CT285. POSKAD DARI JERMAN

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

PoskadFatima1MbakElyJerman

*

Satu lagi kejutan HADIAH DARI LANGIT yang diterima pada hari lahir saya, 22 September yang lalu. Posting CT284. SWEET SEPTEMBER menjadi kenangan terindah untuk dikenang kerana banyak kejutan yang diterima. Alhamdulillah.

Hari pertama datang bekerja setelah bercuti selama seminggu menambah kesegaran kepada saya apabila menerima sekeping POSKAD CANTIK DARI AUSTRIA kiriman khas mbak Ely dari desa dongeng, Jerman.

Poskad bertarikh 7 Ogos 2014 telah diterima oleh pihak IPGK tempat saya bertugas pada 10 September. Bermakna kiriman itu belayar selama satu bulan dari Jerman ke Bintangor, Sarikei, Sarawak.

*

PoskadFatima3ElyMeyerJerman

PoskadFatima2mbakElyJerman

Muka hadapan dan belakang Poskad Cantik dari Austria dikirim oleh Madam Ely Meyer dari Jerman

*

Sebuah senyuman menguntum di bibir menyaksikan September tahun ini benar-benar manis dan indah dengan segala nikmat dari Allah SWT. 🙂

Pertama kali menyertai “perlumbaan” penulisan di DUNIA ELY melalui posting CT267. TETAMU MALAYSIA DI KEBUN DUNIA ELY, berhasil memenangi salah satu dari POSKAD CANTIK DARI AUSTRIA dari mbak Ely Meyer.

*

Terima kasih mbak Ely. Akhirnya sampai juga. Alhamdulillah.

ThankYouFatima*

Didoakan mbak Ely sihat dalam rahmat Allah SWT. Aamiin.

PoskadFatima4ElyMeyerSihat

*

DUNIA AKAN CERIA APABILA KITA MEMBERI SENYUMAN

*

bunga

*

***************

SalamFatima3SalamFatima

25 September 2014 (Khamis)/  30 Zulkaedah 1435H/ 8.47 malam.  Sarikei, Sarawak

AKU….. dan engkau yang selalu memberi senyum walau hanya sebuah bayangan kala mimpi mengundang, membuat tidurku berhias indah berona wangi jiwa. Tanpa sedar aku masih ingat dan selalu ingat. Keindahan dari segala keindahan antara bunga-bunga batu pualam, kerinduan padamu lebih mendalam. Aku jadi lemas dan tenggelam lalu aku zikirkan namamu bersama kebesaran Tuhanku yang menemukan kita di alam mana pun kita berada. Subhanallah.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Dedikasiku Untukmu… tika hati kita berduka, kembalilah kepada Allah SWT dengan tenang dan sujudlah dalam tahajjud cinta. Mintalah pertolongan Allah SWT dengan sabar dan solat. pasti akan damailah jiwa dalam tasik sejahtera. Doaku seluruh jiwa untuk kebahagiaanmu. Aamiin. Wassalaam. 🙂

*

RinduFatima1padamu

*

KETAHUILAH….DIRIMU BERSAMA DETAK JANTUNGKU

*

28 thoughts on “CT285. POSKAD DARI JERMAN

  1. assalamu alaikum
    haduh terlambat.., ingin kasih ucapan selamat ulang tahun buat akak, semoga berkah dan rahmat Allah SWT selalu menyertai akak sekeluarga, aamiin

    kartu pos pilihan Ely cantik, selamat juga sudah memenanginya

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Monda….

      Terima kasih atas ucapan selamat dan doa yang dilampirkan. Didoakan mbak Monda bersama keluarga juga demikian salam dalam barakah dan rahmat Allah SWT.

      Alhamdulillah, gembira dapat menyertai penulisan dari mbak Ely dan bahagia mendapat poskad dari jauh. Inilah poskad pertama yang akan saya simpan sebagai koleksi terkini.

      Terima kasih mbak Monda atas kunjungan yang lama dinantikan.
      Salam manis selalu. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Mazni…

      Alhamdulillah, begitulah hubungan sesama manusia yang dibentuk melalui maya sehingga menghasilkan keakraban sedangkan belum pernah bersua muka dan bersama suara.

      Mudahan Allah SWT meredhai yang baik-baik dari silaturahmi yang dibina. Aamiin.

      Terima kasih Kak Mazni atas kunjungan dan salam mesra. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Ysalma…

      Aamiin Allahumma Aamiin. Saya juga berharap demikian mbak. mudahan silaturahmi antara kita terjalin baik hingga akhir hayat. Demikianlah Allah mempertemukan kita walau hanya di medan maya sahaja.

      Terima kasih mbak dan salam manis selalu. 🙂

  2. Assalamualaikum wr wb
    Mbak fatimah

    Wah saya ucapkan selamat ya untuk kiriman hadiah poscardnya, semoga dapat menjalin pertemanan dan silahturahmi semakin erat 🙂

    Salam dari Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Sussi…

      Alhamdulilah, itu namanya nikmat persahabatan yang dikurniakan Allah SWT apabila kita menyambung silaturrahiim.

      Aamiin Ya Rabb. Mudahan kebaikan selalu mengiringi niat yang baik dalam persahabatan.

      Terima kasih mbak Sussi atas kunjungan dan salam ceria selalu. 🙂

  3. Assalamu’alaikum Wr.Wb.

    Wah menerima postcard itu benar-benar sebuah kejutan dijaman yang serba virtual seperti ini ya mbak. Pasti memberi kesan tersendiri yang sangat indah. JAdi ingat massa-masa dulu ketika internet masih jarang, Post Office menjadi jembatan komunikasi dengan teman, sahabat dan saudara yang jauh.

    Salam,
    Yuni Andriyani, Yogyakarta, Indonesia

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Yuni…

      Saya setuju mbak, menerima kiriman melalui pos memang hal yang sangat menarik mengujakan kerana di sana mempunyai nilai sentimental tersendiri terutama jika ada STEM disertakan.

      Selain itu, menjadi kenangan indah apabila kita dapat membaca hasil tuisan sebenar di atasnya. Perkhidmatan pos kini sudah jarang digunakan kerana kemajuan teknologi yang lebih pesat dan pantas.

      Terima kasih mbak Yuni atas kunjungan.
      Salam manis. 🙂

  4. Wow … cantik sekali mbak post cardnya mejeng di blog mbak Siti

    terima kasih banyak atas doanya mbak, doa yang sama buat mbak Siti sekeluarga di sana.

    Oh ya, benar sedang berulang tahun ya mbak? selamat ulang tahun, semoga sehat dan berbahagia selalu serta dikabulkan semua impiannya mbak Siti 🙂

    • Alhamdulillah, postcardnya sudah sampai dan senang menerimanya, mbak. Mudahan kebaikan juga atas mbak kerana membuat hatis saya gembira.

      Iya mbak Ely, terima kaish atas doa yang dilampirkan berserta ucapannya.

      Salam manis dan bahagia di penghujung pekan bersama keluarga di Jerman. 🙂

  5. Pingback: CT284. SWEET SEPTEMBER | LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI G2

    • Alhamdulillah, menjalin silaturahmi dengan sesiapa sahaja dapat memberi manfaat yang tidak kita sangka di kemudian hari. Semoga Allah mengurniakan banyak kebaikan di dalamnya.

      Terima kasih Jimmy dan salam sejahtera. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Evi….

      Alhamdulillah, demikianlah Allah SWT menautkan silaturahmi antara kita mbak. Pasti ada kenangan menarik untuk dikenang di kemudian hari.

      Terima kasih mbak Evi atas kunjungan.
      Salam semanis gula aren. 🙂

  6. Assalamu’alaikum wr.wb mbak Fatimah,
    Membaca posting ini saya tetap meyakini bahwa persahabatan demikian indah walau dipertautkan lewat dunia maya.
    Semoga persahabatan tetap bersama dalam kehidupan kita ini.

    Salam,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa…

      Alhamdulillah, persahabatan walau dalam dimensi apa pun jika tujuannya baik dan masih dalam lingkungan tertib akhlak pasti akan diredhai Allah SWT. Mudahan persaudaraan Islamiyyah yang dijalin akan mengertakan silaturahmi sesama umat Islam. Aamiin.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam sejahtera. 🙂

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Indra Kesuma….

      Alhamdulillah, mempunyai sahabat pena dan maya memberi nilai tersendiri dengan berbalas kiriman dalam bentuk apa pun untuk dijadikan kenangan dalam silaturahmi yang berlangsung.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam sejahtera. 🙂

  7. wah, masih pake postcard2an ya, rasanya pasti beda, dapet kiriman dari orang yg jauh disana, padahal jaman teknologi sekarang kata2 tersebut bisa disampaikan lewat email atau sms

    • Sebenarnya bunda lebih senang menggunakan khidmat pos daripada email. Selain mendapat poskad atau surat, setemnya juga penting untuk dijadikan koleksi peribadi bahawa kita mempunyai teman atau kenalan dari negara-negara berkenaan.

      Terima kasih Dina dan salam manis selalu. 🙂

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.