

      Insya Allah di posting berikutnya saya akan memaparkan kembangan bunga Daisy yang cantik itu kak.

      Terima kasih sudah berkunjung dan masih lagi di Terengganu ke kak ?
      Salam mesra selalu. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak…

      Aamiin Allahumma Aamiin. Terima kasih kak atas doanya dan didoakan akak sekeluarga juga sihat sejahtera dalam rahmat Allah SWT.

      Betul tu kak, sejak ia berbunga bulan awal Ogos dahulu hingga sekarang sentiasa berbunga tanpa henti terutama yang berwarna merah. Hari ini, nak tabur lagi serbuk aji no moto agar lebih bersemangat lagi bunga tersebut.

      Salam manis selalu dan terima kasih sekali lagi atas kunjungan akak. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany…

      Memang hati jadi sejuk dan damai kala melihat bunga mekar menguntum, malah kita jadi tersenyum memandangnya. Elok kalau mbak menanam bunga sendiri pasti hati lebih sejuk kerana setiap hari melihatnya. 🙂

      Terima kasih mbak atas kunjungan dan salam manis. 🙂

    • Iya benar mas Amazzet, nanti mekarnya akan semakin indah dan menawan. Kita melihat jadi senang dan tertawan. Inilah keindahan semulajadi ciptaan Allah untuk kita hargai dan memeliharanya dengan baik.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam takzim.

    • Terima kasih mbak Monda atas apresiasi dan kunjungannya. Masih amatur lagi mbak, harus belajar lebih banyak.

      Iya…menghasilkan latar belakang bokeh pada objek yang difokus dengan menggunakan teknik close up amat saya sukai. Objek akan kelihatan lebih hidup, sangat cantik dan membuat hati bergetar saat memandangnya.

      Salam manis mbak Monda, mudahan selalu sihat. 🙂

  2. Pingback: CT410. DARI LENSA MATAKU (14): KOLEKSI BUNGA DAISY DALAM KEMBANGAN | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas bersapedahan….

      Benar, kebanyakan kita suka memilih bunga yang sudah mekar dan jarang mengambarkan bunga kuncup. Saya pula suka menyukai permulaan dan pengakhirannya sesuatu riwayat bunga kerana menambah pengetahuan tentang proses kitarannya.

      Terima kasih mas atas apresiasi dan kunjungan.
      Salam hormat selalu.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.