CT319. OLE-OLE DARI CAMERON HIGHLAND

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

OleOleFatima1CameronHighland

*

SAHABAT DUNIA AKHIRAT

Sahabatku Dahlia (Lea) ini memang sahabat sejati di dunia dan akhirat. Aku tidak akan pernah menemui sahabat yang begitu dekat di hati dan selalu menyayangiku tanpa ada syarat sejak kami menjadi kawan seusia 13 tahun sehingga sekarang.

Persahabatan yang dijalin sudah seperti saudara sendiri yang saling mendoakan dan saling mengambil berat walau kini hubungan kami hanya di maya pada. Walau pernah berpisah bertahun-tahun tanpa khabar berita, Allah mempertemukan kami kembali beberapa tahun lalu.

*

HADIAH DARI LANGIT

Hari ini, dengan rasa terharu, aku menerima kiriman hadiah ‘OLE-OLE DARI CAMERON HIGHLAND’. Ia merupakan HADIAH DARI LANGIT yang Allah SWT kurniakan melalui cinta sayang sahabat baikku, Dahlia di Kangar Perak.

Beberapa minggu sebelum itu, Dahlia memaklumkan melalui bicara YM, satu kejutan buatku akan dikirim melalui kawan anaknya yang akan bercuti bersama keluarga di Sarikei.

Tanpa mahu menjelaskan apakah kandungan kirimannya telah membuat aku jadi amat teruja menunggu kedatangan hadiah tersebut.

*

BUKAN RAHSIA LAGI

Alhamdulillah, setelah lama menanti, inilah rahsia dari seorang sahabat buat sahabat. Hadiah yang diselimuti rasa kasih sayang. Walau jauh pandangan mata, namun di hati sentiasa bersua dengan kedekatan yang tidak pernah pudar.

*

OleOleFatima2HalwaStrawberryFresh

Lazatnya strawberry segar yang masih basah dan manis. Menurut Lea, manisan ini baru dimasak dan dimasukkan di dalam bekas makanan sebeum dijual. Terasa biji-biji halus strawberry saat digigit. Aku sangat menyukai rasanya.

*

OleOleFatima3HalwaStrawberryKering

Strawberry kering yang rasanya amat manis dan sedikit keras (rangup).Β  Aku senang memakannya bersama nasi berlauk ayam kari atau ayam masak kicap kerana rasanya seperti acar buah.

*

OleOleFatima4KraftanganStrawberry

Kiriman Lea untuk anak-anak. Namun anak-anak bersetuju kraf tangan buah strawberry gantung ini sesuai untuk digantung di dalam kereta Hundyai Tucsonku. Seronoknya, aku terus setuju. Tetapi SPH merungut kerana kereta nampak keperempuanan. Hahaha… memang kereta orang perempuan pun. πŸ˜€

*

OleOleFatima5GantungDiTucsonku

4 biji kraf tangan buah strawbeery comel di gantung di kiri kanan cermin hadapan di dalam kereta Tucson. Ia menaik seri dalam kereta dan mengingatkan aku kepada sahabat dunia akhiratku, Lea. Thanks Lea. Love You. πŸ™‚

*

OleOleFatima6GantungDi TasTanganku

Sebiji strawberry comel berwarna pink, dijadikan keychain untuk tas tanganku. Ia sangat cantik bergantungan di situ. Sebiji strawberry lagi aku gantungkan sebagai keychain di beg komputer saya.

*

OleOleFatima7KraftanganBegDuit

3 beg comel strawberry ini, ku berikan kepada 3 puteriku. Tetapi puteri sulung menghadiahkan kembali kepadaku kerana melihat akuteruja untuk memilikinya… :D, mengalahkan anak-anak sahaja.

*

OleOleFatima8BegDuitku

Inilah hadiah dari Iffah buat Mama kesayangannya. Terima kasih sayang. πŸ™‚

*

OleOleFatima9Bajupanas

*

Pemberian yang menyentuh hati dan menjadi kejutan khas dari Dahlia kepadaku. Dahlia juga membeli untuk dirinya, sama warna dan jenis seperti yang dihadiahkan kepadamu. Khas untuk dua sahabat sehati sejiwa, dunia dan akhirat.

Selimut baju panas ini merupakan tenunan kait tangan. Aku simpan di dalam kereta Tucson untuk memanaskan badan apabila menggunakan ‘aircond’ dalam perjalanan ke tempat kerja.

*

BUATMU DAHLIA, SAHABATKU TERCINTA….

… sebuah coretan kenangan abadi ku tulis di sini supaya kekal diingatan dan di hatimu. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikanmu padaku. Di sini, ingin ku rakam ucapan khas untukmu….

*

OleOleFatima10ThanksDahliaku

*

Semoga Allah swt akan mempertemukn kita suatu hari nanti. Tidak semata-mata bersapa di telefon atau bersantai bicara di YM yang terhad sapaannya.Β Rasanya lelah jika hanya bahasa tulis jadi perantara dan suara indah bernada ria di talian sana.

Kita ingin bercerita sebanyak mungkin kisah-kisah masa lalu yang tertunda lama. Rindu padamu, Lea tidak pernah pudar. Pertemuan jua dapat menawar segala rindu yang terpendam di jiwa kita. Aamiin Ya Rabb.

*

TERIMA KASIH DAHLIAKU

*

ThankYouFatima

*

*

bunga*

*

***************

SalamFatima3SalamFatima15 Mac 2015 (Ahad)/ 24 Jamadil Awwal 1436H/ 9.48 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. dalam mengenangmu, tidak pernah jemu kerana engkau adalah anugerah Tuhan yang paling indah. Apakah rahsia dari pertemuan yang diabadikan Tuhan sehingga dulunya kita tidak pernah kenal walau di dalam mimpi tetapi kini sudah bertali hati. Hanya DIA yang tahu kenapa kita dipertemukan dengan cara begini dan begitu. Bersyukurlah kerana pernah ada kasih yang bersirat dalam nurani.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

Β *

DEDIKASIKU UNTUKMU… Janganlah engkau mengidam kekayaan dunia kerana sesungguhnya engkau sudah kaya dengan keluhuran jiwa hamba yang mendekatkan engkau dengan Tuhanmu. Semoga kekayaan dunia sekadar perantaraan yang tidak melalaikan. Semoga bahagia selalu.Β  Aamiin. Wassalam. πŸ™‚

*

CintaFatima1Padamu

*

KAU SELALU ADA DI SINI…. DI HATIKU

*

*

22 thoughts on “CT319. OLE-OLE DARI CAMERON HIGHLAND

  1. Assalamualaikum wr.wb.. Alhamdulillah…berkah silaturahmi ya Kak Fatimah… Senangnyaaa… Semoga lestari persahabatan itu.. Salam hangat dari Kota Batik utk Dahlia yaaa…. Wassalam…

  2. Assalamualaikum bunda. Persahabatan dnia maya semoga berlanjut ke dunia nyata ya dan saling bertemu saru sama lain. Semoga saya juga bisa bertemu dengan bunda Fatimah

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mbak Lidya…

      Saya dan Lea bukan sahabat maya. kami sahabat karib yang berada di dunia nyata. Kami bersekolah di satu sekolah menengah yang sama sejak Tingkatan 1 (usia 13 tahun). Cuma kami telah terpisah apabila sudah selesai belajar dan tidak ada khabar berita sesudah itu sehingga bertemu kembali melalui maya dan hingga kini masih belum bersua muka.

      Aamiin Allahumma Aamiin. semoga kita akan bertemu jua akhirnya, ya mbak Lidya dengan izin Allah SWT.

      Terima kasih untuk doa dan kunjungannya, mbak Lidya.
      Salam manis selalu. πŸ™‚

  3. Assalamu alaikum Cameron highland dah lama dengar nama ini tempat percutian yang Indah waktu ke KL 2 tahun yang lalu tak sempat pergi kemana-mana hanya ke petronas saja, btw oleh-olehnya cantik nian salam dari Pinrang

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, akhi Abdullah….

      Cameron Highland tempat peranginan yang sejuk dan cantik. Tempat penanaman teh terkenal di Malaysia. Saya juga belum berkesempatan ke sana. Ingin merasai buah strawberry yang segar dipetik dari pokoknya.

      Terima kasih dan salam sejahtera.

  4. assalam…wah dpt kiriman drpd cameron highland ya…kalau dari sana semua soviner bertemakan strawberi…

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah…

      Alhamdulillah, sungguhpun belum pernah ke Cameron Highland, dapat hadiah dari sana sudah cukup menghiburkan hati.

      Terima kasih atas kunjungan dan salam mesra selalu. πŸ™‚

  5. Assalamu’alaikum, Mbak Fatimah…

    Alhamdulillaah…, betapa saya ikut senang membaca persahabatan yang luar biasa indah seperti ini, Mbak. Persahabatan yang semoga tidak hanya di dunia, namun juga langgeng di akhirat. Allaahumma aamiin….

  6. Assalamu’alaikum Mbak Fatimah, apa kabar?

    Persahabatan dimanapun terjalinnya tetap indah ya Mbak?
    Betapa bahagia mendapat kiriman dari sahabat seperti yang Mbak tuliskan disini.
    Saya pun bersahabat melalui blog dgn Mas Akhmad Muhaimin Azzet, yang berkomentar juga di blog Mbak Fatimah ini, melalui saling berkomentar. Ketika saya ke Yogya untuk menghadiri event Ngayogjazz, saya dijemput oleh Mas Azzet dari terminal bus. Pertemuan pertama kami di dunia nyata. Mas Azzet malah mengantar saya ke desa Brayut tempat pelaksanaan event Ngayogjazz tersebut. Hal yang sangat luar biasa…

    Demikian sedikit cerita saya tentang persahabatan.

    Salam dari saya di Sukabumi,

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas Titik Asa…

      Alhamdulillah, saya baik dan didoakan juga mas Titik sekeluarga dalam kondisi yang sihat. Aamiin.

      Hanya Allah SWT yang dapat merencana setiap persabahatan dan pertemuan yang tidak pernah disangka sebelum ini. Demikian Allah mengatur kehidupan hamba-hamba-NYA untuk saling mengenal antara satu sama lain sehingga wujud ukhuwwah yang akrab dan mengukuhkan ummah.

      Pertemuan yang tentunya memberi makna yang bermanfaat untuk dikenang setelah berjauhan, ya. Mudahan persahabatan mas Titik dan mas Amazzet akan berlangsung baik sama di dunia nyata atau dunia maya. Indahnya ukhuwwah ini kerana Islam yang mengeratkannya.

      Terima kasih atas perkongsian dari mas Titik dan salam sejahtera.

  7. Aslmkm, buat sahabat yg teramat dirindui …
    Seribu kemaafan Lea pohon … Tak terperasan akan msg Mah d YM.
    Terlalu sibuk Mah dgn urusan kerja. Ditambah dgn urusan pembelian
    rumah baru d Sabah. Terpaksa berulang utk menyelesaikannya.
    Mah, yg setia di hati ini … Terima kasih atas ucapan n coretan yang
    Indah utk dihayati … Wp pemberian kmk sik lah sebegitu mahal n bernilai
    namun tetap d hargai. Terharu rasa hati ini … Terima kasih sahabat.
    Semoga hadiah itu akan membawa seribu makna dan pengertian yg mendalam
    dalam ikatan ukhwah antara kita n semoga Allah melapangkan ruang dan
    rezki utk kita bertemu d suatu hari nanti … Aamiin …
    Yg terbaik pastinya jua dariMu ya Allah … Terima kasih jua Allah atas anugerah
    bernilai ini … Terma kasih, untuk sekian kalinya lagi atas penghargaan ini sahabat
    yang tersayang …

    Salam kerinduan dikejauhan ini …

    Sayang selalu dariku.

    • Wa’alaikum salaam wr.wb Lea yang dirindui…

      Sik hal bah, nama kita tok guru nang selalu sibok. Tambah lagi cikgu di sekolah dengan macam-macam program. Kamek di sitok juak pun sibok jak-jak. Kinek tok gago dengan praktikum, nge-check kertas ujian nembiak dan gago molah projek inovasi yang akan dibentang pada hari khamis tok.
      Macam-macam ajak kerja kita tok… ko.

      Thanks Lea atas pemberian dirik. Kamek suka dan semua makanan ya dah abis dalam seminggu jak. Sambil nanga TV sambil ya-lah makan strawberry. Sayang na nak ngabisnya….:D

      Aamiin Allahumma Aamiin. Kamek pun berdoa macam ya juak agar persahabatan dan silaturahmi kita tok akan selamanya di dunia dan akhirat. Doa jak ni tauk kita dapat jumpa suatu hari kelak.

      Kamek doakan mudahan urusan rumah kitak di Sabah dapat diselesaikan dengan cepat. Nama kita mbeli rumah baru nang banyak kerja nak dipolah. Tambah agik kitak nun jauh di Perak.

      Terima kasih Lea kerana sudi menjengok kamek. Kamek doakan kitak selalu sihat dan dilindungi Allah SWT di mana ajak kitak berada. Aamiin.

      Salam sayang dan rindu kasih selalu buat dirik. πŸ™‚

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.