CT427. JIKA AKU RINDU

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

BUATMU YANG MENYENTUH HATI…

 

Jika aku rindu….

Aku sebenarnya sedang mengenangmu di seluruh getar tubuhku. Tidak ada apa pun yang mampu menahan kerinduanku padamu kecuali mati yang mengurung segala duka. Tahukah engkau tentang kerinduan yang membelenggu diri ini ?

*

Jika aku rindu….

Aku sebenarnya berusaha membuang rindu padamu namun tidak berjaya. Tidak ada sesuatu pun yang berdaya menahan kerinduanku padamu walau badai membongkar seluruh darah merahku. Tahukah engkau betapa siksanya diri ini membuang ingatan padamu ?

*

Jika aku rindu…..

Aku selalu ingat, ingat dan ingat. Ku tulis namamu dalam hatiku, ku seru namamu dalam ingatanku, ku ukir namamu dalam senyumku.  Malah seluruh zikirku, namamu ku lantun dalam nyanyi sunyi yang meredah malam kelam menyelimuti seluruh getar rasaku menahan kerinduan tanpa taranya.

Tahukah engkau betapa rindunya aku padamu ? Aku tahu …. Engkau tahu segalanya tentang hatiku.

*

Jika aku rindu

Engkau juga begitu…. RINDU PADAKU.

*

siti fatimah ahmad,
1 April 2017 (Sabtu)/ 4 Rejab 1438H, 9.50 pagi/ Sarikei, Sarawak

*

RINDU PADAMU…

*

*

WAHAI YANG MENYENTUH HATI

*

*

*

*

*

*

bunga*

***************

SalamFatima3SalamFatima2 April 2017 (Ahad)/ 5 Rejab 1438H/ 8.30 malam, Sarikei, Sarawak

AKU…. merenung bulan di pagar bintang, ada cahaya terang berkerlip-kerlipan indah dipandang. Aku tersenyum dan membuka doa dalam hati agar setiap kenangan yang pernah datang tidak akan hilang walau malam berpindah siang. Di situ ada dirimu… yang selalu aku rindu.

– SITI FATIMAH AHMAD –

***************

 *

 DEDIKASIKU UNTUKMU….  Percayalah…. aku selalu rindu. Doa ku mengiringi keindahan hidupmu. Aamiin.   Wassalaam. 🙂

*

*

SinggahFatima1TerimaKasihLMGSG2

*

12 thoughts on “CT427. JIKA AKU RINDU

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Kak Paridah Ishak yang dikasihi…..

      Alhamdulillah, saya sihat. Didoakan akak juga demikian sama.
      Senang mengetahui kita dirindui seseorang. Saya juga sama akan singgah ke blog akak, tapi kesibukan tugas menjadikan masa saya terbatas untuk BW.

      Terima kasih kak kerana sudi singgah.
      Salam kasih mesra. 🙂

  1. Assalamu’alaikum wr.wb…

    Mbah Fatimah, indah nian puisi nya suka saya membacanya sampe habis, pengen terus membaca tapi tak panjang lagi rupanya. Semoga selalu sehat ya mba dan bahagia telah kembali begabung bersama blog kesayangan LMGS G2.

    Salam dari saya Dompu-NTB

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, mas AR Syamsuddin…..

      Alhamdulillah, saya sihat dan didoakan sihat juga hendaknya. Puisi yang pendek lebih mudah difahami dan saya suka menukil puisi seperti itu. Insya Allah, mudahan LMGS ini akan terus memberi manfaat kepada pembacanya.

      Terima kasih mas AR Syamsudiin atas apresiasi dan kunjungan.
      Salam takzim.

  2. Assalamu’alaikum wr wb puan Fatimah
    puisi puisi-nya keren sekali. Rindu itu memang suatu anugerah … perasan rindu bisa dicurahkan dalam tulisan yang begitu indah

    salam sehat bahagia Jakarta

    • Wa’alaikum salaam wr.wb,,,,

      Begitulah indahnya puisi, kita dapat meluahkan apa yang ada di dalam hati melaluinya agar terasa ringan bebanan hati. Melalui tulisan ia lebih dinikmati kerana dapat kekal dibaca.

      Terima kasih mas sudah berkunjung dan salam sejahtera.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.