CT474. RESEPI LAKSA PENANG DAN CARA MEMBUATNYA

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

*

TERINGIN

HARI INI, RAMADHAN KE 16. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk melanjutkan ibadah puasa. Mudahan kita dapat melaksanakan ibadah puasa dengan ikhlas dan redha bagi mematuhi kewajiban yang diperintah oleh Allah SWT.

Saya jarang membeli makanan di Bazar Ramadan kerana lebih suka memasak sendiri. Belanja yang murah, terjaga kebersihan dan dapat dimasak banyak untuk disedekah kepada jiran-jiran. Jika ada pembelian, hanya sebab “teringin” untuk merasa kerana makanan tersebut jarang dimakan, dijual dan ditemui pada hari-hari biasa. Contohnya LAKSA PENANG.

Dalam keluarga kecil saya, hanya Ieesyah seorang yang tidak menyukai rasa Laksa Penang berbanding saya, SPH, Iffah, Izzah dan Muhammad. Entahlah, sejak bila SPH dan anak-anak mula menyukai Laksa Penang.

Sepanjang 22 tahun perkahwinan saya dengan SPH hanya 2 kali saya memasak Laksa Penang. Sebabnya ketika itu, SPH dan anak-anak tidak menyukai Laksa Penang. Sekarang sudah terbalik. SPH dan anak-anak menjadi sangat suka dengan Laksa Penang sehingga selalu mencari menu Laksa Penang jika makan di luar. Tetapi tidak mudah diperolehi kerana dianggap membuat (kuah) Laksa Penang itu leceh dan susah.

Saya MENAFI SEKERAS-KERASNYA, jika ada yang menyuarakan bahawa membuat kuah Laksa Penang itu leceh dan susah. Seperti yang selalu saya katakan, hanya orang malas yang memberi alasan demikian. Orang yang minat memasak, semuanya mudah apa tah lagi kalau ahli keluarga suka makan, tentu akan dilakukan dengan senang hati.

*

JOM…. PELAJARI CARA MEMBUAT KUAH LAKSA PENANG

Untuk membuktikan betapa MUDAH dan SENANGnya membuat kuah Laksa Penang, maka saya ingin kongsikan kepada teman pembaca LMGS G2 cara-cara memasaknya mengikut langkah-langkah yang tertib.

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada adik saya, Cikgu Rosemawati kerana berkongsi resepi Laksa Penang ini. Resepi saya dulu sudah hilang. Seperti biasa, sebagai Chef Two, saya suka mengubah sedikit resepi mengikut citarasa tersendiri. Namun yang pasti, ia tetap LAZAT. πŸ˜€

Foto-foto ini saya ambil ketika memasak Laksa Penang untuk juadah berbuka puasa kami sekeluarga dua hari yang lalu.

SELAMAT MENCUBA

 

*

Harga sekilo ikan Kembong besar di Market Sarikei ialah RM18.00. Dua kilo = RM36.00. Untuk membuat kuah Laksa Penang, hanya ikan yang mahal berbanding bahan lain. Pilih ikan berkualiti dan segar. Elok guna ikan besar kerana banyak isi.

*

*

TELUR IKAN KEMBONG ini TIDAK dimasukkan dalam resepi kuah laksa ya. Ia penemuan yang dianugerahkan Allah untuk dimakan sendiri…hehehe.

*

*

*

Harga bunga kantan sekuntum = RM1.00. Seikat daun kesum = RM1.00. Bawang besar dan bawang merah = RM6.00

*

*

*

100 gm cili kering ialah RM2.00

*

*

*

Harga mee laksa ini hanya RM3.00 sebungkus. Untuk hidangan 5-6 orang. Tetapi sebenarnya boleh dimakan sehingga 10 orang. Sebab mee itu mengembang besar.

*

*

*

*

*

*

Rasa Laksa Penang adalah masam manis. Ia gabungan rasa isi ikan dan asam gelugur. Selain aroma yang enak terhasil dari bunga kantan dan daun kesum.

*

*

BOLEH NIAGA LAKSA PENANG

Alhamdulillah, dengan membuat sendiri Laksa Penang, kita akan dapat makan sebanyak yang kita mahu dan boleh juga disedekah kepada jiran-jiran dan saudara mara.

Percayalah, ia tidak susah seperti yang anda sangka. Ikuti sahaja langkah yang saya paparkan di atas. Silakan mencuba dan lalui pengalaman memasak sendiri. Saya yakin anda pasti suka. Mungkin boleh dijadikan MENU BERBUKA PUASA.

Jika rajin dan ada kemahuan, anda dapat menjadikan Resepi Laksa Penang ini sebagai usaha niaga di masa depan. Kos yang saya keluarkan untuk seperiuk besar kuah Laksa Penang hanya lebih kurang RM50.00.

*

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

*

***************

SalamFatima3SalamFatima1 Jun 2018 (Jumaat)/ 16 Ramadan 1439H/ 3.03 petang, Sarikei, Sarawak –Β  SITI FATIMAH AHMAD

Β 

 

 

 

Β 

*

4 thoughts on “CT474. RESEPI LAKSA PENANG DAN CARA MEMBUATNYA

  1. Assalamualaikum ummi siti fatimah, koga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah di bulan keberkatan ini.
    Membaca posting ini, menatap foto-fotonya, lantas mengecurkan air liur. Tambahan pula di bulan ramadhan ini, apa-apa yang biasa pun boleh membangkitkan selera. Alhamdulillah, ummu Ikhwan biasa menyajikan juadah ini. Kadang-kadang tu kami beli je sebab di tempat kami laksa penang ini terlalu mudah untuk di dapati… Selamat berpuasa dan berbuka..

    • Wa’alaikum salaam wr.wb, Abu Ikhwan….

      Alhamdulillah, kami semua sihat dan didoakan Abu Ikhwan sekeluarga juga dirahmati Allah SWT.

      Pengalaman tinggal di Kelantan, Kuala Lumpur dan Bangi, selain melancung di semua negeri lain di Semenanjung Malaysia, ternyata sangat mudah mencari laksa Penang atau laksa Utara ini. Tak payah nak buat sendiri, semua sudah disaji tinggal bayar sahaja. rasanya pula sedap dan asli. Bezanya, jika buat sendiri boleh makan sebanyak mana dan bila-bila masa.

      Terima kasih Abu Ikhwan atas kunjungan dan Salam Ramadan.

  2. Dari awal baca judulnya, sampai ke pertengahan tulisan kok belum ketemu dengan “laksa”nya, cuma ikan dan bahan2 lain. Ee..ternyata diakhir2 tulisan ada laksanya..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
    Sebelumnya saya pikir, itu resep sejenis soto kalau ditempat kami, karena memakai bahan laksa ternyata bukan. Ada ikan gembung,dan daun kantannya juga rupanya. Sampai di situ sya mikir lagi, sy kira itu bothok/buntil ..ternyata salah lagi..πŸ˜‚πŸ˜‚
    .
    Saya masih belum menemukan makanan apa yang sejenis di tempat saya..

    • Assalaamu’alaikum wr.wb…..
      Biasanya untuk membuat satu resepi kita perlu fahamkan dulu bahan-bahannya , mas Zainal. Kemudian baru cara membuat sebelum kemenjadian semua bahan untuk dimakan. Oleh kerana itu, mee laksanya yang terakhir.

      Jika diteliti, bahan-bahan membuat laksa Penang atau laksa Utara ini boleh juga didapati di sana. Andai ingin merasainya, bolehlah membuat sendiri seperti langkah-langkah yang saya kongsikan di atas.

      Jika belum pernah berjumpa, silakan mas zainal mencubanya. pasti ada kelainan dengan rasa mee di sana.

      Terima kasih sudah berkunjung dan salam Ramadan al Mubarak.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.