CT161. MENUNGGU GILIRAN HAJI

Assalaamu’alaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

GiliranFatima1MenungguHaji

*

NIAT BERHAJI

Saya mula memasang niat untuk menunaikan haji dalam usia muda ketika melihat emak dan bapak pergi haji untuk kali pertama pada tahun 1994. Saat itu, usia saya baru meningkat 26 tahun dan sedang menyambung pelajaran di peringkat Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Islam, Bangi, Selangor.

Saya berniat dan memohon kepada Allah SWT supaya dapat mengerjakan haji ke Tanah Suci sebelum berusia 45 tahun. Alhamdulillah, doa saya diperkenankan Allah SWT 17 tahun kemudian. Ketika menjejak kaki di Bumi Madinah al-Munawwarah pada 9 Oktobr 2011, usia saya baru 17 hari memasuki 44 tahun.

Terdapat kekangan yang dihadapi sebelum Allah SWT menentukan tahun “jemputan-NYA” ke Tanah Haramain. Setelah duit cukup ditabung, dua kali saya dan SPH menerima tawaran sebagai calon haji menunggu pada tahun 2008 dan 2009. Tetapi terpaksa ditolak kerana saya masih menyambung 2 tahun pengajian di peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tahun 2010, nama kami terpilih sebagai bakal haji. Juga kami tolak kerana komitmen terhadap keluarga dan mohon ditangguh. Apabila Allah SWT telah menetapkan ketentuan, apapun halangan tidak dapat mengalahkan rencana-NYA. Akhirnya tahun 2011, saya dan SPH disenarai lagi sebagai TETAMU ALLAH dan kami menerima dengan redha serta berusaha menetapkan hati untuk menyahut panggilan Ilahi. Alhamdulillah.

Kembara1FatimaHajiUmrah3Kaabahku

Foto diambil selesai melakukan Tahallul bagi Umrah Wajib pada 19 Oktober 2011 (Rabu), Hari pertama menjejak kaki ke Masjidil Haram. Alhamdulillah.

*

TAHUN GILIRAN

Giliran menunggu untuk menunaikan haji di Malaysia tidak seperti beberapa tahun yang lalu. Saya dan SPH mendaftar haji pada tahun 2005 dan tempoh menunggu dianggarkan dalam 5 – 7 tahun. Tetapi sekarang giliran menunggu sudah mencapai tempoh 40 tahun bagi TAHUN PERUNTUKAN pada giliran mendaftar di negeri-negeri dalam Malaysia. Untuk yang baru pulang dari mengerjakan haji, mereka harus menunggu 5 tahun lagi untuk berdaftar haji semula.

Contoh mudah dari pendaftaran haji anak-anak saya di Pejabat Tabung Haji Sarikei pada 28 Mei 2012. Melihat catatan bagi TAHUN PERUNTUKAN pemergian haji (menunggu giliran), anak-anak saya akan pergi haji pada tahun 1470 H bersamaan 2049 M. Ini  bermaksud 37  tahun akan datang barulah mereka dapat menjejakkan kaki ke bumi Haramain.

Pada 21 Disember 2012, saya mendaftar haji kali kedua buat Bapa saya, Haji Ahmad Sidi (75 tahun) di pejabat yang sama. Bapa telah menunaikan haji pada tahun 1994 bersama emak. Emak pula sudah menunaikan haji kali kedua bersama abang sulung saya pada tahun 2008. Ini bermakna 18 tahun lamanya Bapa tidak menjejak kaki ke bumi Haramain. Bapa sangat rindu untuk menunaikan haji sekali lagi. Insya Allah, saya akan berusaha menunaikan niat Bapa pada tahun 2014.

Jika merujuk kepada TAHUN PERUNTUKAN, Bapa akan berangkat ke Tanah Suci pada tahun 2051 M iaitu 39 tahun akan datang. Dikira pada usia Bapa sekarang 75 tahun, maka tahun keberangkatan Bapa adalah pada umur 114 tahun. Kedengaran ketawa lucu dari petugas kaunter Tabung Haji ketika mengira usia Bapa. Saya pun ketawa sama. Tentu sekali mustahil kalau Bapa dapat mencapai usia tersebut. 😀 Wallahu’alam. 

Oleh itu, sila lihat NOTA PENTING  di bawah ini, apakah yang dimaksudkan dengan TAHUN PERUNTUKAN yang didefinisikan oleh LEMBAGA TABUNG HAJI MALAYSIA.

TAHUN PERUNTUKAN adalah sebagai PANDUAN SAHAJA. Tabung Haji akan memberikan keutamaan kepada mereka yang berumur 75 tahun dan ke atas, tertakluk kepada kekosongan tempat pada tahun semasa.

Memperolehi kouta adalah termasuk dalam bab ISTITO’AH (kemampuan) yang merupakan salah satu SYARAT WAJIB HAJI.

Berdasarkan NOTA PENTING di atas, dapat difahami bahawa jika seseorang telah berkemampuan dari aspek kewangan yang disimpan dan memperolehi kuota walaupun TAHUN PERUNTUKANNYA jauh ke depan, BERKEMUNGKINAN akan disenarai awal setelah urutan kuota sampai kepada nama mereka.

Alhamdulillah, bagi yang berumur 75 tahun dan ke atas kerana sifat IHSAN dari pihak Lembaga Tabung Haji, mereka diberi keutamaan untuk menunaikan haji pada tahun yang dikehendaki dengan beberapa syarat seperti menulis surat rayuan, cukup wang tabungan, disahkan rekod perubatan oleh doktor dan membawa seorang waris yang akan menjaga mereka.

Pasa asalnya, saya ingin merealisasikan niat Bapa tahun ini (2013), tetapi belum diperkenankan Allah kerana abang kedua saya (sebagai waris yang dipilih) perlu memberi komitmen kepada anak keduanya yang bakal menduduki peperiksaan SPM akhir tahun ini. Saya tahu Bapa kecewa tetapi saya sabarkan untuk menerima “halangan” yang Allah telah tentukan. Semoga dimudahkan Allah SWT segala niat baik ini. Aamiin.

BangunanLTHMalaysia

*

KOS TAMBANG HAJI MALAYSIA 2013, KEKAL

Dimaklumkan bahawa tabungan minima wang pendaftaran haji adalah RM1300.00 dan mesti ditambah sehingga mencukupi jumlah pembayaran haji semasa. Jika dikaji kos perbelanjaan haji bagi rakyat Malaysia berbanding jemaah haji negara lain menunjukkan perbezaan yang ketara murahnya.

Dalam sidang media awal Febuari lalu, selepas merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali ke-29 Musim Haji 1434 Hijrah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan kadar tambang bagi menunaikan ibadah haji tahun 2013 kekal kepada  RM 9, 980 seorang bagi jemaah yang menunaikan HAJI KALI PERTAMA. Sedangkan kos  tambang sebenar ialah:

RM 15,550 SEORANG

*

Dengan keputusan itu beliau menyatakan bahawa kerajaan terpaksa menanggung subsidi tambahan berjumlah 10 juta ringgit berbanding hanya 150 juta ringgit tahun 2012. Peningkatan kos itu tidak dapat dielakkan kerana kenaikan sewa tempat penginapan, makanan dan pengangkutan.

Pihak berkuasa Arab Saudi telah menaikkan kos mengerjakan haji dari RM 15,150 sebelumnya kepada RM 15, 550 tahun ini. Namun atas dasar prihatin, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga seperti tahun lalu bagi membolehkan semua jemaah terpilih dapat melaksanakan ibadat berkenaan.

TH_logo_baru

KOS TAMBANG HAJI MALAYSIA TERMURAH

Jika mengambil kira kos tambang yang dikenakan, jemaah Malaysia dianggap paling bertuah kerana bukan saja membayar kos paling rendah, tapi turut menikmati kemudahan terbaik berbanding jemaah negara lain. Tadbir urus Tabung Haji Malaysia mendapat pengiktirafan banyak dari negara Islam di dunia.

Perbandingan kos tambang haji Malaysia dengan negara-negara lain ternyata paling murah. Jemaah di Singapura perlu membayar S$13,000 (RM32,537), Brunei 9,000 dolar (RM22,526), Thailand 160,000 baht (RM16,699) dan Turki pula antara AS$5,000 hingga AS$10,000 (RM15,525 hingga RM31,050).

 *

ALHAMDULILLAH, semoga kita semua mendapat HAJI MABRUR dan bersyukur dengan kurnia Allah SWT. Aamiin

****************

4 APRIL 2013 (Khamis)/ 23 Jamadil Awwal 1434H/ 9.46  malam – Sarikei, Sarawak

AKU…. selalu menunggu panggilan darimu tanpa jemu. Tiada batas yang dapat menjarakkan ingatanku padamu untuk selalu di hatiku. Tiada ruang yang mampu menghalang rinduku hadir bertamu di jiwaku. Tiada lautan yang mengekang aliran sayangku untuk sampai kepadamu. Biarkan musim bunga selalu bersemi agar wangi kasihku tersebar meluas menutupi bumi dengan harumnya yang menggetarkan.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

*

DEDIKASIKU UNTUKMU…. Dalam setiap perjalanan hidup ini, kenangan itu terlalu indah untuk dikesalkan. Allah memberi kita sebuah cerita untuk kita renungi kebaikan dan kecantikan takdirnya agar kita tahu tidak semua yang kita inginkan menjadi sebuah kebahagian yang kekal abadi.  Doa selalu dalam ingatan terabadi. 😀

SENYUM SEINDAH SURIA

15 thoughts on “CT161. MENUNGGU GILIRAN HAJI

  1. Assalamu alaikum wr. wb.

    afwan umiku sayang, baru sempat menorehkan huruf menjadi kata membentuk kalimat,
    sungguh koneksi saat ini kurang baik, semoga saja pesan ini dapat tersimpan menjadi komentator pertama dihati dan dilaman umi 😀 😉

      • masyaAllah, indah nian rencana dan planing ummi, Allahpun senang dengn planing tersebut, sehingga tercapai tepat pada waktunya dan indah pada waktunya,

        subhanallah, kapan yach, neni kesana, kapan yach neni mampu menaikkan balik orangtua kesana. bapak dan mama naik haji sejak neni SD berapa tahun yang lalu…. mmhhh.. neni lupa, kelas berapa waktu itu 😀

        semoga Allah memberi kesemptan dan segera memanggil untuk berkunjung ke rumah Allah yang subhanallah,……

        syukran tulisan ummi, menambah motivasi neni untuk terus membulatkan niat dan tekad nak pergi kesana, perlu persiapan yang matang, biar ngak sia-sia perjalanan hingga ke tempat tujuan, jika hati, jiwa dan raga siap, insyaAllah, Allah akan segera memanggil 😉

        salam rindu dan cinta buat ummi .. muach

        • Aamiin Ya Rabbal’alamiin. Semoga apa yang diniatkan akan diperkenankan Allah jua.

          Begitulah harapan setiap anak untuk dapat menaik haji orang tuanya ketika mereka masih muda. Alhamdulillah, jika sekarang sudah mampu menaikkan untuk kali kedua. Bukankah itu sudah tercapai hasratnya. 😀

          Doakan semuanya berjalan baik dan diredhai Allah SWT. Semoga Neni juga akan dimudahkan ke sana. Aamiin.

          Salam rindu kembali dari Umi…. (… pink pipi Umi ni). 😀

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, nanda Neni yang baik…

      Umi faham akan koneksi yang selalu memisahkan kita dari terus berbicara di dunia maya. Tidak apa, kerana Umi yakin Neni akan tetap ingat dengan Umi walau kita tidak selalu bersapa kini. Koneksi Umi juga selalu tidak bagus dan akhirnya Umi jarang ol kini. 😀

      Terima kasih hadir mengubat rindu Umi.
      Salam sayang selalu dari Umi. 😀

  2. semoga rencana yg tersusun rapi ini, kelak akan terwujud #amien
    kalau naik haji yg paling penting udah mapan secara rohani & jasmani, biar jadi haji mabrur & ilmu’a bisa diamalkan buat lingkungan sekitar kita 🙂

    • Aamiin Ya Rabbal’alamiin.
      Mendalami ilmu berhaji adalah “wajib” agar kesempurnaan haji dapat dilaksana dengan menepati rukun dan syaratnya. Memperolehi haji mabrur bukannya berada di Tanah Haramain, tetapi haji mabrur dapat dikesan setelah pulang dari haji.

      Terima kasih Andy.
      Salam kenal. 😀

  3. wa ‘alaikum salam warahmatullahi wabaarakatuh..
    40th? masya Allah.. belum tau untuk Indonesia, khususnya di Banjar,,
    tapi setidaknya siapkan sekarang, jika panggilan itu datang, kita sudah siap lahir dan bathin…

    • Persiapan berhaji seharusnya bermula sekarang, mbak. Jangan tunggu nama dipilihuntuk berhaji, baru hendak bersedia. Setiap amal Islami telah kita dalami sepanjang hidup kita sejak umur baligh.

      Sayangnya, ramai umat Islam yang tidak hidup secara Islam dan banyak yang tidak mengenal agamanya sendiri walaupun hidup sebagai muslim sepanjang umurnya.

      Terima kasih mbak Ummulnurien.
      Salam manis. 😀

  4. Assalamualaikum,
    Ketika kita berniat Allah langsung mencatatnya ya Mbak Fatimah. Alhamdulillah cita-citanya langsung dibalas oleh-Nya. Keimanan serasa tambah lengkap dengan berhaji 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi…

      Benar mbak. Setiap niat yang baik dicatat 10 ganjaran padanya. Berdoalah agar niat yang baik itu dimakbulkan Allah SWT di samping berusaha ke arah untuk merealisasikan niat tersebut.

      Haji adalah kemuncak ibadah dalam Rukun Islam dan sepatutnya iman semakin mantap dan taqwa semakin hebat selepas berhaji. Tetapi masih banyak yang “tersasar” kembali hidupnya setelah berhaji. Wallahu’alaam.

      Terima kasih mbak Evi.
      Salam manis. 😀

  5. Pingback: CT189. WAJAH MASJIDIL HARAM AKHIR ZAMAN (3): MAKKAH 2011 (1) | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.