CT185. KHAHANISAH – MASJID NABAWI SAKSI PERTEMUAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuuh

NisakFatimaa1MasjidNabawi SaksiPrtemuan

*

REHAT

Setelah selesai membaca al-Quran, aku berehat sambil muhasabah diri tentang apa yang telah aku lakukan seharian di Kota Madinah hari ini, 12 Oktober 2011 (Rabu). Jeda waktu solat Maghrib dan Isyak tidaklah lama. Untuk membuang rasa mengantuk yang mulai bertandang, aku membuat sedikit senaman kepala dengan menoleh ke kiri dan ke kanan.

Aktiviti ini memberi kesempatan untuk melihat tingkah laku jemaah hajjah yang pelbagai ragam. Ada yang tidur baring menelentang, ada yang bercakap-cakap santai sesama teman dan tidak kurang yang tersengguk-sengguk kepala ke kiri ke kanan, ke depan dan ke belakang seakan gerakan rumput lalang yang dibawa angin kerana mengantuk. Aku menahan ketawa melihat aksi tersebut.

Paling aku suka adalah mendengar alunan khusyuk suara jemaah hajjah mengaji al-Quran seakan bunyi kibaran sayap jutaan lebah yang sedang bergema di dalam Masjid Nabawi. Rasa mengantuk semakin surut dan aku kembali mengambil al-Quran untuk dibaca.

*

TERTARIK

Entah kenapa pandangan mataku tertarik kepada satu sosok tubuh yang sedang menyandar pada dinding kayu pemisah antara lelaki dan wanita di saf pertama. Sedangkan aku berada di saf kedua sebelah kiri. Aku pasti dia jemaah haji Malaysia mendengarkan loghat Terengganu yang sampai ke telingaku ketika dia sedang berbual dengan temannya.

Wajah hitam manis, bujur sirih dengan senyuman ramah yang biasa di pandanganku bagai menyentak hati untuk menyapa. Tetapi masih ku tahan bimbang tersalah orang. Wajah itu ku renung sekejap-sekejap risau tuan punya tubuh mengesyaki tatapanku. Ketika mata kami bertemu, sebuah senyuman ku beri padanya dan mendapat balasan. Aku malu sendirian kerana mungkin aksi ku telah diketahui.

Aku menundukkan wajah sambil mengingati di manakah aku pernah bertemu dengannya. Atau hanya “pelanduk dua serupa”? Aku jadi bingung kerana tidak dapat memastikan ingatanku. Ingatanku kembali jauh menerjah masa lalu, zaman belajarku ketika mengambil Ijazah pertama (S1) di Akademi Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Aku adalah pelajar Fakulti Usuluddin, manakala dia adalah pelajar Fakulti Syariah. Aku mendiami asrama Blok 10, YPM di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Dia pula tinggal di Arama Modular, Seksyen 15. Petaling Jaya. Kami saling mengenali sepanjang tempoh 4 tahun pengajian walaupun berlainan fakulti kerana sering bertemu di kampus atau di asrama.

Universiti-Malaya

Carian Googles

*

NISAK KAH ITU ?

20 tahun berpisah, tidak pernah memadamkan wajah yang sedang berada di hadapanku ini. Subhanallah, jika benarlah dia yang pernah aku kenali, pernah menjadi teman ketawa saat bertemu dan bertingkah baik ketika bersama. Pertemuan ini memang ditakdirkan Allah SWT buat kami berdua.

“Nisak kah itu ?” hatiku bertanya. Hatiku meronta-ronta ingin kepastian. Hanya bertanya kepada empunya diri merupakan jalan penyelesaian kepada segala kemusykilan. Aku memberanikan diri sambil menarik nafas, penenang hati. Aku hanya tua setahun atau dua tahun dari Nisak. Aku berbahasa diri dengannya.

“Assalaamu’alaikum dik, boleh akak tanya ? Aku menyapa dengan senyuman mengharap balasan. “Boleh, ada apa kak?” balasnya. “Adik dulu pernah belajar di Akademi Islam, Universiti Malaya-kah ?” tanyaku lagi. “iya”, jawabnya pendek.

“Subhanallah, ini Nisakkah” suaraku semakin ceria dan senyuman menguntum mekar kerana tekaan ku semakin benar. “Iya, saya Nisak.” sahut Nisak pantas.  “Ingat akak tak, Siti Fatimah Ahmad dari Sarawak. Maaf, nama penuh Nisak, akak lupa.” maklumku dengan semakin rancak.

“Subhanallah, ini Kak Timkah ? (Kak Tim adalah nama panggilanku semasa belajar di Universiti Malaya dahulu). Nama Nisak adalah Khahanisah Mohammad, kak” jelas Nisak dengan riangnya. “Iya, akaklah ni.” sambutku penuh ceria.

*

KHATAM AL-QURAN

Kami bersalaman dan berpelukan dengan gembira. Kami melahirkan rasa syukur kerana di pertemukan Allah SWT di Masjid Nabawi. Tidak pernah menyangka kami bertemu di bumi Madinah. Beberapa minit sebelum masuk waktu Isyak, kami bersembang kisah lama semasa belajar dahulu. Kami berjanji untuk bertemu lagi di hari-hari berikutnya.

Alhamdulillah, pertemuan dengan Nisak selama 5 hari di Masjid Nabawi mempunyai keindahan tersendiri. Semangat Nisak untuk khatam al-Quran di Masjid Nabawi telah mengubah persepsiku untuk Khatam al-Quran di Masjdil Haram sahaja. Coretan ini ku kisahkan di dalam posting CT117. CABARAN HAJI (4): KHATAM AL-QURAN DI MASJID NABAWI, MADINAH.

Tanggal 15 Oktober 2011 (Sabtu), jam 4.35 petang (11.35 malam waktu Malaysia) aku telah menamatkan bacaan (khatam) al-Quran di Masjid Nabawi, sedangkan Nisak telah khatam sehari sebelumku. 

NisakFatima2BabusSalaamMasjidNabawi

Foto SPH. Di dalam Babus Salaam, Masjid Nabawi (bahagian solat lelaki)

*

PERTEMUAN TERAKHIR

Hari terakhir bersama Nisak di Masjid Nabawi pada 16 Oktober 2011 (Ahad). Aku sudah dimaklumi Nisak bahawa dia akan berangkat ke Makkah pada petang tarikh tersebut. Manakala aku akan ke Makkah pada 18 Oktober 2011 (Selasa).

Kami sudah saling berdoa untuk kesejahteraan masing-masing. Tetapi tidak pula aku menjangka akan bertemu lagi pada pagi selepas solat Subuh. Semasa aku sedang membaca al-Quran seorang diri di saf hadapan, tiba-tiba bahuku di peluk dari belakang membuat aku terperanjat seketika.

Rupanya yang memelukku itu adalah Khahanisah. Dia menangis sambil menyandar kepalanya di bahuku. Aku menepuk tangannya bagi memberi ketenangan dan meringankan beban hatinya. Aku fikir, Nisak menangis kerana kami akan berpisah. Rupanya jauh dari tebakanku setelah pertanyaanku dijawab untuk mengetahui erti air mata yang jatuh di Masjid Nabawi ini.

“Kenapa menangis ni Nisak ?” aku bertanya sambil memeluk bahu Nisak dari belakang. “Nisak teringatkan arwah ibu, kak. Ibu Nisak sudah lama meninggal. Nisak rindukan Ibu.” jawab Nisak dengan esakan yang menjadi-jadi.

Hatiku diserbu kepiluan dan simpati. “Berdoalah Nisak untuk ibu agar dia sejahtera hidup di alam barzakh. Kita di Tanah Suci ini, doa kita akan didengari Allah SWT. Yakinlah.” pujukku dengan lembut sedangkan mataku juga sudah mula berkaca. Aku sangat sensitif dengan keadaan seperti ini.

Setelah tenang, aku mengajak Nisak pulang. Kami berjanji akan bertemu di Masjidil Haram. Janji itu hanya tinggal kenangan apabila kami saling tidak ingat untuk menelefon antara satu sama lain sepanjang di bumi Makkah. Mungkin ada hikmahnya kenapa Allah SWT tidak berkehendak kami bersama di sana. Wallahu’alam.

*

SMS DARI MADINAH

Sedang aku memasak di dapur untuk menyediakan menu makan tengah hari, tiba-tiba terdengar bunyi tut…tut..tut bermaksud ada mesej dihantar ke HP Blacberry-ku dari bilik bacaan. Aku bergegas untuk melihatnya. Icon sampul surat warna kuning ku tekan. Terteralah satu nombor yang banyak dan sangat asing. Tidak ada dalam senarai kontak. Naluri ingin tahu sangat tinggi. Terus ku tekan dan keluarlah mesej ringkas seperti ini:

“Salam Kak Tim. Nisak di Madinah sekarang ni, buat Umrah. Insya Allah, Nisak hendak ke Raudhah. Akak ada pesan apa-apakah ? Salam sayang Nisak.”

Subhanallah walhamdulillah, tidak menyangka saat aku sedang teringatkan Nisak, mesej Nisak datang hadir ke sisiku. Waktu mesej dihantar pada pukul 1205 pm (0705 waktu Madinah).Ahhh… menyerbu rasa cemburuku pada Nisak yang sedang menunaikan umrah. Mesej ku balas dengan hati yang bahagia dan terharu.

“Wa’alaikum salaam Nisak. Alhamdulillah, Nisak sudah menunaikan Umrah. Kirim salam rindu akak buat Rasulullah SAW. Doakan akak dan keluarga sihat dan berjaya di dunia dan akhirat. Itu sahaja. Akak doakan Nisak sihat dan balik dengan umrah mabrur. terima kasih ingatkan akak. Salam sayang dari akak. “

thank-you-103

NISAK

Sehingga kini, aku dan Nisak masih berhubungan melalui telefon walau tidak kerap. Ingatanku padanya selalu menggamit pertemuan kami di dalam Masjid Nabawi dan semangat kami untuk khatam al-Quran. Terima kasih Nisak meniupkan roh semangat selama kita di bumi Madinah. Sayang Nisak. 😀

friendship-60

**************

14 Ogos 2013 (Rabu)/ 7 Syawal 1434H/ 12.22 petang- Sarikei, Sarawak

AKU…. perlu menekun diri untuk mencapai apa yang diingini. Setiap impian yang direncana, jangan dijadikan sebuah angan kosong. Kerahkan seluruh tenaga untuk menjadi nyata. Tanpa usaha, impian itu sekadar menatap keindahan di sebalik gambar tanpa menyentuh wujud aslinya. Bersedialah wahai dunia, menerima seorang kembara yang bakal melakar sejarah untuk menghirup seluruh darah wangian aromamu. Aku akan menunaikan janjiku ini. Aamiin.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

CintaFatimaku4padamu

*

DEDIKASIKU UNTUKMU…. andai terhiris rasa nan gembira, kemaafan dipinta bukan sengaja. Andai terguris jiwa nan bahagia, setulus hati ingin berkongsi derita. Hidup ini indah. Yang terindah adalah dirimu yang selalu menyemarak resah hatiku. Semoga dilindungi Allah SWT dan bahagia selalu. Wassalam. 😀

*

30 thoughts on “CT185. KHAHANISAH – MASJID NABAWI SAKSI PERTEMUAN

  1. Salam Takzim
    Kelihaian bunda CT Fatimah Ahmad dalam menulis memang patut diacungkan jempol, berulang 2x saya membaca ini bund. sungguh sangat bagus sekali, semoga menjadi insfirat bagi rekan” blogger di tanah air termasuk saya.
    Di pemghujung komentar izinkan saya menghatur maap dalam bulan Syawal 1434H Minal Aidin wal Faidzin
    Salam Takzim Batavusqu

    • Salam takzim Kang Zipoer…

      Alhamdulillah wa syukrulillah atas apresiasi Kang Zipoer kepada karya saya di atas. Hanya penulisan sederhana sebuah pengalaman bertemu sahabat lama yang ingin dinukilkan dalam laman ini sebagai kenangan buat Nisak yang baik.

      Menulis berdasarkan pengalaman sangat mudah apabila ingatan tentang sesuatu peristiwa masa lalu masih kuat dan malar segar. Kerana itu, saya senang menulis tentang pengalaman sendiri, mudahan dapat diambil iktibarnya.

      Terima kasih Kang Zipoer atas kunjungan di Syawal nan indah ini. Selamat hari Raya dan maaf zahir bathin juga saya ucapkan. Mudahan Kang Zipoer dan keluarga sihat dalam lindungan Allah SWT dan gembira sepanjang syawal yang masih meriah sambutannya.

      Salam hormat dan ceria selalu. 😀

  2. waalaikumsalam,
    ALLAH selalu memiliki rencana yang lebih baik bagi umatNYA….
    masih suasana lebaran khan,
    jadi nggak apa2 kan kalo aku mohon dimaaafkan lahir batin kalau aku ada salah dan khilaf selama ini,
    back to zero again…sambil lirik kiri kanan nyari ketupat….salam hangat dari makassar 🙂

    • Alhamdulillah, mudahan setiap cerita yang kita lalui dalam kehidupan ini mempunyai kebaikan yang hanya Allah SWT sahaja Maha Mengetahui kesudahannya. Kita hanya berdoa agar semuanya baik. Aamiin.

      Terima kasih mas Hariyanto masih berkunjung raya. Cuma di sini tidak disajikan dengan ketupat. Silakan mencarinya di Makassar. Tentu ada ketupat yang enak buat cerita mas Hariyanto nanti.

      Salam Aidil Fitri yang mulia. 😀

  3. Senangnya ibu dapat bertemu dengan teman lama semasa kuliah dulu ya di Masjid Nabawi. Semoga pertemuan ini semakin mengeratkan persahabatan dan semakin meningkatkan semangat untuk selalu memperdalam ilmu agama demi mendekatan diri kepada Allah SWT.

    • Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Mudahan begitulah harapan kita dalam setiap persahabatan yang ditakdirkan dalam kehidupan kita di dunia ini.

      Alhamdulillah, demikianlah Allah SWT merencanakan sesuatu yang tidak kita ketahui dan jangka akan berlaku dalam hidup kita di kemudian hari.

      Terima kasih Ifan, semoga sukses selalu.
      Salam sejahtera. 😀

    • Iya, walau sudah berpuluh tahun jaraknya, nostalgia masa belajar tetap hangat dalam ingatan, malah wajah teman-temanpun masih lagi dapat dikenali. Alhamdulillah.

      Iya mbak, mudah untuk khatam cepat di Tanah Suci kerana kita tidak ada pekerjaan lain yang hendak dilakukan seperti di Tanah Air. Namun ada juga yang tidak khatamnya. Terserah diri sendiri. J

      ika ada kemahuan tentu ada jalan untuk merealisasikan niat yang baik itu. Asal sahaja dilakukan kerana Allah SWT semata-mata. Insya Allah, semuanya akan dimudahkan Allah laluannya.

      Terima kasih mbak Puteri atas kunjungan ini.
      Salam manis selalu. 😀

  4. Assalamualaikum … Mbak Siti
    Terharu sekali asmie membaca kisah persahabatan diatas, asmie turut takzim juga membaca cerita tentang Ibunda Nisak, semoga Allah selalu memberi Rahmat dan Rahim nya kepada beliau, amin…
    Untuk khataman Al-Qur’an nya ah.. ini bisa memicu semangat asmie untuk menirunya, thank you so much for being such great inspiration ya Mbak…

    Wassalam,
    Salam sayang dari Surabaya…
    Asmie

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Asmie….

      Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Semoga pengalaman ini memberi manfaat buat Asmie di kemudian hari apabila ke sana nanti. Aamiin.

      Insya Allah, Asmie… membaca al-Quran memerlukan kesabaran dan komitmen yang tulus ikhlas kerana ramai yang “malas” membacanya dan merasa “berat” untuk meneruskan bacaan.

      Khatam al-Quran dapat dilaksanakan jika setiap hari al-Quran itu dibaca. Selain itu, kualiti bacaan juga akan semakin bagus dan mantap. Berusahalah Amie, pasti akan sampai hasrat yang baik itu. Jangan bertangguh. 😉

      Terima kasih untuk apresiasi dan kunjungan Asmie.
      Salam sayang kembali. 😀

  5. salam umi,
    Terharu membaca pengalaman umi di bumi yang penuh barokah. Tentu umi sangat gembira dengan pertemuan yang tidak di sangka itu. Semuanya adalah perancangan Allah SWT. Apakah hikmahnya? Mungkin kita boleh menafsirkan dengan pelbagai namun, segala rahsia kembali kepada-Nya. Pastinya apa sahaja yang DIA taqdirkan semuanya adalah kebaikan buat para hamba-Nya.

    Mudah-mudahan umi serta teman lama Khahanisah beroleh rahmat kebaikan yang tidak putus-putus daripada Allah SWT.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb AbuIkhwan…

      Alhamdulillah, memang sangat gembira. Begitulah Allah SWT menunjukkan kasih sayang-NYA kepada kita dengan sebuah pertemuan yang tidak pernah direncana. Iya, mudahan ada hikmah yang baik disebalik semua yang berlaku. Aamiin.

      Saya yakin, semua kita pernah mengalami situasi seperti ini. Cuma tempat, cara dan sebab yang berbeza. Apa-apapun, bersyukurlah dengan nikmat yang Allah SWT kurniakan ini. Tentu sahaja akan mengembalikan nostalgia lama.

      Terima kasih AbuIkhwam untuk kunjungan dan didoakan sihat sejahtera bersama keluarga.

      Salam ukhwuwwah. 😀

    • Kak tim….subhanallah pd mlm ini…tiba2 saja saya merasa sgt rindu pd akak…lebih2 lg skrg dh masuk musim haji….kenangan indah saat sama2 mengaji Quran di Masjidil Nabawi kembali segar diingatan…dek krn kerinduan yg mendalam ini…terus sy membuka blog akak…..kak…sysgt terkejut dan teruja krn akak rupa2nya baru menulis kisah kita dulu…Subhanallah…Allahu Akbar…Allah hantarkan rasa kerinduan ini dgn penuh hikmah agar silaturrahim ini mekar berpanjangan.
      Salam sayang utk akak sekeluarga….semuga suatu hari nanti kita dpt mengerjakan umrah bersama2. InsyaAllah

      • Semalam, ketika refresh blog akak ni, akak terkejut lihat nama Nisak. Hati akak berkata, “Betul ni, Nisak yang berkomentar”. hehehe…. rasa tak percaya pulak.

        Terima kasihlah kerana Nisak berkunjung ke blog akak dan menulis komentar di sini. Akak sangat terharu dan berkaca mata apabil mengulang baca apa yang akak kisahkan tentang kita di atas.

        Rindu sekali ingin bertemu dengan Nisak. Cuma akak selalu terfikir kenapa selama kita di Makkah, Allah tidak detikkan hati kita untuk bertelefon dan bertemu di mana-mana sedangkan kita selalu ada di Masjidil Haram. Hanya Allah SWT yang tahu.

        Insya Allah, mudahan kita bertemu lagi dan mendapat izin-NYA untuk berumrah sama. 3 tahun lagi baru dapat daftar haji semula. Insya Allah, jika ada masa lapang cuti sekolah di tahun mendatang, ingin juga hendak buat Umrah. Doakan sahajalah semuanya berjalan lancar.

        Akak gembira membaca komentar Nisak dan harap sudi-sudilah datang lagi untuk berkongsi ilmu di blog akak ini.

        Salam sayang dan rindu buat Nisak. 😀

    • Salam Nisak…. alhamdulillah, akhirnya Nisak datang menjengah juga ke blog akak dengan riangnya. Saja akak tidak maklumi Nisak sebab akak mahu “kejutkan” Nisak. 😉

      Ok, nanti akak email ke Nisak dan add Nisak ke YM akak ya. Boleh kita sembang lagi di sana.

      Oh ya… jika ada maklumat salah tentang kisah kita di atas yang mungkin Nisak kenal pasti, sila maklumi akak di email dan akan akak murnikan semula.

      Iyalah kan, kisah di atas itu dari kaca mata dan ingatan akak, mungkin dari ingatan Nisak, bercanggah pula. 😀

      Salam rindu dari akak buat Nisak. 😀

  6. Pingback: CT197. TASMIK AL-QURAN DENGAN ORANG ARAB (1): HAFIZAH DARI MADINAH | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.