CT491. MUDAHNYA MEMBUAT DUMPLING AYAM

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

Saya tidak menyangka bahawa makanan jenis rebus/kukus atau goreng ini amat sedap. Dumpling dikatakan berasal dari Dataran Tibet namun ia lebih sinonim dengan masyarakat Cina kerana variasi isi dan rasanya. Dumpling boleh dimakan bila bila masa siang dan malam.

Pertama kali saya merasai dumpling di sebuah restoran Cina Muslim di Bandar Baru Bangi semasa saya menyambung pelajaran di peringkat master di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2009. Dumpling yang saya makan itu adalah jenis kukus, dimakan dengan sos kicap khas.

Untuk mendapat makanan dumpling ini amat sukar terutama di Sarikei. Kebanyakannya dijual oleh peniaga kuih Cina yang tentunya tidak halal bagi kita orang Islam kerana tidak diketahui bahannya.Β  Sudah lama saya tidak merasai dumpling ini sehinggalah akhir tahun 2017, seorang wanita Melayu menjual dumpling ayam di Pasar Market Sarikei pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

Dumpling ayam tersebut dijual dengan harga RM1.00 untuk 3 biji. Buatannya pula kecil dan dianggap tidak berbaloi dengan harga tersebut.Β  Ia dijual dalam dua jenis iaitu kukus dan goreng. Apa boleh buat, kecil kecillah kerana ingin makan punya hal. Saya beli juga.

Saya dan anak-anak lebih menyukai dumpling goreng kerana ia rangup.Β  Rasanya sangat sedap berbanding dumpling kukus. Saya pernah makan dumpling rebus atau berkuah sup. Rasanya juga sedap. Saya bersyukur kerana dapat kembali makan dumpling walau hanya 2 kali seminggu.

Oleh kerana terlalu kerap membeli dan jumlahnya sedikit serta mahal, saya teringin membuat sendiri. Saya bertanya kakak penjual dumpling itu bagaimana mahu membuat kulit dumpling, beliau berkata kulit dumpling yang dijualnya bukan dibuat sendiri tetapi dibeli di supermarket Sibu. Kecewanya saya kerana Sibu terlalu jauh hanya semata-mata hendaK membeli kulit dumpling.

Saya tidak putus asa dan mengharap di Everwin Supermarket, Sarikei ada menjual kulit dumpling. Allahu Akbar, sungguh tidak menyangka apa yang dicita, ada dijual di sana. Harganya pun berpatutan iaitu RM2.20 sebungkus (50 keping). Ada logo halal JAKIM lagi. Alhamdulillah, semua masalah selesai.

Seronoknya saya kerana dapat membuat dumpling sendiri dan tidak perlu membeli lagi. Sangat jimatkan. Kita pun boleh buat dumpling sebanyak yang kita mahu dengan pelbagai jenis inti yang kita sukai.

Berikut, saya kongsikan kepada anda, bagaimana mudahnya membuat Dumpling Ayam tanpa perlu membuat kulitnya. Walaupun ia sejuk beku namun rasanya tetap sama. Ahhhh…. senang sangatlah tu.

Namun, jika mahu juga membuat kulit dumpling sendiri kerana mungkin di tempat anda tidak ada menjual kulit dumpling, bolehlah mencari resepi tersebut melalui carian internet. Semuanya dihujung jari. πŸ™‚

Oleh kerana kulit dumpling sudah sedia siap. Saya hanya berkongsi bagaimana membuat Resepi Inti Ayam yang mudah untuk Dumpling. Hanya perlu ikuti langkah-langkah yang sudah saya sediakan.

*

RESEPI FATIMA, INTI AYAM

 

Harga kulit dumpling 200 gram- 50 keping (RM2.20). Manakala harga 400 gram daging ayam kisar (cincang) ialah RM7.80.

*

*

*

Anda juga boleh campurkan dengan sayuran lain seperti kobis dan lobak yang dihiris halus bagi menambah warna dan rasa.

Tips penting, tepung jagung tidak perlu banyak, hanya sedikit sahaja sekadar memekat kuat agar mudah membentuk kulit dumpling. Tepung jagung hendaklah dibancuh dengan sedikit air dahulu agar tidak berketul-ketul apabila dimasak.

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Kulit dumpling ini tidak melekat di periuk kukus, ia seakan sudah mempunyai minyak sendiri dari asal ulian tepungnya. Senangkan kerana tidak perlu disapu minyak lagi. Terus angkat ke pinggan dan makan.

*

*

Dumpling goreng lebih sedap dan menjadi kegemaran saya sekeluarga. Lagi enak dicicah dengan sos chili Thai yang pedas bercampur dengan kicap pedas Mahsuri. Alhamdulillah, satu dari nikmat Allah yang tidak dapat didustakan.

*

SELAMAT MENCUBA DUMPLING AYAM YANG MUDAH. SEMOGA BAHAGIA DI HUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA.

*

***************

SalamFatima3SalamFatima14 Disember 2018 (Jumaat)/ 6 Rabiul Akhir 1440H/ 1.50 petang/ Sarikei, Sarawak –Β  SITI FATIMAH AHMAD

Β 

 

 

12 thoughts on “CT491. MUDAHNYA MEMBUAT DUMPLING AYAM

  1. Assalamualaikum wr.wb Bu Hajjah Fatimah.

    Di Indonesia mirip kudapan Lumpia namanya. Kulitnya mudah didapat, namun di beberapa daerah susah pula didapat. Saya sering buat semacam dumpling ayam ini saat puasa Ramadhan. Untuk kudapan berbuka puasa. Alhamdulillah Bu Hj. Fatimah dapat membuatnya, tentu rasanya lebih lezat dan tentu halal. Saya malah jarang beli karena buat sendiri lebih terjamin bahan dan rasanya.
    Salam hangat dari Jakarta Pusat πŸ™‚

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Frany Fatmaningrum….

      Betul mbak, saya setuju. Membuat sendiri akan terjamin halal kerana kita tahu bahan yang digunakan. Begitu juga jika membeli yang sudah siap, harapan kita dengan adanya logo halal yang diluluskan oleh pihak berkuasa bermakna ia halal dimakan oleh umat Islam. Dengan logo tersebut dapat menyakinkan kita kebersihan dan kesuciannya.

      Terima kaish mbak sudah kemari dan mudahan mbak sekeluarga dirahmati Allah SWT juga bahagia di sepanjang tahun 2019 ini. Aamiin.

      Salam kasih selalu. πŸ™‚

  2. Assalamualaikum wr.wb puan Fatimah.

    kalau saya makan yang bentuk mengikat kalau lagi makan bakso di Indonesia .. memang rasanya nikmat dan lezat .. suka pengen nambah lagi dan lagi.
    kalau yang bentuk karikap biasanya di Indonesia masuk ke kategori kue kue-an.

    salam sehat bahagia dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Bersapedahan…

      bentuk bulatnya amat kecil sehingga tidak dapat diikat. jadi hanya buat cantuman sahaja dengan air untuk melekatkannya. Yang saya buat seperti karipap itu sengaja saya lakukan kerana melihat masih ada ruang tepi yang kosong. Sebenarnya sudah lari dari bentuk dumpling yang asli.

      Terima kasih mas sudah berkomentar.
      Salam takzim.

  3. Assalamualaikum wr.wb kak Siti,

    Makanannya mirip lumpia.
    Memang makanan jajanan lebih enak yang dibuat sendiri di rumah. Dimakan bersama anak-anak. Amboi enaknya.

    Semoga kak Siti dan family sihat selalu.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Alris….

      Alhamdulillah, saya sekeluarga semuanya sihat dan didoakan mas Alris juga demikian sama. Dengan membuat sendiri, kita dapat makan sepuasnya. Tentu sekali sambil minum-minum bersama keluarga dan pastinya mesra meriah. Itulah air tangan ibu buat keluarga tercinta.

      Terima kasih mas Alris sudah berkunjung dan diucapkan selamat tahun baru 2019.
      Salam hormat.

  4. Assalamu’alaikum,
    Dilihat dari bentuknya di daerah saya mirip pastel. Cuma beda isi, beda cara buatnya.
    Pastinya sangat enak. Bahan-bahannya familiar, bagi yang suka masak sepertinya bisa mudah membuatnya.

    Salam

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Dedekus…

      Betul tu, saya setuju. Membuat apa sahaja masakan yang kita suka jika berminat memang amat mudah. Apabila difahami, ternyata dumpling ini pelbagai bentuk dan rupa hanya beza pada nama dan rasa mengikut daerah dan negaranya.

      Terima kasih sudah hadir berkomentar dan salam sejahtera.

  5. Assalamualakum Mbak Fatima. Duh saya iri melihat dumling ayam di sini. Karena saya suka makanan ini.Selama ini cuma beli di resto dan tak pernah buat sendiri..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi….

      Jika mahu makan sebanyak yang kita suka, elok buat sendiri mbak. Senang membuatnya. Lagi mudah jika kulit dumpling itu sudah siap dijual dan kita hanya membuat inti sendiri dirumah. Belanjanya pun murah dan kita jadi bahagia menikmati dumpling buatan sendiri. Mudahan dapat menikmatinya sendiri, mbak.

      Terima kasih atas kunjungan dan selamat tahun baru 2019. πŸ™‚

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.